Wednesday, May 31, 2017

Info buku: 10 Teknik Hafazan Profazz & Membina Keluarga Profazz 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Bacalah sejarah hidup dan gaya hidup orang yang hebat untuk mengetahui rahsia di sebalik kejayaan mereka.

Antara genre buku pilihan yang sering dicari ialah travelog hidup orang yang sudah berjaya dalam pelbagai bidang.

Banyak idea, inspirasi dan teladan yang kita boleh dapati.




Kedua-dua buku ini selesai dibaca disamping buku yang pertama.
(Ada ditulis sedikit di sini:)


Inilah kedua-dua buku tersebut:

Buku tentang teknik menghafaz Al-Quran secara terperinci dan praktikal
Cerita tentang sejarah hidup mendidik anak-anak Profazz


Antara perkara yang menarik dalam kedua-dua buku ini:

1. Teknik menghafaz Alquran secara terperinci dan praktikal (Di dalam buku 10 Teknik Hafazan Profazz).
 Tidak dapat tidak mesti banyak mengulang untuk menghafaz.





2. Perjalanan hidup yang mereka lalui. Susah senang diharungi bersama.

3. Keutuhan semangat untuk tetap mendidik anak dengan acuan Islam walaupun terpaksa pelbagai kekangan termasuk kesempitan wang.




Ilmu adalah keutamaan walau apa sahaja halangan yang datang.

4. Usaha gigih ibu ayah yang bersungguh-sungguh mendidik anak dengan Islam. Tidak hanya menyerahkan tangungjawab mendidik bulat-bulat kepada sekolah.

5. Helaian kertas buku yang berkualiti dan berwarna penuh.

6. Sarat dengan tips dan panduan mendidik yang sangat




7. Ilustrasi yang menarik dan berwarna warni

InsyaAllah banyak semangat dan inspirasi yang anda akan dapat dari buku ini.







Tuesday, May 30, 2017

Rebutlah peluang berpuasa ketika cuti sekolah & ibadah zikir pada setiap masa

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah tahun ini kita dapat berpuasa dalam cuti sekolah (bagi warga sekolah dan yang berkaitan dengannya).

Ada keistimewaan juga apabila dapat berpuasa dalam cuti sekolah.

Pada waktu malam, masjid meriah dengan ibu bapa dan anak-anak yang datang menunaikan ibadah terawih.

Anak-anak juga dapat mengikuti ibadah terawih dan kuliah subuh dengan masa yang lebih lapang dan tidak terkejar-kejar.

Jika tidak ke masjid, mengulang hafazan dan solat terawih berjemaah di rumah.

Pada waktu petang pula, jika mereka dalam keletihan berpuasa, mereka dibenarkan untuk menonton kartun bahasa Arab yang dimuat turun dan dimainkan dalam TV.

Antara kartun yang dimuat turun dipasang di TV


Ia lebih selamat dari terlihat iklan yang macam-macam termasuk iklan air yang tak putus-putus.

Teringat pula ketika kecil dulu, betapa terseksanya jiwa raga apabila terlihat iklan air ketika menonton TV. Menambah rasa kehausan yang amat sangat bagi kanak-kanak ketika Bulan Puasa.

Teringat pula pada rakan-rakan anak-anak di Cianjur yang sentiasa memakai jam tasbih di jari (ketika menziarahi Cianjur pada awal tahun ini. Ada ditulis di dalam entri DI SINI:





Sambil mereka menonton kartun, sambil mereka berzikir dan berselawat dan menekan-nekan jam tasbih itu.

" Depa bertanding sapa banyak lagi selawat sama-sama depa, sapa lagi banyak?." Jelas Abdul Rahman.

"Depa selawat sampai puluh-puluh ribu kali. Bila depa dah habis, depa mula dari kosong balik." cerita Abdullah pula dengan perasaan takjubnya.

Itulah antara manfaat yang didapati dalam ziarah kali ini. 

Ke mana sahaja kita pergi, biarlah ada manfaat yang dapat kita perolehi untuk diamalkan dalam hidup kita.

Itu jugalah yang dilakukan bersama anak-anak.

Cubalah untuk semaikan janganlah ada masa yang terluang yang berlalu tanpa kita mengingati Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam.

Teringat pula kenangan di bumi Syria. Rata-rata masyarakat di sana sentiasa ada butir tasbih di jari.
Di dalam bas, service (van) berzikir, di dalam pasar berzikir, sedang berjalan berzikir, sambil tunggu bas berzikir, sambil tunggu pensyarah berzikir....sentiasa berzikir. Hingga kita Orang Malaysia pun terikut-ikut  dengan budaya dan ibadah zikir di mana-mana.

Hampir setiap orang mempunyai tasbih yang khas untuk dirinya sendiri yang sentiasa di dalam poketnya. Rantaian tasbih yang mengingatkan diri untuk sentiasa berzikir dan berselawat. Alah...ibarat setianya Handphone dengan kita sekarang. Sat-sat nak cek Whatsapplah.. sat-sat nak tengok Facebooklah...


Jam tasbeeh yang dibeli dengan harga RM 5 sebuah

1 untuk Abdul Rahman

dan

1 untuk Abdullah


"Adik tengah baca apa tu?"

"Adik tengah baca Astagfirullah, adik takut adik banyak dosa."

Lalu pula depan Abdullah selepas beberapa ketika dan bertanya lagi:

"Adik baca apa?"

"Adik baca Allah....Allah..."

Selepas beberapa minit tanya lagi:

"Adik baca apa?"

"Adik baca Allahumma Solli Ala Saiyyidina Muhammad." jawab Abdullah tanpa jemu.


Catatan perkongsian Abdul Rahman di dalam grup Whatsappnya.
Grup beberapa orang kawan lelaki di tahfiz lamanya
(dengan pantauan dan menggunakan HP ibu bapa sahaja)

Moga kita tergolong dalam golongan mereka yang banyak mengingati dan berzikir kepada Allah.

Rebutlah peluang masa-masa yang penuh keberkatan di Bulan Ramadhan ini dengan sentiasa berzikir dan berselawat kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam

Monday, May 29, 2017

Memupuk makna IBADAH dalam Bulan Ramadhan.

بسم الله الرحمن الرحيم


Baba membacakan hadis tentang Bulan Ramadhan selepas Solat Maghrib berjemaah di akhir Bulan Syaaban sebagai pemula bicara.

"Kita dah masuk Bulan Ramadhan. 2 benda yang baba nak pesan kepada kita semua sepanjang Bulan Ramadhan ni:


1. Jangan ada siapa pun yang marah-marah sepanjang Bulan puasa ni. Kalau nak tegur apa-apa, tegur baik-baik.
2. Sebelum makan sahur, semua mesti solat tahajjud 2 rakaat. Bangun sahur elok-elok, jangan buat perangai.

Bulan Ramadhan ni jugak, kita akan baca kitab hadis lebih banyak lagi.

InsyaAllah semua dapat beribadah sehingga habis Bulan Ramadhan ini dengan baik."

Walaupun pesanan baba tentang Bulan Ramadhan sering diikuti di sekolah dan di kuliah-kuliah di masjid, tapi apabila ianya ditujukan khas kepada kami sahaja, ia ada rasa yang lain. Ia perkara yang perlu diambil berat.

Kedatangan Bulan Ramadhan juga ada rasa syahdunya yang tiada pada hari-hari yang lain. Semangat ibadah yang dilihat di masjid menaikkan semangat dalam diri untuk lebih beribadah.

Jangan dikecam orang yang meramaikan masjid dengan terawih. Mungkin ada yang sedang berusaha untuk memperbaiki diri dengan kedatangan Bulan Ramadhan.

Semaikanlah dan viralkan erti ibadah lebih dari perkara lain dalam Bulan Ramadhan ini. Lebih dari juadah berbuka puasa, kuih raya, makanan dan pelbagai topik lain.

Ingatkanlah selalu tentang ibadah, doa, waktu mustajab doa, selawat dan semua yang berkaitan ibadah di mana-mana, samada di media sosial atau di mana sahaja 

"Bulan Ramadhan je ada solat terawih, kita kena rebut peluang untuk Solat Terawih. Jangan ralit."

"Tapi kalau kami nak main spinner dengan kawan boleh tak?."

"Main lepas Solat Terawih, solat elok-elok, jangan bising, jangan main dalam masjid, tolong jaga Ahmad Zaid sekali. Kalau bising, lepas ni jangan bawak dah spinner pi masjid."

