Friday, September 29, 2017

Ketenangan dari ayat Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah....

Dalam seminggu dua ini, 2 kisah viral tentang remaja yang menyesakkan fikiran masyarakat kita di Malaysia.

Yang pertama tentang kumpulan remaja yang membuat perancangan rapi membakar sekolah tahfiz.

Yang kedua ialah tentang video anak lelaki yang memukul ibunya kerana mahukan wang. Saya hanya tonton 3 saat pertama sahaja dari video tersebut. Tak sanggup nak teruskan menonton.

Allah.... Lemas sangat dengan perkara viral yang negatif sebegini.

Allah...

Dalam hati melonjak-lonjak mengatakan:
" Kita perlu lebih viralkan sisi positif remaja-remaja Islam masakini agar dapat dicontohi oleh remaja lain. Cukup-cukuplah kita viralkan perkara yang negatif sebegini. Sedih rasanya. Inilah anak-anak Islam. Inilah masyarakat kita. Kita perlu berubah kepada kebaikan. Ubahlah diri, keluarga dan masyarakat."

Alhamdulillah.. 

Ayat-ayat Alquran sentiasa ada untuk  menjadi penyejuk di kala ketandusan kepanasan.

Malam itu tadabbur ayat Alquran pada hafazan ulangan yang dihantar oleh Abdullah.

Ulangan Hafazan Abdullah adalah Surah As Soffat.

Apabila Abdullah membaca ayat-ayat yang menceritakan tentang kisah Nabi Ibrahim dan zuriat-zuriatnya yang soleh, hati saya mengatakan:

" Ya, inilah jawapan dari Allah." 

Inilah ayat-ayat dibaca:

Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh lalu baginda dikurniakan
Nabi Ismail dan juga Nabi Ishak

Ketaatan Nabi Ismail kepada perintah ALLAH dan perintah ayahnya
adalah kisah anak soleh yang ditonjolkan di dalam Al-Quran.






Usaha dan doalah selalu agar dikurniakan zuriat yang soleh. Pamerkanlah contoh teladan remaja yang soleh agar dapat dicontohi ramai.



Saya turut bercerita kepada Abdullah dan Abdul Rahman tentang video viral tersebut (tetapi tidak pamerkan kepada mereka video tersebut) dan saya kaitkan dengan ayat yang dibaca oleh Abdullah sebentar tadi.

Doa-doa agar anak-anak dan zuriat kita juga mampu faham, tadabbur dan kaitkan Al-Quran dengan kehidupan kita sepanjang hayat.

Pesan juga kepada anak-anak selepas solat berjemaah agar memasukkan doa ini di dalam doa-doa mereka selepas solat:







Marilah sama-sama kita hidupkan sunnah berpuasa sunnat yang diamalkan oleh
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan doakanlah agar masyarakat kita mekar dengan
pemuda, remaja, anak-anak dan masyarakat Islam yang cemerlang dunia dan akhirat.

Amin

Salam Jumaat.
Mari Baca Surah Al-Kahfi

Wednesday, September 27, 2017

Berita gembira dari Allah.

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.

Sangat seronok dengan perkembangan masyarakat yang semakin ramai yang mengaitkan kehidupan harian mereka dengan Alquran.

Semua itu perlu dilakukan berlandaskan ilmu dan guru yang mengajar agar tidak silap mentafsir ayat Alquran.

Itulah pelajaran yang didapati selama menulis tesis sarjana dan phD dalam bidang tafsir dan ilmu alquran.

Ahmad Zaid turut membaca Al-Quran bersama-sama
abang-abang setiap malam.

Dia baca ikut bahasa dia.

InsyaALLAH kita belajar sampai pandai baca dan hafaz Al-Quran ya.


Kesan mereka yang membaca Al-Quran dan menghayatinya:

Takut dan tenang, mengharap kepada ALLAH

Walaupun begitu, sentiasa ada pelajaran baru yang boleh didapati dari Alquran. Ia tidak terhenti dan tidak habis.

Contohnya: 
Walaupun pengkhususan tesis sarjana yang dibuat tentang Surah Yusuf, namun masih ada info baru yang diperolehi ketika mendengar Kuliah Maghrib tentang Tafsir Surah Yusuf di Masjid Berapit.

Kerana itu sebolehnya jika ada masa terluang, sedaya upaya untuk menonton video kuliah LIVE di Facebook. Pelbagai kuliah yang boleh ditonton saban hari. Janganlah dipersiakan peluang dan kemudahan yang Allah berikan ini.

