Monday, April 29, 2024

Nikmat ajar anak mengaji Al-Quran?

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/1/2022


 Dapat ajar anak-anak menghafaz Al-Quran dari mereka kecil hingga besar, dari mengenal Alif hingga khatam, itu adalah NIKMAT anugerah Allah yang sangat besar. Itulah kebahagiaan.


Bahagia kerana Al Quran.


Semua muslim berhak kecapinya.


Moga keberkatan Allah bersama kita dengan usaha kita menanamkan rasa cinta Al Quran dalam hati orang lain.Mencatat matlamat:





Mencatat matlamat.

Supaya kita FOKUS dan INGAT dengan target utama kita.


Apa matlamat anda?

Apa target anda?


🎯


Amin

Saturday, April 27, 2024

Lengkap juzuk 30. Alhamdulillah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/1/2022


Alhamdulillah beliau dapat hafaz juzuk Amma dalam masa 17 hari.


Sibuk dengan urusan kerja, anak-anak dan rumahtangga.


Hafaz setakat yang mampu dan sempat. Sikit-sikit sampai lengkap sejuzuk-sejuzuk.



Ulang semula hafaz juz Amma yang pernah dihafaz zaman sekolah dulu.


Begitulah kehidupan kita di usia dewasa ini. Ada banyak cita-cita yang ingin kita realisasikan dengan masa yang berbaki.


Moga Allah permudahkan.

Friday, April 26, 2024

Tahniah Abdullah

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Orang yang mengenali Abdullah pasti tahu dia adalah seorang yang sangat pendiam dan gemuruh, sampai berpeluh-peluh tapak tangan. Tambah lagi bila dapat giliran musabaqah nombor 1 kelmarin. Aduh 😅



Sejak kecil dibiasakan masuk bertanding agar dapat kawal rasa gemuruh dan bersungguh-sungguh menjaga hafazan Al-Quran.







Allah rezekikan kemenangan berkat doa semua. Alhamdulillah. Doa yang baik-baik untuk kalian juga. Amin.


(Ya. Yang nampak mata saja tu yang paling semangat semalam.)

Thursday, April 25, 2024

Sabarlah......

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/1/2022


 Bersabarlah untuk menahan diri dari melakukan dosa atau bersedialah untuk menjadi MUFLIS di hadapan Allah.



Syurga itu mahal.



أدخلنا الجنة بسلام يا رب.

Tuesday, April 23, 2024

Selepas beri ucapan.....

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/1/2022


Setiap kali selepas bagi ucapan pasti ada juri-juri tetap yang tak lepaskan peluang untuk bagi komen.


"Mama salah nahu tadi. Maf'uul bihi baris depan."


"Mama cakap laju sangat."


Kalah pengalaman bagi seminar dan Viva.😅


Bila saya post tentang ini dalam status Whatsapp peribadi, ini antara respon yang saya terima:







Sunday, April 21, 2024

Mengajar Ahmad mengaji Al-Quran

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/1/2022


Sama seperti orang lain juga.


Ada hari mudah untuk ajak mengaji.



Ada hari ajak mengaji, dia ajak mama lawan pemadam, lawan kad BoBoiBoy. Ada hari ajak mengaji, terus lena😅.



Doakan mama yang kuat semangat nak ajar Ahmad mengaji tiap-tiap malam dan Ahmad dapat hafaz Al-Quran dengan baik, insyaallah.

Friday, April 19, 2024

Teknik UTAMA untuk menghafaz Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/1/2022


 Dalam meniti perjalanan anak-anak menghafaz Al-Quran DULU, cuba untuk naikkan semangat kita sendiri dan mereka dengan menampal poster, rekod hafazan.


Bila anak-anak dah khatam, masih beri ingatan kepada mereka untuk sentiasa jaga hafazan.



Kalau hari ini kita boleh hantar 1 juz hafazan tanpa ada kesalahan, bulan depan boleh saja kita hantar hafazan dengan kesalahan yang banyak dan kelam kabut jika TIDAK DIULANG HAFAZAN DENGAN SISTEMATIK DAN KERAP.


Benarlah, mudahnya untuk lupa hafazan Al-Quran bak unta liar.



Dulu asal jumpa kitab tulis tentang teknik hafaz Al-Quran, mesti beli untuk tahu apakah teknik untuk ingat hafazan Al-Quran. Malah pernah buat proposal Phd membahaskan isu Hafazan Al Quran.



Seingat-ingat hampir kesemuanya menjadikan ulangan yang banyak itu sebagai teknik UTAMA untuk ingat hafazan Al-Quran di samping panduan sampingan yang lain

Sikap orang beriman

 بسم الله الرحمن الرحيم 



Orang mukmin itu sentiasa TERUS MENERUS melakukan ibadah.


Selesai ibadat Bulan Ramadan, ganjaran besar untuk berpuasa 6 Syawal, selepas itu ada ibadah haji, puasa dan korban bagi yang tidak ke haji.



((Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) )) - Asy Syarh: 7.

Wednesday, April 17, 2024

TAK JEMU KE?


