Friday, January 31, 2014

Genap sebulan bertukar kerjaya

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini genaplah sebulan mengajar di SEKOLAH RENDAH ISLAM TAHFIZ MUTMAINNAH (SRI TM) yang juga merupakan tahun pertama beroperasi.

alhamdulillah
bangunan SRI TM dan surau

ALhamdulillah terasa sungguh bantuan dari ALLAH yang melancarkan segala urusan. Betapa ALLAH itu sangat baik dengan kita, memakbulkan segala permintaan dan menghilangkan segala kerisauan. Syukur ke hadrat ilahi

drjh 1

darjah 2

Para pelajar SRI TM berwajah puas hati dan bangga dengan hasil kraf sendiri dalam kelas 'dirasah fanniyyah' untuk dibawa pulang.

Kraf adaptasi dari hadis:

Muadz Al-Juhani r.a memberitahu, Rasulullah s.a.w bersabda, “ Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri? Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud


Taklimat Alquran kepada pelajar SRI TM oleh Ustaz Jamaluddin Ahmad

Hari Taklimat Waris dan Hari Transisi Sekolah Rendah Islam Tahfiz Mutmainnah.

MasyaAllah. Sangat gembira dan kagum bila melihat anak anak kecil yang sudah berani untuk menjadi imam, menjadi ketua membaca doa dan menjadi muazzin pada hari pertama pertama persekolahan.

Allah berkati anak anak ini dan menjadikan mereka pewaris Nabi. Amin



halaqah al-quran


Wednesday, January 29, 2014

WW: happy =D alhamdulillah........

بسم الله الرحمن الرحيم

Anak2 seronok bermain dgn anak arnab  yang berusia: 4 minggu

Tuesday, January 28, 2014

Masak-Masak: Membuat Carrot Chips / Kerepek Lobak Merah

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada bulan lepas, saya terlihat resepi menarik ini di FB:

sumber:

DI SINI

Rasa takjub juga sebab tak pernah rasa carrot chips seperti ini.
Nampak macam sedap dan mudah je untuk buat...
Jadi, bila ada saja stok carrot di rumah, terus kami plan buat carrot chips ini... tapi resepinya diubah mengikut citarasa dan bahan2 yang sedia ada di rumah

1- potong halus2 guna peeler

2- tuangkan minyak zaitun

3- letak garam dan gaul rata.

4- Letak serbuk nasi goreng untuk perasa dia

5- Letakkan tepung gamdum sedikit dan masuk ke dalam oven. Bakar sehingga masak garing

6- Yang dah siap dibakar....Tinggal sikit ni baru teringat nak tangkap gambar

7- Budak2 memang suka makan kerepek2, dan keropok2

Rasa carrot chips ini rangup dan agak liat2 sedikit

NOTA:
Tapi resepi begini mengakibatkan carrot chipsitu agak berminyak, jadi untuk kali ke-2, kami ubah lagi resepinya untuk mengurangkan minyak.


Rekaan resepi ke-2:
1- Kami campur carrot + garam + perencah nasi goreng + tepung gandum. Gaul dalam tapis.
2- Letak sedikit minyak zaitun dalam loyang (supaya carrot tak melekat apabila sudah masak)
3- Susun carrot dalam loyang dan bakar sehingga masak ranggup

Menggunakan resepi kedua ini, carrot chipsnya lebih rangup
dan yang ini pula adalah cubaan menambah serbuk roti dalam resepi di atas.
caranya:
Buat step 1 dan 2, kemudian salutkan carrot dengan serbuk roti dan susun dalam loyang.
Bakar sehingga masak rangup.

Rasanya sangat rangup


Alhamdulillah.... kerepek yang berkhasiat dan kurang berminyak. Sangat menarik perhatian kanak-kanak untuk makan sayur-sayuran.

ALhamdulillah...ALLAH jadikan ia sebagai penguat tubuh badan untuk lebih rajin beribadat kepadaNya dan memberikan manfaat kepada masyarakat....

Sunday, January 26, 2014

Nota Kuliah Anak2 - Nota 5

بسم الله الرحمن الرحيم

Nota Kuliah di Surau Al-Mujahideen, Parit Buntar, Perak. (Jarak perjalanan dari rumah ke sana boleh jamakkan solat.)

