Showing posts with label masak2. Show all posts
Showing posts with label masak2. Show all posts

Tuesday, September 1, 2020

Kenangan masakan ketika PKP 2020

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 16/4/2020

Pada awal-awal PKP, memang sangat merasakan kebosanan dan seterusnya menyebabkan banyak memasak dan makan. Iyelah, tidak pernah-pernah kena kurung dalam rumah, sudahnya tak tahu nak buat apa, masak dan makanlah yang banyak dilakukan.

Habis resepi yang tak pernah-pernah buat boleh dibuat.

Namun PKP fasa ke3, diri mula sesuai dan normal. Kembali boleh diet dan kurangkan masak dan makan.

Antara resepi yang berjaya dibuat ketika PKP ini ialah:

Kebetulan musim pelam bermula, maka dapatlah buat jeruk pelam.

Sempat juga buat jualan jeruk pelam COD.

Kek Gula hangus kesukaan baba.
Sebelum ni hanya beli saja, kerana PKP dapat belajar untuk buat.


Apam.

Pertama kali buat, alhamdulillah lembut elok

Aiskrim dan kon aiskrim


Ahmad turut sama buat apam

Goreng pisang
Biasa beli saja

Karipap

Ciskut mangga



Puding Oreo

Kek batik
Kesukaan sejak dari kecil
Sentiasa teringat-ingat kek batik.


Alhamdulillah.

Terasa nikmat Allah walaupun dalam PKP.



Friday, August 28, 2020

Kenangan fasa ke3 PKP COVID19

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 16/4/2020

Seumur hidup saya dan suami, inilah kali pertama kami lalui PKP. Mungkin begitu juga bagi kebanyakan orang.

Alhamdulillah masuk ke fasa ketiga, kehidupan makin normal tidaklah terlalu murung dan bosan.

Sudah mula dapat menyesuaikan diri dan banyak perkara berfaedah dapat dilakukan termasuk mengajar anak-anak, tasmik Al Quran mereka, kelas hadis Riyadussolihin setiap hari selepas Maghrib, tasmik pelajar, pengajaran online dan memantau guru-guru.

PKP fasa ketiga juga telah membuatkan kurang masak dan mula fokus kembali kepada diet.

Mula merenung hakikat kehidupan.

Moga-moga kita menjadi orang yang berjaya.


Kenangan pengajian di rumah ketika PKP



 Anak-anak mula keluarkan mainan-mainan lama
Bermain mengeratkan hubungan kekeluargaan yang jarang kita perolehi ketika sibuk

Oleh kerana kawasan dalam Maahad tiada orang sangat, mereka juga dapat hasilkan 3 reban ayam yang baru

Memasak

 Pengajian Kitab Riyadussolihin selepas Maghrib setiap malam.


Membuat kerja yang diberikan oleh guru


Alhamdulillah ada hikmah dari PKP 2020 ini.

Kita kembali mementingkan kekeluargaan yang lama tidak dapat kita fokuskan 100% kerana kekangan kerja.

Saturday, February 8, 2020

Membuat Japanese cotton Cheese cake bersama anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم


**Entri ini ditulis pada 20/9/2019

Cuti hujung minggu....

Selepas subuh, bersiap-siap untuk sarapan dan buat Japanese cotton cheese cake..


Inilah adunan yang siap dimasukkan dalam oven

Try tulis

Prinsip mama: 
Makanan yang sikit tu memang sedap ..

Tambah lagi kalau kena berebut, lagilah sedap ...😂😂😂


Ahmad Zaid dan Abdullah menolong membuat kek

Masukkan marigue dalam adunan cheese..

Resepi kek ini pernah ditulis di sini.


Masyaallah lama sungguh kenangan buat kek ini bersama anak-anak.

Bila tengok entri tahun 2013 , buat kek ini dengan Abdullah dan Abdul Rahman yang masih kecil, masyaallah, rindu pula kenangan lalu.


Sekarang anak-anak pun dah meningkat remaja.

Alhamdulillah


Friday, January 10, 2020

Biskut brownies: Dari kesedihan kepada kegembiraan

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 4/9/2019.

