Friday, July 18, 2014

Latihan berkomunikasi dalam Bahasa Arab

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah lama saya tak kongsi video anak-anak menghafaz Al-Quran dan bercakap dalam Bahasa Arab. (makin malas nak record video nampaknya.)

OK, untuk kali ini jom lihat Abdullah dan Abang Abbudey bercakap dalam Bahasa Arab menerangkan hasil kraf mereka yang dilekat didinding rumah.


Boleh tonton video anak-anak berkomunikasi dalam bahasa Arab dalam entri di bawah ini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/11/kemahiran-bercerita-budak-5-tahun-dalam.html

http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/01/abdullah-bercakap-bahasa-arab.html

http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/10/adik-hafal-skrip-kartun-arab.html


Abang Abbudey bersiap untuk ke Solat Jumaat (minggu lepas)

Jgn lupa 
Alkahfi
Selawat
Doa (+ utk semua muslimin)

Wednesday, July 16, 2014

WW: Petang Hari Puasa Muhammad Abdullah

بسم الله الرحمن الرحيم






الحمد لله

Monday, July 14, 2014

Info Buku: Kamus Bergambar Pintar Soleh

بسم الله الرحمن الرحيم

Kamus bergambar ini adalah pilihan Abang ABbudey ketika pergi ke kedai buku.


harganya

Seingat saya ketika kecil, zaman kanak-kanak saya juga menyukai kamus bergambar. rasa seronok bila membaca kamus bergambar bersama kawan-kawan.

disertakan cara mengajar anak kecil menggunakan kamus bergambar ini



antara tajuk yang terdapat dalam kamus ini


antara kegemaran anak-anak

topik tentang binatang



Alhamdulillah ini merupakan antara buku kegemaran anak-anak untuk dibaca bersama dan bermain teka-teki.

Contoh:
"Cuba teka monyet dalam bahasa arab apa? Dalam Bahasa Inggeriss apa?)

Ini juga merupakan rujukan Abdullah untuk melukis .

Alhamdulillah.........

Saturday, July 12, 2014

Lukisan mahal dari Abdullah

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam minggu ini Abdullah amat suka sekali melukis, setiap hari Abdullah akan minta buku untuk melukis



Jom lihat beberapa lukis 'mahal' Abdullah:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Abdullah kata ini beruang

kerbau

kuda

harimau

zirafah

singa

              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

buaya

gajah

errrrr.......

Untuk ketika ini, tema yang Abdullah suka lukis ialah binatang2. 

Dia akan cari idea untuk melukis gambar dari buku-buku seperti buku ini



Alhamdulillah...........

Thursday, July 10, 2014

Mengajar anak-anak menghayati Bulan Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam Bulan Ramadan tahun ini, ibadah terawih di masjid tidak dapat diikuti oleh anak-anak selalu kerana masa terawih yang tamat pada jam 11 malam biasanya kecuali jika ada peluang pada masa cuti.

Jadi selain menjalankan ibadah terawih di rumah selepas selesai menghafaz hafazan Al-Quran, kami akan teruskan halaqah ilmu kami (atau biasanya pada waktu antara Maghrib dan Isyak) kecuali pada malam yang pergi Solat Terawih di Masjid, maka halaqah ilmu dirumah tak sempat dijalankan. Dengar kuliah di Masjid pula.

Antara kitab yang kami baca saban malam ialah:

3- Tafsir juz 29
4- Bacaan tentang Bulan Ramadan

Satu-satu kitab hanya makan masa dalam 5 minit sahaja, saya akan baca, terang dan ceritakan kepada anak-anak

Berikut adalah kitab yang saya guna untuk menambahkan ilmu anak-anak tentang Bulan Ramadan


dibeli pada tahun 2003 di Damsyik Syria

Tajuk-tajuk tentang Bulan Ramadhan yang mudah difahami



Disertakan dengan dalil dari Al-Quran dan Hadis

Bagi saya ia agak santai untuk dibaca bersama anak-anak. Macam cerita-cerita sahaja:

Contoh:

"Rasulullah sallahu alaihi wasallam kata orang yang berpuasa dapat masuk Syurga Ar- Rayyan, Syurga Ar-Rayyan ni untuk orang yang puasa je.. Orang yang tak puasa tak boleh masuk."

"Kita kena sahur sebab waktu sahur tu berkat. "

Hanya guna ayat-ayat yang mudah-mudah sahaja dengan anak-anak.