Tajuk Kuliah: Syarahan Kitab Risalatul Mustarsyidin (Risalah Penyuluh Jalan)

Tarikh: 27/12/2013 (Jumaat)


Abang Abbudey catat dalam HP mama sebab lupa nak bawak beg buku kuliah.

Punyalah siap awal, pukul 6 petang, semua dah siap mandi, pakai baju nak p kuliah, last2, bila keluar menonong je, beg pun tak bawak...huhuhu.... nasib baik ada HP

Friday, January 24, 2014

Masak-Masak: Anak2 membuat Susu Lobak Merak

بسم الله الرحمن الرحيم

Bulan lepas ketika pulang dari Kuliah Maghrib bersama baba di Permatang Janggus, kami singgah membeli Susu Carrot , tapi tak berapa sedap sebab lobaknya sikit. Mungkin ada yang suka susu carrot yang begitu, tapi kami sukakan susu carrot yang kaya dengan rasa carrot.

Jadi, bila dah beli carrot terus kami buat susu carrot yang sangat mudah untuk anak2 buat.

1- potong carrot

2- masukkan carrot dalam blender

3- tuangkan air

4- masukkan susu (kami ada susu tepung sahaja di rumah)

5- masukkan gula

** Masukkan ais kalau suka

6- Blend semua bahan

7- Sedia minum....
 Kami tak tapis pun hampasnya sebab rasa membazir je kalau buang hampasnya...
khasiatnya banyak di situ

8- Sesi tolong membasuh

Alhamdulillah.... nikmat ALLAH.....

Nota:
Hari ni hari jumaat, jangan lupa:
1- Surah AL-Kahfi,
2- Banyakkan Selawat
3- Banyakkan doa (doakan saya & keluarga juga)

=)

Wednesday, January 22, 2014

WW: 4 beradik

بسم الله الرحمن الرحيم

semuanya putih

Tuesday, January 21, 2014

Belajar Kisah Ashabul Kahfi dengan Abdul Rahman Bin Amri

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada entri kali ini, InsyaALLAH saya akan berkongsi video Abang Abbudey yang menceritakan tentang cerita Ashabul Kahf dari Surah AL-Kahf



Ralat: Pada minit 0:36, sepatutnya 'tahun' bukan 'hari' tak perasan.... 


Jika ada sebarang salah dan silap, sila tegur ya?

Bahan-bahan yang saya gunakan untuk mengajar tafsir Surah Al-Kahfi kepada anak2 saya pernah kongsikan di SINI


ALLAH permudahkan urusan kita semua dalam mendidik anak2 menjadi orang yang bertaqwa. Amin.

Sunday, January 19, 2014

Mengajar Tafsir Surah AL-Kahf kepada anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekarang ini Abang Abbudey sedang menghafaz Surah Al-Kahf (rujuk sini), satu hari saya tanya Abang Abbudey: " Abang Abbudey tahu tak cerita tentang Surah Al-Kahf.

Abang Abbudey terus jawab:
"TAK."

Jadi, terus terdetik dalam hati saya baik juga saya ceritakan kepada Abang Abbudey dan Adik Abdullah tentang Surah Al-Kahf.Sambil dia menghafal Surah Al-Kahf, dia akan faham tafsirnya juga..
Saya ajar dengan cara bercerita dan juga minta mereka membaca slide dan poster2 (bahan) dalam laptop.

 Lagipun ketika itu cuti sekolah, jadi banyak masa untuk mengajar anak-anak.

Kalau tak sempat sangat, sebelum tidur pun boleh ceritakan tentang kisah2 yang terdapat dalam Surah Al-Kahf.

Selain dari merujuk tafsir Al-Quran, di sini beberapa bahan yang saya kongsi dengan anak2.
Saya tunjuk kepada mereka dan mereka akan sama-sama baca di laptop

rujuk  DI SINI..