Beberapa hari lalu rasa teringin nak makan biskut brownies.

Tengok di kedai, boleh tahan juga mahalnya. Terus berazam untuk buat sendiri.

Segera Google resepi yang sesuai, mudah dan menepati bahan yang terdapat di dalam rumah.

Maka, inilah resepinya:


Cuma pada coklat masakan tu, di rumah hanya ada serbuk coklat.

Maka saya pun letak serbuk coklat mengikut kuantiti yang tertulis. Hampir setengah kilo. Banyak juga tu.😅

Bila dirasa adunan tersebut,rasa pahit... Mula rasa kurang yakin.

Saya simpan adunan semalaman, seperti yang disarankan dalam blog tersebut.

Selepas semalaman, saya cuba bakar, hasilnya:



Memang pahit! 😭

Baba dan anak-anak rasa biskut ini.

Memang pahit, komen mereka.

Saya tekad nak buang adunan biskut tersebut, tapi rasa sayang sebab dah guna banyak bahan. Mahal. Sayangnya kalau buang.

Saya simpan semula dalam peti ais.

Hati mula resah.

Macammana nak modified resepi ini supaya dapat jadi sedap macam dalam blog itu?

Saya sembang dengan suami dan minta pandangannya.

Suami bagi cadangan agar meletakkan susu pekat.

Akal terus berfikir dan membayangkan cara untuk modified adunan biskut tersebut.

Sehari selepas itu, saya tambahkan gula halus dan susu pekat hingga rasanya agak manis dan tidak lagi pahit.

Kemudian adunan dibakar.

Saya berikan kepada rakan sekerja dan anak-anak pelajar sambil minta pandangan mereka.

Kata kawan:
"Komen kami, nanti ustazah bawaklah lagi biskut tu."😅😅

Alhamdulillah...saya agak yakin untuk membakar baki adunan yang disimpan dalam peti ais.


Membakar biskut ini memang sangat melekat di dulang pembakar seperti yang ditulis oleh penulis blog.

Saya cuba sapu mentega dan taburkan sedikit tepung di dulang pembakar sebelum bakar biskut. Walaupun ia mengurangkan melekat, namun agak renyah kerana banyak kerja pembersihan perlu dilakukan.

Alhamdulillah Allah bagi ilham supaya beli kertas cawan untuk kuih.

Saya beli kertas cawan untuk kuih, cip coklat dan manik-manik hiasan.

Biskut ini dengan rasa chewy, Alhamdulillah Allah bagi sedap walaupun sebelum itu hampir kena buang adunan biskut kerana pahit.😅

Alhamdulillah lebih memudahkan dan mengurangkan kerja-kerja pembersihan.

Alhamdulillah biskut yang dibakar diberikan kepada lebih ramai rakan sekerja. Moga Allah menerima ia sebagai pahala sedekah, mengampunkan dosa kita dan memberikan ganjaran pahala. Amin..


Seperti biasa, saya tidak menerima sebarang tempahan kerana masalah sakit belakang yang selalu melanda.

Kalau sekadar masak-masak untuk suka-suka bolehlah, tapi untuk mengambil tempahan, agak sukar.

Lagipun rasa tidak yakin. Takut tempahan yang dibuat tidak jadi seperti yang sepatutnya.



Alhamdulillah dari kesedihan adunan biskut yang tidak jadi, Allah gantikan dengan kegembiraan.

Alhamdulillah.



Thursday, September 5, 2019

Resepi kek coklat berhantu yang mudah

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari lalu, ada seorang kawan yang memberi rasa kek coklat berhantu...

Ya Allah....

Sedapnya kek tersebut. Dengan rasa lemak-lemak keju kek tersebut.... Memang sedap.

Saya cuba Google dan Alhamdulillah cara membuatnya tidaklah sesukar membuat Japanese Cotton Cheese Cake yang biasa dibuat.

