Showing posts with label Percutian ke Pattani. Show all posts
Showing posts with label Percutian ke Pattani. Show all posts

Tuesday, December 10, 2019

Percutian ke Pattani (Siri akhir)

بسم الله الرحمن الرحيم

Sambungan dari entri yang lepas..


Selesai sarapan kami bergerak ke Daerah Sai buri.

Dalam perjalanan kami melalui bendang garam.

Mereka proses air laut dan keringkan untuk mendapatkan garam kasar.



Kemudian berhenti di gerai tepi jalan untuk membeli garam kasar hasil dari bendang garam tersebut.




Nira kelapa laut




Sampai di Daerah Sai Buri, kami ke pondok Baba Awi.

Baba Awi ialah abang kepada rakan kami ketika di Syria. 

Beliau juga mempunyai pondok yang diberi nama Mujamma' Nur Jinan Pawa


Pondok Baba Awi sedang mengadakan kenduri majlis pecah tanah masjid bagi pondok mereka.


Masyaallah...

Mereka terus bersemangat untuk mengembangkan Islam walaupun di bawah tekanan dan kesusahan.


Menu kenduri ialah nasi kerabu Pattani



Makcik-makcik yang menjual sejenis kuih seperti Gedung Chaq.

Seperti otak-otak di balut daun kelapa tetapi isinya ialah ubi yang dicampur dengan gula Melaka.








Selepas dari kenduri kami membeli belah di Plaza Nora dan terus ke Danok untuk kembali pulang ke Malaysia


Makan petang sebelum bertolak pulang ke Malaysia



Ramai orang beratur di gerai ini.

Menjual roti canai tetapi dicampur dengan susu manis, coklat,pisang atau telur mengikut permintaan pelanggan.


Cenderahati yang dibeli di Nora Plaza





Alhamdulillah satu percutian yang menarik, menginsafkan, memberi semangat dan banyak input.

Alhamdulillah.

Insyaallah semoga ada peluang untuk berjalan lagi ke negeri orang dan dapat mengutip banyak manfaat.

Insyaallah


Friday, December 6, 2019

Percutian ke Pattani (Siri 3)

بسم الله الرحمن الرحيم

Sambungan dari entri yang lepas.....

Selepas dari ziarah pondok anak-anak yatim, rombongan kami menunaikan solat jamak taqdim Maghrib dan Isyak di Masjid Kerisik.


Rombongan kami seramai 1 biji bas dan sebuah kereta


Selepas solat, kami ke restoran BangYa Seafood And Stimbot.

Harga bagi orang dewasa adalah RM20 dan kanak-kanak adalah RM10.

Ya. Dalam ringgit Malaysia.

Ketua rombongan minta bayaran dalam ringgit Malaysia.



Masya Allah....

Seingat-ingat saya ini adalah kali pertama saya makan buffet dan stimboat mewah seperti ini walaupun dengan bayaran yang murah.

Masya Allah.



Teringat beberapa tahun lalu, ketika teringin nak makan stimboat di kedai di Sungai Petani, kami masuk dan bertanyakan harga. Namun kami keluar semula apabila harga di kedai tersebut terlampau mahal bagi kami.


Masya Allah...

Sangat sedap dan kekenyangan apabila keluar dari restoran ini.

Saya memang penggemar makanan laut.

 Hinggakan bila balik Malaysia, teringat-ingat kesedapan makanan di restoran ini.

Begitu jugalah kata kawan saya yang mengikuti rombongan ke Pattani ini.


Alhamdulillah. Memang sedap dan banyak pilihan.


Restoran bangya buffet

Selepas kekenyangan, kami dibawa ke Hotel Parkview.

Sebenarnya saya agak risau kerana kami tiada gambaran tentang hotel tempat kami menginap.

Risau jika hotel yang tidak selesa.

Alhamdulillah walaupun hanya bayaran RM190 seorang untuk bayaran bas, hotel dan makan di Pattani, alhamdulillah perkhidmatan agensi percutian ini sangat memuaskan hati.





Bilik hotel yang besar dan selesa untuk kami sekeluarga.

Alhamdulillah


Bergambar di luar hotel keesokan harinya.

Lobi hotel

Di pintu masuk hotel


Kenderaan yang tidak ada di Malaysia

Info tentang hotel Parkview Pattani

Selesai check out, kami ke gerai kelmarin untuk sarapan pagi.

Menu sarapan ialah nasi dagang dan nasi kerabu.

Bagi saya masakan di gerai ini sedap dan kena dengan selera saya.


Nasi kerabu dan nasi dagang. Terdapat juga kuih muih dan lauk-pauk yang lain.

Sarapan dan makan tengahari kelmarin dan hari ini termasuk dalam bayaran RM190 dalam pakej.

Alhamdulillah.


Di luar gerai

Gerai ini


Bersambung pada entri yang akan datang.....

Insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...