Friday, May 31, 2024

Bercuti di Pulau Perhentian 2022

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/2/22


Didoakan semoga Allah memberi peluang dan kelapangan rezeki kepada sahabat-sahabat untuk bercuti, mengeratkan hubungan kekeluargaan, mendapat ketenangan kebahagiaan, mengumpulkan semangat positif untuk kembali bertugas semula nanti dengan lebih baik. Insyaallah.


Kami sgt jarang bercuti di pantai. Baba pernah kata: Baba tak suka pergi ke pulau, kerana dosa mata. 


Setelah menganalisis, percutian ini rancang last minute. Ketika kami p, 99% pengunjung adalah orang Melayu, tak ada yang pakai tak senonoh. 



1st time dapat pengalaman snorkeling. Walaupun hampir lemas, Alhamdulillah seronok, Abbudey lagi cekap berenang dari mama😅.


Antara trip snorkeling tengok penyu, ikan jerung, kampung nelayan. Rasanya boleh try snorkeling dalam tasik Maahad pulak, tengok ada apa.😅



😄: Buka pintu terus laut. Pagi petang snorkeling. Laut sangat jernih, Masya Allah. Banyak hidupan laut dan batu karang. Tenang. Bilik selesa, tapi tak ada tv dan Wi-Fi.


☹️: Makanan mahal dan kurang kena dengan selera. Mungkin kami tak pandai cari juga kot.

SPM 2023: Melakar kenangan anak sulung.

 


بسم الله الرحمن الرحيم 


Biasanya peristiwa pertama itulah yang sangat berkesan dalam hati dan menjadi kenangan indah yang lebih lama.


Alhamdulillah setelah hampir 2 bulan lebih menantikan keputusan SPM, Alhamdulillah hari yang dinanti-nantikan telah tiba.


Mama saksikan kesungguhan abang Abbudey mengulangkaji, bangun sebelum subuh untuk baca buku, banyak buat latihan untuk peperiksaan. Alhamdulillah.



Seminggu sebelum keputusan, Abang Abbudey ada bagitahu:


👦🏻: Mama, mama redha je tau dengan apa saja keputusan SPM abang.


🧕🏻: 😑


Sehari sebelum keputusan SPM, Abang Abbudey bagitahu:


👦🏻: Mama, satu A mama bagi RM1000 tau.


🧕🏻: 😑


Alhamdulillah keputusan yang cemerlang untuk abang Abbudey dan sepupu-sepupunya.





Semoga anak-anak ini terus cemerlang dunia dan akhirat seiring Al Quran yang tersemat dalam dada, insyaallah. Amin

Wednesday, May 29, 2024

TIADA YANG MUDAH KECUALI DENGAN IZIN ALLAH.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/2/22


Kelmarin, gigi geraham sakit. Bila tasmik online dengan ustazah, nak menyebut ayat Al-Quran pun herot mulut-mulut sebab sakit gigi. Sayang nak cancel kelas tasmik. Bila gigi sakit, fikiran pun jadi tak fokus.


Sangat penting FOKUS ketika menghafaz. Kalau tidak, huru hara ayat Al-Quran yang ditasmik. Merata-rata perginya ayat yang dihafaz.😅



Terus terfikir: Ya Allah, selama ini Allah mudahkan jalan untuk kita, anak-anak dan pelajar-pelajar hafaz dan ulang Al Quran.


Sedikit saja ujian sakit yang Allah berikan, terus sukar nak fokus ulang hafazan. Segala yang kita ada, semuanya Allah yang beri.



Nota: Dulu Abdul Rahman dan Abdullah pelat sebut huruf ر , Alhamdulillah selepas tegur selalu, lama-lama boleh sebut elok.

Monday, May 27, 2024

Apa yang diperlukan?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/2/22


Hampir semua perkara yang kita lakukan termasuk menulis di medsoc perlukan:


1. Keinginan, jiwa dan semangat yang kuat

2. Mood yang baik

3. Masa lapang


Ada yang nak tambah lagi?🤔



Jika hilang satu daripadanya, pasti kerja akan jadi lemau, lesu, lemah longlai.