Begitu juga apabila mendengar luahan hati banyak kewangan yang diperlukan untuk pembinaan Maahad Al Iman. 

MasyaAllah, wang sumbangan yang diterima digunakan untuk pembangunan dengan pesat sekali.

Setiap pergerakan perlu kepada kewangan.

Pelbagai usaha dan projek dijalankan.

"Kelas nak dibina, air SADA nak masuk....banyak lagi yang nak dibangunkan. Semua tu nak guna banyakkkkkk duit."




Sijil 'Amil Zakat Maahad Al Iman Li Ulumil Quran


Allah jualah tempat mengadu dan inilah berita gembira dari Allah.



Janganlah takut.

Janganlah bersedih.

Yakinlah pada berita gembira
yang ALLAH berikan kepada
Orang yang beriman dan Bertaqwa





Ada bantuannya. Jangan risau. Jangan bersedih.


Ayat-ayat ALLAH, janji-janji ALLAH memujuk hati


Nak buat apa ni?

Apa lagi usaha untuk dapat cari dana untuk pembangunan Maahad.

Inilah antara usaha di samping usaha-usaha yang lain:

Beristigfarlah, Allah akan beri rezeki dan kekuatan

Beristigfarlah

Allah pasti akan berikan rezeki




Bantulah kami untuk membina ganerasi bertaqwa yang cintakan Islam, berakhlak mulia, cemerlang dunia dan akhirat. Ya Rabb. 

Monday, September 25, 2017

Karya Abdullah: Tajuk: Sepupu saya.


بسم الله الرحمن الرحيم


Sepupu saya ada ramai sangat orang.

Sepupu saya ada sembilan belas.

Saya berjiran dengan beberapa daripada mereka. Uwais,Aufa,Usayd,Azfa dan Ujayr. 

Antara sepupu-sepupu saya

Mereka ada tujuh anggota keluarga manakala kami hanya lima anggota keluarga sahaja, Abdulrahman, Abdullah dan Ahmad Zaid.

Tetapi sepupu yang lain berada jauh dari rumah kami.

Seorang duduk di Baling, seorang lagi duduk di Sungai Petani ada seorang yang duduk dekat dengan kami sikit dia tinggal di Kuala Ketil, Taman Desa Bidara.


TAMAT

Friday, September 22, 2017

Kenangan Lalu Dan Harapan

بسم الله الرحمن الرحيم

Kenangan lalu ketika zaman kanak-kanak seringkali menjengah ke memori.

Walaupun pada ketika kanak-kanak dahulu kita tidak fikir ia adalah satu perkara yang penting, namun bila dewasa ia menjadi panduan dan pengajaran dalam hidup kita.

Apa yang baik itu, contohilah.

Apa yang buruk itu jadikanlah pengajaran.

Seringkali teringat rutin harian abah yang pasti akan bersegera ke masjid dan memanggil adik beradik lelaki untuk turut serta ke masjid setiap kali sebelum azan.

Abah yang sentiasa murah hati memberi sedekah.

Teringat juga abah yang sangat berdisiplin dalam bab masa dan hingga kini kami adik beradik amat takut jika terlewat sampai jika berjanji dengan abah.

Jika nak konvoi ke mana-mana dengan abah, semua pasti akan cepat-cepat sampai ke rumah sebelum tiba masa yang abah tetapkan. Itulah disiplin yang abah tetapkan sejak dari kecik.

Begitu juga teringat abah, mak, pakwa (wan) dan makwa (tok) yang sering bangkit qiamullail, rajin berpuasa sunat, rajin solat dhuha, selalu solat berjemaah. Begitulah rutin ibadah mereka seharian walaupun di usia tua.

Jika balik kampung, itulah yang akan kami saksikan

MasyaALLAH...

Ada harapan dalam hati.

YA ALLAH jadikanlah kami begitu juga. Biarlah anak-anak menyaksikan kami membuat amal soleh. Biarlah kebaikan kami yang tersemat di memori anak cucu dan dicontohi mereka.

Allah ampunilah dosa ibu bapa kami (serta datuk nenek kami) dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga Al-Firdaus.

Amin

Tuesday, September 19, 2017

Amanah doa dari sheikh.

بسم الله الرحمن الرحيم


"اللَّهُمَّ فَرِّجْ عَنِ الْمُسْلِمِينَ وَانْصُرْهُمْ عَلَى أَعْدَائِهِم."

(Maksud doa: Ya Allah, hapuskanlah kesukaran orang Muslimin dan menangkanlah mereka terhadap musuh mereka .)