ALLAH berikan kita semua istiqamah dalam segala amal baik dan ibadah kita, 
Amin

Tuesday, July 8, 2014

Puasa Pertama Abdullah

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika mengajar Abdul Rahman berpuasa 2 tahun lalu, saya tak berani nak kongsikan cara mengajar anak-anak berpuasa, kerana bagi saya ia hanyalah percubaan pertama saya mendidik anak-anak berpuasa (try and error lah kononnya), tapi tahun ni mengajar Abdullah berpuasa pula , InsyaALLAH sudah ada sedikit pengalaman (setelah mengajar Abang Abbudey berpuasa dulu)

Mmg benar, kita patut lebih mementingkan pendidikan solat sebelum puasa kepada anak-anak. Alhamdulillah juga anak-anak ini didedahkan dengan solat sejak dari kecil dan makin dididik dengan serius apabila bertambahnya umur mereka saban hari.

Begitu juga, jika solat boleh dididik setiap hari, tapi untuk mendidik anak-anak berpuasa dalam suasananya (semua orang berpuasa) hanya boleh dilakukan pada Bulan Ramadan sahaja. Jadi dalam Bulan Ramadan ini, ambillah peluang untuk mendidik anak-anak berpuasa perlahan-perlahan.

Jika tahun lepas, ketika di PASTI, pelajar PASTI digalakkan berpuasa ketika waktu bersekolahan, tapi bila balik sekolah sahaja, terus Abdullah cari air dan makanan. Pada ketika itu umurnya baru di awal 5 tahun, puasa pun tak faham apa dia.

Alhamdulillah tahun ini, saya nampak Abdullah sudah agak bersedia dengan puasa.

Di sekolah pun sudah adakan program menyambut ramadan bagi menerangkan kepada anak-anak tentang apakah itu puasa? dan apa yang patut kita lakukan dalam Bulan Ramadan?

Hari pertama Ramadan adalah cuti umum, jadi ia adalah peluang yang baik untuk melatih Abdullah berpuasa.

Bangun sahur, Alhamdulillah no problem...

Semuanya berjalan lancar sehingga sampai pukul 5 petang. Nampak Abdullah sudah tak tahan haus dan meminta air. OK, tak apa ada 29 hari lagi untuk berlatih puasa.

Bagi saya itu adalah biasa. Abang Abbudey juga dulu pada hari pertama agak susah bagi  mereka kerana tidak biasa menahan lapar dan dahaga.

tetapi Alhamdulillah pada hari-hari selepasnya semuanya OK sahaja. boleh berpuasa dengan baik dari waktu sahur hingga waktu buka puasa

Hadiah yang dibelikan pada hari pertama puasa

Hari ke enam puasa... Boleh mencangkul di tengahari
Nasib baik tak minta air
ALhamdulillah juga puasa berjaya ditamatkan dengan baik

Sebenarnya kelihatan kanak-kanak ini lebih bertenaga dari orang dewasa ketika Bulan Ramadan ini. Kita orang dewasa pun pancit kepenatan pada waktu tengahari, namun mereka boleh lagi berlari pada pukul 3 petang. Sejak dari pagi pun berlari.

ALhamdulillah usaha mendidik anak dengan puasa tidak begitu sukar, Alhamdulilah.

InsyaALLAH saya akan kongsikan pada entri-entri akan datang tentang buku yang saya guna untuk menambahkan penghayatan anak-anak tentang Bulan Ramadan.

InsyaALLAH

Sunday, July 6, 2014

Mengajar anak mendekati para ulama' dan masyarakat

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika hujung tahun 2012 yang lepas, anak-anak mendapat rezeki bersua dengan Sheikh besar yang terkemuka dalam dunia Islam, Sheikh Ali Ash- Shobuni dan Sheikh Ibrahim Az-Zaiem dari Palestin (pernah ditulis DI SINI), Alhamdulillah, tahun ini anak-anak ini berkesempatan untuk mendampingi sheikh dari Syria dengan lebih rapat dalam masa lebih kurang 4 hari.

