Thursday, June 30, 2022

"Kenapa tulis tentang anak-anak?"

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 13/3/2021


Usia kita meningkat seiring usia anak-anak. Mereka makin remaja, kita pun makin tua. Masa kian berlalu meninggalkan kenangan yang mungkin dilupakan kelak.


Kehidupan hari ini membentuk kita di masa hadapan. Moga kehidupan kita ada manfaatnya kepada orang lain juga.



Masa anak-anak pula, ketika kanak-kanak saja yang banyak dengan kita. 


Makin remaja mereka sibuk dengan pengajian, kemudian masuk ke alam dewasa. Meninggalkan kenangan zaman kanak-kanak.


Moga ada manfaatnya.

Nak buat apa bila masuk Bulan Zulhijjah?

 بسم الله الرحمن الرحيم



Tambah ilmu, motivasi dan kesedaran tentang menggandakan ibadah di hari-hari mulia ini. 10 hari awal Zulhijjah. Rahmat dan kasih sayang Allah melimpah ruah untuk kita rebut. 



Tapi apa perancangan yang kita sediakan untuk melalui hari-hari yang pendek ini? Jangan sampai kita kerugian, peluang berulang saban tahun, adakah kita memanfaatkannya?  


Allah bantu kita semua.

Tuesday, June 28, 2022

Info buku: Kembara At Teeni. Umi Kalthum Ngah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/6/22


Buku ini adalah untuk kembalikan ingatan kita tentang perjuangan membebaskan Bumi Palestin dalam bentuk penceritaan.


Mengisahkan tentang At Teeni iaitu burung unggas yang berazam ingin kembali ke tanah asal nenek moyangnya di Palestin. Didatangkan fakta-fakta dan perihal keadaan yang berlaku di Palestin dalam bentuk santai dan ringan.



Membaca buku ini penuh dengan emosi sedih, geram, semangat, doa dan pelbagai lagi.


Inisiatif yang baik untuk mengingatkan kembali tentang perjuangan KITA yang belum selesai.

Monday, June 27, 2022

"Ahmad tak pandai solat.😭"

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/3/2021 


Semalam ketika masuk dalam bilik, nampak ahmad tengah duduk tahiyyat akhir, solat Maghrib. Saya tunggu dia habis solat untuk puji "Pandai Ahmad solat."


Lama pula tahiyat akhirnya, lebih 5 minit😅.


Habis bagi salam, Ahmad menangis kuat. "Kenapa? Ahmad nak ikut baba pi masjid ke?"


Jawapannya adalah seperti di atas sana😭.


"Ahmad tak pandai solat.😭"


 Sedih kerana tak lancar baca tahiyyat akhir hingga tak jumpa penghujungnya😢. Itu yang lama sangat tahiyyat.


Ahmad baru darjah 1. insyaallah lama-lama nanti pandai solat elok. Yang penting terus semangat belajar dan istiqamah beribadah. Kanak-kanak tetap kanak-kanak, ada masanya culas dan main-main dalam solat.



Friday, June 24, 2022

Peritnya rindu

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/3/2021


Ketika kecil, kami selalu lihat foto mak dan mak selalu cerita pengalaman mak belajar di England dari bujang hingga mempunyai anak sorang.


Bila dewasa, baru difahami perasaan rindu pada tempat kita belajar dulu.



Lihat gambar-gambar jalan di Ruknuddin saja, sudah terbayang-bayang suasana di sana. Teringat kedai ayam goreng بروستد yang wangi (bila lalu tepi, terus rasa lapar), kedai daging (bila mak suruh beli), kedai runcit, dobi, kedai Shawarma (nama BEST) di tepi tangga universiti, kedai alatulis سامراء.......


Ada rakan kerja yang pergi melancong semula ke Australia, tempat beliau belajar dulu.


Begitulah pedihnya bila hadir rasa rindu terhadap jalan-jalan yang kita lalui dulu, dari usia remaja hingga mempunyai sorang anak.

Tuesday, June 21, 2022

Tasbih biji vs tasbih digital?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/3/2021


Teringat semula ketika selepas suami keluar dari pembedahan di HSAH SP tahun lepas, dia ada minta tasbih.


"Mak ada bawa tasbih digital, tapi Amri nak yang tasbih biji-biji." Adu mak ketika datang ke hospital.


Kenapa begitu? Apa bezanya? Misteri. Mistik? 



"Tasbih biji-biji ni kita boleh tahu dah habis bilangan 33 walaupun tak tengok. Dapat rasa. Ada zikir yang berkait dengan bilangan yang Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ajar."


Begitulah kisahnya. Itulah ilmunya.



Janganlah terlalu fikir yang mistik-mistik sahaja bila orang tengah sakit.😅

Sunday, June 19, 2022

Jangan diremehkan amalan doa harian.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Janganlah kita menganggap doa harian itu adalah perkara remeh yang tak perlu diamalkan.


Ia adalah perisai diri kita dari keburukan dan menghidupkan sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bersandarkan hadis yang sohih.