Dan pastikan niat yang ikhlas itu wajib pada setiap amalan.


Salam Jumaat. Selawat dan bacaan Al Kafh dilupa jangan.

Saturday, May 25, 2024

Kelas Bacaan Bahasa Arab Online

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/2/22


Oleh kerana selalu ditegur (oleh baba) kesalahan baris perkataan Arab dalam ucapan perhimpunan mingguan/ usrah kakitangan Maahad Al Iman (semua staf wajib bentang dalam B.Arab /B.Inggeris dan terjemahkan mengikut giliran) maka, ambil inisiatif untuk masuk kelas bacaan B.Arab online setiap pagi Sabtu.


Dalam kelas ini, setiap pelajar wajib baca buku cerita/ novel Bahasa Arab yang dipilih dan tahu i'rab, kenapa perkataan tersebut berbaris demikian.





Alhamdulillah dapat ulangkaji semua tatabahasa Arab yang pernah belajar dulu.


Begitulah ilmu, kalau tidak diamalkan, ulangkaji, hilang melayanglah ia.

Thursday, May 23, 2024

Perjuangan ibu bapa di Subuh hari.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/2/22


Bermula musim pdpr dan cuti sekolah hampir sebulan bermakna rumah kembali bising dengan gerak anak untuk bangkit tahajud dan subuh.


Jika ada anak-anak yang mudah bangun subuh tanpa perlu bising-bising, ketahuilah bahawa anda adalah ibu ayah yang SANGAT BERUNTUNG! Ia adalah anugerah YANG BESAR yang wajib disyukuri!



Lepas Subuh seperti biasa, letakkan perancangan untuk baca kitab Riadhus Solihin. Kalau tak, anak-anak balik dari masjid terus berselubung dalam selimut.


Letak juga sukatan mukasurat kena tasmik Al Quran setiap hari.


Begitulah perjuangan kita ibu ayah. Nampak kecil, tapi boleh mengundang darah tinggi kalau tiap-tiap hari kena bising-bising gerak anak-anak Subuh. Huhu..


Moga dengan usaha ini, mereka menjadi insan berilmu dan bertaqwa. Amin

Tuesday, May 21, 2024

Ilmu yang bermanfaat di alam kerjaya

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 8/2/2022


Antara ilmu yang bermanfaat di alam kerjaya yang diperolehi di Syria ialah ilmu penerbitan.


Di samping kuliah di universiti, Alhamdulillah Allah beri peluang belajar kemahiran-kemahiran lain ketika menjadi AJK Lajnah Akademik di Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) hampir 20 tahun lalu.



Belajar mengarang, kumpul bahan, susun atur buku/ majalah.......


Ketua lajnah akademik ketika itu sangat bersemangat dan aktif dalam penerbitan.

Sunday, May 19, 2024

Pengalaman tak pandai baca Al Quran

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 4/2/2022


Sejujurnya saya bukan seorang yang pandai baca Al Quran ketika masuk tahfiz dulu. Gagap dan sukar untuk gabungkan huruf-huruf yang bersambung-sambung, berbaris-baris. Rasa banyak step nak kena buat. Nak kena kenal huruf, nak kena bunyikan dengan betul.


Lama tak kenal huruf ص ض ط ظ. Kena baca ikut turutan, baru kenal huruf apa.


Antara kenangan yang tak dilupakan ialah ketika baca ayat baru nak hafaz depan ustaz (dalam gambar), rasanya masa darjah 4/5:



Saya baca: Hasanain.

Ustaz: apa dia? ulang semua.

Saya: HASANAIN.

Ustaz: tengok betul-betul.

Saya: (terkebil2 mengeja)

Ustaz: Husnayain tu (Ustaz bagi jawapan).


Sampai sekarang tak boleh lupa. Bila dah hafal Al Quran baru pandai baca semua Al Quran.