Terdapat 5 ujian (fitnah yang disebut dalam Surah AL-Kahf)

1- UJIAN AGAMA (AKIDAH)
Pada ayat 9 -31
Kisah pemuda2 Ashabul Kahfi

2- UJIAN HARTA
ayat 32 -46
Kisah dua pemilik taman (ladang

3- PENNGERAK FITNAH IBLIS
ayat 47- 59

4- UJIAN ILMUayat 60 - 83
Kisah Nabi Musa dan Khidir

5- UJIAN KUASA (PEMERINTAH)ayat 83 - 98
Kisah Zul Qarnain

sumber: Google Image

sumber : Google Image

sumber: Google Image



Banyak juga idea yang boleh didapati dari video di bawah ini:




Ibrah Daripada Surah al-Kahf from Ustaz Hasrizal Jamil ini juga mungkin boleh memberi idea untuk mengajar anak2 memahami Surah AL-Kahf


ALLAH bukakan hati kita semua untuk mudah mentadabbur AL-Quran dan mengamalkannya . Amin

Friday, January 17, 2014

Video Surah AL-Kahf yang bagus

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya pernah kongsikan video Surah Al-Kahf yang saya telah download dan pasang berulang kali di Facebook saya pada bulan lepas.

Tetapi, lupa pula untuk kongsi dalam blog ini hinggalah ke hari ini. 

Inilah video Surah AL-Kahf yang saya suka kerana terdapat tulisan ayat dan terjemahannya.

Video ini juga antara yang saya pasang setiap hari bagi memudahkan anak2 menghafaz Aurah AL-Kahf, INsyaALLAH.

Moga ALLAH permudahkan anak2 untuk menghafaz, mentadabbur dan mengamalkan Al-Quran. Amin.




Nota:
Hari ni hari jumaat, jangan lupa:
1- Surah AL-Kahfi,
2- Banyakkan Selawat
3- Banyakkan doa (doakan saya & keluarga juga)

=)

Wednesday, January 15, 2014

Nota Kuliah anak2 - Nota 4

بسم الله الرحمن الرحيم


Nota kuliah pengajian di Masjid Matang Gedong, Sungai Petani, Kedah

Tajuk pengajian: Syarah hadis 40 An-Nawawi - Hadis tentang malu

- 24/12/2013 (Hari Selasa)
nota Abang Abbudey

Ini pula nota adik
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


ini juga nota adik


Monday, January 13, 2014

Nota kuliah anak2 - NOTA 3

بسم الله الرحمن الرحيم

Nota kuliah anak2 pada 23/12/2013 (masa cuti sekolah bulan lepas) , Hari Isnin di Masjid Permatang Janggus, Pulau Pinang

Tajuk kuliah:
Menjaga Syariat ALLAH

Catatan Abang Abbudey

Abang Abbudey sempat catit 5 poin sahaja sebab mengantuk teramat sangat, paginya main tak berhenti

Catatan Abdullah

ALLAH kurniakanlah keberkatan majlis ilmu dan semaikanlah kecintaan kepadaNYA, RasulNya dan ilmu dalam hati  kita semua . Amin ya rabb.

Saturday, January 11, 2014

Kartun mempunyai nilai-nilai Islam yang sangat bagus

بسم الله الرحمن الرحيم

Bagi pembaca blog ini yang setiasa mengikuti perkembangan blog ini tentu sudah tahu bahawa saya menggantikan kartun di TV dengan kartun Bahasa Arab kepada anak2 
(dengan had dan syarat2 yang tertentu - tak boleh lama sangat dan kena baca quran, buku dan siapkan kerja dahulu)

Dan saya selalu berkongsi tentang video kartun Bahasa Arab dulu. Hasil dari anak2 menggantikan tontonan kartun biasa kepada menonton kartun Bahasa Arab ialah mereka mudah berkomunikasi dalam Bahasa Arab. (seperti video Abdullah yang bercakap dalam Bahasa Arab yang selalu saya kongsikan)

InsyaALLAH kali ini saya akan berkongsi lagi video kartun Bahasa Arab yang menjadi kegemaran Abdullah.

Inilah dia:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Kartun ini sangat bagus kerana banyak nilai2 Islam di dalamnya.
Banyak sirinya akan dikaitkan dengan ayat AL-Quran dan hadis... MasyaALLAH

Malahan juga, kartun ini juga sering memainkan dialog : "Mari kita berselawat ke atas Rasulullah sallahu alaihi wa sallam.

