Thursday, June 29, 2023

Cerita yang menarik di YouTube

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/8/2021


Ramai kita sukakan cerita termasuklah para pelajar. Kalau time ustazah bercerita (terutamanya ketika usrah), bulat-bulat mata pelajar dengar cerita Ustazah.


Antara pengajian yang saya ikuti sekarang ialah pengajian kitab Hikayat Fiqhiyyah Mukhtaarah oleh Ustaz Abu Anas Al Madani.



Pengajian yang bagi saya menarik dan santai.


Pengajian tentang hadis yang mempunyai elemen cerita dan ada hukum fekah di dalamnya.


Dengan ulasan nama sahabat, Sanad, kisah mereka, kisah hukum fekah sebalik itu, puas hati rasanya dengar penjelasan ustaz. Completed.


Contoh video pengajian kitab hikayat fiqh







Satu sesi tidak sampai sejam pun, namun banyak ilmu didalamnya. Alhamdulillah

Tuesday, June 27, 2023

Enaknya jeruk rambutan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/7/2021


Sejak bertahun-tahun dulu, hampir setiap kali musim rambutan, ibu kepada sahabat saya ini akan mengirimkan jeruk rambutan kerana tahu saya menggemarinya. 



Jeruk yang rasanya masam manis dan pedas. Tak ramai orang buat jeruk rambutan.


Terharunya bila ada orang teringatkan kita setiap kali musim rambutan. Semoga ibu ayah sahabat ini sentiasa sihat dalam rahmat Allah.


Jazakumullahu Khairan Kathira

Sunday, June 25, 2023

Motivasi mengulang hafazan Al-Quran bagi orang dewasa

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/7/2021


Bila dah dewasa, jarang ada orang yang nak ingatkan kita untuk ulang hafazan.


Bila kita suruh anak-anak ulang hafazan, bermakna kita pun kena tunjukkan contoh yang terbaik kepada mereka.


Buat masa ni, saya ubah cara saya mengulang hafazan Al-Quran peribadi. 



Saya ulang hafazan 1 juz sehari, ulang 2 round (baca sendiri), kemudian tasmik dengan suami 5 muka surat lepas solat subuh dan 5 m/s lepas Isyak. 


Tak lama pun, hanya lebih kurang 10 minit untuk satu sesi.


Biar anak-anak nampak usaha kita menjaga hafazan dan mereka dapat melakukannya dengan lebih baik, insyaallah.


HIDUP DAN MATIKU BERSAMA AL QURAN. AMIN

Friday, June 23, 2023

Reviu buku: Mana mak?. Rodziah Mat Akil.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/8/2021


"Mana mak?"


Perasan tak ini adalah antara ayat yang akan anak-anak tanya bila mak tidak kelihatan.


Membaca buku yang menarik sering membuatkan kita bersemangat untuk terus membacanya tanpa henti sehingga tamat.




Buku ini mengisahkan kehidupan keluarga pada sekitar tahun 40an hinggalah ketika kematian ibu penulis. Kehidupan yang ketika itu sukar dan miskin akibat peperangan.


Di sebalik kemiskinan dan kesukaran, ibu tetap berusaha teguh untuk mendidik anak-anak dengan ilmu kehidupan, disiplin dan kesopanan.


Peranan ibu ketika itu kelihatan sangat mahir dan tertib dalam banyak aspek dari menjahit, bercucuk tanam dan memasak. Hinggakan sidai baju pun ada seni dan peraturannya. Begitulah kehidupan ketika itu. Walaupun dalam kesusahan dan kemiskinan, tetapi kerja seharian dilakukan dengan tertib dan kemas.


Banyak kenangan yang dicatatkan. Ada rasa sayu ketika membaca buku ini.


Mungkin ada satu dua kisah yang sama seperti kehidupan kita ketika kanak-kanak.


Doa berpanjangan semoga Allah mengampuni dosa ibu ayah kita semua. Amin.

Thursday, June 22, 2023

Reviu buku: CERITA BUDAK TAHFIZ. Penulis: Syaurah Ishak.

بسم الله الرحمن الرحيم 


Kenapa perlu baca buku ini?


1. Karya yang JUJUR tentang dunia tahfiz. Bukan hanya yang indah sahaja. Ada kesukaran, ada ujian, ada liku, ada pahit yang perlu ditelan.



2. Tanggungjawab orang sekeliling, ibu bapa, guru, rakan, suasana penghafaz Al-Quran.


3. Sarat dengan motivasi.











4. Tips dan jadual yang berguna untuk mula menghafaz dan yang ingin mengulang hafazan.

Wednesday, June 21, 2023

Artikel pertama diterbitkan di web Jejak Tarbiyah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/7/2022


Alhamdulillah, 3 hari lepas, buat pertama kalinya menulis artikel tentang Hamka, Alhamdulillah telah disiarkan.


Terima kasih banyak kepada Ustazah Jamilah yang bagi pinjam banyak karya Hamka dan tolong semak artikel ini sebelum dihantar sebab beliau lebih banyak membaca karya-karya Hamka.



Semoga bermanfaat buat semua.



Artikel ini boleh dibaca di:


https://www.jejaktarbiah.com/hamka-inspirasi-sepanjang-zaman/

Monday, June 19, 2023

Terpaksa hadiahkan pahala kita kepada orang yang dibenci

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/7/2021


Jangan sampai kita terpaksa hadiahkan pahala kita kepada orang yang KITA BENCI.


Kenapa?


Kerana mengumpat, buruk sangka dan seumpamanya.


Antara intipati kuliah tafsir Surah Al Furqan.





Saturday, June 17, 2023

Tanggungjawab mengulang hafazan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/7/2021


Anak-anak di usia kanak-kanak dan remaja masih lagi perlu disuruh-suruh untuk ulang hafazan Al-Quran.



🧕🏻: Kena ulang hafazan setiap hari. Bukan hari sekolah ja. Tak perlu tunggu mama suruh. (Walaupun hakikatnya tiap-tiap hari pun mama tanya: "habis dah murajaah hari ni?")



Insyaallah moga mereka menjiwai besarnya tanggungjawab menjaga hafazan Al-Quran sepanjang hayat, insyaallah 


Nota video: ulangan hafazan lepas subuh begitulah kejadiannya.

Thursday, June 15, 2023

REVIU BUKU PERJALANAN TERAKHIR BUYA HAMKA, SEBUAH BIOGRAFI KEMATIAN.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 31/7/2021


Buku yang menghimpunkan tulisan, karya dan keratan akhbar yang mengulas tentang kematian Buya Hamka.


Terdapat juga foto sekitar suasana ketika detik sedih itu. Ramainya manusia yang hadir untuk solat jenazah.



Juga kisah detik-detik terakhir sebelum pemergian Buya Hamka ketika terlantar di Hospital.


Beliau meninggal pada Hari Jumaat, 22 Ramadhan 1401H/ 24 Julai 1981.


Sebuah buku yang bermanfaat dan memberikan inspirasi.


Buku ini dibeli menggunakan kupon hadiah artikel yang diterbitkan di Website Jejak Tarbiyah.

Mengajar asas membaca

بسم الله الرحمن الرحيم


 Entri ini ditulis pada 22/7/2021


Jarak usia Abdullah dan Ahmad Zaid hampir 7 tahun membuatkan rasa agak berat untuk MULA SEMULA mengajar asas membaca BM dan Al Quran kepada Ahmad.


Rasa panjangnya perjalanan untuk mengenali suku kata kemudian perkataan dan ayat.😅



Bagi saya (lain orang lain pendapat) mengajar asas membaca BM dan Al Quran perlu sangat konsisten. Bila dah pandai membaca, insyaallah lebih mudah mendapat ilmu yang lain, hafal Al Quran pun menjadi lebih mudah.


Untuk menggilap kemahiran membaca perlu banyakkan membaca buku yang membuatkan anak-anak boleh menghadapnya berjam-jam dan minta beli siri yang seterusnya.

Tuesday, June 13, 2023

Tepu? Tak boleh proses maklumat?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/7/2021


👨🏻: "Saya dulu dalam bidang matematik, bila ubah belajar bidang agama, payah juga otak nak faham baca ayat panjang-panjang, setelah lama banyak baca nombor."


Saya pernah dengar kata-kata ini dari penceramah kursus perguruan dulu.



Seperti itulah yang saya rasakan bila baca buku seperti ini. Hanya baca ayat dan otak tak dapat nak proses maklumat. Tepu! Kosong otak rasanya😅. Seperti membaca ketika mengantuk, tak dapat nak proses maklumat.


Ini bukanlah bacaan santai selepas penat kerja seharian, perlu fokus betul untuk baca, baru boleh faham.

Sunday, June 11, 2023

Reviu buku Seruan Lelaki Budiman.

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/7/2021


Membaca buku ini membuatkan rasa sayang untuk lelapkan mata selagi tidak habis membacanya hingga ke noktah terakhir.


Sebelum berbicara lebih lanjut tentang buku 'Seruan Lelaki Budiman, lebih baik kita fahamkan maksud perkataan 'Budiman' supaya dapat membetulkan sudut pandang kita terhadap buku ini.



Budiman bermaksud bijaksana dan tidak terfokus kepada romantisme terhadap kaum hawa sahaja.


Buku ini adalah himpunan tulisan dan kajian tentang kehidupan dan karya Hamka.


Setiap dari penulis mengkaji aspek yang berbeza yang membentuk diri Hamka menjadi seorang yang hebat. 


Bukan sekadar hebat sebagai seorang penulis, pengkarya dan ulamak sahaja, malahan banyak sudut pandang yang baru yang dapat ditemui dalam buku ini.


Sebagai contoh dari sudut Hamka adalah seorang sejarawan dan pengembara.


Begitu juga ilmu baru yang saya perolehi bila membaca tentang peranan surau dalam membentuk diri Hamka menjadi seorang yang berdikari dan berani.


Apabila kita melihat perjalanan hidup Hamka, ia yang bermula sebagai seorang anak yang nakal, memberontak, ingkar dan enggan terhadap perintah ibu ayahnya, namun ia tidak berterusan begitu.


Siapa sangka beliau akhirnya begitu menyanjungi dan menjiwai permintaan ayahnya untuk menjadi seorang ulamak walaupun pada awalnya hatinya sangat tidak dapat menunaikan hasrat ayahnya.


Dari sudut ini, kita lihat bahawa janganlah kita terus menghukum kesudahan hidup seseorang dengan kejahatan yang dilakukan sekarang atau dahulu. Allah itulah yang memberi hidayah dan mengubah diri seseorang.


Malahan perubahan itu bukan terhad kepada dirinya sahaja, bahkan mengubah masyarakat menjangkau masa dan tempat, hatta sesudah pemergiannya. 


Begitulah besarnya peranan Hamka.


Manfaat kehidupan dan karyanya menjangkau usianya. Walaupun jasad telah dikandung badan, namun kehidupan dan ilmunya terus dikaji, memberi inspirasi, teladan dan keinsafan buat masyarakat.


Membaca buku ini juga membuatkan saya teringatkan permintaan Nabi Ibrahim Alaihissalam di dalam Surah Ash Shuara', ayat 84:


Firman Allah Subhanahu wata'ala:


(وَٱجۡعَل لِّی لِسَانَ صِدۡقࣲ فِی ٱلۡـَٔاخِرِینَ)

[Surah Ash-Shu'ara 84]


Yang bermaksud: 

"Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;"


Imam Ibnu Katsir dan Imam Al Qurtubi mentafsirkan bahawa ia bermaksud seseorang itu diingati dan disebut-sebut kebaikannya, menjadi contoh dan inspirasi kepada masyarakat. 


Apabila menjadi ikutan kepada orang lain, pastilah akan memberatkan timbangan kebaikan pada hari badan dikandung tanah dan tak mampu melakukan sebarang kebaikan.


Betapa beruntungnya Hamka, menjadi ikutan dan inspirasi ramai walau berpuluh tahun telah pergi. Moga kita juga berpeluang menjadi seperti itu, insyaallah. Amin.

Saturday, June 10, 2023

HIKMAH ZAMAN BELAJAR

  


بسم الله الرحمن الرحيم



Perjalanan BELAJAR pasti ada rasa kegembiraan, kebahagiaan, kekecewaan, impian tak kesampaian, rasa rendah diri dan macam-macam. BEGITULAH KEHIDUPAN.



Itu semua mengajar erti syukur, keberkatan, tidak sombong, kecekalan, terus berusaha, bergantung harap pada Allah dan tidak berputus asa. 


Banyak nilai zaman belajar yang sangat BERGUNA ketika dewasa. Belajar MENGATUR kerja, keutamaan, masa, komunikasi, mengurus emosi dan lain-lain.

Friday, June 9, 2023

Info buku: Falsafah Syaitan. Oleh: Hamka

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/7/2021


Syaitan adalah musuh kita sepanjang masa. Walaupun cover buku ini menyeramkan, tapi don't judge a book by its cover😅.



Godaan syaitan bukan hanya pada fizikalnya saja, menjelma dalam bentuk yang menakutkan manusia. Yang lebih ngeri lagi ialah godaannya kepada hati dan iman manusia hingga ke hembusan nafas terakhir.


Faedah membaca


Buku ini lebih kepada tazkiyatun nafs. Penyucian diri dari sifat mazmumah seperti memburu harta, bakhil, dan tidak bertawakal.

Reviu buku: Biografi Muhd Kamil Ibrahim. Mencari Kesempurnaan. Penulis: Mahasuria Idris

 بسم الله الرحمن الرحيم


Reviu buku: 


Semua kita ada kisah hidup kita. Akhirnya, KEMUNCAK KEINGINAN itu adalah:



1. Moga Allah TERIMA segala KESUNGGUHAN melakukan dan mengajak kepada kebaikan.


2. Masuk syurga tanpa dihisab.


Biografi tentang KESUNGGUHAN. 


Ya. Manusia penuh kekurangan dan kelemahan. 


Sifir kehidupan: Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Wednesday, June 7, 2023

Nilai duit syiling.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/7/2021


🧕🏻: Kalau nampak duit seposen atas tanah/ lantai, kutip. Jangan biarkan. Kalau takde orang punya, ambik masukkan dalam tabung sedekah. Jangan biarkan, semua tu rezeki. Mama dulu masa kecik, mama sapu rumah, pastu ada duit 1 sen atas lantai, mama sapu je sebab malas nak kutip.😅



👦🏻: Alah..tau dah...mama cerita banyak kali dah...pastu makwa marah mama sebab sapu duit tu. Makwa kata rezeki tu. 


(Rasa macam lama dah cerita kat depa, awat depa ingat lagi?😅...Kita mak-mak ni memang pesen ulang cerita lama banyak-banyak kali kan?😅)

Monday, June 5, 2023

Keberkesanan pendidikan awal kanak-kanak

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/7/2021


Bangun pagi ini, minda terfikir tentang peranan ibu bapa terhadap pendidikan awal kanak-kanak (kerana anak² kami dah lepas fasa bayi dan pra sekolah.)


Teringatkan contoh usaha rakan-rakan, saudara mara dalam pendidikan awal anak-anak mereka dilihat sangat berkesan. Apa yang mereka ingin corakkan anak-anak mereka, dengan pertolongan Allah, itulah yang jadi. Kuncinya SABAR dan ISTIQAMAH. Terus mendidik dengan sabar.



Bila membaca petikan buku ini tentang visi dan didikan awal Hamka, bertambah keyakinan tentang keberkesanan pendidikan awal ibu ayah terhadap anak-anak.


Nota gambar: Namun dikatakan Hamka berada di Mekah tidak sampai setahun pun, tapi pulang sebagai ulamak seperti impian ayahandanya. Masyaallah.

Saturday, June 3, 2023

6 tahun lalu dan 6 tahun akan datang

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/7/2021


Hari ini pada 6 tahun sebelum ini adalah Hari Raya Aidilfitri (tak percaya, sila Google).



Dalam gambar ni, yang bujang ketika itu, sekarang sudah ber anak 2, yang baby dulu dah sekolah rendah dah sekarang, yang kanak-kanak dah remaja.


Begitulah perubahan kita seiring berlalunya masa.


Terdetik pula dalam hati, macamana pula 6 tahun akan datang? Apa perkembangan dan perubahan kita sekeluarga pula? Masih hidupkah kita? Astaghfirullah.

Thursday, June 1, 2023

Latihan Pertandingan Bercerita untuk Ahmad Zaid (6 tahun)

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/7/2021


Persediaan Ahmad untuk menyertai pertandingan bercerita peringkat sekolah.




Ahmad berlatih kalut-kalut sebab nak pi kandang kambing.😅




Masih ada tertinggal perkataan dan lupa ayat ( kenapa baca slang Kedah+KL? 😅). 


Ada masa lagi nak berlatih sampai hujung bulan ni, insyaallah.


Bagi Ahmad pengalaman masuk pertandingan bercerita. Nanti dah besar nanti, bukan boleh nak ada pengalaman macam ni lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...