Friday, May 17, 2024

Buat apa hafal Al Quran tapi tak faham??

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 4/2/2022


"Buat apa hafal Al Quran tapi tak faham?"


Ini juga antara ayat cliche zaman berzaman.


Hakikatnya proses mengenal, membaca, menghafal, memahami dan faham Al Quran adalah proses yang panjang. Perjalanan sepanjang hayat.


Saya lalui 4 tahun untuk tulis tesis sarjana tentang tafsir tematik Surah Yusuf. Dan lebih 6 tahun (main banyak😅) untuk tulis Phd tentang tafsir tematik surah Luqman, tapi serius sekarang masih berjuang menuntut ilmu untuk faham maksud, tafsir dan tadabbur Al Quran.



Ya. Al Quran bukan hanya sekadar di lisan. Tapi untuk faham dan amal perlu menuntut ilmu. Ini perjuangan sepanjang hayat. Tak berhenti usaha untuk faham dan amal Al Quran

Wednesday, May 15, 2024

Bila Ahmad cerita tentang Sirah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 2/2/2022


👦🏻: Mama, Abu Lahab jahat kan? Dia letak duri kat Nabi kan? Ustazah cerita dalam kelas.


🧕🏻: Ya


👦🏻: Lepas tu Abu Lahab pecahkan tayar kereta kan?


🧕🏻: Ha?😅


🧔🏻: Kereta apa Ahmad? Honda ke Toyota?


😅



Selepas post cerita ini di status Whatsapp peribadi, inilah antara respon rakan-rakan:






Sekarang ini fasa menikmati ayat kanak-kanak daripada Ahmad, memandangkan abang-abangnya dah remaja. Nanti mesti rindu zaman kanak-kanak mereka ini.💕

Monday, May 13, 2024

Semua Allah yang bantu

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 2/2/2022


Semua yang kita lakukan walaupun perkara yang sangat simple tak akan berjaya melainkan dengan izin Allah.


Contohnya cuti-cuti ni dah plan dalam kepala nak kemas rumah dari awal pagi. 



Tapi bila bangun pagi, terus rasa sakit bahu dan belakang, nak pegang mop pun rasa lemau. Terus rasa nak terbaring baca buku je..Haihhhh. Mop lantai kita bagi je kat budak kecik yang dah darjah 2 ni


Jadi, tak ada apa yang perlu dibanggakan. Allah yang lorongkan dan bantu kita setiap saat.

Saturday, May 11, 2024

Terjaga jam 3.30am?!

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 1/2/2022


 Dulu masa kecik2 pelik tengok nenek, makwa, mak bangun awal-awal pagi, selalu terfikir: depa tak mengantuk ke bangkit awal?


Rupanya, sampai masanya kita akan faham sendiri.


Sekarang selalunya pukul 4.30 pagi, akan terjaga DENGAN SEGAR tanpa alarm. Minggu ni pukul 3.30 pun dah terjaga. Terus jalankan mesin basuh, kemas dapur & rumah.



Bangun awal, tidur pun awal. Azan Isyak tu dah terpejam-pejam mata. Pukul 9 tasmik dengan ustazah sambil mata terpejam, nampak khusyuk, padahal tersengguk-sengguk😅


Teringat masa mengandung dulu, perkara yang PALING SEDIH adalah bila kena bangun pagi. Penat yakmat rasa badan. Bercinta nak bangkit pagi. Berharap setiap hari adalah hari cuti...huhuhu..

Hasrat Abdullah yang tercapai.

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Ketika kemenangan Abdullah dalam pertandingan hafazan Al-Quran peringkat Negeri Kedah dua minggu lalu, saya teringat kata-kata Abdullah ketika tewas dalam musabaqah Al-Quran Itqan 4 tahun lalu.


Kejadian itu saya ada tulis dalam entri ini:

https://cinta-rasul.blogspot.com/2021/01/walaupun-kalah.html?m=1



Alhamdulillah hasratnya untuk menggembirakan hati tok dan Wan tercapai.




Semoga anak-anak terus maju dan dapat menggembirakan tok dan wan dengan kejayaan mereka.


Menggembirakan hati orang lain juga adalah antara ibadah yang disukai Allah.

Friday, May 10, 2024

Nasihat mak abah dalam mendidik anak-anak remaja.

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Antara nasihat mak abah berikan (yang sentiasa terngiang-ngiang dlm fikiran) dalam FORUM MENDIDIK ANAK REMAJA pada Hari Keluarga Tahfiz Mutmainnah 10 tahun lalu:

" Selalulah cek anak-anak, ambil tahu hal-hal yang di belakang kita."



Bantulah mereka untuk jauhi maksiat termasuklah penggunaan handphone. Sematkan rasa BERATNYA dosa, kesan buruk dosa dan Allah mengawasi setiap tindakan kita.


Di samping doa dan islah diri kita sendiri.

الله يعيننا.

Thursday, May 9, 2024

Persiapan untuk bercerita Surah Al Jin

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 1/2/2022


Ahmad mula hafal Surah Al Jin. Ayat-ayatnya agak sama dan keliru. Kena usaha lebih, ulang lebih banyak.


Genaplah surah-surah 5 Qul Ahmad hafal.



Mama pun kena tambah ilmu tafsir dan tadabbur buat cerita kat Ahmad tentang Surah Al Jin, insyaallah.


Mama bersedia dengan mengikuti pengajian tafsir di sini.



Insyaallah semoga dengan usaha ini, Allah kurniakan kefahaman kepada mama dan Ahmad Zaid tentang isi kandungan Al Quran.


Amin.

Tuesday, May 7, 2024

Deritanya overthinking

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 1/2/2022


Jika ada orang yang mengadu tentang overthinking, saya memang faham deritanya, penatnya, sengsaranya bila overthinking.



Bermula dari celik mata hingga tutup mata semula, akal fikiran tidak boleh berhenti berfikir tentang ITU.


Dunia yang luas ini dipenuhi dengan hanya berfikir tentang ITU.


Dan hati tidak henti-henti berdoa kepada Allah SWT semoga dikurniakan hati yang tenang dan akal fikiran yang lapang.

Sunday, May 5, 2024

Kisah hidup Sheikh yang Yatim

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/1/2022


 Pagi tadi suami share video kisah hidup Sheikh.M.Rotib An Nabulsi.



Sheikh membesar dalam keluarga agamawan. Beliau kematian ayah sejak berusia 5 tahun. Namun semangat dan cita-cita untuk menuntut ilmu dah menyampaikan ilmu sangat kuat ditanam dalam jiwa hasil didikan IBUNYA.



Sheikh menyebut kisah ibunya yang mendidiknya.


Terus teringat kisah Imam Asy Syafie dan Imam Al Bukhari yang juga yatim, namun menjadi ulama besar dikenang zaman berzaman.


Allah campakkan semangat ini dalam jiwa kita, zuriat dan generasi seterusnya.

Friday, May 3, 2024

Lipan jatuh dari siling?!

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/1/2022


Kisahnya, tengah mop rumah pagi tadi, tiba-tiba ada benda jatuh dari siling.


Rupanya lipan.



Terbayang kalau jatuh atas kepala, seramnya😫.



Nak telefon suami, suami tengah qiam dengan pelajar. Nak ketuk sendiri, tak berani.😧


Akhirnya lipan tu lari. Pesan siap-siap kat Ahmad, kalau nampak lipan, jangan main. Kena panggil baba.

Wednesday, May 1, 2024

Kenangan reward stikcer

 بسم الله الرحمن الرحيم



Entri ini ditulis pada 27/1/2022



Kenangan dulu-dulu zaman sebelum kewujudan Shopee, tak jumpa reward stikcer, print sendiri atas kertas sticker, potong😅


Sekarang beli je...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...