Itulah antara doa yang dibaca oleh Abang Abbudey selepas Solat Isyak berjemaah.

"Mama tau tak kenapa abang baca doa tadi tu?" Abdul Rahman memulakan bicara.

"Tak tau."

"Sebab itu amanah Sheikh Muwaffaq masa abang pi kuliah sheikh dengan baba bulan lepas kat Tahfiz INTAN. Sheikh suruh kita baca doa ni selepas setiap kali solat. Mama jangan lupa baca tau. Amanah ni." Cerita Abang Abbudey sambil menyampaikan amanah sheikh.

Kenangan  bersama Sheikh Muwaffaq pada
bulan lepas


Ya Allah moga-moga usaha untuk mencipta suasana yang soleh dengan sentiasa mendekatkan anak-anak dengan ilmu, ulamak dan orang-orang soleh ini dapat membentuk remaja, pemuda dan masyarakat yang bertaqwa. Amin...

Beberapa catatan kenangan lalu bersama Sheikh Muwaffaq boleh dibaca dalam entri di sini:









Assalamualaikum Tuan-tuan & Puan-puan .....

>>> RAYUAN SUMBANGAN RM5 <<<

Semoga Allah memberkati hidup tuan puan sekalian!

.

Kami ingin menarik perhatian tuan puan untuk bersama kami menyiapkan sebuah bangunan kelas berkeluasan 60x120 yang memiliki 12 buah kelas dan 2 bilik guru.
.
Sudi kiranya bagi tuan puan yang melihat iklan ni menyumbang paling sedikit rm5 untuk kami siapkan bangunan ini sebelum bulan Disember 2017 kerana sesi persekolahan baru akan bermula pada 1 Januari 2018
.
Sumbangan tuan puan kepada kami amatlah bernilai dan sangat membantu kami.
.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan tuan puan yang memudahkan urusan kami
.
.
No akaun maybank
Atas nama :
Maahad al iman li ulumil quran



5521 8951 5745 
(MAYBANK ISLAMIC)
.
.

Atau Boleh Hubungi:
.
Amri bin Mohd Nason
0134202206
Aswad bin Mohd Nason
0195137520
.
.
Ustaz Amri
Ustaz Aswad

Terima Kasih.....
Hanya Allah swt saja yang dapat membalas jasa Tuan/Puan ....


FACEBOOK MAAHAD AL IMAN LI ULUMIL QURAN:
https://www.facebook.com/maahadaliman/





Karya Abdul Rahman: Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatuhi wabarakatuh.

Saya akan menceritakan tentang Al-Quran.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasalla bersabda:
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan orang yang mengajarkannya."

Firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam Surah Ar-Rahman ayat pertama dan kedua, maksudnya:

1- Yang Maha Pemurah

2- Yang telah mengajarkan Al-Quran.

Tamat


Saturday, September 16, 2017

Karya Abdul Rahman: Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada zaman dahulu terdapat nabi yang bernama Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Ayahnya bernama Abdullah.

Ibunya pula bernama Aminah.

Ketika baginda masih kecil, semua orang memuji nabi dengan pujian yang baik.

Selepas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mengajak manusia kepada Islam, Kaum Quraisy mencaci Nabi Sallallahu Alaihi Wassallam dengan perkataan yang buruk.

Tamat

Wednesday, September 13, 2017

Resepi ke-3 dan ke-4 Anak Bujang: Red Valvet Brownies dan Carrot Cake

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah resepi ketiga dan keempat yang dilakukan oleh anak-anak.


Red Valvet Brownies

dan

Carrot Cake.


Tepung kek ini saya beli dari penulis best seller yang sangat terkenal di Malaysia, iaitu Puan Raudzah Roslan.

Sebenarnya sudah lama tergoda dan teringin nak membeli, mencuba dan  merasa kek-kek ini. Namun 'kerajinan' itu belum tiba.

Apabila anak-anak ada minat untuk memasak, terus dioder dua tepung ini. Dengan hasrat agar anak-anak dapat menambah ilmu memasak mereka dan bolehlah kami merasa kek ini.

Nampak sedap sangat setiap kali dikongsikan di Facebook Puan Raudzah Roslan.

Tepung ini terus sampai sehari selepas penjual mengeposkannya (sehari sebelum cuti sekolah bulan 3) dan anak-anak berjaya membuat dua-dua sekali kek ini pada hari pertama cuti sekolah untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Itulah pertama kali rumah kami membuat dua jenis kek ini.

Saya sendiri tidak pernah membuat kek ini.



Resepi yang disediakan sekali oleh Puan Raudzah

Ia bukan sekadar resepi.