Dari kartun ini, Abdullah belajar dialog:

"قبل کل شيء، هيا نصلي على النبي الکريم."


 apa2, mari kita berselawat ke atas Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam yang mulia.

Itulah yang sering diulang kepada kami dalam rumah... MasyaALLAH comel je kan bila anak2 kecil mengingatkan kita untuk berselawat kepada Rasulullah Sallahu alaihi wasallam.

ALLAH semaikanlah cinta kepadaNYA dalam RasulNya dalam hati kita semua. Amin.

Thursday, January 9, 2014

Madu yang mesra kanak2

بسم الله الرحمن الرحيم

Zaman sekarang ini, ramai ibu bapa yang dah sedar tentang permakanan sihat untuk anak2. Lebih2 lagi pemakanan sunnah. Dan ramai dah mula menjauhkan makanan ringan dari kanak2.

Tapi yang tak seronoknya, bila dibeli mahal-mahal, tapi anak tak nak makan, atau kita terlupa nak bagi kat anak...

Banyak juga alternatif yang telah dilakukan oleh syarikat2 pemakanan sunnah untuk memudahkan kita dan anak-anak untuk mengamalkan pemakanan sunnah yang telah banyak terbukti faedahnya

Kalau dulu, saya pernah bercerita tentang kapsul habbatus sauda' dan kapsul zaitun yang menjadi makanan amalan kami dan anak2. (BACA DI SINI)

Alhamdulillah yang  terbaru, satu lagi produk pemakanan sunnah yang mesra kanak-kanak.
Mudah dimakan dan tidak susah untuk berikan kepada anak.

Inilah Madu At-Taqwa
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


pek madu yang dibungkus macam choki-choki memudahkan anak2 untuk mengamalkan pemakanan sunnah.

Madu ini saya beli dari seorang sahabat. Katanya madu ini adalah madu delima dari Mesir.

Saya sangat gembira dengan ideanya membungkus madu ini yang mesra kanak2. Saya rasa semua kanak2 akan suka mengisap madu seperti ini. Sampai sehari pun boleh habis sebekas tu....adoi laaa



pesanan kali kedua
Peknya juga mudah untuk dibawa ke mana2.. Kalau tak sempat nak makan pagi2 di rumah,boleh makan dalam kereta dalam perjalanan pi sekolah... senang.. tak meleleh2, tak melekit2....

Siapa yang nak beli, boleh rujuk sahabat saya ini di Facebooknya

order kali ke-3
P/s: Hanya perkongsian pengalaman sahaja. Kalau ada produk yang saya rasa bagus untuk dikongsikan (seperti buku2 biasanya), saya akan kongsikan untuk manfaat bersama. bukan iklan berbayar, harap maklum.

Tuesday, January 7, 2014

Nota Kuliah anak-anak - NOTA 2


بسم الله الرحمن الرحيم


Berikut ialah nota kuliah anak2 pada 20/12/13, jumaat, di Masjid An-Najah, Padang Serai. Kedah.

Tajuk Kuliah:
Mukadimah kitab 40 Hadis (Wasiat sepanjang zaman)
kitab ini


nota abang Abbudey

Bila dishare gambar ini di FB, ramai yang bertanya tentang poin nombor 6 tu.

Nak tahu jawapannya, boleh lihat di SINI.........

nota:
nama Imam Asy-Syafie:
MUHAMMAD BIN IDRIS

Ini pula nota Adik Abdullah

=D

ALLAH semaikan cinta kepadaNYA dan juga cintakan ilmu dalam hati kita semua. Amin...

Sunday, January 5, 2014

Perubahan plan mengajar anak2 di rumah

بسم الله الرحمن الرحيم

Sesuai dengan perkembangan usia anak2, silibus pengajian di rumah ini pun dah banyak berubah.
Abang Abbudey dah masuk darjah 2 dan adik Abdullah pula dah masuk darjah 1 (walaupun umur baru 5 tahun)

Jika dulu belajar ABC, alif ba ta, baca iqra', belajar Bacalah Anakku... sekarang ini bahan ilmu untuk mereka lebih advance sedikit.

