Sunday, June 28, 2020

Pengalaman sebaik-baik guru

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 19/12/2019





Terjumpa kitab kecil ini mengingatkan pengalaman mahal menjadi pengarah diskusi kitab kecil "Muslimin dan cabaran semasa"  karya Dr.Zaglul Najjar kepada siswi pelajar Malaysia Syria tahun 2005 dulu.

Cover buku direka sendiri. Bayangkan tahun 2005, hanya beberapa orang siswa sahaja yang mempunyai laptop, tesis universiti pun tulis tangan, inikan pula design cover buku. Yang penting ialah pembentangan isi kandungannya.

Alhamdulillah. Kenangan yang berharga

Wednesday, June 24, 2020

Mengharap

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 19/12/2019





Alhamdulillah Abdullah dan Abdul Rahman peringkat menjaga hafazan Al-Quran yang telah dihafaz. Langkah Ahmad Zaid pula baru bermula... Rasanya peringkat permulaan ini paling kritikal. Nak kena pujuk, ajak baca, upah mainan/ ceklat. Macam tu jugaklah abang2 dulu.... Bila dah pandai hafal nanti, mereka akan pandai berdikari ulang sendiri dengan pantauan ibu ayah.

Moga Allah permudahkan segala urusan mendidik anak-anak.

Saturday, June 20, 2020

Barangan berguna dari MAS untuk keperluan ketika di Mekah

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 18/12/2019


Alhamdulillah beberapa barangan ini sangat berguna ketika berada di Mekah dan Madinah.


Semua penumpang MAS  mendapatbeg yang mengandungi pelbagai barangan yang berguna ketika di tanah haram ketika dalam kapal terbang menuju ke Mekah.

Baragan yang terdapat dalam beg ini ialah:


Sejadah yang nipis dan mudah dibawa ke mana-mana. Saya gunakan sejadah ini sepanjang berada di tanah haram.




Sejadah boleh dilipat sekecil ini

Terdapat juga spray wuduk, tasbih digital dan topeng muka.

Alhamdulillah barang-barang yang sangat bermanfaat sepanjang berada di Mekah dan Madinah.


Satu lagi keperluan yang saya perlukan ialah stokin tebal kerana lantai Masjidil haram yang sejuk. Tak tahan kaki sejuk.

Alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan.

Besar pahala orang yang turut serta dalam mencadangkan dan memberi barangan ini kepada jemaah umrah dan haji.
Masyaallah

Tuesday, June 16, 2020

Bagai sekelip mata

بسم الله الرحمن الرحيم

Anak yang dulunya ditangguk dengan 2 tapak tangan, sekarang makin tinggi dari mama.

Masa yang berlalu bagai sekelip mata كلمح البصر

Tak putus² iringan doa agar membesar menjadi insan cemerlang dunia akhirat, teladan baik untuk adik.

Friday, June 12, 2020

Membawa anak kecil menunaikan umrah dan ke Madinah

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 14/12/2019

Masya ALLAH

Keinginan hati ingin membawa anak-anak menunaikan umrah diperkenankan ALLAH.

Membawa anak kecil dalam perjalanan yang lama ada juga kesulitannya. Namun ia akan menjadi kenangan indah.

Lagi-lagi bila anak-anak sering berkata:
"Mama, rindulah kat Mekah."


Ahmad terjaga sebelum Subuh.
Kami bawa dengan stroller sahaja dari hotel, mudah, Alhamdulillah.


Ahmad Zaid pula apabila dengar azan dari Masjid Kampung, bertanya:
"Mama, itu azan masjid Kaabah ke?"


Sepanjang berada di Mekah, ada juga membeli mainan untuk Ahmad untuk memujuknya.

Ada bawa juga mainan dari Malaysia yang disorokkan dan dikeluarkan sedikit-sedikit untuk memujuk Ahmad.


Dalam kapal terbang tidak bermasalah sangat kerana Ahmad banyak tidur.

Cuma apabila bangun tidur Ahmad menangis kerana sakit telinga akibat tekanan, terus peramugari berikan gula-gula dan Ahmad berhenti menangis.

Begitu juga ada kejadian air Milo tumpah di dalam kapal terbang.

Kerana itu kena sentiasa bawa baju salin anak-anak kecil ini.


Bersama driver bas dalam perjalanan ke Taif

Ahmad sentiasa dibawa dengan stroller

Alhamdulillah Ahmad berikan kerjasama yang baik walaupun ada ketikanya dia nak berlari-lari

Sebelum mengerjakan tawaf wada'




Seperti di Thailand dulu, apabila bas ada mikrofon, pasti Ahmad naka nasyid dan baca Al-Quran.