MasyaALLAH.

Manalah ada resepi di tempat lain (setakat yang saya tahu) pesanan agar mengingati Allah dan berzikir ketika masak.

MasyaALLAH




Anak-anak bersungguh-sungguh menyiapkan dua kek ini


Entri yang dikongsikan oleh Puan Raudzah di dalam laman Facebook beliau.



Oleh kerana dua resepi yang dimasak oleh anak-anak sebelum ini jauh lebih sukar seperti yang pernah diceritakan di sini:


http://cinta-rasul.blogspot.com/2017/05/masyaallah-hari-ini-dalam-sejarahkek.html


http://cinta-rasul.blogspot.com/2017/05/resepi-ke-2-anak-bujang-stuffed-egg-tart.html

Maka mereka merasakan cara-cara untuk membuat dua kek ini sangatlah mudah dan ringkas. Alhamdulillah,....

Masuk butter, telur dan susu..kacau-kacau-kacau...masukkan dalam oven 


 Dah siap!

Amat Mudah!

Sesiapa yang ingin membeli tepung kek yang lazat dan amat mudah ini, bolehlah Whatsapp ke talian Puan Raudzah: 
Whatsapp 019 315 4444

Alhamdulillah...

Sungguh ia ringkas, mudah dan lazat.


Selamat mencuba.

Tuesday, September 12, 2017

Sekitar Majlis Peramian Maahad Al Iman Li Ulumil Quran.

بسم الله الرحمن الرحيم


Antara petikan ucapan Tuan Guru Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam:

1- Pertambahan maahad-maahad dan sekolah agama dapat menambahkan kekuatan benteng akidah dan Agama Islam untuk ganerasi yang akan datang.

Masih belum cukup sekadar ceramah-ceramah sahaja.

Penghayatan dan pengalaman ilmu itu berlaku di maahad-maahad.

2- Kewujudan maahad-maahad adalah untuk membudayakan pembelajaran agama Islan dengan lebih serius sejak dari kecil.


3- Maahad adalah gambaran kecil kepada Kota Madinah Munawwarah, padanya ada surau, penuntut ilmu, penghuni, penghafaz Alquran.






Doakan Maahad Al Iman terus maju, dimurahkan rezeki dan berjaya mendidik anak-anak ummah.

Amin Ya Rabb

Sunday, September 10, 2017

Pertandingan Mengarang Untuk Anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak dahulu, kami sekeluarga sangat percaya bahawa bakat menulis adalah satu kurniaan Allah yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain dan mengajak mereka mendekatkan diri kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala.

Beberapa buku telah kami hasilkan. Alhamdulillah:



Dalam lubuk hati, sangat impikan anak-anak juga turut berbakat dan mahir dalam bidang tulisan.

Agar ia dapat membantu mereka dan mengajak orang lain menggali ilmu, menginsafi diri dan mengenal ALLAH Subahanahu Wa Taala dengan lebih dekat lagi.

Sebagai satu permulaan, saya adakan pertandingan mengarang kepada Abdul Rahman dan Abdullah.

Mereka sangat teruja kerana ada hadiah yang menanti mereka.

Syarat untuk mendapatkan hadiah tersebut ialah:
Mesti menulis 10 buah karangan. Panjang minimum satu karangan ialah 10 baris sebagai permulaan.

MasyaALLAH, mereka bersungguh-sungguh menaip di dalam tablet.

Dalam masa 2 hari, 10 karangan siap dihasilkan.

Karya Muhammad Abdullah
boleh dibaca
DI SINI



Alhamdulillah, saya lihat aktiviti mengarang ini dapat menjadikan anak-anak:
1- Ligat berfikir
2- Mencari idea
3- Kreatif
4- Menginsafi diri.

Hasil karya mereka di luar jangkaan.

Ada hasil karya yang menusuk hati.

Antara hasil karya Muhammad Abdul Rahman
Boleh di baca
DI SINI
Hinggakan mereka turut memasukkan ayat Al-Quran yang telah mereka hafal sebagai dalilnya.

ALhamdulillah.


Moga mereka menjadi penulis yang hebat dan mengajak orang mendekatkan diri kepada Allah, berjaya dunia dan akhirat.

Amin.


Thursday, September 7, 2017

Karya Abdul Rahman: Basikal Saya


بسم الله الرحمن الرحيم


Setiap orang mempunyai basikal sendiri, begitu juga dengan saya.

Saya ada sebuah basikal yang berwarana hijau kunig.



