Showing posts with label 12-13 tahun.. Show all posts
Showing posts with label 12-13 tahun.. Show all posts

Monday, August 18, 2025

Reviu buku: Penulis Yang Disayang Tuhan. Penulis: Bahruddin Bekri

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/1/23


Walaupun saya sebenarnya bukanlah peminat karya fiksyen, tapi saya sifatkan kebanyakan karya penulis Baharuddin Bekri adalah out of the box dan mind blowing. 



Kehebatan karya pada plot yang penuh kejutan serta penamat cerita yang tak terjangkau dek akal dan tidak klise membuatkan pembaca teruja untuk terus-menerus membaca hingga tamat buku.


Perasaan yang sama dirasakan ketika membaca karya Andrea Hirata iaitu Guru Aini dan Orang-orang Biasa. 


Karya Baharuddin Bekri juga disulam dengan unsur-unsur keagamaan, kerohanian dan tauhid. Namun tidak membosankan pembaca. 












Di sebaliknya juga unsur lucu yang sangat menghiburkan membuatkan pembaca ketawa tak tertahan-tahan. Aduhai😅.


'Penulis yang disayang Tuhan' memang buku yang anda tak boleh nilai melalui luarannya. Kisah yang luar biasa! 


Kisah seorang penulis yang jatuh muflis setelah novel ketiganya dikomen. Berjumpa dengan penulis berjaya kemudian ditugaskan untuk bertemu dengan 4 individu dan mesti bertanyakan SATU SOALAN SAHAJA: 

"Mengapa kamu lakukan apa yang kamu lakukan sekarang?"


Karya yang membuatkan pembaca banyak berfikir.


Saya pernah post entri ini di Facebook dan mendapat maklumbalas daripada penulis:




Monday, June 2, 2025

Usaha untuk mendalami Sirah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 15/12/22


Seriously, saya SUKAR untuk ingat nama dan peranan individu dalam sejarah/ Sirah. Cuba baca semula buku MADINAH TAKKAN REBAH.



Kali ini cuba cari kisah lain di sebalik NAMA dan bandingkan kisah dengan teks Arab, untuk gambaran yang lebih menyeluruh dan lebih faham.


Contohnya kisah Salim bin 'Ubaid mencari Sayyidina Abu Bakar di Sunh sejurus selepas kewafatan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.




Semoga kita dapat faham Sirah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat.

Monday, May 5, 2025

Ujian kesihatan dan berfikir

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 1/12/22


Minggu ini tak berapa sihat. Ahmad pun. Doktor kata banyak ulser dalam mulut. Alhamdulillah makin sembuh.


Ketika sakit ini emosi dan fikiran tak stabil. Fikir macam-macam sampai pening kepala. Masa berehat terasa jemu, diisi dengan baca ebuku 'Diari Abah'. Lagi bertambah banyak berfikir.










Bila menonton kuliah tentang kematian, sangat menikam hati. Kisah imam yang mengajar Al Quran di masjid, tapi kematiannya sangat dahsyat dan sukar diuruskan. 




Gerun mendengarnya. Ada 'ibrah boleh diambil dari kisah ini.

Saturday, May 3, 2025

Ebuku?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/11/22


Ebuku. 


Walaupun lebih murah dan mudah diperolehi, tapi mata cepat penat bila membaca ebuku berbanding buku fizikal. Ya... tanda-tanda penuaan.

Antara ebuku yang sedang dibaca








Satu lagi perlu mujahadah yang kuat dari tersasar matlamat. Tengah baca ebuku, tiba-tiba terbaca mukabuku 😅

Saturday, April 12, 2025

Reviu buku: Isteriku Seorang Doktor. Terbitan: Koleksi Tarbiah Sentap

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 7/11/22




Bukan buku tentang cintan-cintun. Tetapi antologi kisah-kisah benar tentang REALITI kehidupan rumahtangga yang 'fragile'. Sepatah kata saja mampu merobohkan kebahagiaan yang lama disemai. Perlu banyak berdoa.


Kehidupan seharian yang berbeza dipamerkan dalam buku ini mengingatkan kepada hikmah:

تَنوَّعتْ أجناسُ الأعمالِ لتنوُّعِ وارداتِ الأحوالِ

"Amal itu bermacam-macam sesuai keadaan manusia yang pelbagai.”


Pintu syurga itu luas. Amal ibadat itu pelbagai mengikut keadaan yang Allah takdirkan kita di situ. Yang penting: niat yang ikhlas dan amalan berlandaskan syariat.


Antara petikan buku yang menyentuh hati:









Saturday, June 22, 2024

Reviu buku: Negeri 5 Menara

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/3/22


Sejujurnya saya lebih selesa membaca buku fizikal berbanding ebuku. Namun untuk buku fizikal, ia sangat mahal dan yang murah adalah yang cetak rompak. Untuk beli cetakan yang asli, yang ebuku lebih ekonomik.


Mengisahkan kisah seorang remaja lelaki yang diharapkan oleh ibunya untuk belajar di pondok madani (PM).