Pak Guard marah Ahmad secara melawak kerana Ahmad bising

Beginilah anak-anak kecil..
Walaupun di dalam Masjid Nabawi sedang kita beriktikaf.
Alhamdulillah orang ramai sangat mesra dan tidak marah.



Dalam jemaah kami, hanya anak-anak kami sahaja yang dalam usia kanak-kanak.

Yang lain semuanya orang dewasa dan warga emas.

Alhamdulillah banyak membantu dan melayan Ahmad.

Alhamdulillah kenangan yang indah

Monday, June 8, 2020

Kisah kasut hilang di Mekah dan Madinah

بسم الله الرحمن الرحيم 

Entri ini ditulis pada 14/12/2019

Walaupun sering mendengar cerita orang yang kehilangan kasut di Mekah dan Madinah  namun tidak pula saya terfikir untuk membawa kasut yang murah dan kasut lebih. 

Saya fikirkan insyaAllah saya dapat menjaga kasut dengan baik dengan membawanya dalam karung kasut. 

Namun seringkali juga risau di hati jika kehilangan kasut. 

Kali pertama kasut hilang ketika Abdullah,  baba dan Ahmad hendak keluar dari masjidil haram selepas solat subuh pada hari terakhir kami di Mekah. 

Mereka menunggu saya seperti biasa di pintu 89.

Kasut kami letakkan dalam beg bawah stroller Ahmad seperti biasa.

Abdullah dan baba mengeluarkan semua kasut dan mereka memakai kasut mereka. 

Mereka juga turut meletakkan kasut saya di atas lantai sambil menunggu saya datang dari tempat solat wanita dalam masjidil haram. 

Tak berapa saat,  kasut saya yang diletakkan di atas lantai terus ghaib. 


Mungkin ada orang tersepak. 

Bila saya tiba,  lihat kasut sudah tiada. 

Kesudahannya,  saya memakai selipar Abdullah, muat sahaja. 

Abdullah pula memakai selipar Ahmad Zaid yang sangat kecil. 

Suruh Abdullah naik atas stroller dengan Ahmad Zaid ,  dia tak mahu,  malu. 

Selepas sarapan,  saya turun ke kedai di bawah hotel dengan selipar hotel untuk membeli kasut dan kemudian mengerjakan tawaf widak selepas solat zohor. 

Sandal yang paling mudah ditemui berharga 60 riyal.  Beli sahaja memandangkan masa yang singkat nak solat zohor dan tawaf widak pula. 

Mujur ada beberapa selipar hotel. 

Sandal yang dibeli di Mekah dengan harga 60 riyal itu pula dipakai beberapa hari sahaja apabila hilang ketika letak di rak kasut di dalam masjid Nabawi selepas subuh ketika ingin masuk Raudhah. 


Letak di sini 

Saya tak mahu membawa banyak barang ke dalam Raudhah kerana khuatir tercicir kerana berhimpit-himpit, jadi saya tinggalkan  sandal tersebut di rak kasut sebelah dalam masjid nabawi. 

Ini adalah kali ke 4 saya masuk Raudhah. 

Hari-hari sebelum itu juga saya letakkan di rak kasut ini dan ia tidak hilang pun. 

Namun pada hari itu,  balik dari Raudhah tak jumpa dah sandal itu.  Malahan ramai orang yang letak kasut di rak kasut tersebut pun mengadu hilang. 

Siapa pula yang membuang kasut-kasut yang diletakkan di rak kasut. 

Padahal tidaklah lama sangat.  Dalam 2 jam sahaja. 

Saya menelefon suami yang sedang sarapan di dalam bilik hotel dan  minta bawakan selipar Abdullah ke gate 25.

Memandangkan hari masih pagi dan banyak kedai belum dibuka saya pakai dahulu selipar Abdullah. 

Tengahari sedikit, saya pakai selipar hotel semula dan beli selipar berharga 10 riyal dari kedai berhadapan Masjid Nabawi. 

Selipar 10 riyal

Ramai juga jemaah kami yang dapat pengalaman hilang kasut termasuk ibu mertua. 

Katanya lupa bahawa dia masuk dari pintu lain dan letakkan kasut di rak kasut di sana.  Dia keluar dari pintu lain dan pulang dengan stokin sahaja.  Bila ingat semula,  dia pergi mencari semula kasut, namun sudah tidak ada. Nasib baik mak bawa 2 kasut.

Jadi kesimpulannya,  bawa kasut yang murah sahaja untuk ke tanah suci. 

Thursday, June 4, 2020

Lagi pengalaman di Madinah



بسم الله الرحمن الرحيم 

Entri ini ditulis pada 14/12/2019

Antara kenangan di Madinah :
Kenduri di Madinah

Memasuki perpustakaan Masjid Nabawi



Hidangan selepas asar dalam Masjid Nabawi

Ahmad Zaid bergilir-gilir ikut mama dan baba ke dalam masjid. 

