Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Monday, March 13, 2017

Pengajian Kitab Hadis, Doa yang Allah perkenankan

بسم الله الرحمن الرحيم


Prinsip saya ketika membaca buku ialah, ambillah dan amalkanlah kebaikan yang terkandung dalam buku tersebut dan jadikanlah perkara yang tidak baik yang ditulis sebagai pengajaran bagi kita.

Apabila membaca buku, pasti ada pengajaran yang melekat di dalam hati.

Begitu juga ketika membaca buku BAHAGIA BUKAN GEMBIRA hasil karya Puan Anfaal Shaari.


Banyak pengajaran yang saya dapat dalam buku ini. Namun salah satu yang sangat melekat di hati ialah kisah anak-anak beliau yang melatih kemahiran berbicara dengan melakukan tazkirah pendek setiap lepas solat Maghrib, seperti yang tertulis dalam gambar di bawah ini.


Dalam hati saya, saya merasakan MasyaALLAH seronoknya apabila anak-anak dilatih memberi tazkirah bermula dari rumah. Seronoknya apabila ada pengajian bersama anak-anak di rumah.

Alhamdulillah memang saban hari kami akan menbaca Al-Quran, mendengar bacaan Al-Quran anak-anak. 

Pengajian pun pernah berjalan beberapa kali (seperti yang dicatatkan dalam entri DI SINI, DI SINI, DI SINI, DI SINI, DI SINI, DI SINI, DI SINI dan DI SINI) dan terhenti akibat kesibukan dan kepenatan di siang hari. Bila tertinggal mulalah lupa untuk diamalkan semua.

Kerana itulah saya merasakan MasyaALLAH seronoknyalah kalau ada pengajian di rumah bersama anak-anak


Alhamdulillah Allah itu Maha Mendengar hasrat hamba-hambaNya walaupun hamba itu penuh kekurangan dan dosa.

Alhamdulillah pengajian kitab hadis Riyadus Solihin telah bermula beberapa hari di rumah kami bersama anak-anak.

Plan kami pengajian ini sepenuhnya dalam Bahasa Arab untuk memantapkan Bahasa Arab anak-anak





Setiap malam hanya baca 1 hadis beserta dengan syarah dalam Bahasa Arab.

Itu sahaja.

Ringkas.


Doa saya sentiasa agar pengajian ini istiqamah dan berpanjangan hingga akhir Kitab Hadis Riyadus Solihin dan membaca kitab-kitab lain pula dan ada kerja-kerja yang boleh memberi kesan yang baik untuk masa depan kami sekeluarga di dunia dan akhirat. Amin

Amin Ya Rabb.

Thursday, February 23, 2017

Jujurnya emosi kanak-kanak

بسم الله الرحمن الرحيم


Ya ALLAH.

Anak-anak kecil ini memang jujur perasaan mereka.

Tangisan mereka jujur.

Gelak tawa mereka juga jujur.

Semangat mereka jujur.

Tidak berpura-pura.

Masih saya teringat lagi betapa sedihnya anak-anak apabila berpisah dengan rakan-rakan mereka.

Suasana sedih menyelubungi perasaan

Hinggakan kami yang melihat pun terasa sebak hingga
menitiskan air mata
Begitu juga keadaan ketika dalam sesi pengajian hadis kitab Riyadus Solihin di rumah.
Pengajian kitab Riyadus Solihin bersama baba setiap malam

Alhamdulillah ketika penghujung bulan 2 yang lalu (ketika entri ini ditulis)
sudah sampai hadis ke28, bab Sabar.

Istiqamahlah hendaknya.

Ya Rabb


Pada suatu malam, dalam pengajian hadis di rumah ini, kami membaca hadis ini:

Hadis  yang menceritakan tentang betapa sakitnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ketika Sakaratul Maut

Maksud Hadis:

Dari Anas r.a. katanya: “Ketika Nabi s.a.w. sudah berat sakitnya, maka beliau pun diliputi oleh kedukaan (kerana menghadapi sakaratul maut), kemudian Fathimah radhiallahu ‘anha berkata: ”Aduhai kesukaran yang dihadapi ayahanda.” Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Ayahmu tidak akan memperolehi kesukaran lagi sesudah hari ini.” Selanjutnya setelah beliau s.a.w. wafat, Fathimah berkata: “Aduhai ayahanda, beliau telah memenuhi panggilan Tuhannya. Aduhai ayahanda, syurga Firdaus adalah tempat kediamannya. Aduhai ayahanda, kepada Jibril kita sampaikan berita wafatnya.” Kemudian setelah beliau dikebumikan, Fathimah radhiallahuanha berkata pula: “Hai Anas, mengapa hatimu semua merasa tenang dengan menyebarkan tanah di atas makam Rasulullah s.a.w itu?” Maksudnya: Melihat betapa besar kecintaan para sahabat kepada beliau s.a.w. itu tentunya akan merasa tidak sampai hati mereka untuk menutupi makam Rasulullah s.a.w. dengan tanah. Mendengar ucapan Fathimah radhiallahu ‘anha ini, Anas r.a. diam belaka dan tentunya dalam hati ia berkata: “Hati memang tidak sampai berbuat demikian, tetapi sudah demikian itulah yang diperintahkan oleh beliau s.a.w. sendiri.”(HR. Bukhari)


Ketika baba menerangkan tentang hadis ini, Abdullah tidak tertahan rasa sedihnya, menekupkan muka ke buku dan menangis teresak-esak hinggakan kami yang melihatnya pun turut rasakan sebak.

Merah padam muka Abdullah menangis kesedihan mendengar huraian hadis ini.

Air mata bergenang di mata kami.

Pengajian malam itu tidak dapat diteruskan.

Abdullah terlalu sedih.

Hanya dapat baca 1 hadis sahaja.

Sebak di dada.

Begitu juga apabila bersemangat, kanak-kanak ini amat jujur pada semangat mereka.

Abdullah seringkali bertanya:
"Mama, bila mama nak transfer semua duit dalam Tabung Haji adik ke akaun Maahad Al Iman? Banyak kali dah adik suruh mama transfer semua duit dalam Tabung Haji adik. Adik nak bagi semua duit adik kat Maahad Al Iman."

Allah.....

Tidak cukup dengan duit yang keluarkan semua dari tabung peribadi mereka (pernah diceritakan dalam entri DI SINI) , semua duit simpanan dalam Tabung Haji pun ingin didermakan kepada Maahad Al Iman.

Anak-anak menyaksikan kesungguhan usaha dan kejujuran membangunkan Maahad
Al Iman hinggakan sampai ke hati mereka.

Allah...

Mereka mudah terkesan dengan suasana sekeliling mereka.

Moga mereka menjadi pemuda Islam yang jujur dan mulia di sisi Allah





Allah...

Begitulah betapa jujurnya emosi kanak-kanak ini.

Moga kita semua juga tergolong dalam kalangan orang yang jujur dan terkenal di sisi Allah sebagai orang yang jujur.

Amin Ya Rabb

Wednesday, January 18, 2017

Pencarian kartun-kartun Islamik

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya suka mencari kartun-kartun yang ada unsur-unsur islamik yang baik untuk anak-anak.

Selain yang pernah dicatatkan di sini:

Saya menjumpai kartun ini.

اللؤلؤ والمرجان


Kartun ini sebenarnya pernah ditonton 10 tahun lalu dalam TV di Syria.

Menonton video pembukaan awalnya mengingatkan kenangan 10 tahun lalu tinggal di Syria.


Kartun ini menampilkan akhlak-akhlak mulia yang patut dimiliki oleh Muslim.

Ia juga ditambah dengan dalil dan bacaan hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam kartun tersebut.



Inilah antara sedutan kartun Al-Lu'lu Wal Marjaan




List kartun boleh ditonton di sini:


Boleh download dan pasang di TV untuk gantikan tontonan kepada anak-anak.


Semoga bermanfaat untuk semua 

Sunday, March 2, 2014

Hadis dan gambar

بسم الله الرحمن الرحيم

Kebiasaannya saya akan berkongsi perkara yang menarik dan bermanfaat yang saya lihat dan baca dalam internet dengan anak2.

Ia dapat menambahkan lagi ilmu dan pengetahuan anak2 dengan cara yang menarik.