Doa bangun tidur, doa masuk tandas, keluar tandas, doa makan, doa keluar rumah dan banyak lagi. Semua doa ini diajar oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.


Itu jugalah harapan dan doa untuk anak² pelajar. Diajar dengan harapan mereka dapat mengamalkannya hingga ke akhir hayat, insyaallah. Amin.








Satu inisiatif baik daripada sahabat sepengajian ketika di Kuliah Dakwah, Damsyik, Syria dulu untuk menimbulkan kesedaran menyemarakkan sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sejak dari kecil hingga dewasa, insyaallah.


Boleh hubungi penulis untuk pembelian:

Ummu Huda

+60 13-288 0109

Saturday, June 18, 2022

Yang kita nampak dan yang tersembunyi

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 4/3/2021


Kita melihat kejayaan seseorang dalam pelajaran, ketahuilah dia pernah lalui detik sukar menuntut ilmu.


Kita lihat kesenangan orang, sedangkan dia pernah lalui detik sukar, nak beli pampers anak pun kena korek tabung.


Kita lihat kecekapan orang dalam bidangnya, percayalah dia pernah meniti perlahan-lahan untuk belajar hingga mahir.


Kita melihat bakat seseorang, kita tak nampak usahanya untuk gilap bakatnya.


Indah yang dilihat, pasti ada jerih payah tuannya yang mungkin kita tak nampak.

Reviu buku: Günaydin, Nur Shazareen Kamarozaman

 بسم الله الرحمن الرحيم


Antara perkara yang menghalang saya menjadi penulis buku ialah saya tak mampu untuk promote/ jual buku sendiri. Tu yang hanya jadi penulis status Whatsapp🤣. 


Namun junior saya di Syria (dulu) ini sangat bersungguh-sungguh dalam bidang penulisan. Masuk kursus penulisan, dapatkan personal coaching daripada penulis yang senior, menulis dan mempromosikan karyanya. Itulah antara perjuangan dan usahanya menjadi seorang penulis.



Perkara pertama yang saya ingin tahu ketika memegang buku ini ialah bagaimana sebutan tajuk buku ini yang sebetulnya dalam Bahasa Turki. Terus diGoogle cara sebutannya.







Buku yang bukan hanya menceritakan tentang pengalaman peribadi, namun banyak tips, panduan, ilmu pelancongan dan ibrah yang digali dari pengembaraan di dalam buku ini. Sangat suka melihat bukti gambar di sebalik kisah yang diceritakan.


Padat dengan fakta sejarah. Siapa yang meminati sejarah, pasti terpaut membaca buku ini hingga ke ayat yang terakhir. 


Tahniah Nur Shazareen Kamarozaman kerana berjaya menghasilkan karya yang berkualiti.


Teruskan berkarya.

Wednesday, June 15, 2022

Sepenuh hati


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 4/3/2021


Dalam hidup, saya sering melihat orang sekeliling yang melakukan pekerjaan dengan penuh minat.


Kawan-kawan yang sepenuh hati menuntut ilmu. Terbayang-bayang sambil makan sandwic falafel pun baca kitab. Musim cuti pula pergi daurah/ talaqqi kitab.



Yang menghafaz Al-Quran sepenuh hati. Penat, mengantuk, tersengguk-sengguk pun tetap tabah menghafaz dan mengulang.


Guru yang mengajar sepenuh hati. Persediaan yang mantap, langkah, suara, semangat yang tidak lemah longlai.


Bila seseorang itu melakukan kerja dengan penuh semangat, matanya bercahaya seperti anak kecil. (Bila anak demam, cahaya matanya hilang. Geng mak-mak mesti perasan perkara ni)


Kita dapat rasakan aura mereka yang melakukan kerja sepenuh hati.


Sungguh. Ia bukan lakonan dan berpura-pura.

Sunday, June 12, 2022

Lagi kelebihan Al Quran For Android

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/3/2021


Dalam menghafaz Al-Quran, kita tak menolak kemajuan teknologi.


Selain dari bacaan ramai Sheikh, satu lagi faktor saya sukakan apps Al Quran For Android adalah boleh letak tag bookmark pada mukasurat yang kita nak.


Seperti yang saya perlukan:



Sendiri:

 untuk ulangan hafazan sendiri


Tobur: Tahsin Al-Quran dalam perhimpunan pagi dengan pelajar Maahad.



Murajaah: Hafazan yang ditasmik dengan suami



T.Azwin:

 Tasmik bacaan Al Quran Teacher Azwin setiap hari.


Jadi tak keliru pada mukasurat mana berhenti pada setiap bahagian.


Mudah kan?

Alhamdulillah

Saturday, June 11, 2022

Panggilan haji.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/6/22


Setiap kali musim haji, mesti hati tertanya-tanya bilakah akan sampai giliran kita untuk menunaikan Rukun Islam ini?


Dulu selalu dengar mak abah cerita dapat buat haji masa usia 20an. Untungnya...