Kanak-kanak tetap kanak-kanak. Raikanlah mereka seadanya


" Jika terasa ada masa kosong, terus isikan dengan istighfar, selawat, doa dan ulangan hafazan Alquran. Jangan biarkan ada masa yang dibiarkan kosong sahaja."




Semoga kita tidak menjadi orang yang rugi dan tidak mendapat keberkatan Ramadhan.

Amin Ya Rabb

Sunday, May 28, 2017

Nota Kuliah anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم

Azam yang tetap tersemat kukuh di dalam hati adalah untuk istiqamah dalam menuntut ilmu agar kita sentiasa tahu dan ingat tujuan kita dijadikan di atas muka bumi ini.

Usaha untuk melksanakan azam tersebut adalah dengan menghadiri kuliah-kuliah di masjid dengan lebih kerap lagi.


Anak-anak pun sudah diberikan buku baharu untuk tulis nota kuliah sahaja.

Jangan ada conteng-conteng dalam buku tersebut.


Ini adalah antara nota mereka.

Pesan kepada mereka agar menulis 10 isi penting dari kuliah yang mereka hadiri.

Nota Abdul Rahman

Nota Abdullah


Nota di atas ini ditulis ketika di dalam kuliah di dalam video di bawah ini.





Nota Kuliah Abdullah

Nota Abdullah

Nota Abdullah



Nota kuliah Abdul Rahman:


Nota Abdul Rahman

Nota Abdul Rahman


Semoga kita semua dalam rahmat dan berkat Ilahi.

Thursday, May 25, 2017

Faedah kemahiran memasak bagi kanak-kanak

بسم الله الرحمن الرحيم


Pada suatu masa dahulu, pernah terdetik dalam hati saya kerisauan jika anak-anak tidak tahu masak.

Macammana nak belajar di luar negara jika tak reti masak... hahaha (dahsyat betul kerisauan mak-mak ni ya?)

Namun anak-anak suka menunjukkan minat di dapur.

Membuat resepi-resepi mudah seperti Ais Krim Malaysia, Milkshake, Jus buah-buahan dan lain-lain.

Namun pada hari saya membuat Japanese Cotton Cheese Cupcake (pernah ditulis DI SINI), anak-anak menunjukkan minat dan semangat berkobar-kobar untuk membantu di dapur.



Beberapa hari selepas itu, mereka menunjukkan minat untuk memasak sendiri di dapur menggunakan resepi yang disalin dan ditonton dari internet.

"Mama, abang nak buat Tat Telur. Mama tolong carikan resepinya ya?" Kata Abang Abbudey.

Saya akan mencarikan resepinya beserta video cara pembuatannya agar mereka mendapat gambaran untuk membuatnya.


Bagi saya tiada keaibannya apabila anak-anak lelaki tahu memasak. 

Ia bukanlah kerja khusus orang perempuan.

Malah ia mempunyai banyak faedah:
Mereka juga belajar bersabar dalam urusan memasak.

Belajar mengawal peralatan memasak dan kegunaannya.

Belajar menjaga kebersihan ketika memasak dan selepasnya.

Belajar berusaha  dan bersabar untuk menghasilkan sesuatu.

Belajar menyukat dan mengikut arahan.

Dan banyaaaakkk lagi ilmu yang diperolehi dari proses memasak


Tidak perlu dirisaukan jika dengan minat memasak, mereka akan menjadi 'lembut'... Ramai sahaja orang dan saudara lelaki dekat kami yang mahir memasak hingga dijadikan perniagaan tetapi sama sekali tidak 'lembut'.


Alhamdulillah.

Ia adalah minat dan kemahiran yang banyak manfaatnya.

Malahan juga betapa banyak hati yang tertawan kerana makanan yang sedap. Hatta makanan yang sedap juga dapat menawan hati musuh.

InsyaALLAH ada keberkatannya.

Amin.

Semoga ALLAH redha.