Saya ikut resepi di dalam blog ini:



KEK CHOCOLATE MOIST ANIS

1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor


2 biji telur Gred A

Telur di pukul dengan wisk
Ketepikan

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam

Satukan semua bahan kering dan ayak
Ketepikan


KRIM CHEESE

250 gm Cheese
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh pes lemon ~ jika suka ( dalam gambar tak ada )


COKLAT LELEH

250 gm coklat masakkan gelap
250 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu
1 sudu besar butter
1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella ( dalam gambar tak ada )
1 sudu teh esen vanilla ( dalam gambar tak ada )

*** Mohon rujuk blog di atas untuk maklumat lanjut.

Alhamdulillah.

Ia adalah resepi kek coklat berhantu yang mudah.

Resepi kek tersebut saya salin semula dalam buku nota supaya mudah untuk dirujuk dan tidak mengotorkan handphone.

Beberapa orang sahabat yang bertanya: Mengapa saya minat membuat kek?


Bila difikirkan semula mungkin ia turun dari minat mak mak membuat kek dari kami kecil dulu hingga kini.

Masa di Syria dulu, rajin juga buat kek. Namun kini, lama tak buat kek kerana tak ada orang nak makan. Anak-anak tak berapa makan sangat.

Tapi bila rakan-rakan sekerja suka makan kek, saya kembali membuat kek.

Bukan makan sangat pun. Makan sikit saja.

Cuma minat dan suka tengok orang makan sedap.




Bila membuat kek saya sering teringatkan kenangan bersama keluarga di Syria dulu.




insya-Allah semoga ia menjadi kek yang sedap untuk kawan-kawan sekerja, insyaallah.

Semoga ia juga menjadi pengerat silaturrahim dan tidak sia-sia di sisi Allah.

Amin..




Tuesday, March 6, 2018

Resepi krim karamel mudah untuk kanak-kanak


بسم الله الرحمن الرحيم


Sepanjang cuti hujung tahun 2017, Krim Karamel adalah salah satu resepi baru yang dibuat oleh Abdullah dan Abdul Rahman selain Japanese Cotton Cheese Cake dan Tat Telur yang selalu mereka buat.



Japanese cotton cheese cake 


Sedang dibakar


Siap dibakar


Alhamdulillah lembut elok

Resepi Japanese Cotton Cheesecake boleh dilihat di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.my/2017/05/japanese-cotton-cheese-cupcake.html

Mencuba Japanese Cotton Cheesecake

kertas resepi mereka salin

Tat telur Abdullah dan Abdul Rahman buat

tat telur

Resepi tat telur boleh lihat di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.my/2017/05/resepi-ke-2-anak-bujang-stuffed-egg-tart.html

Sebelum ini anak-anak biasa buat krim karamel yang segera dan lebih mudah seperti di sini:


Seperti biasa anak -anak akan minta saya googlekan resepi dan mereka akan salin sendiri resepi dalam kertas.

"Mama boleh tak tolong carikan resepi krim karamel? Abang nak buat."

Resepi ini ditulis setelah melihat beberapa resepi dalam internet dan diolah supaya menjadi mudah dilakukan oleh kanak-kanak.


Resepi ini kemudiannya kami ubah lagi mengikut selera kami agar tidak terlalu manis krim karamelnya.


Alhamdulillah bagi anak-anak resepi ini tidak sukar untuk dibuat. 

Inilah resepinya



Resepi Abdullah salin


Alhamdulillah dah sejuk



Resepi krim karamel mudah untuk kanak-kanak:

1- Cairkan 5 sudu gula. Api perlahan.

2- Letak dalam loyang yang nak kukus krim karamel nanti

3- Pukul 6 biji telur + 7 sudu gula sampai larut gula dalam bekas lain

4-  Masukkan susu sejat 1 tin. Tambah 1 sudu besar tepung kastard. Tambah 1 sudu kecil esen vanilla. kacau.

5- Masukkan dalam bekas yg dah letak gula tadi.

6- kukus 1/2 jam.

7- biarkan sejuk.

8- masukkan dalam peti ais.

Resepi ditulis step by step sebegini agar mudah anak faham dan ikut step.



Bagi saya sebenarnya resepi yang orang post dalam laman maya tidak salah, cuma kita perlu olah mengikut selera kita selepas pertama kali membuatnya.


Ada orang suka lebih manis.