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/1/2022


Jangan ditanya soalan ini. Hanya orang yang rapat sahaja yang tahu betapa dahsyatnya diri ini berperang dengan perasaan JEMU. Haha..


Ada hari rasa tak mau telefon ustazah untuk hantar hafazan. Ada hari, sedang tasmik pun rasa nak berhenti tasmik. Kita pula orang dewasa, tak ada sapa yang nak paksa kita melainkan diri kita sendiri!


Cukuplah! Penat dengan kerja siang hari, malam kena fokus ulang hafazan 20 mukasurat dan tasmik dengan ustazah.



Kena juz yang berat, seperti juzuk 8 ke atas. Tak larat rasa otak dan hati nak fokus ketika mengulang dan tasmik.


Dalam berat hati, berat mata (mengantuk), Allah jualah yang berikan kekuatan untuk terus tasmik hingga genap sejuzuk.


Semuanya rezeki anugerah Allah.

Monday, April 15, 2024

Kasih sayang antara guru dan pelajar

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/1/2022


"Dia sedang berehat, tak mahu diganggu. Tapi sebab kamu yang telefon, biasanya dia pesan minta bagitahu."


Terbang melayang rasa hati, berbunga-bunga senyuman, disulam sedikit rasa serba salah bila kakak kepada Anisah Maha, (pensyarah di kuliah dakwah) maklumkan begitu ketika telefon di hari terakhir Ramadhan hampir 20 tahun lalu.



Anisah menceritakan mereka qiamullail hingga ke subuh pada malam tersebut.


Begitu juga dengan sahabat-sahabat di Syria. Masih ada pensyarah, warden yang disayangi dan still keep in touch.


Kasih sayang antara guru dan murid. Dalam ramai-ramai murid dan guru, pasti ada yang istimewa. Sama saja samada kanak-kanak, remaja atau dewasa. 


Dalam kesibukan, ada ketenangan. Alhamdulillah

Saturday, April 13, 2024

Kenangan Jamik An Nabulsi

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/1/2022


Melihat gambar Jamik An Nabulsi, mengingatkan kenangan 15 tahun lalu, bawa Abdul Rahman (ketika baby) bersama-sama dengar kuliah maghrib Sheikh Rotib An Nabulsi di sini.




Antara isi kuliah yang sering Sheikh ulang-ulangkan, yang melekat di sanubari:




"Manusia itu diciptakan LEMAH,supaya dia rasa MEMERLUKAN ALLAH. Lalu dia akan BAHAGIA walau dalam keadaan lemah."


"ALLAH jadikan kita adalah untuk memberikan rahmat dan kasih sayang kepada kita, bukan untuk membinasakan dan menyeksa kita.


((Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, ; dan untuk itulah Allah menjadikan manusia.)) Surah Hud: 119

Friday, April 12, 2024

HIKMAH BERHARI RAYA.

 


بسم الله الرحمن الرحيم 


Peluang ziarah menziarahi saudara mara di hari raya memberikan pelbagai pengajaran.


Antaranya bila kita merenung kata-kata warga emas. Ada antara mereka yang meluahkan KELAZATAN BERIBADAT walaupun dalam keadaan fizikal yang terhad.



Ada yang berusia 90 tahun, tak boleh berdiri, hanya duduk dan mengesot, tapi tetap semangat pergi ke masjid, berterawih dan berpuasa penuh. Begitulah nilai kelazatan ibadah dalam diri mereka.


Moga ia menjadi motivasi dalam jiwa warga muda.

Thursday, April 11, 2024

Kisah si bongsu

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/1/2022



KISAH SI BONGSU (1)


👦🏻: Mama, 4+1 berapa?


🧕🏻: 5


👦🏻: Mana ada. Cuba kira betul-betul.


🙃




---------------------------

KISAH SI BONGSU (2)


👦🏻: Mama, cuba teka surah apa ni?


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم؟


🧕🏻: Mana mama tau. Ahmad tak mula baca lagi.


👦🏻: Kata dah hafal semua Al Quran.....


🙃🙃🙃

Tuesday, April 9, 2024

Mula hafaz Al-Quran di usia 40?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/1/2022


Minggu lepas, seorang rakan lama (sejak kuliah di Syria) bertanya cara untuk mula menghafaz Al-Quran.


Walaupun sudah berusia 40 tahun, hatinya bagai disiat-siat keinginan hafaz Al-Quran. Tambah-tambah lagi bila ajar tahfiz.



Saya selalu dengar rakan-rakan guru, waris-waris yang 'cemburu' dengan usia kecil anak-anak yang boleh menghafaz Al-Quran.


Insyaallah permulaan yang membara untuk kesudahan yang gemilang.


بداية محرقة لنهاية مشرقة

Sunday, April 7, 2024

Awal tahun 2022

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 15/1/2022


Awal 2022.


Entah kenapa kelihatan ramai dalam tekanan.


Ada rakan-rakan minta didoakan, padahal diri ini pun ada turun naik keadaannya. 


