Friday, April 29, 2022

Yang di dalam hati

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/2/2021


 Di antara keagungan kasihnya Allah, Dia memperkenankan doa yang tertahan dalam hati dan minda. 


Seperti kisah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang solat memandang langit ketika berkiblatkan Baitul Maqdis, sedangkan hati ingin berkiblatkan Mekah. 



Datanglah khabar gembira daripada Allah:

(( Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang memandang ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah))


Hasrat di hati Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam diperkenankan oleh Allah walau belum sempat dilafazkan. Masya Allah💕

Tuesday, April 26, 2022

Apa gunanya kenangan?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/2/2021


36 tahun sudah dilalui. Pernah terfikir, apa fungsinya kenangan yang kita lalui? Nak tulis buku pun orang tak beli😅


Apa ertinya orang yang pernah lalu dalam lipatan hidup kita? Makin lama makin kita lupa. Sahabat sekolah dulu, rakan seuniversiti, teman sekerja... telah menjadi kenangan.



Kita juga, apa ertinya kita dalam hidup orang lain?


Hidup kita pada hari ini juga akan jadi KENANGAN yang samada diingati atau dilupakan. Semua kita lalui perkara ini.


💡Hakikatnya KENANGAN itu MENGAJAR kita untuk mendepani cabaran masa hadapan. Moga-moga apabila orang TERKENANGKAN kita, didoakan kebaikan, bukan sebaliknya.

Saturday, April 23, 2022

GILIRAN SI BONGSU.

 بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 20/2/2021


Setelah Abdul Rahman khatam hafazan Al-Quran ketika usia 12 tahun dan Abdullah khatam hafazan Al-Quran ketika usia 11 tahun, kini giliran Ahmad Zaid untuk mula menghafaz Al-Quran. Doakan semoga Ahmad juga dibukakan hati dimudahkan menghafaz Al-Quran.


Seperti abang-abangnya juga, jika ada alat bantu menghafaz yang sesuai, akan digunakan untuk membantu mereka menghafaz Al-Quran.



Nota: Saya gunakan aplikasi (Al Quran For Android) dengan bacaan Sheikh Ayman Suwaid yang tenang dan bertajwid, ulang ayat yang perlu dihafal banyak kali. Kemudian boleh tasmik dengan mama.

Wednesday, April 20, 2022

Tasmik bila berkeluarga di usia dewasa

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/2/2021 


Seperti anak-anak Maahad tasmik hafazan dengan guru-guru, saya pun PERLU tasmik juga....dengan Ustaz Amri (suami). Setiap hari cuba untuk tasmik minimum 10 mukasurat selepas ustaz pulang kuliah Maghrib. Hasrat di hati ingin tasmik 30 m/s seperti di Tahfiz dulu, jika ada kelapangan masa.



Di Tahfiz dulu, sampai tersengguk-sengguk mengantuk tasmik dengan ustazah (lebih sejam untuk 30 mukasurat), tapi tetap lancar baca. Sekarang ni agak 'kelam' sikit, namun lebih memahami ayat Al-Quran. Begitulah bezanya.


Bagi saya, untuk menjaga hafazan Al-Quran, mesti kena tasmik dengan orang lain, barulah kita nampak salah silap hafazan dan bacaan kita. Kalau kita ulang sendiri saja, kita sangka hafazan kita dah mantap, padahal tidak.


Doakan moga dapat istiqamah hingga akhir hayat.

Sunday, April 17, 2022

Hasrat yang dilupakan namun tetap diperkenankan

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/2/2021 


Mungkin ramai orang pernah lalui pengalaman sebegini. Terdetik hasrat dalam hati kemudian dilupakan. Selepas itu baru kita sedar Allah perkenankan hasrat yang kita sudah lupa itu.

_______________________

Tahun lepas, pinjam kitab Al Hikam daripada U.Jamilah. Bila dibaca, tak faham langsung. 


Sungguh ia bukan kitab untuk dibaca begitu, perlu berguru dan faham dengan betul.


Dengan rasa kesal, dipulangkan semula kitab. Teringat dulu di Syria, waktu ada kelas Talaqqi kitab Al Hikam, kita dok main apa?


