Showing posts with label Makanan yang baik untuk kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Makanan yang baik untuk kanak-kanak. Show all posts

Tuesday, November 11, 2014

Alternatif makanan sunnah

بسم الله الرحمن الرحيم



Untuk memudahkan anak-anak makan minyak zaitun dan tanpa tumpah, letak saja dalam botol kecil seperti

mudah untuk anak-anak makan minyak zaitun dan mudah juga untuk spray dalam masakan.

ALhamdulillah.

Sunday, June 22, 2014

Menggalakkan anak-anak istiqamah makan zabib

بسم الله الرحمن الرحيم

Kita sedia maklum tentang kebaikan zabib (kismis) untuk minda. Selalu kalau beli kismis, mesti anak2 suka, nak makan banyak2.....tapi untuk membuatkan anak-anak makan setiap hari kadang-kadang menjadi susah kerana selalu lupa.

Jadi, satu usaha supaya ia senang dicapai dan dimakan setiap hari, saya buat begini:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bungkuskan kecil2
satu bungkus setiap hari
satu bungkus ada lebih kurang 21 biji kismis

selesai membungkus kismis2 ini dalam bungkusan kecil2

Moga ia memberi faedah kepada kita semua InsyaALLAH. Amin
=)

Thursday, January 9, 2014

Madu yang mesra kanak2

بسم الله الرحمن الرحيم

Zaman sekarang ini, ramai ibu bapa yang dah sedar tentang permakanan sihat untuk anak2. Lebih2 lagi pemakanan sunnah. Dan ramai dah mula menjauhkan makanan ringan dari kanak2.

Tapi yang tak seronoknya, bila dibeli mahal-mahal, tapi anak tak nak makan, atau kita terlupa nak bagi kat anak...

Banyak juga alternatif yang telah dilakukan oleh syarikat2 pemakanan sunnah untuk memudahkan kita dan anak-anak untuk mengamalkan pemakanan sunnah yang telah banyak terbukti faedahnya

Kalau dulu, saya pernah bercerita tentang kapsul habbatus sauda' dan kapsul zaitun yang menjadi makanan amalan kami dan anak2. (BACA DI SINI)

Alhamdulillah yang  terbaru, satu lagi produk pemakanan sunnah yang mesra kanak-kanak.
Mudah dimakan dan tidak susah untuk berikan kepada anak.

Inilah Madu At-Taqwa
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


pek madu yang dibungkus macam choki-choki memudahkan anak2 untuk mengamalkan pemakanan sunnah.

Madu ini saya beli dari seorang sahabat. Katanya madu ini adalah madu delima dari Mesir.

Saya sangat gembira dengan ideanya membungkus madu ini yang mesra kanak2. Saya rasa semua kanak2 akan suka mengisap madu seperti ini. Sampai sehari pun boleh habis sebekas tu....adoi laaa



pesanan kali kedua
Peknya juga mudah untuk dibawa ke mana2.. Kalau tak sempat nak makan pagi2 di rumah,boleh makan dalam kereta dalam perjalanan pi sekolah... senang.. tak meleleh2, tak melekit2....

Siapa yang nak beli, boleh rujuk sahabat saya ini di Facebooknya

order kali ke-3
P/s: Hanya perkongsian pengalaman sahaja. Kalau ada produk yang saya rasa bagus untuk dikongsikan (seperti buku2 biasanya), saya akan kongsikan untuk manfaat bersama. bukan iklan berbayar, harap maklum.

Wednesday, October 31, 2012

Dapat hadiah dari Minsyam

بسم الله الرحمن الرحيم

Kadang-kadang ada beberapa perkara yang kita anggap biasa, remeh dan kecil sahaja, tp ada pihak lain yang memandangnya istimewa dan besar.

Sama seperti entry dan video yg saya post di sini:
http://www.cinta-rasul.blogspot.com/2012/10/iklan-yang-tak-berbayar-dan-pelakon.html

Saya anggapnya adalah biasa sahaja...

Dan seperti kebiasaan, saya selalu berkongsi maklumat ttg buku yg baik yang pernah saya baca, barangan kraf yg berguna untuk anak2 seperti di sini, di sini dan macam2 lagi.

Begitu juga dengan website pendidikan dan educational games yg baik juga saya sll kongsikan bersama dalam blog ini

Bagi saya, benda yang baik, eloklah dikongsi maklumat tentangnya ...Moga orang lain juga mendapat manfaat daripadanya. Barulah berkembang keberkatannya.

Berbalik kepada video  54 SAAT ini,



Kebetulan pengasas produk Minsyam terjumpa video ini dan mengucapkan terima kasih atas perkongsian ini dan berbesar hati memberi hadiah kepada kami.


sumber dr sini:
http://www.facebook.com/minsyam.fanpage/posts/298473503595326

Alhamdulillah...

Inilah hadiah yg kami perolehi...ALhamdulillah...

Abang tak sabar nak tahu dapat hadiah apa.
Waktu ni adik sedang tidur...

Abdul Rahman kalut nak buka kotak misteri ini

benda pertama

kedua, apa isinya?

Ini isinya

Sabun Zaitun

Kapsul Habbatusssauda' dan kapsul minyak zaitun



Inilah semua barang yg kami dapat...

ALHAMDULILLAH...
Terima kasih banyak2 kepada MINSYAM..

Tuesday, October 16, 2012

Iklan yang tak berbayar dan pelakon iklan yang tidak di bayar

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini ingin berkongsi 'kecekapan' kanak-kanak yang bulan depan akan berumur 4 tahun menelan kapsul habbatus sauda' Minsyam tanpa paksaan... Makan sendiri je. (kelakar x?)

Elok amalkan habbatussada' selalu supaya menjadi penawar kepada penyakit yg dok ada.

Bukan apa? kebanyakkan kanak2 cukup susah kalau nak diberi makan ubat... apatah lagi ubat yang kena telan. Sebab itulah kebanyakan ubat kanak-kanak dalam bentuk cecair. 

dan tak semua orang dewasa mampu untuk menelan ubat dengan mudah. Percaya tak?

Abdullah yang dapat menelan kapsul habbatus sauda sambil tersenyum =)
kapsul habbatus sauda'

yang kami gunakan




semua gambar credit ke: google image.

NOTA: Sila dapatkan produk ini di mana2 kedai. Jangan hubungi saya, saya tak jual produk ini..Ini adalah iklan yang tak berbayar,,harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...