Wednesday, April 30, 2014

WW: Balik sekolah + Sakura

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam perjalanan balik ke sekolah
berhenti bergambar dengan pokok2 (konon2 sakura)
=P

MasyaALLAH
Gambar awal bulan ini
sekarang banyak bunga yang dah luruh

Tuesday, April 29, 2014

Telekung Solat gelap

بسم الله الرحمن الرحيم


Sejak dari kecik, mak ajar supaya kalau pakai telekung solat mesti pakai yang 2 lapis (mak akan jahitkan siap2 selapis lagi sebelah dalam) sebab rata-rata telekung jarang hingga boleh nampak warna kulit , tengkuk dan juga rambut... zaman dulu, telekung warna putih je... kainnya pula nipis sahaja


ALhamdulillah, ini adalah kali ke-3 saya menempah telekung dari Ummu Muhammad .

Kesemuanya berwarna biru gelap.


Kali kedua, permintaan dari adik supaya tempahkan telekung biru gelap ini sebagai hadiah harijadinya

Kali ke-3 saya tempah lagi untuk simpanan, senang buat berjalan jauh.





Telekung biru ini hanya selapis sahaja, tapi ia tidak jarang, kerana bewarna gelap. kainnya juga ringan sahaja dan tidak melekat di badan, tidak nampak bentuk badan.

Jadi hilanglah masalah was-was dan tidak selesa, risau solat tidak sah kerana kain telekung yang jarang, ALhamdulillah.

Jazakillah Khairan kathira Ummu Muhammad yang menjahit telekung ini untuk saya walaupun dalam ribut2 di tempat kerja baru, ALLAH berkati dan permudahkan segala urusan UM sekeluarga.
=)

Sunday, April 27, 2014

Video: Kenangan Abdullah membaca buku BM usia 5 tahun

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada zaman sekarang ini, keupayaan membaca buku Bahasa Malaysia dengan lamcar pada usia 5 tahun bukanlah satu perkara yang istimewa lagi. Ia menjadi perkara yang biasa sahaja kerana sudah ramai kanak-kanak yang mampu membaca lebih awal dari itu.


Seperti yang saya tuliskan di SINI. oleh kerana saya inginkan Abdullah masuk darjah 1 pada usia awal, jadi masa cuti hujung tahun lepas, saya bersungguh-sungguh melatihnya membaca buku Bahasa Malaysia dalam masa sebulan itu.

Video ini dirakamkan pada bulan lepas.
Bagi saya, bacaan Abdullah untuk buku Bahasa Malaysia boleh dikatakan OK....
Untuk memantapkan bacaan Bahasa Malaysia, galakkan dan belikan anak-anak buku cerita, InsyaALLAH skill membaca mereka akan bertambah baik InsyaALLAH.

Sebagai kenang-kenangan..........



Alhamdulillah , ALLAH berikan ilmu lain menjadi mudah selepas kita mengutamakan AL-QURAN DAN AGAMA ISLAM sebagai pendidikan yang pertama dalam hidup anak-anak, InsyaALLAH.

ALLAH JADIKAN ANAK-ANAK INI ORAN YANG BERILMU DAN BERAMAL DENGAN ILMU MEREKA. AMIN YA RABB

Friday, April 25, 2014

Kraf: Hasil Pendidikan Seni di SRI TM

بسم الله الرحمن الرحيم



Antara hasil dirasah fanniyyah Abdul Rahman n Abdullah
 di SEKOLAH RENDAH ISLAM TAHFIZ MUTMAINNAH (SRI TM) utk bulan 3 & 4.
 Yg sebelum2 tu lupa Nk lekat.

1. Kolaj لا إله إلا الله
Semua makhluk bertasbih.

2. Arnab: kisah teladan ttg arnab

3. Lukisan kereta impian anda.
- fikir ttg masa hadapan




              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 


4. Matahari. والشمس وضحاها
Kehebatan ciptaan Allah

5. Lebah: kehebatan haiwan alquran.
Surah AnNahl

6. Jam. Kepentingan masa.
والعصر


Jom baca Surah Al-Kahf dan perbanyakkan selawat.  Moga kita semmua beroleh berkat ALLAH di Hari Jumaat ini.

Wednesday, April 23, 2014

Video: Bakal menjadi kenangan indah anak-anak bermain The Box Of Manners

بسم الله الرحمن الرحيم

2 hari lepas saya telah berkongsi gambar keriangan Abdullah dan Abdul Rahman bermain The Box Of Manners ini.

InsyaALLAH kali ini saya akan kongsikan video mereka bermain.



Selamat menonton


Mereka belajar membaca dan akhlak-akhlak mulia dari permainan ini =)

Monday, April 21, 2014

PERBAHARUI SEMANGAT UNTUK ANAK-ANAK !!

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya mesti tulis entri ini ketika semangat saya tengah meluap2 ni. Kalau tangguh2 nanti, dengan semangat, dengan plan semua jadi lemau dan basi...

Dengan tugasan sebagai guru besar, tugasan membetulkan tesis yang tak selesai lagi (sampai kena marah dengan sheikh, biar satu dunia tau kena marah dengan sheikh), sedikit sebanyak usaha mendidik anak2 di rumah makin berkurangan. 

