بسم الله الرحمن الرحيم
Sungguh..
Kelmarin saya berasa lemau, tak ada semangat untuk menulis blog.
Saya adukan kepada adik saya dan minta pandangannya.. Dijah yang mempunyai peranan lebih baik dari Google.
Alhamdulillah.. selepas itu kembali bersemangat untuk menulis blog. Saya kembali menulis.
Ketika Google gambar abah untuk menulis tentang didikan abah tentang masa, saya terjumpa kembali blog abah.... Bertahun-tahun yang lalu...
Abah mula menulis blog pada zaman blogger pun tak wujud lagi.
14 tahun yang lalu, ketika saya membaca blog abah, masya-Allah, sungguh memberikan inspirasi...Saya menanam cita-cita untuk menulis seperti abah.
|
Tulisan abah sempena hari kelahiran Abang Abbudey yang membuatkan status abah berubah..
Cucu sulung |
|
Abah menulis memori pertama kami menjejakkan kaki ke Syria. |
Saya baca setiap tulisan abah.
Sungguh adakalanya tulisan itu lebih baik dari berkata-kata.
Ia adakalanya cara yang lebih mudah untuk menzahirkan isi hati.
MasyaAllah.
Betapa Allah As Sami' Yang Maha Mendengar hasrat hati hambaNya yang ingin menulis seperti abah. Tak lama pun selepas itu, kira-kira setahun selepas itu, ketika kami pulang ke Malaysia Allah lorongkan kami untuk belajar membuka blog dari abang ipar.
Ia perkara yang remeh, tetapi ia ada permulaan untuk saya menulis seperti abah... Menulis dengan istiqamah hingga hampir 13 tahun..
Dan ketika saya berputus asa untuk menulis, Allah ingatkan semula hasrat hati saya bertahun-tahun yang lalu malahan sejak dari kecil ingin menjadi penulis. Allah telah perkenankan hasrat hati itu maka janganlah dipersiakan.
Ya Allah.
Puji dan syukur selayaknya buatMu.