Ada hari ok, ada hari k.o




Ada hari rasa jemu yakmat, tak semangat! Adakah ini simptom usia dewasa?


Dijah kata: Ko dah dapat semua yang ko nak, sebab tu ko jemu.


Moga hidayah berkekalan hingga akhir hayat. Kejayaan berterusan hingga ke syurga. Amin

Saturday, April 6, 2024

MASA KIAN SUNTUK.....

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan detik Ramadhan yang kian pergi, dalam doa munajat kita, sertakan juga doa untuk saudara mara, guru-guru, rakan-rakan yang kita tahu kesukaran yang mereka hadapi dan hajat yang mereka ingini sekian lama. Juga untuk seluruh muslimin dan muslimat.



Moga Allah perkenankan doa kita semua, Amin.


اللهم بلغنا ليلة القدر.

Friday, April 5, 2024

Membaca semula catatan buku nota lama.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/1/2022


Beberapa hari lepas, ketika mengemas, terjumpa buku nota peribadi yang lama. Membaca catatan masa lampau.



Ada ketikanya, terdetik fikiran, idea, muhasabah yang rasa ingin sangat diluahkan. 


Maka catatan dalam buku nota sangat berkesan untuk melunaskan perasaan tersebut.


Bila baca semula catatan masa lalu, ada rasa sebak, ada rasa kelakar. Belum lagi catatan zaman muda remaja. Lagi macam-macam 😅

Nak buat apa dengan duit raya?

 

بسم الله الرحمن الرحيم



Cerita kepada pelajar-pelajar kelmarin tentang hadis ini sebagai cadangan untuk guna duit raya yang dapat nanti, insyaallah 



(( Dari hasil tanaman: 1/3 aku sedekahkan, 1/3 aku makan bersama keluargaku dan 1/3 kembalikan guna untuk kebun.)) Riwayat Muslim.


Dengan itu, Allah berkati hartanya dan perintahkan awan sirami ladangnya.


فاستبقوا الخيرات.

Berlumba-lumbalah buat kebaikan.

Wednesday, April 3, 2024

Reviu buku: Aku dan Al Quran 2

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 8/1/2022


Buku Aku dan Al Quran ini adalah pengukuh dan kesinambungan bagi buku Aku dan Al Quran 1.


Buku ini juga disertakan dengan planner 2022.

Bagi mereka yang suka menulis planner, mesti sukakan buku ini.

Antara contoh planner di dalam buku ini:





Antara petikan buku yang menarik perhatian saya:




Sungguh ini jugalah yang sering didoakan untuk diri dan anak-anak/ pelajar yang menghafaz Al-Quran.

Bukan hanya mengulang hafazan Al-Quran untuk diingati, tapi biarlah ia berbekas dalam diri, menjadi petunjuk ke jalan kebaikan, penghalang daripada kejahatan dan maksiat dalam meniti kehidupan hingga ke akhir hayat.













Pesan Umi

 بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah selamat menyerahkan amanah hadiah buku PESAN UMI untuk pelajar-pelajar. 



Doa-doa dalam siri buku ni pelajar-pelajar dah belajar pada tahun-tahun sebelum ni, tinggal nak amalkan je.


Buku ini memberikan lebih keterangan dan penghayatan di sebalik doa-doa harian.


Semoga pelajar-pelajar istiqamah amalkan doa-doa/ zikir harian setiap hari hingga ke akhir hayat. Insyaallah. Amin.




👦🏻: Mama, kenapa semua PESAN UMI, pesan ayah tak ada ke?


🧕🏻: Errr.......😅

PELUANG RAMADHAN KITA TAK SAMA.

 


بسم الله الرحمن الرحيم



Mungkin ada yang sakit, susah, situasi peribadi berbeza di akhir Ramadhan ini.


Kaedahnya:

مَا لَا يُدْرَكُ كُلُّهُ لَا يُتْرَكُ كُلُّهُ

Tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua.



Tak mampu terawih berdiri, DUDUKLAH. Tak mampu sedekah banyak, sedekah SIKIT. Tak mampu khatam Al Quran, ulang surah yang kita MUDAH BACA banyak-banyak. 


Zikir, istighfar, selawat sentiasa, banyak-banyak. Yang ini insyaallah semua kita MAMPU.


Perbanyakkan doa malam lailatulqadar:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّا


Usahalah mencapai keredhaan Allah. Jangan siakan. Masa berbaki tak banyak. Moga Allah permudahkan.

Monday, April 1, 2024

Reviu buku: Aku dan Al Quran 1

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 7/1/2022


Kisah pengalaman yang santai namun banyak manfaat.


Pengalaman penulis menempuh kepayahan menghafaz Al-Quran di MRSM Gemencheh ketika berusia 13 tahun.


Kepayahan yang mungkin juga dialami oleh remaja lain yang menghafaz Al-Quran.



Kisah yang realistik. Bukan yang indah-indah sahaja. Ujian menghafaz Al-Quran.








Buku yang sangat sesuai untuk dijadikan pemangkin semangat kepada remaja-remaja dan mereka yang sedang menghafaz Al-Quran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...