بسم الله الرحمن الرحيم
Entry ini ditulis pada 13/12/2019
Antara pengalaman baru di Mekah berbanding 20 tahun lalu, malah ia juga adalah pengalaman baru bagi jemaah yang mengerjakan umrah tahun ini ialah ziarah ke Muzium Al Amoudi.
Selain ziarah ke Jabal Nur, Padang Arafah, Jaaranah, Hudaibiyah, kami ke Muzium Al Amoudi pada hari ketiga di Mekah.
https://m.facebook.com/pages/Museum-Alamoudi/295767047528620
Muzium ini adalah muzium persendirian yang baru dibuka.
Dengan bayaran masuk 3 riyal untuk seorang, ia adalah muzium yang menarik dan mesra pelanggan.
Muzium ini mempamerkan cara hidup orang arab pada zaman dahulu.
Dengan pameran rumah dan barangan antik arab.
Alhamdulillah ia adalah pengalaman baru yang menarik.
Para jemaah juga gembira dengan ziarah ke muzium ini.
Wednesday, April 29, 2020
Saturday, April 25, 2020
Pengalaman pertama umrah bersama anak-anak
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 13/12/2019
Alhamdulillah, selepas perancangan pada pertengahan tahun 2019 untuk mengerjakan umrah, Allah mengurniakan nikmat yang besar kepada kami sekeluarga pada tanggal 28/11/2019 hingga 10/12/2019.
Allah memperkenankan doa kami untuk mengerjakan umrah bersama seisi keluarga.
Sungguh ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan murah untuk pergi Umrah seisi keluarga. Sungguh ia bukan mudah dan murah bagi kami. Mak, abah dan paksu juga bersama dengan kami.
Sungguh kami berusaha sedaya upaya mengumpul duit untuk menunaikan umrah seisi keluarga.
Ia juga adalah kerana menunaikan janji kepada anak-anak jika mereka khatam hafazan Al-Quran
Alhamdulillah Abdullah dan Abdul Rahman sudah khatam Al-Quran, jadi kami usahakan untuk tunaikan janji.
Begitu jugalah ketika saya khatam Al-Quran ketika usia 14 tahun. Abah berikan hadiah menunaikan umrah.
Masya Allah pengalaman umrah 20 tahun lalu sangat berbeza dengan sekarang.
Begitu juga, ada kawan yang menunaikan umrah dua tahun lalu dan menulis buku tentang perjalanan umrah beliau, tetapi ada beza dengan umrah sekarang.
Contoh yang kecil seperti stroller. Dalam buku beliau ceritakan bahawa stroller tak boleh dibawa masuk ke dalam Masjidil Haram. Namun alhamdulillah pada ketika kami datang menunaikan umrah, alhamdulillah stroller boleh dibawa ke dalam masjid. Boleh digunakan tolak anak-anak ketika sedang tawaf dan saie juga.
Pertama kali sampai ke Mekah, kami ingat tak boleh bawa ke masjid, takut juga jika hilang kalau tinggalkan luar masjid seperti cerita seorang kawan.
Memang agak penat untuk Ahmad Zaid dan kami juga apabila terpaksa dokong Ahmad Zaid sambil mengerjakan umrah.
Lebih-lebih lagi umrah pertama ketika waktu zohor yang agak panas terik.
Begitulah, peraturan di sana sering berubah-ubah.
Insyaallah banyak lagi cerita yang ingin dikongsi pada entri-entri akan datang.
Labels:
1-3 years,
10 - 11 tahun,
12-13 tahun.,
Abbudey,
Abdullah,
Ahmad Zaid,
Umrah kami
Tuesday, April 21, 2020
Antara keluhan dan bersyukur?!
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 22/10/2019
Dalam pada terbit perasaan mengeluh dengan tekanan/bebanan hidup, tiba-tiba terdetik rasa syukur yang setulusnya bila setiap hari dapat mendengar alunan Al Quran oleh anak-anak.
Berapa ramai orang yang impikan berada di tempat kita.
Alhamdulillah
Inilah juga yang saya kongsikan dalam status Whatsapp saya agar para ibu bapa sedar dengan nikmat kurniaan Allah yang Agung apabila mempunyai anak-anak yang menghafaz Al-Quran setiap hari.