ALLAH permudahkan urusan kami untuk menuntut ilmu dan menjadi penegak agama ALLAH. amin3


1- AL-QURAN
Perjuangan menghafaz ayat2 Al-Quran diteruskan hingga khatam. kemudian nanti kita boleh mendalami tafsir, mentadabbur dan mengamalkannya InsyaALLAH


2- HADIS
Kitab hadis yang kami guna untuk hafaz, terjemah dan syarah ialah ini:
pernah tulis di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/09/pengajian-hadis-sohih-bukhari-untuk.html

3- IBADAH
Untuk ibadah: penekanan dibuat supaya tidak main2 dalam solat. 

Abang Abbudey sangat2 teringin untuk menjadi imam solat kepada mama, baba dan adik. Syaratnya: solat mesti elok, elok bacaannya dan tidak main2. InsyaALLAH boleh.

Abang ABbudey dah berjaya puasa penuh 2 tahun dah, InsyaALLAH lepas ni kena latih adik pula bila dia dah bersedia.

Kemudian anak2 juga akan suka untuk menunaikan solat2 sunat jika melihat kita melakukannya.


4- SIRAH
Alhamdulillah, anak2 sudah habis mendengar cerita tentang sirah nabi sekali tahun lepas. InsyaALLAH boleh ulang lagi supaya lebih ingat.

Untuk sirah nabi tahun lepas kami guna kitab ini:
sudah tulis infonya di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/03/bedtime-story-yang-sangat-best.html
Sekarang ini anak2 sudah mula mendengar cerita para sahabat dimulakan dengan khulafa' ar-rasyidin.

sudah tulis infonya di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/09/buku-cerita-baru-bersama-anak2.html

5- TAFSIR
Walaupun saya pernah mula mengajar tafsir AL-Quran kepada anak2 secara santai di sini:

Tapi nampaknya nak kena lebih sistemetik, istiqamah dan konsisten.

Mesti mula dari Surah Fatihah... An- Nas.... beserta dengan cerita sebab2 turun Surah tersebut

Sumber untuk mengajar boleh diambil dari kitab2 tafsir, InsyaALLAH...kena ulangkaji.

ALLAH permudahkanlah Ya rabb

6- AKHLAK
Kata pensyarah di kuliaha dakwah dulu:
"Akhlak bukanlah pelajaran atas kertas, tetapi akhlak ialah realiti dalam kehidupan."

Tepat sekali!

Anak2 akan belajar akhlak ketika bermain, di luar rumah , dengan orang tua dan lain2 lagi.....

Mereka tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dalam akhlak dan kesalahan itu perlu diperbaiki dan ditegur.

7- DOA
Sejak dari baby lagi, anak2 diajar dengan doa dengan cara kita membacakan kepada mereka...... setiap kali masuk tandas dan keluar, masuk masjid dan keluar, pakai baju, makan dan habis makan, baca al-quran dan lain2.

saya pernah tulis tentang ini di sini:




Jadi sekarnag ini ialah masa untuk memastikan mereka mengamalkannya agar hidup diberkati ALLAH dan sentiasa ingat ALLAH ada bersama kita.

6- BAHAN BACAAN
Untuk bahan bacaan pula, kami mengulangkaji dan menambah bacaan yang ada di rumah ini.
Fokus kepada 3 bahasa: BM, BI dan BA
Melayu, Inggeris dan Arab.

Antara bahan bacaan yang ada di rumah kami seperti ini:


7- LAIN2
Untuk yang lain2 ialah belajar memasak, buat kerja rumah dan lain2


ALLAH permudahkanlah segala urusan kami

Friday, January 3, 2014

Perkara yang anak2 belajar ketika jalan2

بسم الله الرحمن الرحيم

Kami sekeluarga sangat suka berjalan2, ziarah ke tempat yang menarik. Banyak ilmu dan pengalaman yang boleh didapati selain mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Antara tempat2 menarik yang pernah kami ziarahi boleh dilihat di sini:

Kali ini InsyaALLAH saya akan cuba kongsikan beberapa perkara yang anak2 belajar ketika bermusafir/ berjalan2:

1- JAGA SOLAT
Solat adalah perkara yang utama dalam hidup kita. Kalau waktu di rumah pun kita kena solat pada awal waktu, waktu berjalan pun begitu juga.

ketika berjalan inilah kita boleh ajar anak2 ttg solat jamak, qasar, solat sunnat dalam kenderaan. jarak untuk solat jamak. Beza jamak taqdim dan ta'khir.