Alhamdulillah, bagi saya ia adalah satu pengalaman yang besar dan memberi ilmu yang baru kepada anak-anak InsyaALLAH






Sheikh meluangkan masa menziarahi
Sekolah Rendah Islam Tahfiz Murmainnah

Ini kelas darjah 2

Maklumat lanjut lihat DI SINI

Baba menjadi antara penterjemah Sheikh Muwaffaq dan diberi peluang untuk
berkhidmat kepada sheikh sepanjang keberadaan sheikh di Kedah

Abdul Rahman dan Fawwaz turut hadir di Kuliah Subuh bersama Sheikh Muwaffaq
di Masjid Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah

anak-anak turut hadir mendengar pengajian bersanad hadis 40 An-Nawawi
Baba sebagai penterjemah kepada hadis yang dibacakan
Anak-anak dibiasakan dengan suasana dalam kuliah agama di masjid sejak kecik.

Sudah terlena sebab paginya bersekolah
(sudah melepasi jam 10 malam, mmg lena sampai ke pagi)
Antara faedah mengajar anak-anak mendampingi para ulamak dan orang soleh:

1- Mengajar mereka adab bersama orang-orang soleh dan para ulama

2- Mengajar mereka akhlak mulia dan tauladan dari para ulama dan orang soleh

3- Mengajar mereka suasana ilmu dan Islam dengan harapan moga ia menusuk dan membentuk diri mereka (amin3)

4- Moga2 mereka mendapat keberkatan para ulama (yang merupakan pewaris Nabi)

5- Moga mereka juga turut mendapat keberkatan didoakan oleh para malaikat yang berhimpun ramai merendah sayap mereka dan majlis ilmu.
Kitab matan 40 An-Nawawiyyah berserta
ijazah sanad hadis 

Alhamdulillah,
nikmat makan setalam bersama para sheikh


Begitu juga pada musim cuti sekolah yang lepas, anak-anak juga berkesempatan untuk turut serta dalam Majlis Pecah Tanah kompleks pendidikan ABIM bersama Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam An-Nadwi

Abdullah nampak begitu berminat melihat gimik perasmian Majlis Pecah Tanah
Oleh Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam

Sumber:
SINI


Abang Abbudey turut kelihatan

Sumber:
SINI


Sumber:
SINI
YA ALLAH, moga suasana begini dapat memberi keberkatan dalam diri anak-anak kecil ini dalam menjadi Insan Bertaqwa dan memberi manfaat semula kepada masyarakat, InsyaALLAH

Friday, July 4, 2014

Buku teka-teki

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada usia ini, Abang Abbudey dan Abdullah sangat suka dengan teka teki....

Oh teringat pada ketika usia kanak-kanak kita juga sangat sukakan teka teki.

Begitu juga antara kisah yang pernah dibaca tentang Rasulullah sallahu alaihi wasallam yang berjenaka dan memberikan teka teki kepada para sahabar radiallahu anhum ajmain..:

((Apakah pokok yang tidak gugur daunnya? )) baginda sallahu alaihi wasallam memberikan teka teki.

Tiada sahabat yang dapat meneka jawapannya.

Baginda menjawab: ((Pokok kurma))

=)

Dan pada ketika itu Ibnu Umar (Abdullah bin Umar) juga ada dalam majlis tersebut. Beliau berkata kepada bapanya: Sebenarnya aku tahu jawapannya, tetapi aku malu untuk menjawab.

Umar berkata: Kalaulau kamu jawab, aku lebih gembira dari mendapat sekian-sekian.

Ini menunjukkan betapa bahagianya seorang bapa dapat memperlihatkan kehebatan dan menonjolkan keisitimewaan anak-anaknya di hadapan kekasih ALLAH, Rasulullah sallahu alaihi wasallam.

ALLAH, moga diri kita semua dan anak-anak pun dapat menonjol dan dilihat isitmewa di hadapan ALLAH subhanahu wa taala dan kekasihNya, Rasulullah sallahu alaihi wasallam. Amin- Amin . Amin

OK. Kembali kepada kisah anak -anak dan teka teki.

Ada sahaja soalan yang ditanya, lebih lebih lagi Abdullah, katanya:
"Apa benda yang........?"

Dan akhirnya akan tergelak-gelak mencari jawapannya.

Ia boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Melihat minat mereka pada ketika ini dengan teka teki, saya perkenalkan kepada mereka buku teka teki.

Saya beli dua buku ini

belakang buku

harganya rm3.50
antara soalan teka teki

dan diberikan pilihan jawapan melalui tiga gambar



jawapan  teka teki boleh didapati di akhir-akhir buku



Satu lagi cara untuk mengasah skill membaca anak-anak dan mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan cubaan menjawab teka teki ini. 

Alhamdulilllah
=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...