Jika baba ingin masuk ke Raudhah,  Ahmad akan ikut mama solat. 

Membawa Ahmad pasti akan menerima banyak coklat dan biskut. 

Berbeza betul rasa bila tak jalan dengan Ahmad. 


Alhamdulillah Allah kurniakan nikmat ke tanah suci dengan keluarga 

Di kawasan telaga dalam perjalanan ke Badar. 

Alhamdulillah.. 

Wednesday, June 3, 2020

Info buku: Mutiara Kasih Srikandi Rao

بسم الله الرحمن الرحيم



Semua orang mempunyai pengalaman sendiri, namun tak semua orang mampu untuk mengolahnya semula dengan baik  untuk diceritakan kepada orang lain supaya dapat dijadikan panduan dan pengajaran.

 

Buku ini habis dibaca dalam tempoh sehari.

Buku yang baik untuk anak-anak mengetahui kepayahan kehidupan orang-orang dahulu.

Kisah benar pengalaman ibu yang membesarkan anak-anak dengan penuh susah payah pada zaman 70an. Sangat berbeza dengan zaman kita sekarang. Yang tidak berbeza ialah kasih sayang ibu yang rela mengharungi jerit payah demi mementingkan pembelajaran anak-anak .

Terus terlintas di fikiran, betapa susah sekali kehidupan kita, susah lagi para Nabi menyampaikan dakwah. Tauladan kita untuk bersabar.




Penulisnya Puan Kay sekarang merupakan seorang pengetua SMK di Perak.





 Buku yang santai, penuh dengan pengalaman penulis membesar dengan serba kekurangan dan kepayahan,  ditambah lagi apabila ayahnya (seorang askar) hilang.

Namun ia sedikit pun tidak menjadikan mereka orang yang malas, bahkan mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Satu contoh tauladan yang baik.



Satu lagi yang disukai dalam buku ini ialah watak anak-anak yang Soleh yang ringan tulang membantu ibu bukan hanya dalam kerja-kerja rumah, malahan sifat empati kepada ibu dalam menampung kos sara hidup seharian.

Anak yang sekali sahaja dipanggil oleh mak terus bergegas melaksanakan perintah mak. 



Banyak adegan dan pengalaman yang mungkin dapat dikategorikan dalam pengalaman luar biasa bagi anak-anak zaman sekarang, yang tak pernah mereka bayangkan dan lalui.

Sebuah buku yang menarik.

Alhamdulillah.




Monday, June 1, 2020

Info buku: Ebook Diari Abah, Hasrizal Abdul Jamil


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.


Selesai baca,ebook Diari Abah, Hasrizal Abd Jamil.





Ebook boleh dibeli di link ini:


Antara yang menarik tentang ebook ini ialah:

 1. Jalan penceritaan yang menarik.

Setiap buku yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal pasti mempunyai jalan cerita yang menarik.





Cara penulis menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh beliau penuh dengan emosi dan membawa pembaca mendalami kisah tersebut.


Elemen emosi yang dimasukkan dalam penulisan pasti tidak gagal untuk membuatkan pembaca menitiskan air mata membaca kisah-kisah yang sedih. Juga tertawa dengan kisah-kisah yang lucu.



Namun ebook ini bukanlah hanya bacaan santai yang membawakan kisah-kisah pengalaman hidup penulis sahaja.


Penulisan Ustaz Hasrizal juga selalunya mengajak pembaca berfikir panjang dengan info dan idea-idea yang dibawa.



Mungkin ada antara isi kandungan dan idea yang dibawa oleh penulis tidak disetujui oleh pembaca, dan ada idea yang selari dengan pemikiran pembaca, dari situlah penulisan ini membuatkan pembaca menimbang dan berfikir panjang dengan apa yang telah dibaca. Bukan hanya menerima apa yang dibaca secara bulat-bulat.



Ebook ini juga sarat dengan ilmu keibubapaan bukan hanya untuk anak-anak di usia kanak-kanak sahaja. Malahan turut disertakan beberapa input keibubapaan untuk anak-anak yang berada di usia remaja.


Memahami tugas juga perasan ibu bapa ketika anak bayi dan juga remaja amatlah berbeza.



Ebook ini juga bersifat realistik, kena dengan situasi masa sekarang. Apa yang dilalui oleh penulis, mungkin sama juga dilalui oleh pembaca.



Akhir sekali, ebook ini patut dibaca oleh ibu bapa.

Jangan bayangkan ia hanya kisah pengalaman yang santai, banyak isi yang akan membuatkan anda berfikir panjang , malah mungkin akan membuatkan anda membincangkan isu buku ini bersama pasangan hidup.



Bacalah.

Insyaallah ada manfaatnya dalam keluarga dan hidup anda.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...