بسم الله الرحمن الرحيم
InsyaALLAH kali ini saya ingin menyenaraikan perkara2 yang sangat ingin saya lakukan dengan anak2 setiap hari.
Mungkin perkara ini kami sekeluarga lakukan setiap minggu dan bulan, tapi kalau tertinggal sehari dua (samada kerana ibunya sibuk, atau anak2 sibuk), rasa tak best sangat.
ALLAH berkati masa kami dengan perkara yang bermanfaat di dunia & akhirat. Amin3.
Antara perkara tersebut ialah:
1- Baca dan ulang Al-quran anak2
Rasanya macam setiap hari anak2 akan hafal al-quran dengan saya, samaada sikit atau banyak je.
Namun ada juga harinya yang tak sempat nak ulang.
Bila sehari anak2, tak ulang Al-Quran dengan saya, saya rasa macam dah lama je anak2 tak ulang AL-Quran.
Bila anak2 dapat ulang banyak dengan saya, saya akan rasa seronok. Moga dapat istiqamah. Amin3
2- Membaca buku cerita dengan anak2.
Saya pernah ceritakan
di sini yang saya amat bersyukur jika saya dapat bercerita dan membaca buku dengan anak. Amat seronok tau dapat berkongsi ilmu dengan anak2.
3- Anak2 membaca hadis dengan baba.
Nikmat dapat berkongsi ilmu dengan anak2 amat besar dan menyeronokkan. Sangat suka bila anak2 dapat membaca hadis dengan baba seperti
di sini
4- Bermain dan membuat aktiviti dengan anak2.
Ini juga adalah antara nikmat yg besar jika dapat lakukan. Tak kisahlah aktiviti
kraf,
memasak atau apa sahaja.
Sangat seronok. ALhamdulillah.
5- Bercakap bahasa Arab( dan Inggeris) dengan anak2.
Adakalanya saya akan bercakap Bahasa Arab dengan anak dan ABdullah kelihatan agak fasih berbahasa arab seperti
di sini.
Tapi selalu juga terlupa nak cakap bahasa arab dengan anak2.
Rasa rugi sangat sbb dah bazirkan masa dengan tidak berbahasa Arab dengan anak2.
6- Membuat musabaqah Al-Quran dengan anak
Saya sangat suka kalau dapat uji al-quran anak2 seperti dalam
entri ini dan
juga ini.
Kadang2, tiba2 sahaja saya saja2 akan baca sepotong ayat dan minta anak2 sambungkan. Untuk menguatkan ingatan dan hafazan mereka.
Biasanya ketika naik kereta dengan anak2.
Sangat seronok bila mereka dapat sambung Al-Quran itu dengan betul.
Alhamdulillah.
Tapi kadang2 lupa juga. Biasanya lupa tu lama...huhu..sedih.
Bagi saya antara alasan yang paling utama kam itidak melakukan perkara2 di atas ini ialah tak sempat dan lupa. ALLAH berikanlah kepada kami lebih kerap dan banyak kesempatan dan hindarilah kami dari LUPA.
Saya doakan keluarga lain juga dapat merasai kenikmatan melakukan perkara2 seperti ini dengan anak2. ALLAH berkati masa kita semua dengan keluarga