Showing posts with label Percutian Ke Indonesia 2017. Show all posts
Showing posts with label Percutian Ke Indonesia 2017. Show all posts

Saturday, August 5, 2017

Karya Abdullah: Kenangan di Indonesia

بسم الله الرحمن الرحيم


Kami selalu teringin nak pergi ke Cianjur, Indonesia kerana mahu jumpa sahabat kami yang sangat baik hati di sana.

Mereka ialah: Muhammad, Zahid, Mustafa dan Yaman.



Di depan Universiti Imam Asy Syafie


Mereka tinggal  di Unervesiti Imam Asy-Shafie.

Ayah mereka adalah pensyarah di sana.

Di situ kawasannya besar sangat dan cantik. Udaranya sangat sejuk dan segar.
Menuju ke Cianjur
Apabila saya tahu bahawa ayah saya  merancang untuk pergi ke Cianjur, Indonesia, saya rasa sangat gembira dan tidak sabar mahu ke sana.

Saya ternanti-nanti 21/ 1 /2017 untuk kami pergi ke Indonesia.

Kami  bertolak pukul 4 petang dan sampai ke Lapangan Terbang Jakarta pada pukul 8 malam.
Bermain di Air port Jakarta
Kami menaiki kereta anak murid Sheikh Mahir dari Jakarta menuju ke Cianjur.

Kami sampai di univesiti pukul 2 pagi.
Rumah yang kami tinggal di Cianjur
Hari ketiga kami pulang ke Malaysia.

Mengucapkan selamat tinggal
Kami berasa sedih sangat.


Begitulah kenangan saya di indonesia

                    Tamat...



Dalam penerbangan pulang ke Malaysia

Tuesday, March 7, 2017

Percutian di Gunung Tangkuban Perahu, Bandung, Jakarta

بسم الله الرحمن الرحيم


Penerbangan kami ke Indonesia pada penghujung Bulan Januari yang lalu memang bertujuan utama untuk menziarahi keluarga Sheikh Mahir sahaja.

Kami tidak plan pun untuk berjalan-jalan di Indonesia kerana tahu jalannya yang selalu sesak dan lambat berdasarkan pengalaman 3 tahun yang lalu.


Namun, apabila diajak, kami tidak lepaskan peluang untuk ke Bandung. 

Itupun balik hari sahaja. Keluar dari Cianjur jam 9 pagi dan sampai semula ke sana jam 9 malam.

Kami hanya pergi ke Gunung Tangkuban Perahu untuk melihat kawah gunung berapi di sana.

Perjalanan dari Cianjur ke Bandung memakan masa 3 jam.

Anak-anak pun asyik bertanya berulang kali bilakah akan sampai?

1 hari hanya cukup untuk pergi ke satu tempat sahaja kerana jarak yang jauh dan perjalanan yang lama.

JANGAN LUPA UNTUK MEMBAWA JACKET KERANA ANGIN KENCANG DAN SEJUK DI GUNUNG TANGKUBAN PERAHU INI.

Gambar berlatar belakangkan kawah gunung berapi ini wajib diambil jika sampai
ke Gunung Tangkuban Perahu ini.

Sangat teruja untuk menunggang kuda di sini


Ahmad Zaid yang sangat seronok dapat berjalan setelah 3 jam di dalam kereta.

Puas kepung Ahmad Zaid yang mahu berjalan sendiri.

Kami setia mengikutnya dekat-dekat dari belakang.




Ahmad Zaid yang mahu turun berjalan


Terdapat beberapa gerai menjual ole-ole dan beberapa penjual yang menjual buah-buahan dan cerderamata.

Namun jika kita beli dari seorang, ramai pula yang datang menjual kepada kita.

Jenuh menepis.

Mesti pandai tawar menawar untuk dapat harga yang menarik.




Penjual bekas tisu menjual barangannya

Alhamdulillah percutian yang menyeronokkan.