Ada orang suka kurang pedas.

Ada yang suka lebih masin.

Ada yang suka tawar-tawar sahaja.

Begitulah kepelbagaian citarasa manusia.


Cuma jika tidak kena dengan selera kita, cubalah untuk tidak menghina dan mengkritik makanan. Itu bukan sifat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.


Semoga kita diberkati Allah.




Wednesday, September 13, 2017

Resepi ke-3 dan ke-4 Anak Bujang: Red Valvet Brownies dan Carrot Cake

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah resepi ketiga dan keempat yang dilakukan oleh anak-anak.


Red Valvet Brownies

dan

Carrot Cake.


Tepung kek ini saya beli dari penulis best seller yang sangat terkenal di Malaysia, iaitu Puan Raudzah Roslan.

Sebenarnya sudah lama tergoda dan teringin nak membeli, mencuba dan  merasa kek-kek ini. Namun 'kerajinan' itu belum tiba.

Apabila anak-anak ada minat untuk memasak, terus dioder dua tepung ini. Dengan hasrat agar anak-anak dapat menambah ilmu memasak mereka dan bolehlah kami merasa kek ini.

Nampak sedap sangat setiap kali dikongsikan di Facebook Puan Raudzah Roslan.

Tepung ini terus sampai sehari selepas penjual mengeposkannya (sehari sebelum cuti sekolah bulan 3) dan anak-anak berjaya membuat dua-dua sekali kek ini pada hari pertama cuti sekolah untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Itulah pertama kali rumah kami membuat dua jenis kek ini.

Saya sendiri tidak pernah membuat kek ini.



Resepi yang disediakan sekali oleh Puan Raudzah

Ia bukan sekadar resepi.

MasyaALLAH.

Manalah ada resepi di tempat lain (setakat yang saya tahu) pesanan agar mengingati Allah dan berzikir ketika masak.

MasyaALLAH




Anak-anak bersungguh-sungguh menyiapkan dua kek ini


Entri yang dikongsikan oleh Puan Raudzah di dalam laman Facebook beliau.



Oleh kerana dua resepi yang dimasak oleh anak-anak sebelum ini jauh lebih sukar seperti yang pernah diceritakan di sini:


http://cinta-rasul.blogspot.com/2017/05/masyaallah-hari-ini-dalam-sejarahkek.html


http://cinta-rasul.blogspot.com/2017/05/resepi-ke-2-anak-bujang-stuffed-egg-tart.html

Maka mereka merasakan cara-cara untuk membuat dua kek ini sangatlah mudah dan ringkas. Alhamdulillah,....

Masuk butter, telur dan susu..kacau-kacau-kacau...masukkan dalam oven 


 Dah siap!

Amat Mudah!

Sesiapa yang ingin membeli tepung kek yang lazat dan amat mudah ini, bolehlah Whatsapp ke talian Puan Raudzah: 
Whatsapp 019 315 4444

Alhamdulillah...

Sungguh ia ringkas, mudah dan lazat.


Selamat mencuba.

Friday, June 30, 2017

Jangan pergi ke dapur!

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara natijah yang akan diterima apabila anak-anak memasak sendiri di dapur ialah dapur akan kotor dan berselerak lebih teruk dari kita yang menggunakannya.

Walaupun ia menggeramkan, namun ia adalah satu proses pembelajaran yang mesti dilalui.

Peraturannya mudah sahaja:
"Selepas selesai menggunakan dapur, mesti bersihkan semula. Sinki kena bersih, dapur mesti berkilat dan lantai mesti dibasuh."

Jadi, itulah yang dilakukan oleh anak-anak selepas mereka menggunakan dapur.

Mereka pernah membuat masakan sendiri seperti yang ditulis dalan entri di bawah ini:



Sepanjang mereka menggunakan dapur, sebolehnya cuba untuk minimumkan masuk ke dapur kecuali untuk memastikan keselamatan anak-anak di dapur sekali sekala.

Kalau tidak, akan membebel panjanglah melihat keadaan dapur yang berselerakan.

Tepung di atas kabinet.

Sinki penuh dengan pinggan mangkuk dan peralatan masakan yang mereka gunakan.

