Showing posts with label 14-15 tahun. Show all posts
Showing posts with label 14-15 tahun. Show all posts

Tuesday, February 10, 2026

Info buku: 101 Kisah dan Pengajaran daripada Al Quran, Al hadis dan hayatus sahabah. Ustaz Zahazan Mohamed

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/5/23


Kalau tak silap, buku ini adalah hadiah khatam Al-Quran anak-anak daripada ustaz/ah.

 


Kisah-kisah berpandukan Al Quran/hadis (disertakan takhrij). Menambah ilmu baharu pada kisah yang tak tahu dan ulangkaji semula pada kisah yang pernah tahu.



Alhamdulillah.

Sebuah buku yang bagus.

Sunday, April 20, 2025

Reviu buku: Ayahanda. Penulis: Azizi Abdullah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/11/22


Walaupun sebelum ini saya lebih gemar membaca buku bukan fiksyen, tetapi buku fiksyen ini dipilih selepas membaca banyak reviu tentangnya.


Membaca buku ini membuatkan hati hiba, sebak, kecewa, malu sendiri.


Mengisahkan kisah seorang lelaki tua yang kematian isteri, dikelilingi anak-anak dalam kehidupan kampung yang sederhana. 



Pelbagai kisah keluarga yang berlaku. Salah faham, perselisihan dalam keluarga, kekacauan emosi dan jiwa. Yang mungkin juga sama dengan realiti kehidupan kita.



Kekecewaan yang menikam pedih. Ia kisah yang penuh dengan emosi.

Friday, November 20, 2020

Mengimbau kenangan 8 tahun yang lalu

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 18/6/2020

Alhamdulillah, sering berkongsi di status WhatsApp tentang usaha anak-anak mengulang hafazan Al-Quran di dalam kereta dan di mana-mana, dengan hasrat moga ia menjadi penguat semangat dan motivasi kepada orang lain untuk turut menghafaz Al-Quran.

Alhamdulillah respon dari mereka yang melihat status amat positif.


Malahan perkongsian di status WhatsApp juga sering mengingatkan kenangan perjalanan hafazan Al-Quran anak-anak sejak kecil dulu.

Alhamdulillah semuanya tercatat dalam blog ini. Sungguh bersyukur kerana telah mencatat perjalanan Al Quran anak-anak.

Insyaallah semoga ia menjadi kenangan indah untuk anak-anak dan juga inspirasi kepada masyarakat.


Soalan "anak² memang selalu ulang Al Quran dalam kereta ke?" membuatkan terkenang kembali 8 tahun sebelum ini, ketika Abdul Rahman darjah 1 di SRI Ihsaniah di Tikam Batu.

Perjalanan lebih 30km dari rumah di Kuala Ketil, memakan masa lebih 45 minit digunakan untuk mengulang hafazan. 

Lepas solat Subuh, gelap-gelap lagi terus keluar rumah sambil tasmik hafazan dalam kereta.

Usaha berterusan hingga berjaya khatam hafazan. Moga Allah berkati.

Kini tanggungjawab untuk murajaah menjaga hafazan Al-Quran hingga ke akhir hayat, bersahabat baik dengan Al-Quran. Amin.


Catatan entri blog 8 tahun yang lalu. Merancang perjalanan hafazan Al-Quran anak-anak dengan sebaiknya. Kita berusaha, Allah jualah yang mempermudahkan segalanya.


Catatan entri boleh dibaca di sini:

http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/02/rutin-baru-abang-abbudey.html?m=1







Rakaman video ketika Abdul Rahman darjah 1, 8 tahun lalu.

Moga Al Quran menjadi sahabat baik kita hidup dan mati.
Amin.

Sunday, October 11, 2020

Giliran Abdul Rahman menjadi Qari Jemputan rancangan Bicara Nurani terbitan Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah 2020

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 25/5/2020


Alhamdulillah, beberapa hari selepas Abdullah dijemput menjadi Qari Jemputan rancangan Bicara Nurani terbitan Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah 2020, Abang Abbudey pula dijemput untuk menjadi Qari Jemputan.



Rancangan disiarkan di web tv di Facebook Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah

Abdul Rahman duduk berlatarbelakangkan tasik Maahad kerana kebiasaannya line internet di situ agak kuat, namun masih tersekat-sekat lagi.

Boleh ditonton di sini:

Alhamdulillah persediaan untuk Abang Abbudey lebih mudah kerana kami sudah ada pengalaman ketika siaran langsung Abdullah beberapa hari yang lepas.

Ketika di akhir siaran langsung

Ketika mencuba line internet bersama Teacher Norsapina


Cuma masalah line internet yang tak berapa kuat masih tidak dapat dielakkan.