Alhamdulillah.
Moga berkekalan nikmatNya kepada kita semua.
Amin.
Thursday, April 16, 2020
Cara untuk travel jauh dengan kucing.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 20/10/2019
Bulan lepas kami ke Melaka untuk mengambil kucing dari rakan Facebook.
Cattus.
Kucing berusia setahun. Baka Marble Benggal.
Sebenarnya kami tak ada ilmu pengetahuan untuk travel jauh dengan kucing.
Dari Melaka nak ke Kedah. Lebih kurang 7 jam perjalanan sehala.
Kami keluar rumah jam 5 pagi dan sampai di Melaka jam 12 tengahari.
Kemudian kami terus bertolak pulang ke Kedah semula dan sampai di rumah jam 7 petang.
Alhamdulillah, syukur pada Allah semuanya berjalan lancar.
Oleh kerana tiada peralatan untuk membawa kucing travel, kami ke kedai haiwan di Sungai Petani.
Hasratnya nak beli sangkar kucing untuk bawa kucing.
Alhamdulillah pekerja di kedai haiwan ini sangat membantu dan memberikan banyak informasi.
Kedai haiwan yang besar dan bagus.
Rupanya tak perlu beli sangkar.
Hanya perlu beli beg untuk letak haiwan sahaja.
Beg ini kami beli dengan harga rm15 kerana ada sedikit kerosakan pada zipnya yang sudah patah.
Beg ini agak besar juga.
Boleh muat 2 ekor kucing dewasa.
Juga alas jika khuatir kucing akan kencing atau berak dalam begnya.
Tapi alhamdulillah sepanjang perjalanan dari Melaka ke Kedah, kucing langsung tidak buang najis dalam begnya.
Dia hanya duduk diam sahaja dalam beg.
Pekerja kedai haiwan menambah info:
"Sejam sebelum hendak travel dengan kucing, pastikan kucing tidak makan dan minum. Boleh saja bila berhenti di RnR, bawa sekali kucing turun ke tanah jika dia ingin buang air, tapi hati-hati takut kucing lari. Sampai sahaja di rumah, letakkan kucing pada pasir najis atau tanah supaya mereka dapat buang air. Kesian lama dah tahan... "
Kucing takut untuk travel, kerana itulah dia duduk dalam beg diam-diam.
Bila disemak harga beg seperti ini dalam shoppe, harganya lebih kurang begitu.
Alhamdulillah... Perjalanan lancar dan kami cuba untuk biasakan Cattus selama seminggu di dalam rumah.
Alhamdulillah.
Lama kelamaan Cattus makin biasa dengan keadaan sekeliling.
Tobby dan Cattus kesayangan keluarga kami.
Saturday, April 11, 2020
Tak mustahil kamu akan suka perkara yang tidak kamu sukai pada masa dahulu.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 20/10/2019
Walaupun sejak dari kecil, adik beradik di rumah sering membela kucing, namun saya secara peribadi tidak berapa sukakan kucing, namun tidak pula memukul dan membenci.... Sekadar tidak suka saja, kerana bau yang tidak menyenangkan yang selalu hinggap pada hidung yang agak sensitif dengan bau pula.
Anak-anak pula, Abdullah dan Ahmad Zaid sangat sukakan kucing sejak dari kecil.
Hingga saya pun pelik.
Pada fikiran saya, memang semua budak-budak kecil memang sukakan kucing secara semulajadi sejak dari kecil ke?
Ini adalah Tobby.
Kucing jantan baka marble benggal yang Ahmad Zaid bawa balik dari kedai makan.
"Tuan restoran tu bagi ambil. Dia kata orang yang buang kucing tu di restoran tu." Cerita baba.
Setahun selepas itu, kebetulan seorang kenalan Facebook bertanya samada kami masih ingin kucingnya.
Cattus.
Kucing betina baka marble benggal juga.
Setahun sebelum itu saya sangat tertarik bila melihat Puan Suri upload gambar kucingnya dalam Facebook dan bertanya jika dia ingin berikan kucing tersebut kepada orang lain.