Lantai yang basah dan kotor.

Tapi, semuanya mereka akan selesaikan selepas mereka sudah selesai memasak.

Dapur akan dilap.

Semua peralatan dalam sinki akan dibasuh dan disimpan semula.

Lantai akan dicuci dan dimop.

Walaupun adakalanya agak tidak bersih dan sempurna, namun cubalah untuk pejam sebelah mata. Mereka sudah berusaha membersihkannya sebaik mungkin.

Kita semua mempunyai memori tentang masakan dan makanan bersama keluarga ketika kecil dulu. 

Mak masak ketam masak merah dan pelbagai masakan yang sedap.
 Membuat kuih raya bersama saudara di kampung. Membuat pelbagai masakan kegemaran kita.

Biarlah anak-anak mencipta pula memori indah mereka untuk dikenang dan diingati ketika dewasa nanti.

Semoga Allah redha.

Wednesday, June 21, 2017

Tempahan Tat Telur?

بسم الله الرحمن الرحيم

"Mama, kawan adik tempah Tat Telur dengan adik. Depa suka Tat Telur yang kami buat dan bawak pi sekolah hari tu. Jom kita buat." 
Berkali-kali Abdullah mengajak membuat tat telur untuk rakan-rakannya di sekolah. 

Dua hari yang lepas sudah mereka buat tat telur, tapi dah habis pula... sedap! Alhamdulillah.

Sebelum ini mereka sudah berkali-kali membuat tat telur sendiri, cerita kali pertama mereka menghasilkan tat telur dengan sendiri dari awal penyediaan bahan hingga membersihkan dapur ada diceritakan di sini:


Abang Abbudey pula sedang tasmik Al-Quran dengan baba, jadi Abdullah meminta mama menemaninya membuat tat telur.

Ya Allah...

Kami baru sahaja pulang ke rumah selepas perjalanan lebih kurang 7 jam atas jalan. (Kenduri di Kodiang, anak-anak nak main Go.Kart di luar Stadium Alor Setar dan urusan-urusan lain.)

Kali pertama mereka boleh naik kereta go-kart dengan sendiri.

Sebelum ini terlalu kecil, kaki tak sampai.

Habis seronoklah ni sebab dapat main go kart.
Memang sekian lama tunggu nak man go-kart dan pandu
kereta sendiri.

RM10 untuk 4 pusingan.

Tapi oleh kerana tiada orang ketika itu (tengahari buta: betul-betul lepas Solat Zohor)
mereka diberikan bermain 6 pusingan.


Anak-anak ini memang banyak sungguh agenda mereka setiap hari.

Nak main basikal.

Nak masak.

Nak pi rumah tok wan.

Macam-macam lagi.

Tak kenal penat.

Abdullah pula kalau apa keinginannya, memang bersungguh-sungguh luar biasanya.

Kami bersama-sama membuat tat telur.

"Bila masak kat dapur ni, elok kita zikir banyak-banyak."

"Nak bagi makanan kita sedap ke kita kena zikir banyak-banyak ni?" Tanya Abdullah.

"Errr...."

"Mama zikir dalam hati ye?" Abdullah mencuri pandang samada mama berzikir ataupun tidak sambil dia menyapu butter pada acuan tat.

"Mama, cantiknya tat telur mama buat. " 

"Yelah, kan mama buat sambil berzikir, tu yang cantik tu. Zikir tu jadikan semua benda elok dan cantik. Zikir tu penyelamat. Macam cerita Nabi Yunus yang kena makan dengan ikan paus. Allah selamatkan Nabi Yunus sebab dia banyak berzikirlah."

Dibacakan ayat al-quran yang telah mereka hafal:

Maksudnya:
(( Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang banyak mengingati ALLAH.
Nescaya dia akan tetap tinggal di dalam perut ikan itu hingga sampai hari berbangkit.))

Surah As-Soffat: ayat 143-144

Alhamdulillah saat yang indah bersama anak-anak.

Semoga ia membentuk mereka menjadi pejuang Islam yang berilmu, banyak mengingati ALLAH dan dekat denganNya.

Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...