Friday, May 31, 2019

Kisah Ahmad Zaid masuk Pasti


بسم الله الرحمن الرحيم

Pada penghujung tahun lepas saya dan suami masih ragu-ragu samada ingin masukkan Ahmad Zaid ke pasti ataupun tidak memandangkan tubuh badannya yang kecil.

Namun apabila ada rakan sekerja yang masukkan anak ke pasti, kami fikir akan memudahkan proses Ahmad Zaid di Pasti nanti memandangkan dia ada kawan yang telah dikenalinya.


Antara perkembangan Ahmad Zaid selepas masuk Pasti ialah dia rajin pegang pensil dan mewarna sedangkan sebelum ini dia tidak suka pegang pensil.

Ahmad Zaid juga boleh menulis dengan kedua-dua tangannya.



Abang Abbudey menulis dengan tangan kanan.

Abang Abdullah dengan tangan kiri.

Ahmad Zaid dengan dua-dua belah tangan



 Hari pertama bawa Ahmad Zaid untuk ke pasti, dia tidak mahu masuk.

Hari kedua, kami minta rakan sekerja untuk menghantar Ahmad Zaid ke Pasti bersama-sama dengan anaknya.

Alhamdulillah Ahmad Zaid boleh duduk belajar di Pasti tanpa ditunggu oleh ibu bapa walaupun sehari.

Teringat dulu abang-abangnya ada juga kena tunggu sekejap dan menangis apabila ditinggalkan.


Muka ceria dengan baju pasti


Bersiap sedia untuk ke pasti

Alhamdulillah Ahmad Zaid juga kelihatan juga berzikir, nasyid, baca ayat Al-Quran dan selawat selepas masuk Pasti.

Setiap hari ada sahaja bacaannya.

Alhamdulillah

Thursday, May 30, 2019

Istimewanya Ramadhan 1440H

بسم الله الرحمن الرحيم

Istimewanya Ramadhan tahun ini.

Syahdunya lebih.

Semangatnya lebih.

Moga dapat istiqamah hingga ke akhir hayat.

Istimewa lagi Ramadhan kali ini bila dapat melakukan ibadah iktikaf setelah bertahun lamanya tidak melaksanakannya kerana anak-anak masih kecil.

Tahun ini, membaca buku untuk lebih mengenali dan mencintai Allah Subhanahu wata'ala.

Apa yang difahami cuba dikongsikan, moga dapat pahala jika ia menjadi ikutan.

Moga Allah merahmati kita dan berikan hati yang ikhlas keranaNya.

Antara status Whatsapp yang dikongsikan.

Moga bermanfaat.





Masjid At Taqwa TTDI yang selesa dan sangat bersih.


Iktikaf di Masjid Kuala Ketil

Tarbiyah Ruhiyyah antara Ahli Sufi dan Salafi.

Banyak input yang membuat kita muhasabah diri betapa kita kurang dalam menimba ilmu meningkatkan kefahaman tentang cinta kepada Allah Subhanahu wata'ala.


Majlis ilmu juga dapat membuatkan iman bertambah dan muhasabah diri untuk lebih dekat dengan Allah Subhanahu wata'ala.

Moga Allah terima amalan kita, menjadikan kita hamba yang soleh, dicintai dan mencintai Allah subhanahu wata'ala.

Amin ..

Tuesday, May 28, 2019

Menghadiri Majlis Penutup Daurah Ramadhan Sheikh Nuruddin di Maahad An Nour 1440H

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak menziarahi dan bermalam di Maahad An Nour di Janda Baik, Pahang, 2 tahun lalu, (boleh baca entri di sini: http://cinta-rasul.blogspot.com/2017/06/peluang-bersama-tokoh-ulamak-dan-orang.html ) hati sentiasa rindukan untuk berziarah ke sana lagi dan menghirup nikmat suasana soleh dan majlis ilmu di sana.

Beberapa kali kami merancang untuk menghadiri daurah kitab di sana, namun ada tugasan lain yang menghalang.