Sunday, March 5, 2017

Tip Membawa Anak Kecil Menaiki Kapal Terbang

بسم الله الرحمن الرحيم


Penerbangan kami ke Cianjur pada penghujung bulan 1 yang lalu adalah penerbangan pertama bagi Ahmad Zaid yang baru berusia 1 tahun 2 bulan.


Membawa anak kecil menaiki kapal terbang semestinya tidak semudah membawa anak-anak yang dah besar.

Mudah sahaja anak-anak kecil menjerit dan menangis kerana kebosanan dan tidak boleh duduk lama di dalam kapal terbang.

Dahulu Abdullah pun pernah dibawa menaiki kapal terbang ketika baru berusia 1 tahun, pernah ditulis dalam entri DI SINI



Antara tips untuk membawa anak-anak kecil menaiki kapal terbang:

1- Pastikan sediakan pakaian yang sesuai untuk anak, jacket jangan dilupa jika penghawa dingin terlalu kuat di airport dan dalam kapal terbang.

2- Sediakan juga air, biskut untuk mereka kunyah jika sakit telinga

3- Sediakan makanan kegemarannya untuk dijadikan bahan untuk memujuk bila mereka kebosanan.

4- Biarkan anak-anak bermain sepuas-puasnya ketika di lapangan terbang supaya mereka keletihan dan tidur nyenyak ketika dalam kapal terbang nanti kerana mereka tentu amat kebosanan kerana penerbangan yang memakan masa yang lama.

5- Bawa sekali bantal kecil agar anak boleh tidur dengan selesa dan lama di dalam kapal terbang.

6- Stroller amat membantu sekali kanak-kanak untuk perjalanan yang banyak di dalam lapangan terbang.


Ahmad Zaid bermain sepuas-puasnya di Lapangan Terbang Jakarta



Wajah ceria selepas selesai makan


Hanya gambar abang-abang sahaja yang ada dalam kapal terbang. Ahmad Zaid tidur kerana kepenatan bermain di playroom di airport.

InsyaALLAH tips ini dapat membantu anda

Wednesday, March 1, 2017

Terasa seperti berada di syurga dunia

بسم الله الرحمن الرحيم

Berada di Cianjur beberapa hari, terasa bagai berada di syurga.


MasyaALLAH.

Begitulah rasa hati yang diluahkan kepada tuan rumah (Sheikh Mahir sekeluarga) di sana.

Cuaca yang nyaman

Tempat yang cantik

Persekitaran yang sangat aman damai, penuh dengan aroma islamik.

Udara yang segar

Makanan yang sedap-sedap.

Anak-anak yang bahagia sebab boleh bermain sepanjang hari dengan kawna-kawan mereka.

Tinggal sebentar segala urusan kerja dan tesis.

MasyaALLAH

Bahagia sahaja rasa



MasyaALLAH.

Persekitaran yang nyaman dan aman damai

Kawasan di sini juga seperti Cameron Highland. Tanahnya subur. Penuh persekitarannya ditanam pokok-pokok bunga, pokok buah dan sayur-sayuran.

Sejuk mata memandang.


Suka sangat tengok pokok bunga ini kerana jarang dapat lihat di Malaysia.

Bunganya besar-besar dan menghala ke bawah


Kawasan semaian buah dan sayur di dalam kawasan universiti.








Tuan rumah juga sentiasa memasak dan menghidangkan kami makanan yang lazat-lazat, Alhamdulillah..



Kentang lecek dan pizza

Anak-anak yang berselera untuk sarapan dan tak sabar-sabar nak keluar bermain.

Makanan dan buah-buahan yang disediakan.

MasyaALLAH


Karipap keju dan gandum







Pasta
Murtabak Cheese dan ..... (seperti cucur bawang)


Begitulah bagaimana hebatnya Orang Arab memuliakan tetamu. Tempat tinggal dan makanan disediakan sehabis baik.

Hinggakan kami terasa segan nak berlama-lama di sana, terasa takut membebankan tuan rumah.