Monday, May 22, 2017

Resepi ke-2 anak bujang: ٍStuffed Egg Tart

بسم الله الرحمن الرحيم


Ini adalah hasil kedua masakan Abdullah dan Abdul Rahman
  (100% mereka masak sendiri, dari sediakan bahan-bahan, bakar dan bersihkan dapur) selepas mereka membuat Japanese Cotton Cheese Cupcake di sini:


Inilah dia Stuffed Egg Tart yang kali pertama dibuat oleh mereka:
Resepinya beserta dengan video dirujuk di sini:


"Function: Convection

Preparation time: 25 minutes

Baking time: 17 – 22 minutes
Servings: 15 egg tarts

Ingredients

Pastry
  • 125g salted butter
  • 60g icing sugar
  • 50g egg
  • 240g plain flour
Egg custard Filling
  • 100g sugar
  • 225ml hot water
  • 3 eggs
  • 110ml evaporated milk
  • 90g red bean paste

Method

Pastry
  1. Set the Cubie Oven to Convection with Preheat at 180oC.
  2. Cream the butter with icing sugar until light and fluffy, then add the egg.
  3. Fold in flour and mix until a dough is formed. Rest the dough for 10 minutes.
  4. Divide the dough into 15 equal portions and roll each piece into a ball. Using a tart case, press the pastry ball into a flat piece.
  5. Line the dough in the middle of tart case, lightly pressing down.
  6. Refrigerate the tart cases for 30 minutes.

Egg Custard Filling
  1. Add the sugar into hot water, stir until sugar is completely dissolved.
  2. Beat eggs with evaporated milk lightly and mix well with the sugar water.
  3. Sift the egg mixture twice to achieve a smooth consistency.
  4. Divide red bean paste into 6 g each and place at bottom of the tart cases.
  5. Pour egg mixture into the tart cases and place them onto a steam bake tray.
  6. Bake for 17 – 22 minutes depending on the size of the tarts.
  7. Once done, remove from tart cases and serve warm."

(namun bagi kami gulanya perlu dikurangkan sedikit, kerana agak manis.)


Saya suka untuk tunjukkan resepi beserta dengan video supaya mereka mempunyai gambaran lebih jelas tentang cara membuat sebarang resepi.

MasyaALLAH banyaknya kemudahan.

Kita dulu baca di buku saja, tu pun kadang-kadang jadi, adakalanya tak jadi.

Alhamdulillah satu hobi yang bagus.

Friday, May 19, 2017

Perkongsian ayat Alquran yang menyentuh hati


بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika menulis tesis atau mendengar pengajian di you tube, banyak ayat Alquran yang menyentuh hati yang dijumpai.

Cuba untuk kongsikannya di dalam Facebook peribadi dengan harapan semoga orang lain juga mendapat manfaat darinya.

Inilah antaranya:
Ketika mencari tentang tafsir ayat ini.

Ia menyentuh hati.

Hadis yang dikongsikan oleh Ustazah Norhafizah Musa yang menyentuh hati.

Sungguh ayat Alquran itu bukan ayat biasa-biasa. Ia menjadi solusi, petunjuk sepanjang zaman.

Tuesday, May 16, 2017

Alkisah pokok gajus.

بسم الله الرحمن الرحيم


Baru sahaja beberapa tahun kebelakangan ini saya kenal buah gajus yang segar dan pokok gajus.

Zaman kanak-kanak di Kuala Lumpur, setakat kenal buah gajus dalam pek di kedai sahaja.

Manalah nak cari pokok gajus di Kuala Lumpur?

MasyaAllah menyaksikan perkembangan buah gajus di pokok di taman perumahan ini amat mengagumkan. MasyaAllah hebatnya kekuasaan Allah.

MasyaALLAH.

Pertama kali tengok buah gajus muda seperti ini

Selepas beberapa minggu, buah gajus pun dan masak.







Teringat semula memori melihat pokok Buah Teen yang besar merendang yang mula berbuah di tepi jalan di Ruknuddin, Dimasyk, Syria beberapa belas tahun yang lalu.

Pokok Teen yang sering ditemui ketika berjalan kaki pergi study group dengan kawan-kawan di asrama.

Dari tiada buah, kemudian naik sedikit-sedikit sehingga masak buahnya dan boleh dimakan.

MasyaAllah... Terasa tenang melihat kekuasaan Allah...