Alhamdulillah, sempena cuti sekolah, kami mengambil peluang untuk menghadiri Majlis Penutup Daurah Ramadhan di Maahad An Nour, di samping tujuan pulang untuk berbuka puasa bersama keluarga di Kuala Lumpur.


Baba yang mula nampak iklan Majlis Penutup Daurah Ramadhan di media sosial dan mengajak kami sama-sama untuk menghadirinya.


Perjalanan kami dari Kuala Ketil bermula jam 11 tengahari. Banyak urusan perlu diselesaikan sebelum berangkat.

Bulan puasa pula, sangat mengantuk ketika berada dalam kereta.

Beberapa kali berhenti di RnR untuk lena sebentar.

Akhirnya kami sampai di Hotel De Palma Ampang jam 3.30. Berehat sebentar dan bergerak ke Maahad An Nour jam 5.30 petang.

Alhamdulillah. Kami sampai di sana jam 6.30 petang.














Masyaallah...

Suasana dan panorama di Maahad An Nour sentiasa memberi ketenangan dalam hati.

Majlis ilmu dan mengisi memenuhi hati.

MasyaAllah.

Indah sekali.

Kerana itulah sering merindui untuk terus berziarah ke sini.

Insyaallah moga kita akan sering dapat berada dalam majlis seperti ini, insyaallah.


Saturday, May 25, 2019

Haiwan peliharaan anugerah dari Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Bagi mereka yang biasa mengikut perkembangan blog ini, tentu tahu antara hobi keluarga kami ialah memelihara haiwan peliharaan.

MasyaAllah...pada hobi ini membuatkan rasa kasih sayang terhadap makhluk Allah itu bertambah.

Banyak haiwan peliharaan yang pernah kami bela di rumah sejak dulu lagi. Arnab, kambing, ayam, ikan....

Hingga kini masih lagi membela pelbagai haiwan peliharaan.

Saya nampak apabila membela haiwan peliharaan juga, membuatkan anak-anak lebih peka dan prihatin terhadap kesihatan dan penjagaan haiwan.

Ia memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri anak-anak.




MasyaAllah .... Besar-besar sungguh ikan dalam kolam ini. Terasa sungguh ingin memiliki kolam seperti ini


Kucing baru Ahmad Zaid

MasyaAllah... Ahmad Zaid sangat sayangkan kucing ini walaupun ada kalanya dicakar dan digigit oleh kucing

Sikap prihatin Abang Abbudey menyediakan tempat ayam mengeram dari kerusi yang diterbalikkan dan juga jubah yang tak pakai lagi.

Alhamdulillah... kreatif
Allah campakkan sifat kasih sayang dalam hati makhluknya

MasyaAllah...

Cantik corak di badan kucing Ahmad Zaid ini.



Teringat masa kecil Ahmad Zaid teringin nak bela kucing seperti ini, kini Allah perkenankan


Seperti dalam tulisan Abang Abbudey di sini:

https://cinta-rasul.blogspot.com/2017/08/karya-abdul-rahman-keluarga-saya.html


Jika kucing datang Ahmad Zaid akan duduk dan hulurkan kepalanya dan kucing itu dan gesel kepalanya di kepala Ahmad Zaid. Begitulah setiap kali kucing tersebut jumpa Ahmad Zaid.

Bangun-bangun tidur pun cari kucing.

Kucing ini juga akan menggesel badannya di kepala, muka dan badan anak-anak jika anak-anak sedang tidur..  mungkin ia ingin kejutkan tuannya dan ajak bermain.


MasyaAllah....

Begitulah nikmat kasih sayang anugerah Allah kepada kita

Wednesday, May 22, 2019

Abang Abbudey menang pidato Bahasa Arab tempat ke-2

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah...

MasyaAllah...


Maha suci Allah yang mendengar dan  memperkenankan sekecil-kecil permintaan hamba-Nya.

