Showing posts with label jalan2. Show all posts
Showing posts with label jalan2. Show all posts

Wednesday, June 12, 2024

Bercuti di A'famosa Safari, Melaka

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/3/2022



Nak pi zoo/ safari ni time anak-anak kecik jelah yang seronok. Ahmad ajak pi lagi lepas ni.


Tiket masuk online RM38 untuk yang tinggi lebih dari 90cm. Kalau walk in RM50. Masuk Zoo Negara lagi mahal



Kelebihan dia banding zoo:


1. Banyak show.

2. Banyak aktiviti. Naik sampan/rakit pi pulau monyet (free). 


Bg makan banyak binatang. Bagi singa makan: RM25.



Bagi binatang lain makan: RM5 (Tengok dlm Facebook A'famosa for more info)


Walaupun kampung kami kat Melaka, ni 1st time pi Safari A'famosa. Tempat pun dah usang



 Pengunjung pun tak ramai. Kosong banyak kerusi masa show. 


Masa kecik dulu fikir orang-orang kaya je yang mampu masuk A'famosa ni😅


Makanan tak boleh bawa masuk, tapi sebab depa tak cek beg, kita 🤫 je. Makanan yang jual kat dalam mahal.

Tuesday, June 4, 2024

Tips percutian ke pulau (siri 2)

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/2/2022


Sambungan tips dari entri yang lalu.


6. Harga hotel boleh cari Google/ Agoda/ Booking.com dan lain-lain.


Ada je harga hotel RM1XX.... Bergantung jenis bilik, pemandangan dan jenis pantai.


Ada pantai penuh batu karang, ada pantai berbatu-batu besar, ada yang berpasir halus. Semua berbeza walaupun tempat dekat-dekat. Jangan lupa tengok latest review.



7. Boleh juga tempah dengan travel agent termasuk tiket bot pergi balik jetty dan snorkeling trip kalau tak nak susah-susah survey banyak-banyak. Nak suggestkan pun, kami tak pandai😅. 


Ikut citarasa masing-masing. Kalau Dijah, dia pandai lah nak survey banyak-banyak dalam internet.


Boleh try cari sampai puas hati, pastu menabung dan plan bila nak pergi.


Sebaiknya pilih hari yang tak sesak dengan orang dan cuaca elok. Kalau tak, tak boleh buat aktiviti, kena tunggu bot lama, orang pun ramai.

Sunday, June 2, 2024

Tips percutian ke pulau (Siri 1)

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/2/22


Tips percutian ke pulau:


1. Sebenarnya, tak pandai pun nak bagi tips, kami pun sangatlah newbie bercuti di pulau. Orang lain bawa beg kalis air, kami bawa beg sekolah dan beg umrah je🤣. Waktu snorkeling trip, bawa beg sekolah Ahmad, habis basah😅.


Masa balik ke jeti, naik bot kecil, beg basah kena air, nasib baik ada baju kotor je.



2. Antara peralatan yang tengok orang lain pakai ialah, sarung kaki berenang (macam stokin tebal) untuk lindungi kaki luka, sebab batu karang banyak.


3. Cover telefon bimbit dan beg kalis air.


4. Bawa makanan dan air minuman dengan banyak. Sebab makanan dan air sangat mahal di pulau. 5x ganda mahalnya. Biasa sebotol 50sen, kat pulau RM4.


5. Kalau ada anak kecil, beli siap-siap peralatan mainan pasir. Ahmad guna bekas air n bekas makanan ja😅.

Friday, May 31, 2024

Bercuti di Pulau Perhentian 2022

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/2/22


Didoakan semoga Allah memberi peluang dan kelapangan rezeki kepada sahabat-sahabat untuk bercuti, mengeratkan hubungan kekeluargaan, mendapat ketenangan kebahagiaan, mengumpulkan semangat positif untuk kembali bertugas semula nanti dengan lebih baik. Insyaallah.


Kami sgt jarang bercuti di pantai. Baba pernah kata: Baba tak suka pergi ke pulau, kerana dosa mata. 


Setelah menganalisis, percutian ini rancang last minute. Ketika kami p, 99% pengunjung adalah orang Melayu, tak ada yang pakai tak senonoh. 



1st time dapat pengalaman snorkeling. Walaupun hampir lemas, Alhamdulillah seronok, Abbudey lagi cekap berenang dari mama😅.


Antara trip snorkeling tengok penyu, ikan jerung, kampung nelayan. Rasanya boleh try snorkeling dalam tasik Maahad pulak, tengok ada apa.😅



😄: Buka pintu terus laut. Pagi petang snorkeling. Laut sangat jernih, Masya Allah. Banyak hidupan laut dan batu karang. Tenang. Bilik selesa, tapi tak ada tv dan Wi-Fi.