Antara yang pernah saya kongsikan ialah seperti gambar di bawah ini:


Kebetulan juga anak2 baru selesai menghafaz hadis yang berkaitan dengan gambar di atas ini, jadi ia dapat mengingatkan mereka lebih kuat lagi tentang hadis tersebut.



maaf lupa sumbernya dari mana??


hadis ke 28 dari kitab 700 hadis sohih bukhari
Apabila seseorang kamu hendak tidur, kebaslah tempat tidurnya
Begitu juga dengan video nyamuk yang sedang hisap darah ini. (sekarang kan musim nyamuk banyak) MasyaALLAH! dahsyatnya ciptaan ALLAH ini.


Bila tengok video ini, kaitkanlah dengan ayat Surah Al-Baqarah ini:
sumber: google image
Semaikanlah rasa cintakan ilmu dalam hati kami ya Rabb

Sunday, January 5, 2014

Perubahan plan mengajar anak2 di rumah

بسم الله الرحمن الرحيم

Sesuai dengan perkembangan usia anak2, silibus pengajian di rumah ini pun dah banyak berubah.
Abang Abbudey dah masuk darjah 2 dan adik Abdullah pula dah masuk darjah 1 (walaupun umur baru 5 tahun)

Jika dulu belajar ABC, alif ba ta, baca iqra', belajar Bacalah Anakku... sekarang ini bahan ilmu untuk mereka lebih advance sedikit.

ALLAH permudahkan urusan kami untuk menuntut ilmu dan menjadi penegak agama ALLAH. amin3


1- AL-QURAN
Perjuangan menghafaz ayat2 Al-Quran diteruskan hingga khatam. kemudian nanti kita boleh mendalami tafsir, mentadabbur dan mengamalkannya InsyaALLAH


2- HADIS
Kitab hadis yang kami guna untuk hafaz, terjemah dan syarah ialah ini:
pernah tulis di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/09/pengajian-hadis-sohih-bukhari-untuk.html

3- IBADAH
Untuk ibadah: penekanan dibuat supaya tidak main2 dalam solat. 

Abang Abbudey sangat2 teringin untuk menjadi imam solat kepada mama, baba dan adik. Syaratnya: solat mesti elok, elok bacaannya dan tidak main2. InsyaALLAH boleh.

Abang ABbudey dah berjaya puasa penuh 2 tahun dah, InsyaALLAH lepas ni kena latih adik pula bila dia dah bersedia.

Kemudian anak2 juga akan suka untuk menunaikan solat2 sunat jika melihat kita melakukannya.


4- SIRAH
Alhamdulillah, anak2 sudah habis mendengar cerita tentang sirah nabi sekali tahun lepas. InsyaALLAH boleh ulang lagi supaya lebih ingat.

Untuk sirah nabi tahun lepas kami guna kitab ini:
sudah tulis infonya di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/03/bedtime-story-yang-sangat-best.html
Sekarang ini anak2 sudah mula mendengar cerita para sahabat dimulakan dengan khulafa' ar-rasyidin.

sudah tulis infonya di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/09/buku-cerita-baru-bersama-anak2.html

5- TAFSIR
Walaupun saya pernah mula mengajar tafsir AL-Quran kepada anak2 secara santai di sini:

Tapi nampaknya nak kena lebih sistemetik, istiqamah dan konsisten.

Mesti mula dari Surah Fatihah... An- Nas.... beserta dengan cerita sebab2 turun Surah tersebut

Sumber untuk mengajar boleh diambil dari kitab2 tafsir, InsyaALLAH...kena ulangkaji.

ALLAH permudahkanlah Ya rabb

6- AKHLAK
Kata pensyarah di kuliaha dakwah dulu:
"Akhlak bukanlah pelajaran atas kertas, tetapi akhlak ialah realiti dalam kehidupan."

Tepat sekali!

Anak2 akan belajar akhlak ketika bermain, di luar rumah , dengan orang tua dan lain2 lagi.....

Mereka tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dalam akhlak dan kesalahan itu perlu diperbaiki dan ditegur.

7- DOA
Sejak dari baby lagi, anak2 diajar dengan doa dengan cara kita membacakan kepada mereka...... setiap kali masuk tandas dan keluar, masuk masjid dan keluar, pakai baju, makan dan habis makan, baca al-quran dan lain2.

saya pernah tulis tentang ini di sini:




Jadi sekarnag ini ialah masa untuk memastikan mereka mengamalkannya agar hidup diberkati ALLAH dan sentiasa ingat ALLAH ada bersama kita.

6- BAHAN BACAAN
Untuk bahan bacaan pula, kami mengulangkaji dan menambah bacaan yang ada di rumah ini.
Fokus kepada 3 bahasa: BM, BI dan BA
Melayu, Inggeris dan Arab.

Antara bahan bacaan yang ada di rumah kami seperti ini:


7- LAIN2
Untuk yang lain2 ialah belajar memasak, buat kerja rumah dan lain2


ALLAH permudahkanlah segala urusan kami

Tuesday, December 24, 2013

Ulangan Hadis Sohih Bukhari

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti yang dicatatkan di sini, keluarga kami menjadikan kitab 700 Hadis Sohih Bukhari sebagai silibus hafazan hadis.

kitabnya


hadis2nya pendek dan mudah2 sahaja

InsyaALLAH di sini rakaman terbaru ulangan beberapa hadis yang sudah dihafal oleh anak2 bersama dengan terjemahannya.


Allah berkati kita semua dan menjadikan anak2 ini pejuang agama ALLAH di masa hadapan. Amin2

Sunday, September 8, 2013

Video Abang Abbudey mengajar Hadis

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti yang dijanjikan, InsyaALLAH kali ini saya akan berkongsi cara anak2 belajar hadis.

VIDEO 1: ABANG ABBUDEY MENGAJAR HADIS BARU 




(dalam video ini Abang Abbudey pakai baju elok sbb tunggu nak p Masjid)

1- Oleh kerana, Abang Abbudey sudah pandai membaca dan menulis, jadi, dia amat excited untuk letakkan baris hadis, baca dan tulis terjemahan sendiri.

2- Sehari sebelum itu, saya ada ulas sekali tentang hadis baru ini sekali sahaja, Alhamdulillah, Abang Abbudey dapat ingat maksud hadis ini dan dapat ajarkannya kepada adik, ALhamdulillah....

LANGKAH2 DALAM BELAJAR HADIS BARU

1- baca hadis
2- terjemah hadis
3- hafal hadis
4- ulas hadis (supaya lebih faham)
5- ulang hadis dan terjemahanya (supaya lebih ingat)


ALLAH berkati anak2 ini.

kitab himpunan 700 hadis Sohih Bukhari yg kami guna

isi kandungan kitab ini


VIDEO 2: ANAK2 MENGULANG SEMULA HADIS2 YANG TELAH MEREKA PELAJARI DALAM MINGGU INI

Anak2 mengulang hadis terjemahannya.


**pembetulan: syiqqi... bukan syaqqi

ALLAH permudahkan urusan kami untuk menuntut ilmu dan menyebarkannya, amin3.

Friday, September 6, 2013

Pengajian hadis Sohih Bukhari untuk anak2

بسم الله الرحمن الرحيم

Inisiatif untuk menambah sesi pembelajaran hadis kepada anak2 saya buat selepas menonton video yang dikongsikan di sini.

Sebelum ini sesi belajar Hadis dengan anak2 di rumah dikendalikan oleh baba seperti yang pernah dicatat di sini dan video mereka belajar hadis di sini

Tapi ada ketikanya, anak2 tidak sempat belajar hadis dengan baba kerana tidur awal (esok nak sekolah), jadi saya membuat keputusan bahawa saya sendiri akan mengajar anak2 hadis dengan menggunakan kitab kecil yg berharga ini
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

kitan asalnya yg kecil itu.
Diphotostat dan minta dibesarkan copynya supaya lebih terjaga dan mudah digunakan InsyaALLAH

Info dan keterangan lanjut tentang buku ini pernah diulas 4 tahun yang lalu di sini:

Abbudey ketika berusia 4 tahun
Geramnya muka Abang Abbudey masa kecik


melihat pada tarikh memiliki kitab ini adalah pada 27/10/2004.
Ketika masih belum berumah tangga lagi.
Alhamdulillah besarnya nilai kitab ini hingga masih memberikan manfaat
selepas 9 tahun

MasyaALLAH. ALLAH membalas jasa dan mengampunkan dosa orang yg berusaha
dalam menyampaikan ilmu2 dalam kitab kecil yg berharga ini

dalam kitab ini dihimpunkan 700 hadis Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam
yg terdapat dalam Sohih Bukhari
Hadis yg dipilih kebanyakkannya pendek2 dan mudah dihafal oleh anak2


Sehari hanya baca dan hafal satu hadis sahaja... satu hadis kadang2 hanya ada 4 hingga 5 patah perkataan sahaja.
Jadi, ia bukanlah satu perkara yang membebankan hingga membuatkan anak2 lari dan jemu, InsyaALLAH.