Tapi Al-Quran memang tetap ulang dan baca setiap hari sebab anak-anak sekarang sudah sekolah tahfiz.

Tapi amalan tebuk hafazan, bacaan hadis, tafsir dan banyak lagi dah lama dilupakan.... arrrhhhh sedihnya.

Jadi hari ini InsyaALLAH akan perbaharui semangat untuk berjanji kembali mendidik anak2 lebih rajin lagi di rumah



Mahu perbanyakkan bercakap tentang jihad, cinta ALLAH dan Rasul, mengajar tafsir AL-Quran, Cerita nabi2 dan banyak lagi ilmu yang belum disampaikan kepada anak2.

YA ALLAH, bantulah hamba2Mu ini agar dapat mencorak anak-anak dengan sebaik-baik corak Islam, menjadi pejuang Islam yang berani, berilmu, rajin beribadah dan berhikmah!

Bantulah kami ya ALLAH!

Amin Ya Rabb!

Biar satu dunia tahu semangat ini!

Seronoknya anak-anak bermain The Box Of Manners

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti yang dijanjikan, InsyaALLAH saya akan bercerita bagaimana anak-anak bermain The Box Of Manners.


Ini sebagai contohnya sahaja, anda boleh mempelbagaikan lagi cara bermain dan penggunaan The Box Of Manners ini.

 contoh kami bermain The Box Of Manners:
1
Ambil beberapa pasang kad, susun, terbalikkan supaya tertutup
dan selerakkan supaya tidak tahu tempatnya


oo som!
utk tentukan giliran
cari pasangan kad yang serupa
siapa yg dapat pasangan kad yg serupa, kena baca dan boleh ambil kad tersebut.
Siapa yg dapat kad paling banyak, dialah pemenangnya!
  


sama!

Adik membaca kad tersebut
 Antara pelajaran yang mereka dapat dari permainan:

1- MENGENALI AKHLAK2 MULIA YANG DISUKAI ALLAH DAN RASULNNYA.

2- BERLATIH MEMBACA

3- REDHA JIKA KALAH

4- TIDAK BERBANGGA2 JIKA MENANG

5- MENGAWAL PERASAAN MARAH JIKA KALAH

6- BERSABAR MENUNGGU GILIRAN

7- JUJUR : TIDAK MENIPU KETIKA BERMAIN.

Giliran abang pula


Seroonoknya mereka

WALAUPUN NAMPAK SIMPLE, TAPI BANYAK PELAJARAN YANG ANAK-ANAK BOLEH DAPAT DALAM KEADAAN MEREKA SERONOK BERMAIN.

BIASAKANLAH ANAK-ANAK DENGAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PERMAINAN MEREKA SUPAYA MEREKA MEMBESAR SEBAGAI ORANG YANG BERTAQWA.

ALLAH PERMUDAHKAN KITA UNTUK MEMUPUK ANAK DENGAN AKHLAK2 MULIA. AMIN YA RABB.

Saturday, April 19, 2014

The Box Of Manners

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah antara barang-barang yang saya pesan dari sahabat saya  Umm Waliyya

Betapa pentingnya mendidik kanak2 dengan akhlak mulia sejak kecil

MasyaALLAH
belakang kotak
Mempunyai 54 kad yang mengajar ttg akhlak mulia

disediakan juga panduan contoh bermain

isi kandungan booklet

1

dalam bahasa arab juga

2

3

DI sediakan juga ayat AL-quran dan hadis beserta dengan terjemahan dalam Bahasa Inggeris sbg mengupas topik bg setiap kad dan dalilnya




Inilah kad2 comel itu
InsyaALLAH saya akan kongsi cara anak2 bermain sambil belajar dgn The Box Of Manners ini

Thursday, April 17, 2014

The Giant Journey di SRI TM

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap pagi Ahad, saya bertugas untuk hadir awal ke tahfiz.

Jadi sementara para pelajar menunggu untuk perhimpunan lagi setengah lagi, saya perkenalkan kepada mereka puzzle The  Giant Journey ini.

anak-anak tahfiz excited menyiapkan puzzle beramai2

belajar berkongsi dan bekerjasama 




hampir siap



Tuesday, April 15, 2014

Video: Kegembiraan Abdul Rahman & Abdullah bermain puzzle The Giant Journey

 بسم الله الرحمن الرحيم



Excitednya mereka main puzzle besar ni.
Info ttg puzzle ni boleh baca di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2014/04/giant-puzzle-giant-journey.html

Mengajar anak ttg Sirah Rasul2 dengan kreatif dan seronok. Alhamdulillah. Moga kita semua lebih dekat dengan ALLAH dan para rasulNya. AMIN YA RABB

Sunday, April 13, 2014

Giant Puzzle - The Giant Journey

بسم الله الرحمن الرحيم

Tengahari semalam, sedang kami anak beranak sedang bersilat di dapur (panggang ayam, buat salatoh(salad arab) dan anak-anak buat dadih), kedengaran van Pos Laju meng'pin pin pin' dari luar. Terkejut dan terfikir-fikir juga barang untuk siapa?

