Saturday, November 29, 2014

Hadiah untuk anak2 soleh: Kereta Kontrol LEGO

بسم الله الرحمن الرحيم

Bulan lepas sebagai ganjaran kepada anak-anak yang soleh, rajin mengaji, tak main dalam solat....dll, mereka dibelikan Kereta kontrol LEGO (yang bukan berjenama LEGO)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

satu untuk adik,
satu untuk abang

siap dibuat
yg warna kelabu tu controller .
(dgn bantuan org dewasa)

boleh bergerak betul2 mcm kereta kontrol


Abang Abbudey pya



Cuba teka berapa harganya?

kalau jenama LEGO mesti beratus2 kan?

Tp yang ini beli di Mr. DIY, harganya hanya:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
RM 39.00 SAHAJA !!!!!!

Wednesday, November 26, 2014

WW: "Comelnya!!." Kata Abdullah


sarkis anak ayam??

Tuesday, November 25, 2014

INFO BUKU: Rasulullah Super Heroku, Amir Nak Jadi Khalid

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku kali ini pilihan Abang ABbudey.

Buku yang bagus. Mempunyai Nilai2 Islamik dan teguran kepada kanak-kanak.

Contohnya:

Teguran terhadap sikap suka melengah-lengahkan solat

Menonton Tv ketika Maghrib, tidak suka mengulangkaji pelajaran, bermain-main ketika solat  dan macam-macam lagi.

Buku ini juga mempaperkan kepada kanak-kanak akhlak mulia yang perlu dicontohi.

baca tajuk sahaja, sudah teruja kan?

Tajuknya juga membuat anak tertanya siapa dia Khalid?

Kenapa Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam Superhero?

Tajuk yang bagus

muka belakang dan harganya






Isi kandungan buku

Terdapat lukisan yang comel



Terdapat juga petikan terjemahan ayat Al-Quran dan Hadis





Alhamdulillah buku yang bagus ini juga sesuai untuk dibaca sebagai bedtime story dengan anak-anak.



lebih menyeronokkan bila kami bertukar-tukar membaca buku.
Seorang satu mukasurat.


Banyak teguran dan nilai-nilai yang baik boleh didapati dari buku ini

Tahniah kepada penulis dan syarikat pengeluar dengan adanya buku-buku islamik yang bagus seperti ini untuk kanak-kanak

Saturday, November 22, 2014

INFO BUKU: Dr Bubbles dan Anak Dinosaur

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku pilihan Abdullah yang menarik.

Dr Bubbles dan Anak Dinosaur

Mempunyai kaitan dengan alam nyata , sebagai contoh tentang Pusat Sains Negara , Kuala Lumpur.




muka belakang dan harganya



Gambar tentang Pusat Sains Negara.

Bila membaca muka surat ini, Abdullah cerita tentang pengalamannya
di Pusat sains Negara

Rujuk sini

tentang Pusat sains Negara

Motif yang baik

Info tentang Dr Bubbles



Bakal menjadi koleksi.
Abdullah sudah minta siri lain dalam buku ini

Friday, November 21, 2014

Perancangan untuk anak-anak pada Cuti Sekolah Hujung tahun 2014

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulilah seperti biasa, setiap kali sebelum bermulanya cuti sekolah, minda akan merancang-rancang apakah aktiviti yang perlu disediakan untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah ini.

Dan azam untuk cuti hujung tahun ini ialah:
MEMBUDAYAKAN SUASANA ILMU DI RUMAH

Kerana selalu sahaja merasa belum cukup lagi pendidikan yang diberikan kepada anak-anak. Seperti banyak lagi kekurangannya. Apakah lagi yang perlu dilakukan untuk memanfaatkan usia dan masa anak-anak, agar tidak menyesal di hari kelak. (Allah berkatilah usia kita semua, amin ya rabb), Dan tempoh belajar ini bukan hanya di sekolah sahaja, 
IA ADALAH TEMPOH SEUMUR HIDUP KITA. YA! SEUMUR HIDUP ADALAH UNTUK BELAJAR !

Untuk cuti tahun ini, inilah target dan plan untuk anak yang difikirkan di awal pagi:

ALLAH bantulah kami untuk memanfaatkan masa kami,
Amin YA RAbb

+ tesis untuk diri sendiri  (Permudahkanlah Ya ALLAH)
mohon doakan
pernah dikongsi sebelum ini,
InsyaALLAH perlu tambah ilustrasi dan grafik dan mendidik

Dan seperti biasa, InsyaALLAH percutian dan plan untuk berziarah telah dirancang , InsyaALLAH.


ALLAH BERKATILAH USIA KAMI SEMUA. 
AMIN YA RABB

Thursday, November 20, 2014

Aplikasi belajar membaca Bahasa Inggeris

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini INsyaALLAH saya akan kongsi aplikasi yang saya gunakan untuk mengajar Abdullah membaca Bahasa Inggeris pada cuti akhir tahun kali ini.