Biar sedikit, tapi istiqamah, Moga2 ada hasilnya.
Amin Ya Rabb..

**Pengajian hadis dengan baba menggunakan kitab hadis 70 hadis mudah hafal mudah amal  itu masih berlangsung jika ada kelapangan InsyaALLAH...
InsyaALLAH, pada masa akan datang, akan cuba kongsikan cara anak2 belajar hadis Sohih Bukhari ini InsyaALLAH...

ALLAH berkatilah usaha kami, terimalah amalan kami, jadikanlah anak2 ini imam kepada para muttaqin, dan matikanlah kami dalam husnul khatimah...amin3.

P/s: Saya amat mengalu2kan pandangan dan cadangan dari rakan2 tentang apa lagi ilmu2 yang penting yang perlu kita ajar dan terapkan kepada anak2 supaya disamping mereka bermain di usia kecil, ada juga nilai2 ilmu yang mereka semat dalam hati, agar masa mereka tidak terbuang begitu sahaja

Friday, August 30, 2013

Perbaharui semangat dan niat mendidik anak2

بسم الله الرحمن الرحيم

Manusia memang banyak lupanya. Adakalanya kita mempunyai semangat dan impian yang tinggi, tapi akibat kesibukan dan hal2 yang mendatang, menyebabkan kita lupa dengan target dan plan kita.

Saya sendiri banyak merancang untuk pembelajaran anak2 di rumah dari segi Al-Qurannya, hadis (pernah ditulis di sini), Sirah (di sini)  tafsir (di sini) Bahasa Arab (di sini) , tapi selalu juga yang terlupa. Allah ampunilah kelemahan diri kami ini.

Alhamdulillah, dalam bab AL-Quran dan Bahasa Arab, saya boleh kategorikan kepada hampir berjaya dan perlukan lebih istiqamah kerana anak2 boleh berinteraksi sedikit sebanyak dalam Bahasa Arab dan juga hampir 5 juz AL-Quran yang mereka telah hafal.

Dan hampir setiap hari anak2 akan mengulang Al-Quran, sama sikit ataupun banyak.

Tapi dalam bab hadis, Sirah, Akidah, cerita para sahabat, rasa banyak lagi kekurangan.

ALLAH bantulah dan berilah kekuatan kepada kita semua dalam melengkapkan diri anak2 dengan AGAMA.

Doa saya juga moga ALLAH sentiasa memberi kita semangat, tenaga dan kekuatan yang tinggi untuk mewakafkan diri dan anak2 demi Agama Islam.

Baru ini juga, saya ada mendengar ucapan motivasi peningkat semangat dari Dr. Aidh Al-Qarni (pengarang kitab yang amat popular di dunia. Antara kitabnya yang paling popular ialah La Tahzan.)




Antara kata Dr.Aidh Al-Qarni dalam video ini  yang saya semat dan fikir dalam2:
1- Memberi perhatian terhadap hafazan Al-Quran
2- Memberi perhatian terhadap tafsir dan hadis.
3- Kepentingan zikir.

Bagi saya, iktibar yang saya dapat dari peperangan dan kacau bilau yang berlaku di negara Islam di sisi kita, kita perlulah menggunakan nikmat keamanan dan ketenangan yang ada sekarang untuk lebih meningkatkan ketaqwaan, ilmu dan ibadah kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala...

Demikianlah, moga video2 motivasi seperti ini dapat meningkatkan semangat kita dalam mendidik anak dengan Islam. Amin3.