☹️: Makanan mahal dan kurang kena dengan selera. Mungkin kami tak pandai cari juga kot.

Friday, September 9, 2022

Sakura dan buah gheyang

 بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 28/3/2021

Entri ini hanya untuk kekalkan memori.

Ketika cuti pertengahan penggal pertama 2021, oleh kerana tidak boleh merentas negeri kerana Covid, kami bercuti sehari semalam di Raia Hotel, Alor Setar.

Dahulu ketika namanya TH hotel, sudah beberapa kali tinggal di hotel ini.

Aktiviti pagi ialah joging, atau jalan-jalan.

Kebetulan terjumpa pokok buah gheyang kecil yang sudah jarang dijumpai sekarang.


Buah gheyang.
Rasa buahnya manis-manis kelat.
Jangan makan bijinya, pahit.

Sempat merakamkan kenangan di hadapan pokok sakura Malaysia, pokok Tecoma.

Jalan-jalan tepi bendang

Panjat pokok gheyang.


Buah gheyang yang merimbun.
Geramnya
Masyaallah

Bahagia itu sederhana



Sunday, May 23, 2021

Zoo Kucing/ Bustana Kucing

 بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 2/12/2020


Kelmarin saya terlihat post yang dikongsikan oleh sahabat dalam Facebook.




Saya kongsikan juga kepada suami dan anak-anak.


Ahmad Zaid dan Abdullah sangat seronok tengok Bustana Kucing dalam Facebook.


Kami bercadang untuk pergi pada hujung minggu.


Namun apabila Ahmad Zaid asyik tak berhenti bertanya bila nak pergi, terus keesokan harinya kami pergi dengan membawa misi bantuan, membawa sekampit makanan kucing.


Tempat yang agak bersih dan tidak busuk.



Agak menyeramkan bila dikerumuni oleh kucing-kucing, tapi Ahmad Zaid sangat suka. Kucing-kucing di sini sangat manja.


Rasa agak sayu bila kucing-kucing ini tak berhenti mengiau dan mengerumuni kita.

Boleh juga jika nak ambil dan bawa balik kucing yang kita suka.


Sekampit makanan kucing dibawa dari rumah

Alhamdulillah seronok anak-anak melihat kucing-kucing yang jinak-jinak di sini.



Alhamdulillah mereka turut seronok melihat binatang-binatang lain di Taman Ular.

Semoga sedekah dan perjalanan kami menghulurkan bantuan diterima Allah.

Amin


Saturday, January 18, 2020

Tempat menarik di Betong

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 15/9/2019

Kelmarin kami berpeluang bercuti di Betong bersama dua keluarga rakan-rakan kami.

Kami bertolak dari rumah jam 7.

Setengah jam kemudian sampai ke sempadan Thailand. 

Walaupun jarak yang dekat sahaja, namun inilah kali pertama kami masuk Thailand melalui Pengkalan Hulu.

Perjalanan kali ini saya bawa sekali buku Dr.Kamilin Jamilin, Sila baca dan jangan tidur.


Alhamdulillah peneman yang bagus. Dapat mengisi masa ketika menunggu rakan-rakan lain.

Begitulah jika berkonvoi, banyak masa perlu menunggu orang lain. Sangat bagus bila ada buku.

Malah boleh berdiskusi buku dengan baba. Satu perkara yang disukai.

Kami ke Piyamit Tunnel.

Masuk ke sini sangat murah.

Ada orang menjual durian, dan manggis ketika itu.

Masya Allah... Buah-buahan di sana sangat segar dan sedap.

Walaupun musim durian sudah di penghujung, namun durian yang dibeli sangat sedap.

Perjalanan dalam hutan, kesan tinggalan komunis dari Malaysia di sini.

Tangga yang agak tinggi.

Agak menggeletar juga lutut ketika perjalanan balik turut tangga yang banyak.

Pokok yang sangat besar.

Ada siput bulan yang panjang

Tumbuhan ini apabila ia jatuh dari atas pokok, ia berpusing seperti kipas.


Masyaallah

Inilah tumbuhan itu


Banyak ilmu baru dan manfaat untuk anak-anak







Memasuki terowong yang sangat panjang


Antara yang menarik di Piyamit Tunnel ini:








Di dalam terowong




Perjalanan turun dan keluar



Seterusnya kami ke kolam air panas yang berdekatan.

Masuk ke sana adalah percuma.




Turut membeli dan merebus telur puyuh di dalam ini



Setelah itu kami ke pasar basah dan kedai borong.

Alhamdulillah satu percutian yang menarik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...