Moga Allah perkenankan permintaan agung kita agar kita semua dapat masuk ke Syurga tanpa dihisab bersama ahli keluarga kita, Ya Rabb


Kemenangan tempat ke 2 Abang Abbudey di pertandingan pidato Bahasa Arab antara sekolah-sekolah agama bawah majlis Agama negeri Kedah pada bulan April yang lalu.

Terubat juga duka di hati anak-anak apabila tidak dapat menyertai pertandingan hafazan Itqan di Kuala Lumpur seperti tahun lalu.



Teringat kami kenangan Abbudey mula berkhutbah sejak dari usia 4 tahun.


Terasa pantas masa berlalu



Ketika melihat gambar yang dikongsikan oleh guru pengiring di dalam grup, saya sentiasa berdoa moga kejayaan bersama-sama Abang Abbudey dan seluruh peserta. Hari itu juga saya berpuasa sunat Isnin. Benar-benar memohon moga Allah perkenankan doa bersama sedikit ibadah yang dilakukan.

Alhamdulillah Allah itu Maha Mendengar..

Alhamdulillah.

Semoga kecemerlangan sentiasa mengiringi kita hingga ke syurga.

Amin Ya Rabb




Sunday, May 19, 2019

Ahmad Zaid menyertai perlawanan bolasepak PASTI

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara perkara yang saya tidak sempat cerita dalam blog ialah tentang Ahmad Zaid yang dah masuk PASTI tahun ini, insya-Allah akan diceritakan kelak.



Ahmad Zaid yang paling kecik...

Bulan 11 nanti masuk 4 tahun

Baju sukan pun dah macam kurta dah



MasyaAllah kemain seronok Ahmad Zaid bercerita tentang pengalaman bermain dan berlatih bola setiap hari.

Apabila pulang ke rumah, saya akan tunjukkan kepada Ahmad Zaid gambar yang dikongsikan oleh guru di dalam grup.

Pasti Ahmad akan bercerita dengan penuh semangat.

Kami pula terasa lamanya tak turut serta dengan aktiviti anak-anak di tadika, memandangkan Abdullah pun dah 11 tahun sekarang. Lama dah kami tinggalkan zaman anak-anak sekolah tadika.


MasyaAllah ada rasa indah yang unik dengan pengalaman anak-anak sekolah Pasti ini.


MasyaAllah bukan hanya kenangan indah kepada anak-anak, malahan kenangan indah untuk kita ibu bapa

Moga mereka membesar menjadi insan bertaqwa...

Ya Rabb

Friday, May 17, 2019

Malam Ramadhan ke 10

بسم الله الرحمن الرحيم


Masyaallah...

Malam kesepuluh Ramadhan tahun ini, kami bersolat di surau maahad sahaja.

Jadual hari itu, Sheikh Rabie' Hifny yang jadi imam.

Masyaallah..

Bacaan Sheikh yang jelas, tajwid dan makhraj yang tepat membuatkan hati rasa sayu.

Menghayati alunan Surah Al Anfaal yang dibaca.



Masyaallah...

Teringat kenangan berterawih di Syria.

Sungguh perasaan yang berlainan.

Puas dengar bacaan Sheikh Rabie'.

Begitulah juga komen dari guru-guru yang pernah mengaji di negara Arab.


Masing-masing teringatkan kenangan terawih di negara Arab.


Alhamdulillah atas segala nikmat syahdu Ramadhan yang Allah kurniakan.

Thursday, May 16, 2019

Syahdu Ramadhan membawa kita dekat dengan Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Masyaallah...


Syahdu Ramadhan memang sangat unik. Yang tidak dirasakan pada masa-masa yang lain.


Membuatkan kita merasai kasih sayang Allah subhanahu wata'ala.

Lalu saya kongsikan rasa hati dalam status Whatsapp, moga-moga ia memberi manfaat kepada orang lain.

















Alhamdulillah...

Ramai yang reply Whatsapp dan mengatakan mendapat inspirasi dan manfaat daripada status-status ini.

Allah jadikanlah kita hamba yang ikhlas dan dapat memberikan banyak manfaat kepada orang lain.

Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...