Terus dilupakan peristiwa tersebut. Beberapa bulan selepas itu, ketika download ceramah dalam YouTube, terdownload sekali syarahan Kitab Al Hikam. 



Hari ini baru perasan, mungkin ia adalah jawapan suara hati dulu, yang ingin memahami Kitab Al Hikam. Sungguh ia rezeki aturan Allah. Allah Maha Mengetahui 💕.

Thursday, April 14, 2022

Misteri kain kayangan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/2/2021


Beberapa hari lepas saya menerima bungkusan kain Norwex. Tapi tidak tahu siapa pengirimnya. Tiada nama pengirim pada bungkusan tersebut.


Setelah tanya kepada suami dan adik beradik, masih tak jumpa lagi pemberinya.





Selepas beberapa hari, baru saya teringat ada seorang waris pelajar yang pernah belajar di Maahad ada wasaap mengatakan beliau ada pos parcel kepada saya.


Alhamdulillah. Terima kasih atas hadiah tanda ingatan


Semoga Allah merahmati kalian, mempermudahkan segala urusan kalian dan membalas dengan kebaikan.


Terus teringat kata yang dibaca kelmarin. Moga begitulah hendaknya kita ini🤲🏻

Monday, April 11, 2022

HAYATILAH TAFSIR AYAT ITU

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/2/2021


Makin meningkat usia kita makin kita sensitif tentang hati.



Sekeping hati yang bagaimanakah yang kita nak bawa bertemu Allah?


Hati yang lalai? Yang hanya fokuskan dunia? 

Yang banyak mengeluh? Yang tidak syukur? Yang ada hasad dengki, sombong, dendam?


Jika baik ❤️ itu, maka baiklah seluruh jasad, begitulah sebaliknya. Bila disebut akhirat, ia dirasa dekat dengan kita.

 

Salam Jumaat. Bacalah Surah Al Kahfi dan perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Friday, April 8, 2022

Kenangan tasmik Al-Quran dengan mak

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/2/2021 


Bila melihat kembali video tahun 2016 ini, terkenang semula zaman kanak-kanak.



Bila menghafaz Al-Quran, mesti pi tasmik dengan mak. Walaupun adik-beradik hafaz Al-Quran, tapi nak tasmik, cari mak. Dengan adik beradik, cari gaduh bolehlah😅


Kalau ada pertandingan hafazan Al-Quran, mak yang akan training kami di rumah.


Kini, siapa sangka, bila kita dah dewasa, kita pula yang tasmik anak-anak.


Begitu perjuangan menanam cinta Al Quran yang tiada penghujungnya.


Doa kesejahteraan dan keampunan untuk mak abah.

Tuesday, April 5, 2022

Kita berjuang

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/2/2021


 Semua kita sedang berjuang.


Di sebalik senyuman,

Di sebalik sembang-sembang,

Tiada siapa tahu ribut badai melanda dalam hati.



Hanya Allah sahaja tempat meminta.

Dalam menggapai Qalbun Salim.

Menuju tanah yang abadi

Saturday, April 2, 2022

ANTARA YANG DIDOAKAN DAN YANG DIPENDAM.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/2/2021


Antara impian terbesar yang selalu dipanjatkan dalam doa sejak sebelum kelahiran anak sulung lagi ialah: anak-anak Hafiz AlQuran. Alhamdulillah, Allah perkenankan.


Dan hasrat yang saya pendam dalam hati sejak lama dulu (rasa mengada pula nak berdoa begitu😅) ialah anak-anak bersuara merdu. Alhamdulillah, ia juga Allah tahu dan perkenankan walaupun nun jauh di sudut hati dan telah dilupakan.




Cukuplah sekalipun hanya merdu di halwa telinga mama saja.😅 Siapalah kita tanpa kasih sayang Allah.


Video ketika 'Seminar Projek Mega Dalam Rumah' di dewan Masjid Putrajaya, 2018. Ketika Ahmad Zaid 3 tahun dan Abdullah 9 tahun.


Sungguh Allah itu Maha Mengetahui💕

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...