Monday, December 17, 2012

Contoh simple Cara Mengajar Hadis Kepada Anak2

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebenarnya aktiviti pengajian hadis bersama anak2 ini sudah lama dijalankan. seperti yang saya tulis di sini

Untuk aktiviti ini, saya serahkan kepada baba untuk mengajar anak2 supaya2 anak dapat merasai pengalaman belajar dari kedua2 orang ibu bapa.

Mama mengajar hafazan dan tafsir. Baba pula mengajar hadis selepas pulang dari kuliah malam.

Video di bawah ini dirakam pada hampir pukul 12 tengah malam (boleh tengok pada jam dalam video tersebut) kerana kebetulan malam tu baba ada 2 kuliah, satu di Jarak dan kemudian di  Tasik Gelugur dan  Waktu cuti ini anak2 tidur lewat juga...

Kerana itu Abang Abbudey kelihatan begitu mengantuk sekali. Tetapi Adik Abdullah masih bertenaga lagi. (Tapi selepas tu, Abang ABbudey tak tidur pun, boleh melompat lagi dengan adik.)





Dalam pengajian hadis ini, dulunya baba menggunakan Kiab Riyadus Solihin dan Sohih Bukhari. Sekarang ni baba menggunakan pula buku 70 hadis mudah hafal mudah amal yang pernah saya ulas di sini dulu.

Walaupun cara belajarnya sangat simple, tapi anak2 sangat mudah ingat dan lekat hadis2 yang dihafal.

InsyaALLAH saya akan cuba kongsikan rakaman ulangan hafazan hadis2 yang sudah dihafal anak2. (doakanlah ye dapat rakam)

Moga anak2 ini istiqamah dapat hafal banyak hadis dan amalkannya.
amin ya rabbal 'aalamin.

Sunday, November 22, 2009

KITAB KECIL HIMPUNAN HADIS2



Himpunan kitab2 kecil yang dibeli dari Syria ini sebenarnya sgt bernilai dan besar harganya.


Seingat sy kitab yang berharga 10LS ini (80sen) ini mulanya dihadiahkan oleh pemilik maktabah di Ruknuddin sebagai ganti kepada duit baki bagi brg yang telah sy beli. (Selalu juga pemilik kedai2 di Syria buat begitu. Memberi brg lain kepada pembeli dengan alasan tiada duit kecil untuk pulangkan duit baki. W/pun kdg2 menyakitkan hati, tapi Alhamdulillah bukan pada kali ini.).


Kitab diberi ini selanjutnya mencuri hati saya untuk mendalaminya kerana uslubnya yang amat mudah dan seterusnya mencari dan mengumpul jilid yang lain. Tp hampanya saya hanya mengumpul 4 jilid dr 6 jilid. Kutaib Sunan Ibnu Majah dan AN-Nasaie tak terdapat di pasaran ketika itu...


Kitab2 kecil ini adalah satu cara untuk membenteras hadis-hadis palsu yang berleluasa di kalangan orang awam dan menerapkan hadis-hadis yang sahih di dalam masyarakat.


Penyusun kitab ini Dr. Mohd Khair Sya’al telah meletakkan lebih kurang 700 hadis di dalam kitab2 kecil dan dibukukan mengikut sahih bukhari, muslim, tirmizi dan lain2.


Kelebihan kitab kecil ini ialah :

1- Saiznya yang kecil

2- Mudah disimpan di dalam pokey dan di baca masa2 luang sebagai cara untuk menghafal hadis


3- Hanya mengandungi matan hadis sahaja untuk memudahkan para pembaca membaca dan menghafal hadis2 mudah di dalamnya.

4- Terdapat syarahan bg perkataan susah di dalamnya


5- Disusun mengikut huruf hijaiyyah. Contohnya: sedikit hadis dr huruf alif, sedikit dr huruf ba, ta dan seterusnya….

6- Kitab kecil ini juga dibahagi kepada dua bahagian, Hadis Qauli dan Hadis Fi’li.


7- Di muka surat akhir buku juga disertakan nombor hadis untuk rujukan.


Semoga usaha penyusun kitab ini dalam menerapkan masyarakat mengenali hadis yang benar dari Rasulullah SAW ini dibalas Allah dengan sebaiknya.


Semoga kita dapat mengambil manfaat dari kitab kecil yang besar faedahnya. Amin Ya Rabb..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...