Saya gunakan aplikasi ini kepada anak-anak selepas mereka tamat membaca buku Read Easy

Alhamdulillah ia sudah mula pada malam kelmarin.

Inilah aplikasinya



mempunnyai banyak pilihan buku


Abdullah membaca selepas mendengar bacaan aplikasi ini


Antara keistimewaan aplikasi ini:

1- pilihan buku bahasa Inggeris yang banyak

2- cerita yang menarik

3- mendengar sebutan Bahasa Inggeris yang tepat

4- Ada juga ujian selepas membaca buku

5- setakat yang baru kami gunakan, ia masih free, tak tahulah kalau ia perlu dibayar selepas beberapa tempoh... kalau free semuanya, Alhamdulillah... (harap2nya begitulah)


Jom lihat video pertama kali Abdullah menggunakan aplikasi ini.
Semoga bermanfaat untuk semua.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Wednesday, November 19, 2014

WW: Panah dan Bendang

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara aktiviti luar kelas SRITM

sumber gambar
DI SINI

SUMBER GAMBAR:
DI SINI



Tuesday, November 18, 2014

INFO BUKU KANAK-KANAK: Si Gagak Yang Bijak

بسم الله الرحمن الرحيم

Info buku kanak-kanak kali ini ialah buku cerita pilihan Abdullah

Abdullah memang suka buku yang bertemakan binatang

Si Gagak Yang Bijak

Tajuk yang positif!

Bagus!



terbitan: PTS


walaupun tulisannya kecil dan bukan dwi warna
namun Abdullah tetap minat dan baca hingga habis buku ini
dalam masa yang singkat



Siri buku yang lain yang menjadi permintaan Abdullah untuk beli lagi, InsyaALLAH

Selama mana ia baik untuk anak dan memupuk minat anak-anak terhadap buku dan ilmu,
InsyaALLAH semua boleh dibeli, InsyaALLAH

Saturday, November 15, 2014

Aktiviti anak2 lelaki

بسم الله الرحمن الرحيم


Sungguh anak lelaki  yang dahuluya berkepit saja dengan maknya, sekarang apabila sudah meningkat umur, berkepit pula dengan ayahnya dengan aktiviti2 sebagai orang lelaki.

Pergi ke masjid bersama ayahnya.

Pergi ke kebun bersama ayahnya.

Pergi ke kolam pancing bersama ayahnya

Pergi ke solat jumaat bersama ayahnya.

Begitulah identiti anak lelaki.

Mesti dibentuk sebagai anak lelaki.

Mesti ada lasak dan sifat kelakian.

Tetapi kerja-kerja rumah pun kena tau buat juga, untuk berdikari di masa hadapan, InsyaALLAH.




Tuesday, November 11, 2014

Alternatif makanan sunnah

بسم الله الرحمن الرحيم



Untuk memudahkan anak-anak makan minyak zaitun dan tanpa tumpah, letak saja dalam botol kecil seperti

mudah untuk anak-anak makan minyak zaitun dan mudah juga untuk spray dalam masakan.

ALhamdulillah.

Saturday, November 8, 2014

Rakan baharu anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara di antara kita yang sangat berhati lembut dan suka kepada binatang.

Begitu juga dengan anak.

Selepas membela arnab, sekarang ini sedang membela ikan dan juga anak ayam.


sangat suka main dengan anak ayam

Ketika raya haji yang lepas, Abang ABbudey dan Abdullah sering ikut ke masjlis korban. Kesan dari itu mereka teringin untuk menyembelih lembu. Tapi sebelum boleh sembelih lembu, kena berlatih sembelih ayam dulu.. INsyaALLAH akan jika berkesempatan, INsyaALLAH boleh belajar sembelih ayam, kambing dan lembu, INsyaALLAH.

Anak lelaki perlu ada keberanian untuk melakukan proses sembelih (dan bersihkan binatang sembelihan)

Tuesday, November 4, 2014

Hasil quilling anak2

بسم الله الرحمن ارحيم

Ini adalah hasil quilling 100% dari Abang Abbudey.

Kemudian diberi kepada Adik Abdullah untuk dijadikan hiasan kad hadiahnya.




Aktiviti yang tenang, mengasah kreativiti dan menyoronokkan. Alhamdulillah

Saturday, November 1, 2014

Hanya rm50 sahaja untuk permainan penuh serumah

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru-baru ini ternampak promosi permainan pendidikan ini di dalam FB:


dengan harga rm50 boleh dapat semua mainan ini
dengan rm50 boleh dapat semua ini




beli di FB ini
atau FB ini:


kami  beli set yang ini
harga pos rm12
Dapat sekotak besar ini:

Inilah barang-barang yang dapat:

satu

dua

tiga

empat
ini meja kecil

lima
enam


Penuh satu rumah permainan dengan harga rm50




bila dah kemas, penuh sekotak

Permainan seperti ini  lebih baik dari anak-anak hanya menonton TV dan bermain Ipad sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...