Saya mendapat basikal ini selepas meminta kepada ayah untuk membeli basikal. Lalu ayah membeli basikal tersebut. Harga basikal ini lebih kurang RM 200 .

 Sudah 3 tahun  saya memiliki basikal ini . Basikal ini sangat - sangat cantik dan laju . Basikal ini tidak lasak tetapi laju. Jika saya main atas rumput dia akan jadi tak laju. 

Pada setiap petang saya àkan menuñgganģ basikal hijau kuning di belakang rumah saya atau menaiki basikal yg berwarna biru.

Inilah basikal saya yg berwarna biru. Sudah 5 tahun saya memiliki basikal ini . Harga saya tak ingat.


Tamat

Monday, September 4, 2017

Info Buku: Doktor Bukan Tuhan.

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya dapat info tentang buku kali ini melalui perkongsian dari rakan Facebook yang sudah membaca buku ini beberapa bulan yang lalu.

Buku Doktor Bukan Tuhan



Selepas melihat perkongsian rakan tersebut (maaf, saya lupa siapa yang kongsikan info tersebut.) terus saya tertarik untuk cari buku ini di web MPHONLINE.

Alhamdulillah ada dijual di web MPHONLINE. (Sila klik untuk lihat)

Buku kali ini mengisahkan tentang kisah benar hidup seorang doktor.

Jika anda baca tentang penulis dan search tentang beliau, anda akan dapati beliau adalah seorang yang mengambil berat tentang pendidikan, tarbiah anak-anak dan juga masyarakat.

Info tentang penulis

Banyak buku dan usaha yang dihasilkan untuk mendidik dan mengubah masyarakat ke arah lebih baik sejak dari kecil. Semoga Allah memudahkan urusan beliau dan memberi ganjaran yang berganda.

Anda boleh ikuti tulisan penulis di Facebooknya di sini:
https://facebook.com/anayasmin


Banyak manfaat yang boleh anda perolehi.



Buku ini berlatarbelakangkan tentang situasi di hospital, air mata, masalah masyarakat.

Membaca buku ini mengundang pelbagai rasa.

Isi kandungan buku:


Serabut dengan masalah masyarakat. Apakah peranan kita untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini?

Sedih dengan kisah yang dibawa.

Bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah.

Beberapa helaian yang menarik:



Bersemangat untuk lebih memajukan diri, keluarga dan masyarakat demi Agama Islam.

Buku ini juga banyak mendatangkan ayat-ayat Alquran supaya pembaca dapat mentadabburnya seiring dengan kisah yang dibawa. Membawa pembaca mendekati Allah dan mengenalinya.

Sebuah buku islamik yang tidak berat untuk dihadam, namun tinggi nilai yang tersirat di sebaliknya.

Banyak manfaat dan nilai rohani yang anda boleh perolehi dari buku ini.

Bacalah!

Karya Abdul Rahman: Lawatan ke ESCAPE Penang

بسم الله الرحمن الرحيم


Pada dua hari yang lalu sekolah kami telah membuat lawatan ke ESCAPE yang terletak di TELUK BAHANG di PULAU PINANG .

 Dalam lawatan tersebut terdapat tiga belas orang pelajar dan empat orang guru pengiring.

Kami tiba di ESCAPE pada pukul 10 suku pagi.

 Kami sangat seronok kerana dapat pergi ke ESCAPE.





 Banyak permainan yang menyeronokkan seperti MONKEY BUSINESS, cari jalan keluar dari rumah gelap, MONKEY SCHOOL dan cari batu emas.

Medal yang kami dapat kerana berjaya mencari batu emas

 Kami menonton pertunjukan dari pekerja ESCAPE.

 Kami keluar dari ESCAPE pada pukul 3.30 ptg 







Tamat                tamat            tamat            tamat

Friday, September 1, 2017

Karya Abdullah: Cita-cita saya


بسم الله الرحمن الرحيم


Dahulu cita-cita ayah saya adalah ustaz.

Jadi dua puluh tahun akan datang saya akan jadi ustaz.

Saya suka jadi ustaz kerana saya boleh mengajar orang dan saya boleh menyampaikan ilmu.

Saya bagi mereka jadi cerdas nanti,  mereka akan berjaya di dunia dan di akhirat.

Sebab itulah cita-cita saya menjadi ustaz, sama macam abang saya, dia pun mahu jadi ustaz.

Saya nak rasa sangat macam mana saya ada anak murid macam guru-guru saya

InsyaALLAH anak-anak bakal ustaz yang berjaya mendidik orang
mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Taala

                      TAMAT.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...