Sunday, September 29, 2019

Berhenti menulis blog

بسم الله الرحمن الرحيم

Untuk beberapa bulan kebelakangan ini saya hanya fokus pada hidup yang realiti. Tidak berkongsi dalam media sosial kecuali status whatsapp.

Kesibukan menguruskan sekolah, tesis phD yang dah berusia 5 tahun, urusan keluarga dan semuanya yang berbentuk realiti. Jauh dari dunia blog.

Masih banyak membaca buku, tetapi tiada kemahuan ingin berkongsi reviu buku di dalam blog seperti biasa.

Lemau!

Mujur ada bank entri yang banyak yang dapat cover blog ini dari bersawang dan mood lemau menulis blog tanpa disedari umum.

Namun ada ketikanya saya masih ingin menulis.
Melihat pula jumlah pembaca yang masih ada, rasa bersalah jika berhenti menulis.

Banyak perkara yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat.

Doakan saya.


Wednesday, September 25, 2019

Obses dengan mikrofon

بسم الله الرحمن الرحيم

*Entri ini ditulis pada 25/12/2018

 Kami membelikan sebuah mikrofon mudah-alih kepada Ahmad Zaid pada usianya 3 tahun apabila melihatkan Ahmad Zaid begitu obses dengan mikrofon. Mungkin kerana melihatkan  baba dan abang-abang yang selalu menggunakan mikrofon.


Mikrofon mudah-alih dengan speaker bluetooth. Rm39.
Nampak macam bentuk trompet pun ada 😅

Obsesnya Ahmad Zaid dengan mikrofon kami rakamkan sejak dia kecil. Dia mesti akan ambil wayar dan jadikan sebagai mikrofon. Kadang-kadang disangkutkan ditelinganya menjadi seperti mikrofon yang disangkut ditelinga.

Seringkali dulu, bila tak boleh tidur (hingga jam 2 pagi) Ahmad Zaid akan azan dengan mikrofon ciptaannya. Ceramah dengan mikrofon.


Dengan mikrofon hijau inilah Ahmad Zaid memperbaiki hafazan Surah AnNas hingga menjadi lebih baik.

Saya pernah ceritakan tentang Ahmad Zaid yang menangis dan mengamuk ingin menjadi imam dan memegang mikrofon dalam entri di sini:
https://cinta-rasul.blogspot.com/2019/04/bagilah-ahmad-pulak-jadi-imam.html



Kerana itulah kami belikan mikrofon mudah alih ini kepada Ahmad Zaid.

Dengan mikrofon hijau inilah Ahmad Zaid selalu azan, zikir, berlakon menjadi imam, nasyid dan macam-macam lagi yang dilakukan dengannya.

Semoga ia menjadi perkara obses yang memberi kebaikan kepada kita semua dunia dan akhirat, insyaAllah.

Sunday, September 22, 2019

Alhamdulillah, Abang Abbudey mendapat tempat ketiga pidato bahasa Arab HESA 2019

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kelmarin Abang Abbudey menyertai pertandingan Amal Islami HESA , antara sekolah-sekolah agama di seluruh Kedah.

Alhamdulillah, abang Abbudey menunjukkan usaha dan minat untuk berlatih pidato.


Pidato ditulis oleh Dr.Ibrahim Al Wakeel , guru bahasa Arab di Maahad Al Iman.

Baba turut membantu melatih Abang Abbudey.


Inilah video persembahan Abang Abbudey:


Alhamdulillah ini adalah kemenangan kali ke2 untuk Abang Abbudey pada tahun ini dalam kategori Pidato Bahasa Arab.


Kali pertama adalah pada bulan Mei yang lalu.

Pertandingan Amal Islami antara sekolah-sekolah menengah bawah jabatan Agama Negeri Kedah

Seperti yang ditulis dalam entri di sini:

Alhamdulillah


Doakan insyaallah semoga abang Abbudey dan adik-adik terus maju dunia dan akhirat, insyaallah

Bergambar dengan ustaz-ustaz dan rakan-rakan di hadapan bangunan Kolej Islam Darul Ulum, tempat pertandingan diadakan.


Alhamdulilah.


Teringat kembali kenangan Abang Abbudey bertanding pidato pada zaman Pasti dulu, pernah ditulis di sini:


Semoga anak-anak berjaya dunia dan akhirat.

Amin.



Saturday, September 21, 2019

Zahirkanlah rasa kasih

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara hasil pemerhatian peribadi, saya lihat orang Arab lebih mudah dan jujur untuk melahirkan rasa kasih dan rindu.

Jika bertanya khabar, berkali-kali ditanya, tanda ambil berat.

Jika lama tidak berjumpa, ringan sahaja lidah mereka menzahirkan rasa rindu di hadapan kita.

Suasana ini sangat jarang di kalangan kita sesama Melayu.



Sungguh, bukan satu keaiban untuk menzahirkan rasa sayang dan rindu.


Tunjukkan rasa sayang, zahirkan rasa rindu dan hargailah insan yang kita sayangi sementara belum terlambat.




Semoga Allah merahmati kita semua.

Tuesday, September 17, 2019

Zahirkanlah kerinduan

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 6/5/2019


1 Ramadhan 1440H


Kedatangan Ramadan sungguh membuatkan kita merindui orang yang pernah bertakhta dalam hati.

Antaranya ialah: Guru-guru di Syria dulu..

Terkenang memori bulan Ramadhan bersama mereka dahulu.