Ketika bermusafir ini jugalah perlu lebih kerap solat berjemaah.

2- JAGA AURAT
Ketika berjalan2 ini juga, anak2 perlu faham tentang aurat. Walau bagaimana sekalipun keadaan kita, di mana sahaja pun kita, mandi swimming pool ke, mandi laut ke.... aurat mestilah dijaga. Lebih2 lagi bila anak2 dah makin membesar dan masuk sekolah rendah.


3- BERSYUKUR
Ketika dapat berjalan2 ini juga, seringlah ajar anak2 tentang syukur.

Bersyukur kerana ALLAH beri kita kebahagiaan dan dapat berjalan2 bersama2
Bersyukur kerana ALLAH jadikan keluarga kita bahagia
Bersyukur kerana ALLAH beri kita keselamatan dalam perjalanan dan pulang
Bersyukur kerana ALLAH makbulkan plan kita untuk berjalan2

Saya pernah bercerita DI SINI  kisah Abang ABbudey yang bersyukur sebab keinginannya untuk menunggang kuda putih dimakbulkan ALLAH. Alhamdulillah....
Kisah Abang Abbudey dan kuda putih

Dan sebagai tanda kita bersyukur juga, kita kenalah tunaikan solat, jangan main2 ketika solat. Kena taat perintah ALLAH

4- BERDOA 
Dalam musafir ini juga kita ajar anak2 dengan doa.
Doa supaya ALLAH selamatkan kita dalam perjalanan. Doa agar kita bahagia kekal hingga ke syurga. Doa moga ALLAH berikan keluarga kita kebahagiaan yang berkekalan.

5- BERTERIMA KASIH
"Terima kasih baba sebab bawa adik p jalan2, seronok2." Alhamdulilah Abdullah pun dah pandai mengucapkan terima kasih.

Begitu juga ajar anak ucapkan terima kasih setiap kali menerima pemberian dari orang lain.

Kalau sesama kami dalam keluarga kami, saya lebih prefer supaya anak2 ucapkan 'Jazakallahu khairan kathira' berbanding terima kasih kerana ia lebih kepada doa supaya si pemberi mendapat kebaikan dari ALLAH subhanahu wa taala.


6- HALAL DAN HARAM
Lihat tanda halal bila nak beli sebarang makanan. Itu pesan yang paling utama bila membeli makanan ketika berjalan2.

Begitu juga jika ada pemandangan yang haram, jangan dilihat.
Kalau terlihat, ucaplah astagfirullahal 'azhim dan jangan lihat lagi.

7- AKHLAK
Ketika berjalan, mesti jaga akhlak. Salam dengan kawan2 baba. Jangan bergaduh2. Jaga akhlak depan orang ramai.

8- KOMUNIKASI
Ketika musafir ini juga adlaah peluang untuk anak2 belajar berkomunikasi dengan dunia luar.

Latih mereka untuk membayar pesanan di kedai, membuat pesanan, membeli barang2 (bawah jagaan kita).

Jangan kata kat orang. Jangan ejek orang.


9-MEMBACA
saya pernah ceritakan kisah Abdullah yang seronok membaca signboard DI SINI.
Ya, dalam musafir ini juga anak2 boleh berlatih membaca.




**** Konklusinya banyak perkara yang boleh dipelajari dalam musafir ini.
Seronok kan?

Nota:
Hari ni hari jumaat, jangan lupa:
1- Surah AL-Kahfi,
2- Banyakkan Selawat
3- Banyakkan doa (doakan saya & keluarga juga)

=)

Wednesday, January 1, 2014

Info Buku: My Big Box Of Awesome Stickers

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku kali ini hampir sama dengan buku sticker yang pernah beli dulu. baca di sini dan di sini.

Tapi Abdullah masih mempunyai hobi dan masih sangat menyukai buku sticker.
Jadi saya belikan kepadanya buku ini

satu kotak ini mempunyai 6 buah buku


harganya

6 buah buku yang berlainan temanya
berwarna sepenuhnya

antara aktiviti.
Abdullah buat dengan tekun sampai pening2
haha...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...