Saturday, May 13, 2017

MasyaALLAH, Hari ini dalam sejarah...Kek Pertama Anak Bujang

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada keesokkan hari selepas kami membuat Japanese Cotton Cheese Cupcake, anak-anak berebut kek yang tinggal sedikit ketika pulang dari sekolah, yang sedikit itulah yang sedap nak berebut sangat tu.

Anak-anak minta nak buat kek lagi.

Cuaca yang amat panas memang tak larat nak duduk buat kek di dapur. Terbayang-bayang nikmatnya duduk dalam bilik yang berpendingin hawa.

Disuruh sahaja anak-anak buat sendiri kek yang telah dipelajari semalam.

Mereka pun setuju dan bersedia untuk buat sendiri Japanese Cotton Cheese Cupcake.

Resepi yang disalin cepat-cepat, tak sabar-sabar sangat nak buat kek. 
Diberi beberapa tunjuk ajar:

"Pecahkan telur sebiji-sebiji sebelum masuk dalam periuk, takut ada telur yang busuk. Jangan bagi ada sedikit pun kuning telur dalam putih telur, nanti putih telur tu tak naik elok."

"Sukat dan timbang bahan-bahan elok-elok."

"Masukkan bahan-bahan sedikit-sedikit, kalau tidak nanti dia akan berketul-ketul."

"Api jangan kuat langsung, nanti hangit adunan cheese nanti."

"Lepas buat kek, jangan lupa semua barang kena basuh bersih-bersih, lap dapur bersih-bersih dan mop lantai dapur sekali."

Begitulah banyaknya pesanannya.

Anak-anak pula tak sabar-sabar nak membuat kek sendiri.

Semua mereka lakukan sendiri tanpa pantauan.

Selepas sejam, bila dilihat Alhamdulillah adunan kek sudah hampir siap dan akan dimasukkan dalam ketuhar oven.

MasyaALLAH cepat juga mereka membuat kerja di dapur.


Adunan kek yang sudah hampir siap

Alhamdulillah juga mereka membuat kerja dan membersihkan dapur dengan baik, siap basuh sekali lantai dapur.
Hasil kek dua anak bujang ini.

Alhamdulillah

Gebu!

Percubaan pertama yang baik, Alhamdulillah

100% kerja dua anak bujang ini
(dengan izin dan bantuan ALLAH semestinya)

Resepi kek kesukaan anak-anak ini boleh didapati di sini:
http://blogsimpanresepi.blogspot.my/2011/07/japanese-cheese-cake.html

Alhamdulillah...

Semoga terus maju!

 12/3/2016
(Hari Ahad)

Thursday, May 11, 2017

Kempen ibadah sempena Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan penuh kesyukuran dan pengharapan kepada ALLAH Subhanahu wa taala yang telah memudahkan pelbagai urusan dalam pembinaan Maahad Al Iman, kami mengajak anda untuk sama-sama meningkatkan ibadah wakaf dan infaq di Bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi.


Projek mengumpul dana untuk pembangunan Maahad Al Iman Li Ulumil Quran.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi/WhatsApp:
0134202206 ( Amri Mohd Nason )

Semoga ALLAH mudahkan urusan kita semua.


Wednesday, May 10, 2017

Japanese Cotton Cheese Cupcake.

بسم الله الرحمن الرحيم

Bangun tidur pagi hujung minggu dalam keadaan lapar. Teringat Japanese Cotton Cheese Cupcake yang lama sangat tak buat. 

Memang ada terfikir nak buat, tapi tak jadi-jadi lagi.

Hari itu, azam sepenuh hati nak buat juga kek tersebut.

Tengahari beli bahan-bahan. Petang ketika Ahmad Zaid tidur, baru boleh buat.

Abdullah dan Abdul Rahman memang dari tengahari dok ulang tanya bila kita nak buat kek?

Terasa senangnya alahai.... bila anak dua orang ini menolong di dapur.

Terasa lain juga apabila mereka telah besar menolong di dapur.

Dulu mereka kecil, tak banyak yang boleh dibantu, sekarang senang kerja apabila banyak perkara yang mereka boleh buat.

Kerja membuat kek pun makin senang.

Diterang juga beberapa perkara kepada mereka.

"Tepung perlu diayak agar lebih ringan."

" Maringue yang menjadi yang tidak akan tumpah walaupun kita terbalikkan."

Tidak terfikir pun untuk tangkap gambar mereka dan kongsikan dalam media sosial kerana dibimbangi mereka segan kerana sudah besar dan menolong di dapur.

Tapi Abdullah dan Abdul Rahman pula yang berkata:
"Mama tangkaplah gambar kami, nanti masukkan dalam blog."


Mereka berdua memang selalu membaca blog ini. Mereka sangat seronok membaca sejarah hidup mereka yang mungkin mereka telah lupa sebahagiannya, tetapi dicatit dalam blog ini.

Alhamdulillah. Syukur sangat rasa apabila melihat mereka seronok membaca blog ini.

Resepi kek ini diambil dari BLOG Puan Naimatul Hafizah Nor Rodin
Dari pertama kali buat kek ini (zaman salin resepi atas kertas) sampai sekarang (zaman bawak handphone -resepi) ke dapur, inilah resepi yang digunakan, Alhamdulillah resepi yang senang dan menjadi...

Alhamdulillah
Inilah faedahnya menulis blog, insyaAllah ada orang yang menfaat dari tulisan kita. InsyaAllah juga ia menjadi pemberat amalan kebaikan kita di akhirat sana.
Amin.

Kenangan kami membuat kek ini pada tahun 2013 boleh dibaca DISINI




Sunday, May 7, 2017

Muhasabah Diri dan Tingkatkan ilmu

بسم الله الرحمن الرحيم


MasyaAllah...

Antara nikmat peluang yang besar yang ALLAH berikan ialah untuk rasa  insaf dan muhasabah diri ketika menghadiri kuliah dan mendengar kuliah.


MasyaALLAH.


Sebenarnya tidak mudah untuk dapat peluang mendengar kuliah dan menghadiri kuliah, apatah lagi merasa insaf dan terkesan jika bukan dengan izin Allah Subhanahu Wa Taala.


Dengan kesibukan kita dengan urusan dunia yang tidak kesuadahan kecuali selepas mati, sukar untuk kita hentikan masa sebentar untuk muhasabah diri.

Astagfirullah...


Saya amat kagum dengan orang yang dapat menyentuh hati orang lain dengan kata-kata dan tulisannya.
Semoga ia lahir dari hati yang ikhlas.

Itu jugalah cita-cita dan hasrat nun jauh di lubuk hati.

Biarlah kata-kataku dan hasil tulisanku ikhlas dan jatuh ke dalam hati yang ikhlas.

Amin Ya Rabb..

Inilah antara video yang amat menyentuh hati saya


Video kuliah Ustazah Nor Hafizah Musa yang selalu menjadi muhasabah diri dan keinsafan. Begitu juga dengan kuliah yang diikuti di radio IKIM saban minggu.

Kuliah didengari sendirian dengan titisan air mata keinsafan. Insaf dengan kesilapan dan kelemahan diri.

Kuliah yang menyentuh hati tentang muhasabah diri sebagai ibu bapa untuk tarbiah anak-anak


Begitu juga dengan video Sheikh Rotib Nabulsi yang sentiasa menyentuh hati. Video yang sarat dengan ilmu dan keinsafan.

Seperti yang pernah dikongsikan di sini dan di sini.


Begitu juga apabila menghadiri kuliah di masjid bersama anak-anak.

Ada ilmu dan keinsafan yang hadir.

Alhamdulillah


Kuliah baba di Masjid Bakar Arang yang kami hadir sama. 
Alhamdulillah


Kerana itulah azam seikhlas hati dan doa dipanjatkan agar dapat banyak peluang untuk menuntut ilmu lebih lagi dan lebih muhasabah diri.

Zaman sekarang ini fitnahnya sangat dahsyat.

Masyarakat terlalu mudah untuk bersuara, keluarkan komen. Tak cukup dengan mulut, dengan tangan di media-media sosial...

Allah....

Keluarkanlah diri kita dari fitnah ini dan kembalilah kepada Allah dengan muhasabah diri dan menuntut ilmu.

Janganlah hati kita terlalu sibuk dan leka sangat dengan urusan dunia.

Betapa kita perlu masa untuk muhasabah diri dan kembali bersama Allah.

Moga ALLAH menerima kita semua sebagai hamba yang bertaqwa.


Amin.

