Sunday, January 29, 2012

Hadiah lagi ke?

بسم الله الرحمن الرحيم


Ramai ibu bapa biasa memberi hadiah jika anak2 dpt 5A dlm UPSR atau dapat no1 dapat exam @ dapat keputusan baik dalam kelas.


Tapi adakah patut dilabelkan  MELAMPAU bila kita memberi hadiah kepada anak2 yg sudah boleh menunaikan solat 5 waktu dengan sempurna di awal waktu?

Nah!    hadiah sbb abang solat 5 waktu awal!
Adakah kita mengada2 kalau kita beri hadiah kepada anak bila dia berjaya menghafal surah2 sekian2 dalam AL-quran?

Seorang teman mengulas ttg perkara ini dengan katanya:
"bila perkara duniawi seperti dpt no1 dalam periksa yg kecik camtu, kita beria2 bagi hadiah  kepada anak2, tapi bila anak kita berjaya melakukan dengan sempurna perkara akhirat yg besar dan paling utama seperti solat, ada x kita terfikir untuk bagi mereka hadiah?"

demikianlah komen sahabat saya ini

Satu soalan yg patut difikir bersama kan?

Adakah kita yg menanamkan cintakan dunia dan lebihkan dunia dari akhirat dlm diri anak?

Berilah hadiah kepada anak2 (asal jgn melampau) supaya mereka tahu yang kita suka dan hargai usaha yg mereka lakukan



Hadiahkan juga kasih sayang!
  Sekadar berkongsi pandangan dan untuk difikir besama..

Thursday, January 26, 2012

video dari islamic parenting network



video


Monday, January 23, 2012

Anak orang dan anak kita?

بسم الله الرحمن الرحيم

Tajuk di atas tu macam provok je...tp sebenarnya biasa je kalau baca entry ni....

Jadual harian baba sangat padat. pkl 7-3 disekolah. balik sekolah rehat sat, kemudian siap2 p kuliah maghrib...balik malam biasanya dalam pukul 10.30... itu kalau weekday...


(waktu maghrib tu biasanya anak2 di rumah akan buat homework, baca iqra' n ulang quran)

Kalau weekend lg sibuk, hari jumaat paling minimum baba akan ada 3 kuliah.... subuh, dhuha dan maghrib... itu sekurang2nya...biasanya tiap2 jumaat baba akan ada kuliah subuh, dhuha, khutbah jumaat, asar, maghrib.





Walaupun se'busy' itu waktu baba, kami cuba untuk menyemai majlis ilmu SETIAP HARI dalam rumah kami juga. dan kami buat  SECARA SANGAT SANTAI...




pleeaselah...masa tu takkan dapat diberhentikan!
Kalau dulu, baba akan ajar anak kitab apa saja...Apa saja kitab yang Abbudey ambik di maktabah, itulah yang akan dibaca

Satu sesi kuliah dibuat dalam masa tak lebih dari 5 minit dan dalam keadaan sgt simple dan santai (ulang sekali lagi) ------yelah, dah malam pun, esok nak sekolah pulak....

candid guna camera hp.
(anak murid sedang mendengar kuliah pak guru)

sesi pembelajaran sangat santai ok....haha
no comment...
kantoi!
Sekarang ni kami menjadualkan sesi kuliah dengan anak dengan lebih sistemetik 'sikit' dengan menggunakan kitab hadis (RIAYADUSSOLIHIN) karangan Imam Nawawi... setiap malam anak2 akan diajar hadis2 dr kitab ini.

kitab riyadussolihin


Konklusinya... w/pun sesibuk mana urusan kita di luar rumah, sesibuk mana kita mengajar anak orang, JANGANLAH KITA LUPAKAN anak sendiri..


Ibarat pepatah: Anak kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan...

betul x?? kalau x betul, ignore jelah...

 W/pun ada harinya amat penat, dan kdg2 anak 2 tidur awal...tapi saya doakan semoga usaha ini berterusan dan juga semoga budaya ilmu dalam rumah2 kami dan rumah orang2 muslim dan tumbuh subur sentiasa.....amin3

Mari kita usahakan untuk menghidupkan budaya ilmu di rumah. Biarlah sekejap tapi berterusan setiap hari InsyaALLAH

semoga anak2 ini terus cintakan ilmu



Tuesday, January 10, 2012

Anak2, Wau, Layang2 dan benjol!

يسم الله الرحمن الرحيم

Walaupun musim persekolahan dah tiba, tapi musim kemarau yang hadir tak disia-siakan dengan bermain wau.

Satu pengalaman yang menarik bagi Abbudey dan Abdullah yang dapat main layang2 pada waktu petang (bila ada masa terluang)...

Bukan semua kanak2 zaman sekarang dapat peluang bermain wau (saya termasuk mereka yg x pernah pegang wau..maklumlah org KL..huhu)

Bermain Wau dan layang2 sambil menikmati kebesaran ciptaan ALLAH SWT...


Langit agak mendung....kena balik...
Adik cuba memegang tali wau...(tali sahaja pun dah cukup besar..)
nampak x wau besar di langit tu... x nampak kan?
(huhu...guna camera hp je..)
Baba (berbaju merah) meredah semak menyelamatkan layang2 yg terlepas dari tangan adik
baba selamatkan layang2


Layang2 yg Abang Abbudey buat sendiri 100% tanpa bantuan sesiapa..percubaan yg bagus!


Wau yang lebih besar dr tuan
Abbudey yg seronok sbb kawan2 baba buatkan dia satu wau yg BESAR AMAT...
Tiap2 hari semangat nak main..

MasyaALLAH...awan yang berbentuk burung yang sedang terbang..!
Ada kawan saya nampak bentuk mulut buaya dari sisi lain...
MasyaALLAH menarik kan??
(Nampak x?)

   OK...habis cerita layang2 n wau...gambar2 di bawah pula TIADA KENA MENGENA LANGSUNG DENGAN LAYANG2 @ WAU...


Abbudey menahan sakit..





SEMOGA ALLAH MEMELIHARA ANAK2 INI DAN SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT....AMIN...

Monday, January 9, 2012

berkenalan dengan siwak

بسم الله الرحمن الرحيم
Sebenarnya, ada cerita lain yang ingin dikongsi bersama, tapi apakan daya, bulan2 awal persekolahan, sibuk dengan macam2..dengan PASTI anak2, dengan kerja2 TAHFIZ, dengan tesis U, dengan kerja2 rumah...

Asal duduk depan laptop, ingat nak update blog, ada saja kerja yang sedia menunggu untuk diselesaikan.. Jadi kena selesaikan kerja yg lebih utama dahulu..

Buat sementara waktu, jom layan cerita yang dah lama dalam draft ni dulu...InsyaALLAH bila ada mood dan masa, InsyaALLAH akan dikongsi cerita 'ini'.InsyaALLAH semoga bermanfaat!


Pada entry dulu, ada crita ttg anak2 yg x kenal ttg siwak @ kayu sugi @ (kata Abg Budey: berus gigi Rasulullah SAW).

ALhamdulillah, tercapai juga cita2 Abg Abbudey utk mengenali sugi n amalan sunat bersugi...


Adik tidak kekok mencuba kayu sugi

Abg Abbudey cuba mengamalkan sunnah bersugi

Insya ALLAH sama2lah kita memperkenalkan dan mengajar anak2 kita ttg sunnah2 Rasulullah SAW.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...