Rupa-rupanya, barang yang dipesan 2 hari lepas dari Umm Waliyya hari lepas telah sampai. MasyaALLAH cepatnya sampai... ALhamdulillah

Terus semua tinggalkan dapur dan berkejar-kejar ke depan.
sangat kalut nak tahu barang apa yang sampai

tak cukup sorang, dua2 excited nak buka

ALhamdulillah

4 barang yang dipesan selamat sampai
senyum lebar semua!

Hadiah, Islamic eduacational games yang membuat anak-anak melompat2 tak sabar nak main semuanya
Jom kita tengok barang ini dulu:
v
v
v
v
v
v
v
v


Puzzle gergasi dengan tema:
The Giant Journey
Perjalanan 25 Rasul
MasyaALLAH, permainan ini sangat seronok dan bermanfaat


Bahagian belakang

Penerangan tentang gambar-gambar dalam puzzle
Contoh: Nabi Nuh membina bahtera besar
Nabi Ibrahim, Membina Kaabah
Nabi Ismail, punca terbitnya air zam zam

dan cukup kisah para nabi dan rasul



INilah kepingan puzzlenya
Bagi pembaca blog ini, tentu sudah tahu tentang minat anak-anak saya sangat mendalam terhadap permainan puzzle sejak dari kecil, boleh baca di sini:

tapi inilah kali pertama mereka mendapat puzzle yang sebesar ini. Sangat excited untuk buat:



2 beradik Bekerjasama membuatnya 



tekun merujuk gambar di kotak
Jadi, sementara mereka melakukan puzzle ini, boleh sambung kerja di dapur:


Hampir siap
usaha mereka berdua
dengan bantuan dari ALLAH Subahanu Wa Taala



Alhamdulillah, seronok sebab siap
=)
Anak-anak sangat seronok dan bangga dengan puzzle ini. Siap buat surprise lagi untuk baba.

Kemudian, time makan tengahari, sambil makan sambil cerita tentang puzzle itu.
Antara dialognya:
"Cuba tengok dekat Nabi Musa, gambar itu tentang cerita Nabi Musa belah laut,
saya pernah cerita dengan mereka kisah Nabi Musa di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2012/11/mengajar-tafsir-kepada-anak2.html

Nabi Sulaiman mahir buat pedang dan cerita nabi Sulaiman dengan semut2."

Anak-anak akan tanya pula:
"Gambar nabi Ibrahim pula kenapa, gambar nabi ini pula kenapa?"

Saya juga pernah menulis tentang kelebihan anak-anak bermain puzzle di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/09/kebaikan-bermain-puzzle.html

InsyaALLAH saya akan berkongsi video betapa excitednya anak-anak bermain puzzle gergasi ini, InsyaALLAH pada entry yang akan datang

Banyak ilmu-ilm Islam dan kemahiran  yang anak-anak boleh dapat dengan bermain puzzle ini, ALhamdulillah...

Friday, April 11, 2014

Lego versi susah

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaALLAH entri kali ini untuk menjawab soalan yang ditanya 2 hari lepas.


Soalan saya 2 hari lepas:
Apakah benda ini?
Jawapannya ialah:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

3D blocks
errr.....ala2 LEGO, tapi lebih sukar....
Begitulah, sudah minat anak2 sekarang ini benda seumpama ini sahaja...layankan jelah... Boleh juga pasang AL-Quran dan join sekali...

              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 
kotaknya... 
panduan bermain dengan blok ini.
agak memeningkan kan?
Kami tak kira pulak untuk pastikan cukup ke tidak 3200 pieces...huhu
semuanya simpan dalam bekas ini sahaja, senang.
harganya.
ada diskaun.
 Ia kelihatan agak sukar berbanding Lego biasa kerana kepingannya yang agak halus dan perlu dicantum2 seperti gambar di bawah ini

perlu mencantum2kan kepingan2 ini

seperti puzzle juga
percubaan untuk membina rumah beramai2.
pening juga mengadap benda ini (bagi orang dewasa seperti saya)
tapi kalau anak2, berjam-jam pun tak jemu
Abang Abbudey memberi sepenuh perhatian dan kekuatan untuk mencantumkan kepingan-kepingan blok ini 

fokus
fokus

Melatih kesungguhan, imiginasi, kepintaran matematik, kreativiti dan sebagainya.

Seperti biasa, aktiviti senyap seperti ini akan disulam dengan alunan bacaan AL-Quran.
InsyaALLAH

Alhamdulilah...

inilah hasilnya, rumah hasil idea kami sekelaurga

Adik yang seronok dengan hasilnya!
ALhamdulillah

Lepas ini, InsyaALLAH banyak lagi hasil yang bakal mereka cipta dari 3200 block ini


PERHATIAN: kepingan-kepingan kecil ini tidak sesuai untuk bayi, dikhuatiri jika dimasukkan ke dalam mulut


Jom baca Surah AL-Kahf dan banyakkan selawat. Hari ini Hari Jumaat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...