Namun rasa sangat sedih apabila tiba hari meninggalkan Cianjur.

Anak-anak pun sangat rindukan rakan-rakan mereka untuk bermain bersama.

InsyaALLAH ada rezeki untuk kami kembali ke sini lagi, InsyaALLAH.

Sunday, February 26, 2017

Ziarah Sheikh di Cianjur, Indonesia

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah musafir kami kali ke-2 ke Universiti Imam Asy-Syafie, Cianjur , Indonesia untuk menziarahi Sheikh Mahir sekeluarga.


Ziarah kali pertama adalah pada 3 tahun lalu dan pernah ditulis DI SINI.


Musafir kami kali ini memang dengan tujuan utama untuk menziarahi sheikh.

Kami pun memang memasang niat dan azam untuk kami dan anak-anak membaca AL-Quran dan membetulkan tajwid bersama Sheikh dan anisah.

Anak-anak pun sangat rindu untuk bermain-main dengan rakan-rakan mereka (anak-anak sheikh) di kawasan kuarters pensyarah di universiti tersebut.



Ahmad Zaid pun tak ketinggalan keluar bermain juga di luar rumah

Cuaca di Cianjur sangat sejuk.

Hampir sepanjang tahun adalah hujan. Kalau sidai baju mungkin payah nak kering. Lebih-lebih lagi rumah mereka tiada kipas kerana sudah mencukupi dengan cuaca yang dingin.

Mereka rasakan seperti berada di syurga.
Dari pagi hingga Maghrib bermain di luar rumah, dalam kawasan universiti.

Berhenti untuk solat dan makan sahaja.

Seronoknya Ahmad Zaid dapat berjalan dan bermain-main di sini

Kawasannya InsyaALLAH selamat kerana berpagar dan orang luar tidak boleh masuk sesuka hati.

Rakan-rakan mereka yang dirindui

Walaupun mereka berbeza bangsa dan negara, namun mereka disatukan dengan Islam dan Bahasa Arab.

Kesemua anak-anak ini menggunakan Bahasa Arab untuk berkomunikasi sesama mereka.

Seronok mendengar mereka bercakap dalam Bahasa Arab

Di hadapan pejabat universiti




Saat lambaian meninggalkan kawasan penuh harmoni ini

InsyaALLAH kita akan bertemu lagi. 

InsyaALLAH ada rezeki, boleh datang lagi, membaca Al-Quran, membetulkan tajwid seperti ditulis DI SINI, dan bermain dengan rakan-rakan.

Amin...

Tuesday, February 21, 2017

Video: Membaca At Taawwuz dengan tajwid yang tepat


بسم الله الرحمن الرحيم

Video ini dirakam pada hujung bulan lalu. 

Ketika kami beberapa hari menziarahi sheikh sekeluarga di Cianjur, Indonesia.


InsyaALLAH cerita tentang ziarah ini akan diceritakan dalam entri-entri yang berikut. Nantikan ya, InsyaALLAH!

Alhamdulillah Abdul Rahman dan Abdullah sempat membaca Surah Al-Faatihah beberapa kali dengan Sheikh Mahir dan membetulkan tajwid dan makhraj huruf dengan lebih tepat.



Beginilah situasi semua pelajar apabila pertama kali membaca Surah Al-Faatihah untuk mengambil ijazah Al-Quran.

Satu-satu huruf yang disebut penuh dengan kesalahan dan perlu lebih teliti agar ia tepat sepertimana yang diturunkan kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Doa saya sentiasa agar akan ada lagi peluang untuk kami dan anak-anak untuk membaca dan menghafal kesemua ayat AL-Quran  di hadapan para sheikh dan dapat membetulkan lebih banyak tajwid.

Amin Ya Rabb..

InsyaALLAH jika ada kesempatan yang lain, saya akan kongsikan sambungan video ini InsyaALLAH.

Nantikan ya?



NOTA: At Tawwuz ialah bacaan : أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...