Showing posts with label binatang peliharaan. Show all posts
Showing posts with label binatang peliharaan. Show all posts

Sunday, April 7, 2019

Binatang peliharaan di Rumah

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 14/12/2018


Alhamdulillah, anak-anak suka bela bintang peliharaan di kawasan rumah bersama baba.

Antara yang ada ialah:
Ikan, ayam, kambing, itik, angsa dan kucing.


Membela kambing di hadapan rumah

Alhamdulillah, duduk di kawasan maahad ini, ada ruang untuk membela binatang peliharaan.

Ada yang orang bagi dan ada yang dibeli.

Sejak dahulu lagi selalu mereka mengikut baba  membela ikan, arnab, ayam dan burung merpati.






Kini lebih meriah lagi

Tolong bagi makan kambing

Banyak faedah dan kemahiran yang anak-anak dapat dari membela binatang peliharaan.

Mereka belajar erti tanggungjawab dan kasih sayang.

Mereka belajar tentang binatang.

Mereka belajar cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh haiwan peliharaan.


Ayam jantan yang jinak.

InsyaALLAH ia tidak menjadi hobi yang sia-sia, InsyaALLAH.

Alhamdulillah, satu nikmat ALLAH yang berharga. Haiwan yang ALLAH jadikan untuk manusia juga mampu menjadi terapi dan memberi ketenangan.

Alhamdulillah

Thursday, April 4, 2019

Ahmad Zaid Suka Belajar

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 14/12/2018

Alhamdulillah ketika cuti sekolah hujung tahun lepas, banyak masa kami dapat luangkan bersama anak-anak.

Alhamdulillah, banyak perkara yang dirasai.

Saya mula perasan bahawa Ahmad Zaid suka belajar, mungkin kerana setiap hari melihat abang-abang menghafaz Al-Quran dan belajar, dari situ, Ahmad Zaid juga sukakan belajar.

Sentiasa doa agar dapat lebih mengajar Ahmad Zaid (3 tahun)


Selain bermain dengan haiwan peliharaan di rumah, banyak perkara baru yang Ahmad Zaid pelajari
Ahmad mula belajar menulis.

Saya print beberapa kertas, dia sangat seronok tunggu kertas yang siap print keluar dari printer. Berlari-lari Ahmad pergi menuju ke printer


Belajar asas menulis

Saya juga mengajar Ahmad asas untuk menggunting, satu perkara yang perlu kanak-kanak pelajari.  Jika tidak, pasti akan kekok memegang gunting.

Seharian Ahmad Zaid seronok menggunting kertas.

Dan juga dia belajar menggunting mengikut garisan lurus




Lihat betapa Ahmad Zaid suka belajar, hingga buku hafazan abang pun diambil, tulis dan baca Surah Annas.

Mungkin kerana setiap hari melihat abang menulis catatan dalam buku hafazan dan menghafaz Al-Quran



Semoga anak-anak kita menjadi orang yang hebat di sisi ALLAH dan ikutan bagi orang yang bertaqwa. Amin

Friday, May 11, 2018

Nun jauh di sudut hati.....

بسم الله الرحمن الرحيم



Bila mama tengok gambar ini, terus terdetik dalam hati mama:
"Abang Abbudey dah besar."

Terbayang-bayang muka tembam bulat Abang Abbudey dalam minda mama.




Teringat mama post entri pertama dalam blog ini:

Allah....

Abang Abbudey dah besar. Mama pun makin tua.

12 tahun ini Abang Abbudey membesar depan mata mama dan baba.

Hampir setiap malam mendengar alunan hafazan Al-Quran Abang Abbudey.

Melihat kesungguhan Abang Abbudey menghafaz Al-Quran.

"Mama, lagi 6 mukasurat lagi hafazan Abang nak jadi 24 juzuk." Penuh semangat Abang Abbudey memberitahu prestasi hafazannya tanpa ditanya.

Mama benar-benar panjatkan kesyukuran dan pujian kepada ALLAH atas anugerah yang hebat ini.

Semua ini adalah antara tanda luasnya kasih sayang Allah kepada kita.

Sunnatullah juga menetapkan kita pasti akan berjauhan juga.

Berjauhan untuk menjadikan kita lebih hebat di sisi ALLAH.

Berjauhan untuk kita lebih dekat kepada ALLAH.

Berjauhan untuk lebih mengenali ALLAH.

Berkat kesungguhan Abang Abbudey menghafaz Al-Quran setiap hari, mama doakan semoga ALLAH memelihara Abang Abbudey dan adik-adik setiap masa di mana sahaja.

Semoga kita semua sentiasa dalam peliharaan ALLAH.

Tuesday, October 17, 2017

Perkembangan Ahmad Zaid 1 tahun 7 bulan

بسم الله الرحمن الرحيم




**Catatan ini adalah untuk merekod memori ketika anak-anak masih kecil yang pasti akan dirindui pada masa akan datang.

- 12/6/2017


Ahmad Zaid sekarang sudah berusia 1 tahun 7 bulan.

MasyaALLAH pelbagai kemahiran dan ilmu baru yang dimiliki dengan anugerah pemberian ALLAH.


1- Ahmad Zaid sangat suka ikut ke masjid.

Ahmad Zaid boleh ikut bersama ke masjid untuk menunaikan Solat Terawih. Ahmad juga suka memakai kopiah.

Sangat seronok bila tahu abang-abang dan baba nak solat di masjid.

Mesti nak ikut.


2- Suka membaca buku dan menulis. Paling suka lukis bola...
Kita pegang tangan dia dan lukis bola.

Jumpa pen dalam kereta pun tetap mahu menulis,
nasib baik ada kertas


3- Pandai sebut 'uwais' (nama sepupu) dan 'wan'

4- Sangat suka mencicah-cicah makanan dengan air dan bermain begitu

5- sangat suka dan ralit kalau dapat main tuang-tuang dengan sudu. Pindah-pindahkan barang atau makanan menggunakan sudu.

6- Sangat suka menjerit dan suaranya sangat nyaring

7- Suka makan kacang dan kerepek-kerepek

Setiap malam turut serta bersama abang-abang menghafaz
dan mengulang Al-quran

8- Suka membuat suara 'ha ha- hah ha- hah ha' ketika naik kereta sebab senang hati dapat naik kereta.

9- Sukakan kucing dan haiwan peliharaan yang lain.

10- Faham banyak arahan.
Suruh lap tangan.
Suruh pusing dan lompat (abang-abanglah yang suruh ni)
Suruh buang sampah.

Semoga membesar menjadi insan bertaqwa teladan bagi para mukmin.




Monday, May 1, 2017

Perlawanan rumput kemuncup

بسم الله الرحمن الرحيم

Mendapat ibu yang dibesarkan dalam suasana bandar dan ayah yang dibesarkan dalam suasana kampung, kemudian anak-anak yang membesar di kawasan taman perumahan yang tak berapa bandar dan tak berapa kampung sangat dapat memberi banyak info dan gabungan pelbagai maklumat.

Contohnya seperti rumput kemuncup.

Musim hujan ini rumput kemuncup naik dengan banyaknya.

Sejak kecil, apa yang saya tahu tentang rumput kemuncup ialah:
"Mesti dielak dan jangan lalu jika ada kemuncup, jenuh nak tanggalkan satu-satu daun kemuncup yang melekat di baju.:"

"Eeee buat apa tu?!"
Itulah pertanyaan saya ketika pertama kali melihat situasi di bawah ini...
Kemuncup dipadang dijadikan alat bermain.

Lagakan dan pusing-pusingkan.

Siapa punya daun kemuncup yang putus dahulu, dialah yang kalah.

Tidak pernah saya terbayang ia boleh dimainkan seperti ini

Abdullah syok dapat lawan daun kemuncup dengan baba


Tidak pernah lagi seumur hidup saya melihat orang bermain dan berlawan dengan daun kemuncup ini.

"Kami selalu lawan macam ni masa kecik-kecik dulu." Cerita baba.

Satu info (ilmu) yang baru untuk saya dan terus mengubah persepsi saya tentang kemuncup yang selalu saya jauhkan diri daripadanya. Rupa-rupanya ia juga adalah tumbuhan yang menyeronokkan.!

Saya dapat kaitkan peristiwa ini dengan apa yang kita ketahui dan ilmu kita.

Adakalanya apa yang kita tahu (persepsi dan ilmu kita) pasti akan berubah apabila datang pula ilmu yang baru yang kita perolehi dengan peredaran masa dan pertambahan ilmu dan pengalaman.

Janganlah kita menganggap diri kita sudap habis pandai dan sudah memiliki begitu banyak ilmu.

Jangan pula kita terlalu taksub dengan prinsip sendiri sehingga menghina orang lain, takut kelak kita yang sendiri akan terhina.

Nauuzubillahi min zalik.

Semoga kita semua dalam peliharaan Allah.

Sunday, September 4, 2016

Mahalnya hikmah sebuah persahabatan

بسم الله الرحمن الرحيم



Daripada keluarga ini, saya belajar banyak perkara.

Erti merendah diri dan tawadhuk.

Sehebat manapun dirimu, sifat merendah diri, tidak sombong bongkak itulah yang membuatkan dirimu nampak hebat.


Kehebatan seseorang itu akan lebih terserlah apabila dia merendah diri, mesra dengan orang ramai dan mudah didekati.

Begitu jugalah sebaliknya, kehebatan seseorang itu terhakis apabila sombong, bongkak, takabbur menyelubungi diri.

Akhlak yang mulia itulah yang meninggikan diri seseorang di mata orang lain.

Daripada keluarga ini, saya belajar erti mengikat kuat tali hubungan dengan Allah Subahanahu Wa Taala dengan memohon dambaanNya ketika orang lain dalam lena, ketika subuh belum menjelma lagi.


Ziarah kami ke Padang Sera pada raya Aidilfitri yang lalu

Daripada keluarga ini saya belajar erti memuliakan tetamu, erti ukhuwwah, erti persahabatan, erti keikhlasan yang jelas terpancar dari reaksi, tingkah laku, bahasa badan dan gerak tubuh seseorang itu.

Erti membantu dan menggembirakan hati orang lain.


Daripada keluarga ini juga, saya belajar erti semangat dakwah, mengajak orang lain kepada kebaikan dengan pelbagai jalan.

Erti usaha gigih dalam berdakwah.

Erti dakwah tanpa jemu.

Dengan pelbagai cara.

Tidak lokek menyebarkan ilmu dan pengalaman.


Saya melihat mereka.

Saya belajar erti kegigihan untuk meneruskan hidup.

Berdikari untuk hidup mulia dan tidak meminta-minta kepada manusia yang lemah.

Sebaliknya meminta dari yang Maha Memberi, Maha Mendengar dan Memahami isi hati manusia.

Saya belajar erti kecekalan menjalani kehidupan sebagai khalifah di bumi Allah.

Saya belajar erti bersungguh-sungguh dalam jerih perit kepayahan menuntut ilmu kerana hasilnya amatlah manis.

Kunjungan kami ke rumah mereka 10 tahun yang lalu.
ketika Abang Abbudey baru berusia setahun


Daripada keluarga ini saya belajar erti pentingnya ilmu, amal soleh, memuliakan orang-orang yang berusia. Banyak pengalaman dan kebaikan yang boleh kita dapat daripada mereka. 

Saya belajar hikmahnya dan nikmatnya merantau walaupun zahirnya kelihatan pahit, seksa,sengsara, duka dan air mata.

Terlalu banyak ilmu yang boleh didapati dengan melihat budaya masyarakat di negara lain.


Lihatlah nilai-nilai positif yang boleh kita dapat dari orang lain.

Kutiplah hikmah dan pedoman dari pengalaman dan hidup orang lain.

Kita sama sekali tidak sempurna.

Kita pasti ada kekurangan.

Allah sahaja yang Maha Sempurna.

Kesempurnaan itu bukanlah sifat makhluk.

Itulah antara hikmahnya seruan agar kita saling kenal mengenali.

Agar kita saling menyempurnakan kekurangan yang ada.






Semoga keluarga ini sentiasa dalam kebaikan, keberkatan, rahmat, kasih sayang dan di bawah naungan dan peliharaan Allah.

Allah jadikanlah apa yang tidak diketahui orang dalam keluarga ini lebih indah lagi.

Keluarga Kak Ummu Hani binti Abu Hassan.

Tuesday, March 29, 2016

Ahmad Zaid Di usia 4 bulan

بسم الله الرحمن الرحيم

Perbezaan umur antara Ahmad Zaid dan Abang Abdullah selama 8 tahun membuatkan kami banyak lupa tentang perkembangan bayi.

Dan semestinya perkembangan kemahiran bayi dari sebulam ke sebulan sangat menjadi perkara yang menyeronokkan dalam keluarga dan pasti menjadi memori indah akan dirindui. 

Abang-abang Ahmad Zaid pun cukup seronok bercerita tentang perkembangan baru adik mereka. Bagai cahaya yang menggembirakan di dalam rumah kami.

Bila ahmad zaid pandai bersuara buat pertama kali, Abang Abdullah terkejut dan mula panggil mama dan baba untuk menunjukkan kemahiran Ahmad Zaid mengeluarkan suaranya dan menjerit dengan kuat.

Kerana itulah, saya ingin mencatatkan perkembangan-perkembangan tersebut jika berkesempatan agar ia tidak lupa di masa hadapan.

Catatan ini tidak lain hanya untuk merakamkan kenangan indah bersama Ahmad Zaid di usia bayi di dalam keluarga kami.

Ceritakanlah yang baik-baik tentang anak-anak ini dan bersikap positiflah dengan segala perkembangannya, moga-moga Allah menjadikannya dan anak-anak yang lain insan yang bertaqwa di kemudian hari. 

Apalah lagi yang lebih berharga yang ingin dikejar selain taqwa.

Amin Ya Rabb

Perkembangan Ahmad Zaid di usia 4 bulan ini:


  1. Sangat memberi respon kepada sesiapapun. Tidak takut kepada orang asing. Jika Ahmad Zaid cukup tidur dan cukup kenyang, dia akan bergelak dan bersembang dengan siapa pun. 
      Kemudian dalam 10 minit, akan menangis minta susu dan tidur. Penat bersembang agaknya.
      Sudah pandai memberi respon
    1. Mengeluarkan bunyi (seperti 'engkee'. 'kho khe' dan bunyi menjerit seperti ikan lumba, hanya menggambarkan suara Ahamd Zaid)  dan menjerit-jerit bila ditayangkan flashcard alif ba ta. Seperti yang ditulis dalam entri yang lepas bersama dengan videonya, rujuk entri lepas untuk melihat videonya.
    2. Sangat memberi respon kepada alat permainannya. Sudah pandai mencapai alat permainan di Playgym dan menggenggam apa yang digemarinya.
      aktif bermain di Playgym.
      Playgym yang ditebus menggunakan point bonuslink.
      Tanpa perlu megeluarkan duit.
      Ini juga menyebabkan abang-abangnya seronok apabila melihat adik mereka sudah pandai memegang barang. Sebelum ini adik belum pandai memegang barang.
    3. Sudah mula pusing badan.
    4. Boleh duduk diam dalam stroller dan kelihatan suka dibawa berjalan dengan stroller.


      Belajar mengenali alam ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa

      Abang-abang akan bermain dengan Ahmad Zaid dengan menolak stroller di dalam rumah. Tetapi dipesan banyak kali jangan tolak laju-lajju dan berjaga-jaga.
    5. Masa tidur Zaid adalah masa untuk mama menulis tesis, buku dan lain-lain. Ketika Ahmad Zaid bangun, kami akan fokuskan untuk melayan dan berkomunikasi dengan Ahmad Zaid.
    6. Abang-abang juga bergilir-gilir tangguk Ahmad Zaid dalam buaian (jika Ahmad Zaid tidur)  sambil menghafaz Al-Quran setiap malam agar mama dapat tasmik mereka secara bergilir-gilir sambil melipat baju juga.

       Sambil mulut menghafaz Al-Quran, mata memandang AL-Quran, tangan menghayun buaian.
      setiap malam menemani abang-abang menghafaz Al-Quran dan membuat kerja sekolah
    7. Sudah makin menembam.

    8. Kelihatan seperti seorang yang mudah panas dan berpeluh-peluh.
    9. Sangat suka makan jari dan merasa semua benda dengan mulut

    10. Begitulah perubahan suasana dalam keluarga kami dengan kehadiran Ahamd Zaid.
    Insan yang bersama-sama membentuk Ahmad Zaid menjadi orang yang soleh, Amin
    Allah letakkanlah anak-anak ini dalam peliharaanMu dan biarkanlah mereka membesar dalam suasana Islam dan biah solehah agar kelak mereka menjadi insan yang bertaqwa yang ikhlas untuk menyebarkan agama Allah. Amin Ya Rabb

    Thursday, February 6, 2014

    Carta perkembangan umur anak arnab - ikut minggu

    بسم الله الرحمن الرحيم

    Berikut adalah carta umur dalah satu  anak arnab peliharaan mengikut minggu:

    sila klik untuk besarkan
    Setakat ini sahaja cartanya sebab lepas 5 minggu tu dah tak tangkap gambar dah..... malas le tu.....huhu

    Wednesday, December 11, 2013

    WW: Carta umur arnab peliharaan di rumah kami

    بسم الله الرحمن الرحيم
    * Maaf, guna arnab yang berlainan.

    Abbudey kata:
    "sehari dia warna merah, seminggu jadi hitam, 2 minggu jadi koko, dewasa jadi putih pulak....." 

    ..... bila setiap umur guna arnab yang berlainan....huhuhu

    Monday, November 11, 2013

    Perkembangan arnab di rumah

    بسم الله الرحمن الرحيم

    Alhamdulillah sepanjang kami memelihara arnab (dari sebulan sebelum Ramadhan rasanya) , pengalaman kami, sudah 3 kali arnab peliharaan melahirkan anak... ada yang mati, ada yang hilang  dan ada yang selamat membesar hingga ke hari ini.

    Ini adalah anak arnab yang terbaru, selepas 2 ekor yang selamat membesar ( seperti yang diceritakan di sini):


    warna putih
    ketika ini mereka berusia 2 minggu

    adik beradik

    Abdullah sangat suka main dengan arnab
    ini adalah carrot!
    kraf yang anak2 buat bersama sepupu mereka menggunakan pipe cleaner
    Set pipe cleaner yang dibeli beberapa bulan lepas.
    Pernah ditulis di sini:
    http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/04/craft-pipe-cleaner.html

    http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/04/hasil-dari-kraf-pipe-cleaner-lagi.html
    Mereka buat sendiri.


    sepupu2 anak2 turut suka bermain dgn arnab


    kecomelan yang terserlah
    Keadaan  anak arnabyang berusia bawah seminggu adalah sangat fragile. Selalunya kematian berlaku ketika ini.Sedih......

    ibu arnab dan anak2nya yang syok tidur
    ketika ini anak arnab sangat suka tidur.
    usia: dua minggu lebih


    TEKA TEKI:
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    V
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v


    berapakan arnab yang betul (hidup) dalam gambar ini?
    ini juga adalah hasil kreativiti anak2
    =)

    Monday, August 26, 2013

    Penambahan ahli keluarga kami =)

    بسم الله الرحمن الرحيم

    ALhamdulillah sebelum Ramadhan dulu kami menerima ahli baru dalam keluarga kami.

    Inilah mereka.
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v

    arnab2 yang diberikan oleh seorang sahabat


    Setakat ini semuanya ada 4 ekor.
    Doakan kesihatan dan kesejahteraan mereka ye
    =)



    Bagi saya membela binatang2 peliharaan dapat memberikan ketanangan hati dan kepuasan kepada kita. Haiwan2 ini juga kan makhluk yang banyak berzikir kepada ALLAH tanpa kita sedari.

    Lihat mereka makan, minum melompat, membuatkan kita seronok. Yang tak seronok bila kena bersihkan najisnya....huhu






    Abdullah amat berminat dgn binatang



    Abbudey pula menunjukkan keberaniannya memegang ulat gonggok
    ih ih ih......

    Thursday, February 14, 2013

    Kisah kucing dan Adik Abdullah

    بسم الله الرحمن الرحيم

    Dalam adik beradik saya, kesemua mereka 'amat' sukakan kucing KECUALI ......................................... saya!

    Tidak suka itu tidak bermakna benci, tetapi hanya tidak gemar...(haha)

    Tapi nampaknya adik Abdullah amat menyukai kucing.

    Di mana sahaja dia pergi, kalau jumpa kucing, pasti akan digosok manja kucing tersebut, kemudian terus bertanya:

    "Boleh tak kita bela kucing ni?"

    Jawapan standard selalu: "Nanti mama dan baba kucing ni cari dia tak jumpa."

    Sentiasa mesra dengan kucing di mana sahaja dijumpainya
    ini ketika di Taman Anggur di Perlis
    http://www.cinta-rasul.blogspot.com/2012/06/jln2-perlis-dan-kedah-jedan-perak-juga.html

    Anak kucing yang datang menumpang di laman rumah kami suatu masa dahulu...

    Semuanya hampir 11 ekor

    Kami beri kepada mereka air kosong, nasi yang direbus dengan ikan.

    Esoknya mereka beri kami 'hadiah' yang busuk...

    huhu



    hanya tinggal kenangan
    Abdullah sangat sukakan bintang peliharaan

    dua2 pun comel


    pokok kucing.

    Kucing ini beserta 5 ekor anaknya sentiasa melepak di laman rumah kami.

    Kadang2 mereka akan tinggalkan 'hadiah' untuk tuan rumah juga.

    Selalu Abdullah akan meminta untuk membela kucing dalam rumah.

    Katanya: "Adik nak bela kucing dalam rumah boleh tak? kesian kucing tak dak rumah."

    Jawapan standard: "nanti kalau kucing dan berak, siapa nak basuh, kucing kat luar rumah kan ada."

    Jawab adik pula: "Nanti dia 'ghiau' sebab tak dapat masuk rumah.


    Siapa ada solusinya? angkat tangan!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...