Kita ni dah hampir 40an dah, belum tiba lagi panggilan haji. Allah rezekikan kita untuk menunaikan haji dalam keadaan sihat sempurna.


(Dulu sentiasa doa semoga Allah kurniakan rezeki menunaikan haji dalam usia muda. Sekarang tak muda dah😅. Doa dapat tunaikan haji dan keadaan sihat sempurna pula insyaallah.)

Thursday, June 9, 2022

Roda berputar

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/3/2021


Roda berputar


Tahun 2004, saya pernah mengajar di Tahfiz At Tazkirah, Ampang ketika cuti sem. Mengajar di sekolah rendah saya dulu. Mengajar dengan ustazah-ustazah yang mengajar saya ketika kecil.



Kini, roda berputar. Anak murid pula yang mengajar dengan kita. Ada ketikanya terbayang-bayang di mata kenangan mengajar mereka dulu.


Alhamdulillah ada pelajar-pelajar yang Allah pilih untuk menyambung kesinambungan ilmu Al Quran yang kita ajarkan kepada mereka dulu. Itulah yang diharap-harapkan jauh nun di sudut hati.


Realitinya anak-anak murid dah dewasa bererti ustaz ustazah dah makin tua.

Tuesday, June 7, 2022

Reviu buku: KARYA TERAKHIR. DR. KAMIL IBRAHIM

 بسم الله الرحمن الرحيم


Bagi mereka yang mengikuti karya dan ceramah Prof Kamil Ibrahim, pasti sudah dapat teka tema dan fokus beliau.


Sungguh membaca buku ini sangat menyayat hati. Gambaran jelas mental dan fizikal makin merosot dek pertambahan usia. 






Karya terakhir menghimpunkan nasihat setulus hati penulis agar bersyukur, redha, bersabar, bertahajjud, solat berjemaah di masjid, puasa sunat, bersedekah dan sebagainya.


Bacalah. Sungguh ia membekas di hati.

Monday, June 6, 2022

Dompet dan pen Yokai yang comel

 بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 2/3/2021


Dijah (adik saya) adalah penjual barang permainan Yokai.


Dia berhasrat nak bagi pencil box comel kat Ahmad.


Saiznya ada kecil sedikit.

Oleh kerana sangat comel, mama minta Ahmad untuk jadikan dompet mama. Ahmad kata boleh.😍😍😍💕💕


Pen Yokai yang comel



Alhamdulillah


Friday, June 3, 2022

Hobi = Ketagihan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 2/3/2021


Hobi adalah satu ketagihan.


Kalau orang yang suka masak, akan ketagih masak. Begitulah juga dengan hobi-hobi lain.



Kerana hobi menulis ini,1458 entri blog telah ditulis dan masih menulis. Kenapa? Kerana ia adalah terapi. Kebanyakannya tentang keibubapaan, pengalaman hidup dan nukilan hati. Dengan 831806 pembaca blog. Apalah agaknya yang depa baca?😅



Selalu terfikir, kalau satu masa nanti, anak-anak nak baca sebahagian sejarah hidup mereka, bacalah blog ini. Selalu juga berharap moga ada manfaat 1458+ entri ini dan pahala berterusan walau selepas kematian penulisnya.


Jangan ditanya kenapa tak tulis buku? Sapa nak beli nanti?😅

Thursday, June 2, 2022

Reviu buku: Projek Muhammad. Dr.Atiyah Azmi/ Mama Tiyah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Membaca buku tentang derita bayi yang sakit, kehilangan, kematian pasti akan membuatkan air mata mengalir.


Begitu juga dengan buku ini. Emosi kesedihan membaluti buku in


Tabahnya ibu ayah berusaha sepenuh hati untuk memberikan yang terbaik untuk anak yang diketahui istimewa sejak dari dalam kandungan sehingga ke hembusan nafas terakhir.


Sungguh saya pilih untuk beli ebook ini kerana tertarik dengan kaver ebook ini.



Ia juga mencambahkan benih kesyukuran dalam hati kita atas segala nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita. Semua kita diuji dalam kehidupan kita. Tiada siapa yang terlepas.



Air mata tak henti-henti mengalir ketika membaca ebook ini.









Walaupun kelihatan bahagia, perit ujian yang setiap kita dilalui hanya Allah yang Maha Tahu.


Wednesday, June 1, 2022

Ebook PERCUMA di aplikasi Play Books

بسم الله الرحمن الرحيم


 Tahukah anda yang ebook di aplikasi Play Books memberikan anda lebih kurang 5% isi kandungan buku PERCUMA sebelum anda membuat keputusan untuk membeli buku tersebut ataupun tidak.

Antara ebook yang sedang saya baca


Walaupun saya lebih selesa membaca buku fizikal (kertas), ebook menjadi pilihan bila hati dan minda mendesak ingin membaca dan tak mahu menunggu lama proses pos/ beli dari kedai.


Terlalu banyak ebook yang menarik dengan harga yang lebih murah berbanding buku fizikal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...