Berperang dengan pelbagai rasa, tidak tahan dengan peraturan, sistem pengajian, ingin berhenti, cemburu dengan rakan yang sekolah menengah biasa menjadi cabaran dalam hidup Alif Fikri di PM.


Buku ini juga memberi semangat dan idea.


Ya. Membaca buku tentang kegemilangan dan kehebatan, membuat diri juga ingin melakukan kerja yang dapat mencipta sejarah gemilang. 


Begitulah setiap kali saya membaca buku. Pembacaan dapat memberi impak dan manfaat dalam diri pembaca.


Bagus untuk bacaan semua termasuk remaja.

Thursday, August 11, 2022

Ulang baca: Madinah Takkan Rebah

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 11/8/22


Kisah dimulakan dengan detik Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sakit yang membawa kepada kewafatan baginda.


Masyaallah. Buku yang sangat bagus dengan gambaran yang terperinci beserta dengan rujukan kitab.




Membuatkan kita dapat lebih faham dan menghayati keadaan/ situasi para sahabat menghadapi kewafatan Rasulullah Sallallahu Alaihi.


Tidak tebal. Hanya 300 mukasurat. Sangat bagus dijadikan buku pemula untuk hobi membaca.

Saturday, January 2, 2021

Walaupun kalah....

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 17 Oktober 2020





 "Tok dengan Wan ikut sebab nak adik menang, tapi adik tak menang 😢." Luah Abdullah dalam kereta.


Hakikat kehidupan bukan selamanya ceria. Kedukaan yang kita hadapi agar keceriaan lebih manis dirasakan.


Satu anugerah yang indah bila 3 generasi ini berjemaah membaca Surah Al-Kahfi dalam perjalanan Pagi Jumaat itu. Walaupun simple, tapi ia berbunga di hati.


Kekhilafan pasti ada kerana inilah dunia, tapi yang positif pun ada, renungilah penuh kesyukuran.

Wednesday, October 7, 2020

Menang atau kalah

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/5/2020

Yang orang nampak yang menang, padahal yang kalah 2 kali ganda lagi banyak rasanya😅. 

Yang penting terus mencuba dan jangan putus asa.

Kesedihan kerana kegagalan semua itu adalah pengajaran. Kalau pergi pertandingan antara sekolah-sekolah, kalau kalah, satu bas bersedih, tapi ia akan kenangan indah tika dewasa nanti.

Begitulah lumrah kehidupan.

Kemenangan yang hakiki bila dapat mengalahkan syaitan dan hawa nafsu.

Amin.




Tuesday, September 29, 2020

Jemputan menyertai siaran langsung rancangan Bicara Nurani

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada  17/5/2020

Alhamdulillah satu ilmu baru untuk kami sekeluarga bila mendapat jemputan untuk menyertai siaran langsung rancangan Bicara Nurani oleh Majlis Guru Cemerlang Kedah. 


Rancangan tv online ini memberi banyak faedah kepada masyarakat. 

Abdullah dijemput untuk memperdengarkan hafazan dan bernasyid. 


Walaupun kelihatan agak mudah tetapi sebenarnya sukar juga. 

Antara kesukarannya bila Internet terputus-putus,  mikrofon tidak berfungsi,  pening jugalah .

Sedang siaran langsung 

Test dulu malam sebelum itu


Rancangan ini ditayangkan secara langsung pada 15/5/2020 jam 8 pagi hingga 9 pagi melalui Facebook Majlis Guru Cemerlang Kedah. 

Boleh ditonton di sini


Alhamdulillah Abdullah turut mendendangkan nasyid pada penutup rancangan.

Alhamdulillah satu pengalaman dan ilmu baru untuk kami sekeluarga. 



Friday, August 28, 2020

Kenangan fasa ke3 PKP COVID19

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 16/4/2020

Seumur hidup saya dan suami, inilah kali pertama kami lalui PKP. Mungkin begitu juga bagi kebanyakan orang.

Alhamdulillah masuk ke fasa ketiga, kehidupan makin normal tidaklah terlalu murung dan bosan.

Sudah mula dapat menyesuaikan diri dan banyak perkara berfaedah dapat dilakukan termasuk mengajar anak-anak, tasmik Al Quran mereka, kelas hadis Riyadussolihin setiap hari selepas Maghrib, tasmik pelajar, pengajaran online dan memantau guru-guru.

PKP fasa ketiga juga telah membuatkan kurang masak dan mula fokus kembali kepada diet.

Mula merenung hakikat kehidupan.

Moga-moga kita menjadi orang yang berjaya.


Kenangan pengajian di rumah ketika PKP



 Anak-anak mula keluarkan mainan-mainan lama
Bermain mengeratkan hubungan kekeluargaan yang jarang kita perolehi ketika sibuk

Oleh kerana kawasan dalam Maahad tiada orang sangat, mereka juga dapat hasilkan 3 reban ayam yang baru

Memasak

 Pengajian Kitab Riyadussolihin selepas Maghrib setiap malam.


Membuat kerja yang diberikan oleh guru


Alhamdulillah ada hikmah dari PKP 2020 ini.

Kita kembali mementingkan kekeluargaan yang lama tidak dapat kita fokuskan 100% kerana kekangan kerja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...