Kali ini ingin menyenaraikan antara aktiviti 'YG BERFAEDAH ' yg boleh membuatkan si kecil ralit untuk beberapa jam:
1- BERMAIN LEGO
Bagus untuk merangsang deria kretif si kecil untk mencipta sesuatu
2- BERMAIN PLASTERSIN @ PLAY DOUGH
satu tips utk menjaga kebersihan ktika anak2 bermain plastersin ialah minta mereka menggelek, menekap play dough di atas meja...jd, plastersin itu tidak akan jatuh n melekat2 di lantai dan dpt meminimumkan kotoran... Hanya perlu mengelap meja sahaja selepas selesai bermain!
(bahaya jika melekat di kaki n tidak kena air wudhu' )

meja serbaguna...untuk bermain, buat bahas, letak laptop, Abg Abbudey buat homework, mkn petang n byk lagi kegunaannya....Alhamdulillah.....
3- BERMAIN KOMPUTER
Suka @ tidak, kanak2 perlu didedahkan n dibiasakan dengan komputer pada zaman ini untuk kemudahan di masa kelak n tidak menjadi buta IT...Sampai dlm silibus PASTI pon dah ada masuk maklumat ttg Komputer n yg berkaitan dgnnya....Apa2pn percayalah, komputer ni sgt mudah dipelajari....Lebih mudah dr belajar ABC....
PERINGATAN: perlu pengawasan ibu bapa supaya tidak ketagih, tersalah landasan, n tidak mengabaikan pelajaran...

Abbudey yg Hanya dibenarkan menggunakan komputer pada hari cuti n setelah selesai homework n menghafal al-quran (Jd dorongan supaya lebih byk menghafal n dpt siapkan homework dgn pantas tanpa perlu dikerah!)
4- BERMAIN PUZZLE

Bermain puzzle yg baik krn kanak2 belajar menyelesaikan masalah, bersabar, bertenang, mengawal tingkahlaku dan meletakkan kepingan puzzle di tempatnya yg sesuai. W/pun pada kali pertama agak susah, tp dengan dorongan n bantuan anda....Kanak2 akan ralit berjam2 menyelesaikan masalah puzzle ini.....
Adik abdullah yg sgt excited bermain puzzle
***Biarkan kanak2 bermain, kerana mereka byk belajar melalui permainan (PERCAYALAH!!!), tapi jgn lupa suruh mereka belajar....
KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK