Saturday, September 30, 2023

Keadaan hati selepas banjir

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 1/10/2021


Ketika banjir sedang berlaku, sesungguh hati saya berdoa semoga ia tidak menjadi semakin buruk.


Kawasan kantin, bilik guru, asrama pelajar lelaki dan pejabat telah dinaiki air. 






Kereta kami dan guru-guru di hadapan rumah. Masih selamat, namun jika air naik lagi, semuanya akan rosak. Hati sangat risau. 


Sesungguh hati berdoa semoga banjir tidak memburuk. 


Hujan yang turun lebat sangat merisaukan. 

Hati tak putus berdoa. 


Diiringi dengan zikir dan selawat. Tidur malam pun tak lena. 

Alhamdulillah air tak naik lagi. 

Alhamdulillah. 

Syukur kepada Allah. 

Pagi itu ketika Tasmik hafazan dengan ustazah, ketentuan Allah giliran untuk Tasmik juzuk 4.

Hati sangat tersentuh dan rasa bersyukur bertambah bila membaca ayat-ayat ini. 



Ayat yang menyebut tentang kekuasaan Allah pada penciptaan langit dan bumi. 


Ia adalah tanda bagi manusia yang ingin berfikir, yang sentiasa berzikir mengingati Allah pada setiap keadaan. 



Kemudian diteruskan lagi dengan ayat pengharapan kepada Allah agar diampunkan dosa dan dimatikan bersama orang yang soleh. 


Sampai pada perkataan (Allah memperkenankan doa) sebak sungguh rasa hati. 


Ya Allah. Sebagaimana Engkau selamatkan kami dari banjir yang kami takut ini, selamatkanlah kami dari azab api neraka dan masukkan kami semua  ke dalam syurga bersama para Nabi tanpa dihisab. 

Sungguh hati sebak dengan ulangan hafazan pada hari itu. 


Doa saya sentiasa juga semoga Allah menjadikan hati kita, anak-anak, dan para pelajar, sentiasa memahami, menghayati, mentadabbur dan mengamalkan Al Quran. 


Amin. 

Wednesday, September 27, 2023

Apa di sebalik kehidupan kita di dunia ini?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 29/9/2021


Ketika saya memujuk hati sendiri agar percaya dengan penjagaan Allah. Usah terlalu risau dan sedih, saya terbaca post Facebook oleh sahabat sekuliah di Syria dulu, Ummu Huda:


Ini postnya yang terus memujuk hati saya bahawa dunia ini adalah tempat kita diuji, bersyukur dan sabarLaH

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4608917775837809&id=100001588959200&sfnsn=mo


Yang mana satu ujian?


Pagi tu dalam perjalanan ke sekolah.., dalam keriuhan anak-anak di belakang tiba-tiba kak long bersuara ..


Kak long : Ummi Ummi, tengok makcik tu. 


Ummi : Mana? Kenapa ?


Kak long: Alah..Dah lepas dah.



Ummi : Oh..sorry kakak, ummi tak perasan sebab tengah memandu. Kenapa dengan makcik tu ?


Kak long : Kesian tengok makcik tadi tu. Pagi-pagi dah keluar kerja sapu daun-daun. Kak long nampak dia dah tua macam nenek tapi masih lagi kerja. 


Ummi : Allah...kesiannya. 


Kak long: Kenapa Allah tak bagi makcik tu banyak duit supaya dia tak susah-susah kerja. Kenapa Allah bagi dia susah?


Ummi : Hurm... Ummi jadi teringat sesuatu pulak. Nak dengar tak?


Huda : Nak nak.


Ummi : Surah Al-Fajr, ayat15:

فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ


Maka kebanyakan manusia apabila diuji olehTuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"


Surah Al-Fajr, ayat16:

وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ


Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"


Dalam ayat ni Allah cerita tentang kira-kira manusia.


Bila ikut kira-kira manusia, dia beruntung dan Allah muliakan dia bila dia kaya, sihat, cerdik, cantik dan serba serbi sempurna pada pandangan manusia. Yang memandang pun pasti iri hati dan berkata alangkah beruntungnya dia..


Sebaliknya bila seseorang itu miskin, ditimpa penyakit, kurang cerdas atau kurang sempurna anggotanya pasti dia akan kata kenapalah Allah uji aku dengan macam-macam ujian. 


Tapi sebenarnya kan...keduanya merupakan ujian dari Allah.


(Ummi ulang baca ayat tadi)


Perhatikan penggulangan perkataan ابتلاه

 ابتلاء ini dalam bahasa arab maksudnya ujian. Allah uji dia iaitu manusia pada ketika senang dan susah. Tapi manusia faham masa senang Allah muliakan, masa ditimpa kesusahan Allah menghina dia.


Susah itu ujian senang pun ujian. Setiap kita diuji dengan ujian yang berbeza bergantung pada kemampuan kita. Macam kakak kat sekolah la, kan last week exam. Pelajar tahun 5 soalannya lagi susah dari tahun 4. Tahun 1 lagi senang dari tahun 2. Semua tak sama kan? sebab kemampuan pelajar setiap tahun berbeza. 


Ujian Allah untuk manusia pun tak sama. Ada yang Allah uji dengan harta banyak nak tengok syukur tak dia, banyak mana orang yang turut dapat merasa senang dengan hartanya, dan itu mungkin ujian yang paling layak dengan kemampuannya.


Ada orang yang Allah uji dengan susah bagi melihat sejauh mana dia bersabar dengan kesusahannya dan terus menerus berusaha untuk keluar dari kesusahan itu. Itu mungkin ujian yang paling sesuai dengannya.


Kak long : Oh...Allah tahu yang terbaik kan ummi?


ummi : Ya betul tu.


Cuma kita kena selalu doa supaya Allah tidak membebankan kita dengan ujian yang tak mampu kita tanggung.


Surah Al-Baqarah, ayat 286:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan iajuga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang 

telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".


Kak long : Tapi kakak rasa tak ramai yang mampu tahan dengan ujian susah. Masa exam hari tu pun rasa seksa sangat nak bagi cepat-cepat habis. Rasa geram kat cikgu pun ada kenapalah cikgu buat exam ni. Kan best belajar sahaja. 


Ummi : Hehe..Exam tu untuk cikgu tahu sejauh mana pelajar dia faham dan ujian itu untuk manusia buktikan bahawa dia betul-betul kenal dan yakin dengan Allah bukan sekadar cakap sahaja.


Kalau kakak nak tahu ramai manusia yang kembali bergantung, yang kembali dekat dengan Allah, yang kembali cari Allah untuk berpaut saat dia diuji dengan kesusahan. 


Ibarat orang yang bila sakit baru cari doktor. 


Kak lang : Macam masa sakit gigi hari tu jumpa dentist? 


Ummi : Ya, dentist tu cucuk gusi kak lang kan korek-korek yg hitam-hitam tu tampal balik lubangnya kan. Sakit tak?


Kak lang: Sakit sangat ummi. 


Ummi : Tapi kak lang tak marah doktor kan sebab kak lang tahu kalau doktor tak buat macam tu mesti tak boleh tidur, tak boleh makan sebab sakit gigi kan?


Kak lang : A'ah..Alhamdulillah, gigi kak lang dah ok. 


Ummi : Sama juga kita selaku hamba Allah asal mana kita faham ujian kesusahan dan kesakitan tu untuk bersihkan kita dari dosa-dosa dan semua penyakit hati yang menggagalkan kita ke syurga maka kita akan berterima kasih banyak-banyak pada Allah.


Sebaliknya ramai manusia yang gagal bila Allah uji dengan kesenangan, rupa paras yang baik, sihat tubuh badan, cerdas akalnya. Nikmat yang pelbagai buat dia jadi makin jauh dengan Allah. Dia jadi tersangat yakin dengan dirinya sehingga melanggar semua aturan Allah.

Kalau dia seorang pemerintah, kuasa dan kesenangan yang ada bukan untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi mengerah keringat rakyat.

Kalau dia seorang jelitawan, rupanya bukan untuk disyukuri dengan dipelihara sebaiknya auratnya tetapi didedahkan malah mengajak semua untuk turut serta. 

Kalau dia seorang genius dia malah mempertikaikan hukum hakam Allah dan mempersendakannya.


Mereka inilah orang yang sangat kasihan. 


Surah Al-Fajr, ayat 23:

وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ وَأَنَّىٰ لَهُ الذِّكْرَىٰ


Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?


Surah Al-Fajr, ayat 24:

يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي


Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"


Kak long: ( diam dan termenung )


Ummi : Terima kasih kak long tanya ummi pagi-pagi ni. Ingatan untuk ummi juga terutamanya. Asal susah je terus ingat barangkali inilah peluang untuk ummi tambah bekalan untuk ke syurga. Sekadar ibadah sahaja mungkin jauh dari mencukupi untuk melayakkan diri ke syurga Allah. Sabar, terus usaha dan tawakkal pada Allah. Bila senang pula lagi kena hati-hati takut-takut ada hak orang lain yang tak tertunai. Sangka baik selalu dengan Allah, insya Allah hati kita akan tenang. Insya Allah malam ni kita sambung cerita surah Alfajr. Sangat menarik..Masya Allah. 


Kak long : Yea..terima kasih ummi.


Ummi : Sama-sama sayang.


* Dialog 3 tahun lalu. Teringat bila dapat berita ramai sahabat yang diuji dengan berbagai ujian. Semoga kita termasuk mereka yang lulus ujian. Syukur ketika senang dan sabar ketika susah.

Monday, September 25, 2023

Memujuk hati

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 29/9/2021


Untuk mereka mengalami overthinking dan overworried seperti saya.


Berhari-hari memikirkan, merisaukan perkara yang belum terjadi.


Pagi ini berkata pada diri sendiri:


Dunia ni tempat kita diuji.





Diuji dengan ketakutan, kesedihan, kegembiraan, kesenangan.........


Semua yang Allah tentukan kepada kita adalah yang terbaik.


Tanggungjawab kita adalah usaha, doa, tawakal, syukur dan sabar. Natijahnya kita akan perolehi di Syurga sana. Amin

Saturday, September 23, 2023

Makan mesti licin

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 29/9/2021


Sejak dari kecil, abah ajar makan mesti sampai BERSIH LICIN.


Ia melatih kita agar tidak membazir, timbul rasa sayang kalau makanan terbuang begitu sahaja. Semua itu rezeki, ada keberkatannya. Sama-sama kita jaga, insyaallah



Rasulullah SAW apabila selesai makan, Baginda akan menjilat ketiga jarinya sambil bersabda: “Apabila suapan salah seorang daripada kalian terjatuh, hendaklah dia bersihkan kotoran (atau habuk) padanya dan kemudian memakannya. Jangan biarkan makanan itu untuk syaitan (dimakannya)”. Juga, Baginda berpesan kepada kami agar membersihkan sisa makanan yang berada di atas pinggan (habiskan). Baginda bersabda : “Kerana sesungguhnya kalian tidak tahu pada bahagian mana daripada makanan kamu yang mengandungi keberkatan." Riwayat Muslim (2034)

Thursday, September 21, 2023

Tamparan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/9/2021


Kita semua dalam medan ujian walaupun berbeza bentuk ujian-nya.


Kita adalah ujian bagi orang lain, dan orang lain juga adalah ujian bagi diri kita. Masing-masing saling diuji dan menguji.


Kenapa?

Inilah jawapannya:⬇️


((Dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya))Surah AL Furqan:20




Sungguh pada saat ini kami sekeluarga dalam realiti apa yang dicakapkan oleh Ustazah dalam kuliah ini.


Sungguh kuliah ini satu tamparan bagi saya.


Ya Allah..



Wednesday, September 20, 2023

Google Bard kenal kita?

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Saja try tengok apalah yang si Bard ni tau tentang kita (mengikut aktiviti maya kita. Aktiviti kita di medsos jadi kutipan data untuk simpulan AI.)




Baca boleh, percaya? Fikir banyak kali.🤣

Tuesday, September 19, 2023

Pengajaran kehidupan.

 بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 23/9/2021.


Bila abah sakit, banyak perkara tentang kehidupan yang saya renungkan.


Setiap kita ada ujian yang tersendiri untuk kita lalui dan lulus masuk ke syurga, insyaallah.


Ada orang tiada anak.

Ada orang inginkan pasangan.

Ada orang diuji dengan kesakitan.

Ada orang diuji dengan harta yang tidak kurang.

Semua kita diuji dengan aspek yang berbeza.


Kenangan indah



Janganlah juga kita melabelkan ujian orang itu adalah kerana dosa lampaunya, adakah kita ini suci dan tidak berdosa?


Ujian yang dilalui oleh orang lain juga adalah ujian kepada kita. Apakah tindak kita terhadap ujian mereka? Adakah kita peduli, bantu, atau kita buat tak tahu?


Moga kita semua berjaya dalam ujian.


Sunday, September 17, 2023

Jambu dan asam.

 بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 23/9/2021.


Antara nikmat yang saya perolehi ketika menziarahi abah sakit ialah dapat rapatkan hubungan dengan adik beradik dan mak abah yang selama ini sukar untuk pulang ke KL, lebih-lebih lagi ketika pkp.


Peluang untuk menetap di rumah mak selama seminggu juga adalah peluang keemasan untuk saya berbakti kepada mak walaupun sangat kurang bantuan yang saya berikan.


Anak-anak juga dapat bermesra dengan makwa.


Antaranya Ahmad Zaid yang menemani saya ketika tinggal seminggu di KL.


Selalu pagi-pagi Ahmad dan Maryam akan makan jambu atau epal cicah asam. Di rumah jarang makan begitu.


Ketika minggu hadapannya kami pulang semula ke KL, pagi-pagi bangun, Ahmad tanya kepada makwa: ada jambu dengan epal dan asam tak?

Membaca buku dalam perjalanan yang jauh

Fish And chips yang sedap

Wassap dengan abang Abbudey ketika mama dan baba berada di hospital


Ahmad ada juga tanya kepada mama dan baba. Tapi mama dengan baba kata: tunggu balik Kedah satgi. 


Tengok-tengok ketika kami bawa abah ke hospital, mak pergi pasar untuk beli jambu , epal dan asam.


Dijah cerita Maryam pun minta sama.


Mak pinjam duit Dijah kerana dompet mak ada bersama saya yang bawa abah ke hospital.


Walaupun kisah kecil sahaja, tapi kasih sayang seorang nenek kepada cucu itu berbekas dalam hati anak.


Semoga rahmat Allah SWT sentiasa bersama ibu ayah kita.



Friday, September 15, 2023

Mencari keluarga yang sempurna.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/9/2021.


Saya melihat kehidupan. Saya melihat keluarga-keluarga. Saya melihat diri sendiri.


Ada ketikanya kita membandingkan keluarga orang lain dengan keluarga kita yang kelihatan mereka jauh lebih bahagia.


Hakikatnya kehidupan ini adalah ujian.


Di sebalik kehidupan keluarga lain juga ada ujian. Mungkin kita hanya nampak kebahagiaan yang zahir. Kedukaan dan ujian mereka, hanya mereka yang tahu. Yang terasa hati, yang sentap, yang jauh hati, yang merajuk.....



Usah mencari keluarga yang sempurna kerana diri kita sendiri pun banyak kekurangan.


Perbaikilah diri dan doakan kebahagiaan orang lain.


Raikan dan tanamkan kebahagiaan, kesyukuran pada detik-detik indah walaupun kecil. Itulah keluarga yang bahagia.





Wednesday, September 13, 2023

Bakti yang masih belum sempurna

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/9/2021


Sungguh terasa betapa diri kita ini serba kekurangan.



Saya tengok video ustazah Hafizah Musa cerita pasal ayahnya meninggal baru-baru ni.





Ustazah cerita pasal berbakti pada ibu ayah yang tua.. rasa kita ni banyak sangat kurangnya. Tidak sabar. 


Sungguh terasa betapa hinanya diri kita ini tidak dapat berbakti sebaiknya kepada abah..


Biarlah catatan ini menjadi kenangan di masa hadapan.


Kesihatan abah kian memburuk sejak tahun ini.


Abah strok dan diabetes. Selepas kena pulih dari covid, abah selalu sesak nafas.


Mak banyak berbakti untuk abah.


Ada minggu yang abah menjerit-jerit selalu. Sehingga malam pun abah menjerit-jerit. Betapa mak sabar menjaga abah.


Ketika bawa abah check up di hospital. Kesian abah tunggu lama. Dari pukul 10 hingga pukul 1. Abah tak selesa dengan mask tu.

Sungguh inilah peluang untuk membalas jasa ibu bapa kita yang sudah sakit.

Di mata terbayang-bayang kenangan lalu ketika abah sihat.

Dulu kalau naik kereta, abah suka bersembang. Kita abah diam seribu bahasa.

Dulu abah yang merawat orang. Kini abah dirawat. Nak buat apa pun apa tak mampu.

Mungkin ini ujian untuk kami membalas jasa-jasa abah.


Monday, September 11, 2023

HAKIKAT KEHIDUPAN

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/9/2021


Setiap kali pulang dari ziarah abah di Kuala Lumpur, fikiran saya sentiasa memikirkan tentang erti sebenar kehidupan.


Bila bersendirian atau sedang tasmik dengan ustazah, fikiran ini melayang-layang memikirkan hakikat kehidupan. Hati terasa amat sayu.

Alhamdulillah Allah beri peluang untuk bawa abah check up di hospital


Hakikat kehidupan : Semuanya milik Allah termasuk diri kita. Bila tiba masanya, ia akan kembali kepadaNya.


Kecantikan, kekuatan, kesihatan, kepandaian, harta, rezeki, sanjungan, anak, semuanya tak kekal. Gunakanlah pada jalan yang boleh memberi faedah kepada kita di hari akhirat kelak.


Kebahagiaan pada hati yang bersyukur.

Saturday, September 9, 2023

Bimbingan guru

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/9/2021


Juz 6 adalah antara juzuk yang agak sukar bagi saya untuk mengulang semula hafazan pada minggu lepas. Hampir setiap mukasurat ada ayat mustasyabihat (ayat yang hampir sama dan meragukan)


Nasihat Ustazah agar ulang hafazan lebih 5 kali bagi setiap muka sampai YAKIN BETUL dan tak ada salah.


Ayat yang selalu salah dihighlightkan




Alhamdulillah. Ia makin lekat di hati.


Pesan ustazah: Pegang juzuk 6 ni betul-betul bila dah ingat, kalau boleh ulang setiap hari, kalau tak, akan lupa semula.


Begitulah, mendapat bimbingan daripada guru tasmik. 


Alhamdulillah. Semoga keberkatan Allah sentiasa bersama Ustazah Thuwaibatul Aslamiyyah. Amin

Friday, September 8, 2023

Reviu buku: KERANA AKU SAYANG. PENULIS: ANIQ MUHAIMIN

 


بسم الله الرحمن الرحيم


KERANA AKU SAYANG.


Saya habis baca buku ini dan rasa tajuk buku ini AMAT BERMAKNA.


Buku yang sarat dengan kisah ujian hidup penulis KETIKA REMAJA, memberi nasihat supaya pembaca dapat lalui dunia ini dengan SELAMAT. 



Bab cinta, pelajaran, kesihatan mental, Al Quran, ibadah dan banyak lagi. Ujian pada setiap fasa kehidupan, BUKAN HANYA REMAJA SAJA.


Ibarat sayang ibu ayah kepada anak-anak, sayang guru kepada pelajar-pelajar, sayang sahabat kepada sahabat dan lain-lain.

Thursday, September 7, 2023

Bila pelajar salah faham😅

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/9/2021


Habis tasmik dengan ustazah tadi, Ahmad mai dapur, sambil sengih-sengih habaq kat mama:


👦🏻: Mama, ustazah suruh Whatsapp gambaq Ahmad kat ustazah.


Rupanya ada cerita lain di sebalik tu... 



Ustazah minta gambar murajaah hafazan Ahmad masa cuti, bukan gambar Ahmad.😅🤣

Tuesday, September 5, 2023

Dahulu dan kini.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/9/2023


Dahulu, 

dia berusaha sepenuh hati,

demi membahagiakan keluarga.



Kini,

 giliran untuk membalas jasanya.

Ia tidak mudah.

Sungguh ia tidak mudah.

Moga Allah permudahkan.

Moga Allah berikan kesabaran dan ketabahan.


_Kincir air, Hama, Syria, 2003_

Sunday, September 3, 2023

SEMUANYA KERANA BANTUAN ALLAH.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/9/2021


Bila difikir-fikirkan, rasanya seperti tidak percaya dapat lalui perjalanan sejauh ini. Untuk tamatkan phD, Colocium, Viva, bentang seminar...


Kerana sejak dari kecil selalu diselubungi rasa takut, gabra, risau, stress...Setiap awal tahun akan gabra/stress untuk lalui perkara baru. Nak masuk kelas pensyarah baru pun takut.



Sampai sekarang pun, setiap hari kalau nak tasmik dengan ustazah, takut sangat kalau sangkut ayat.


Stress yakmat. Dok ulang-ulangkan dalam hati: janganlah sangkut ayat.😅


Dan kelihatan ia telah diwarisi oleh Abdullah😅. Abdul Rahman kelihatan lebih tenang.

Reviu buku: Diari Seorang Huffaz. Penulis: Aniq Muhai

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/9/23


Buku yang bagus. Bahasa yang mudah, santai.



Berbicara tentang pelbagai tips hafazan, cabaran dalam menghafaz Al-Quran, gangguan emosi, mental, hilang semangat menghafaz, kemurungan, perkara-perkara sensitif seperti merokok, couple enta enti, maksiat medsos dan macam-macam lagi.


Baik untuk bacaan semua pelajar dan remaja.

Friday, September 1, 2023

Bagaimana nak elakkan tidur lepas subuh

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/9/2021


Untuk mengelakkan tidur selepas subuh: Susun jadual harian.


Alhamdulillah, Allah izinkan kami lakukan semua ini dari PKP 1.0 disamping pengubahsuaian jadual mengikut kesesuaian.


Mula seawal pagi sebab bila matahari naik semua dah sibuk. Sibuk dengan 🐐, sibuk kemas 🏠, sibuk main. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.



1️⃣Solat Subuh

2️⃣Pengajian Hadis Riyadussolihin.

3️⃣Semua tasmik hafazan dengan mama baba.

 4. Kelas hafazan mama dengan ustazah.


Sedikit, tapi berterusan insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...