Gambar Cattus ketika kecil yang diupload oleh Puan Suri.
Alhamdulillah kami ke Melaka untuk mengambil Cattus.
Bertolak pukul 5 pagi dari Kedah dan sampai ke Melaka pada jam 12 tengahari.
Selepas itu kami terus pulang ke Kedah dan sampai di rumah lebih kurang jam 7 petang.
Agak memenatkan. Namun alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Cattus mengambil masa lebih kurang seminggu untuk membiasakan diri dengan Tobby dan kawasan sekeliling.
Tobby bermain dengan Cattus.
Pada awalnya, kami membela Cattus dalam rumah selama hampir 3 hari kerana risau Cattus akan lari.
Kemudian kami letak Cattus dalam sangkar di luar rumah dalam masa 3 hari juga.
Apabila nampak Cattus sudah biasa dengan kawasan sekeliling dan dapat berkawan elok, kami lepaskan Cattus bebas.
Alhamdulillah. Cattus dan Tobby hidup dengan baik.
Begitulah, walaupun satu ketika pernah tidak suka dengan kucing, sekarang ia menjadi sebahagian daripada ahli keluarga kami.
Monday, April 6, 2020
Buku Ahmad Zaid belajar menulis, tak semua yang kita sangka itu tepat
بسم الله الرحمن الرحيم
*Entri ini ditulis pada 20/10/2019
Sebelum ini saya sentiasa berfikir sendiri untuk mengelakkan dari membeli buku belajar menulis yang hanya banyak huruf dan nombor dan kurang gambarnya.
Kerana pada fikiran saya, buku seperti ini sudah tentu membuatkan kanak-kanak jemu kerana terlampau banyak tulisan dan sedikit gambar.
Seperti buku di bawah ini:
Buku ini dipilih sendiri oleh Ahmad Zaid ketika ke kedai Buku Hassani.
Namun apa yang saya sangkakan selama ini adalah salah apabila Ahmad sangat suka menulis buku ini.
Yang titik-titik, Ahmad tulis sendiri. Kemudian yang kena tulis sendiri, Ahmad (4 tahun) minta saya pegang tangannya dan ajar dia menulis.
Alhamdulillah..
Ahmad suka menulis di dalam buku ini.
Sampai terlena Ahmad apabila begitu ralit menulis.
Masya Allah...
Teringat seperti Abang Abdullah juga suatu masa dulu sampai tertidur kerana asyik sangat membuat aktiviti dalam buku.
Alhamdulillah
Ini juga antara buku belajar menulis yang disukai oleh Ahmad Zaid.
Alhamdulillah...
Semoga anak-anak membesar menjadi anak-anak yang banyak ilmu dan banyak memberi manfaat kepada orang lain, insyaallah.
Wednesday, April 1, 2020
Kenangan Abdullah ketika di Majlis Konvokesyen Huffaz Nusantara 2019
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 11/10/2019
Abdullah bercerita tentang kisahnya ketika menghadiri majlis konvokesyen Huffaz nusantara 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu:
"Mama, ada orang tu kata kat adik: Untunglah adik khatam Al-Quran awal lagi dari kami. Lepas tu, semua orang asyik tanya umur adik."
Patutlah begitu.....
Ketika kami lihat gambar Abdullah dan Abdul Rahman ketika berbaris untuk masuk ke dalam stadium untuk majlis konvokesyen, Masya Allah..... Kelihatan Abdullah dan Abdul Rahman yang paling kecil dan muda sekali....
Huffaz yang lain kelihatan sudah dewasa.
"Mama, masa adik ambil skrol atas pentas pun orang yang bagi skrol tu tanya adik berapa umur adik..." Sambung Abdullah lagi.
Alhamdulillah... Allah kurniakan nikmat anak-anak mampu untuk khatam Al-Quran pada usia yang lebih muda berbanding orang lain walaupun pada hakikatnya mereka menghafaz dalam masa yang lama sejak sebelum masuk tadika lagi.
Semoga anak-anak dapat menjaga hafazan Al-Quran yang telah mereka hafaz dengan baik, dapat mengajarkannya terutama kepada Ahmad Zaid, mengamalkan dan berakhlak dengan Al-Quran.
Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)