Alhamdulillah, beberapa orang pelajar Maahad Al Iman juga turut dijemput untuk menjadi Qari Jemputan juga.



Wednesday, October 7, 2020

Menang atau kalah

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/5/2020

Yang orang nampak yang menang, padahal yang kalah 2 kali ganda lagi banyak rasanya😅. 

Yang penting terus mencuba dan jangan putus asa.

Kesedihan kerana kegagalan semua itu adalah pengajaran. Kalau pergi pertandingan antara sekolah-sekolah, kalau kalah, satu bas bersedih, tapi ia akan kenangan indah tika dewasa nanti.

Begitulah lumrah kehidupan.

Kemenangan yang hakiki bila dapat mengalahkan syaitan dan hawa nafsu.

Amin.




Thursday, May 28, 2020

Menyusun jadual harian anak-anak sepanjang PKP 2020

بسم الله الرحمن الرحيم

Kemunculan wabak covid 19 telah mengubah banyak rutin harian kita.

Rumah kini menjadi medan untuk kita berjuang. Medan menuntut ilmu bersama keluarga.

Hampir 3 bulan PKP ini, banyak usaha dan peningkatan yang dilakukan di dalam keluarga. Jika ada yang baik, moga-moga dapat diteladani oleh masyarakat.


Suasana di dalam rumah adalah milik kita. Kitalah yang mencorakkan sebagaimana yang kita mahu. Tanpa campur tangan orang lain, insyaallah.

Antara hikmah yang diperolehi dari PKP ini ialah:



Insyaallah akan diulas satu persatu

Sepanjang PKP ini hampir setiap masa kita akan bersama ahli keluarga. Jadi kebahagiaan perlu disemai sesama kita. Kurangkanlah bersengketa dan memarahi anak-anak. Insyaallah keluarga yang bahagia sepanjang hayat.

Aktiviti bermanfaat lain tidak dapat dijalankan jika kebahagiaan ahli keluarga tidak diutamakan.




Walaupun ia adalah rutin harian sejak dahulu, dalam PKP ini juga tak ditinggalkan.

Murajaah hafazan Al-Quran anak-anak antara 10 hingga 20 mukasurat setiap hari.

Peraturan dalam rumah ini:
Jika belum tasmik hafazan, jangan buka TV. Anak-anak diberi peluang untuk menonton kartun dalam tempoh PKP ini. Kebiasaannya bila hari persekolahan, tv tidak diusik langsung.

Game?

Pernah kami beli PS2. Anak-anak main ketika musim cuti sahaja. Selepas itu disimpan. Lama-kelamaan dilupakan hingga tak ingat simpan di mana?😅

Handphone? Media sosial?

Anak-anak tidak diberikan handphone dan media sosial. Jika mereka ingin selesaikan kerja sekolah online, boleh pinjam handphone mama baba.

Jadi apa yang mereka lakukan seharian?

Anak-anak banyak bermain sesama mereka. Tanggungjawab harian jangan dilupakan. Kemas katil sendiri selepas bangkit tidur, memastikan tandas kucing bersih, sidai dan kutip baju.......dan lain-lain lagi tanggungjawab harian.

Banyak sahaja aktiviti lain yang boleh anak-anak lakukan walaupun tanpa diberikan game dan handphone.


Jika di luar waktu PKP, kaum lelaki akan berjemaah di masjid, sepanjang PKP ini, antara nikmat Allah yang paling dirasai ialah solat jemaah seisi keluarga di awal waktu.

Hampir saja waktu solat, saling mengingatkan antara ahli keluarga agar terus berwuduk dan solat berjemaah.

Moga hati-hati kita juga terpaut kukuh dengan solat berjemaah. Jangan pula tinggal satu rumah, tapi solat asing-asing. Siapa lagi jika bukan kita yang mengamalkan solat berjemaah dalam keluarga kita.


Ini juga adalah satu impian yang ingin dicorakkan suasana rumah dengan budaya ilmu, mendalami semangat mencintai ilmu.


Alhamdulillah dari fasa pertama PKP dapat mengadakan kelas hadis Riyadussolihin bersama anak-anak setiap kali selepas Solat Maghrib berjemaah.







Alhamdulillah. Kembali menghidupkan suasana ilmu di dalam rumah sepanjang PKP ini. Alhamdulillah ia adalah budaya ilmu yang pernah kami semaikan satu ketika dahulu di dalam rumah.



Namun tidaklah rasa cukup di situ sahaja. Impian dalam hati agar anak-anak dapat lebih memahami, mentadabbur dan mengamalkan Al Quran telah mereka hafal.

Insyaallah sama-sama kita usaha bersama.

Sungguh PKP ini punya banyak sisi positif dan nikmat anugerah Allah.

Alhamdulillah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...