Sungguh ada insan yang walaupun bertahun lamanya terpisah, namun tetap setia di dalam hati....


Allah.....


Begitulah dengan pensyarah-pensyarah di Syria sana dulu..

Allah...

Lebih dari seorang pensyarah. Ibarat seorang kakak kepada adik-adik.

Rindu sangat.


Biarlah rasa rindu itu dizahirkan dan tidak hanya terpendam dalam hati. Janganlah suatu hari nanti kita menyesal kerana tidak sempat untuk lafazkan kasih sayang.


Semoga Allah mempertemukan kita semula, jika tidak di dunia ini, di Firdausi insya-Allah.

Amin..




Friday, September 13, 2019

Menghargai mereka

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 6/5/2019


Kedatangan Ramadan yang dirindui.

Ramadhan yang damai.

Masyaallah tabarakallah... Ramadhan sering membuatkan hati rindu dan terkenangkan insan-insan yang pernah bertakhta dalam hati. Guru-guru di Syria dulu.

Masyaallah.. ini adalah antara perkongsian dari pensyarah-pensyarah di Syria dulu dalam status Whatsapp ketika kedatangan Ramadan 2019.


Saya terjemahkan sebahagian daripadanya dan kongsikan dalam status whatsapp saya.

Sungguh ia adalah kata-kata yang menjadi prinsip dan pegangan saya


Sungguh saya banyak belajar dari warga Syria tentang pujian.

Rasa orang melayu kita sangat kedekut untuk memuji berbanding dengan orang Arab.

Moga Allah ringankan lidah kita untuk memuji dan memberi dorongan kepada usaha orang lain.

Sungguh ia memberikan kebahagiaan dan semangat kepada insan yang mendengarnya dan ia mendapat ganjaran di sisi Allah.

Hargailah insan sekeliling anda.

Membahagiakan orang lain juga adalah salah satu daripada kebahagiaan.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Monday, September 9, 2019

Ingatkan tentang kasih sayang Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Media sosial ibarat sebilah pisau yang kita boleh pilih samada untuk menggunakan ia untuk kebinasaan atau kebaikan.

Walaupun perkara biasa, kita boleh gunakan media sosial pada kebaikkan dan mengingatkan orang ramai tentang kasih sayang Allah.

Ia pasti dipandang Allah dan tidak menjadi perkara yang sia-sia.






Semoga media sosial menjadi ladang pahala kita untuk mengingatkan orang lain tentang kasih sayang Allah.


Thursday, September 5, 2019

Resepi kek coklat berhantu yang mudah

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari lalu, ada seorang kawan yang memberi rasa kek coklat berhantu...

Ya Allah....

Sedapnya kek tersebut. Dengan rasa lemak-lemak keju kek tersebut.... Memang sedap.

Saya cuba Google dan Alhamdulillah cara membuatnya tidaklah sesukar membuat Japanese Cotton Cheese Cake yang biasa dibuat.

Saya ikut resepi di dalam blog ini:



KEK CHOCOLATE MOIST ANIS

1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor


2 biji telur Gred A

Telur di pukul dengan wisk
Ketepikan

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam

Satukan semua bahan kering dan ayak
Ketepikan


KRIM CHEESE

250 gm Cheese
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh pes lemon ~ jika suka ( dalam gambar tak ada )


COKLAT LELEH

250 gm coklat masakkan gelap
250 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu
1 sudu besar butter
1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella ( dalam gambar tak ada )
1 sudu teh esen vanilla ( dalam gambar tak ada )

*** Mohon rujuk blog di atas untuk maklumat lanjut.

Alhamdulillah.

Ia adalah resepi kek coklat berhantu yang mudah.

Resepi kek tersebut saya salin semula dalam buku nota supaya mudah untuk dirujuk dan tidak mengotorkan handphone.

Beberapa orang sahabat yang bertanya: Mengapa saya minat membuat kek?


Bila difikirkan semula mungkin ia turun dari minat mak mak membuat kek dari kami kecil dulu hingga kini.

Masa di Syria dulu, rajin juga buat kek. Namun kini, lama tak buat kek kerana tak ada orang nak makan. Anak-anak tak berapa makan sangat.

Tapi bila rakan-rakan sekerja suka makan kek, saya kembali membuat kek.

Bukan makan sangat pun. Makan sikit saja.

Cuma minat dan suka tengok orang makan sedap.




Bila membuat kek saya sering teringatkan kenangan bersama keluarga di Syria dulu.




insya-Allah semoga ia menjadi kek yang sedap untuk kawan-kawan sekerja, insyaallah.

Semoga ia juga menjadi pengerat silaturrahim dan tidak sia-sia di sisi Allah.

Amin..




Sunday, September 1, 2019

Kenangan semalam

بسم الله الرحمن الرحيم

Entry ini ditulis pada 1/5/2019

 Cuti hari pekerja yang sarat dengan mengimbau kenangan lalu...


Bermula dari mengimbau kenangan ketika zaman kuliah dulu..

Sangat merindui zaman kuliah.




Sungguh ada ketikanya sangat rindukan kenangan di Syria

Belum tengahari, dapat berita pemergian Dato' Ustaz Abu Hassan Din.

Terimbau kenangan bersama beliau ketika anak-anak membuat rakaman rancangan TV9 PESAN ATOK pada tahun 2012.

Ada tulis dalam entri di sini:





رحمه الله وأسكنه الفردوس الأعلى
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...