Thursday, May 4, 2017

Perkembangan 1 tahun 4 bulan

بسم الله الرحمن الرحيم

**Catatan ini adalah untuk merekod memori ketika anak-anak masih kecil yang pasti akan dirindui pada masa akan datang.

Ketika entri ini ditulis, usia Ahmad Zaid hampir 1 tahun 4 bulan. Perkiraan umur dan bulan ini hanya rajin ketika anak usia setahun dua sahaja...Lepas tu lebih banyak kira usia tahun sahaja.

Jarang orang sebut anaknya berusia 9 tahun 7 bulan.... Biasanya orang hanya sebut tahun sahaja bila dah besar.

Mungkin kerana perkembangan bayi yang amat pesat dan jauh berbeza (dari segi fizikal dan kemahiran lain)  dari sebulan ke sebulan, itu yang disebut bulan-bulan sekali.

Namun akan sampai tahap hingga pula terus usia anak termasuk usia sendiri. Keliru dengan nombor dan umur (sayalah tu, bukan orang lain). Masuk umur 20, dah berhenti kira umur.

Jika orang tanya umur, jenuh ingat semula berapa usia sendiri dengan ragu-ragu.

Begitu juga bila orang sebut umur mereka, terfikir pula usia kita samakah dengan usia mereka.


Sebagai contoh, orang sebut umurnya 30 tahun, secara automatik, dalam otak terfikir:
"Umur aku 30 jugak ke?"

Mungkin pelik, tapi itulah yang berlaku.

Dan saya juga ada melihat beberapa orang lain mempunyai fesyen semacam ini. Fesyen dah lama berhenti kira umur.

Kembali kepada tajuk di atas.

Ketika usia ini, Ahmad Zaid sudah faham beberapa perkara:

1- Suruh boleh membuang sampah dalam tong sampah

2- Boleh letak baju kotor dalam bakulnya

3- Suka meniru. Orang baca Quran dia pun nak baca Al-Quran. Orang mop lantai, dia pun nak mop jugak (sehingga kami beli 1 mop lebih yang lebih rendah untuk Ahmad Zaid.) Jika tidak bagi, Ahmad Zaid akan menjerit menangis.

Satu lagi kegemaran Ahmad Zaid ialah makan berjemaah (menggunakan dulang)
Masih perlu dilatih makan dengan tangan kanan.
Suka kacau-kacau


4- Sudah pandai menjaga kelakuan dan ikut baba dan abang-abang pergi solat di Masjid.

5- Sudah ikut mendengar kuliah di masjid, namun adakalanya dia moody dan berlari di dalam masjid (Jika dia nampak masjid luas dan orang tidak ramai, kemain semangat berlari dalam masjid yang luas, tak padan dengan kecik.)


6- Perkataan yang boleh disebut sekarang ialah:

"Nekkkk" (Nak- Sambil jari tunjuk barnag yang dia mahu)

"Kak" (Bukak- Sambil memberikan botol yang dia tidak boleh buka)

"Kannn" (Syukran- Ahmad sebut selepas orang bagi barang kepadanya, kerana kami latih selepas orang bagi barang, disebut syukran)

"Kwaq" (Keluar -Sambil tunjuk pintu)

Dalam usia ini, Ahmad Zaid sangat suka makan pisang.

Bila Ahmad ke dapur, dia akan tunjuk pisang di atas kabinet, dan jerit:
"Nekkkk.."

Apabila dibukakan pisang, tangan kanan dia kami berikan pisang dan tangan kirinya diberikan kulit pisang dan disuruh Ahmad Zaid supaya buang kulit pisang dalam tong sampah.

Ahmad Zaid akan buang kulit pisang dalam tong sampah.

Satu kemahiran yang baru dipelajarinya sejak beberapa hari ini

Kami perlu dilatih makan dengan tangan kanan.

Abang-abang yang rajin melayan Ahmad Zaid


6- Sangat suka nak ajak baba pergi keluar rumah berjalan. Jika baba pergi keluar dan tidak membawa Ahmad Zaid, pasti drama sayu penuh air mata akan berlaku...Alahai...kesiannnya!

Allah peliharalah kita semua dan jadikanlah anak-anak kita pejuang Agama Islam yang berbakti untuk Islam.

Amin Ya Rabb...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...