Saturday, May 31, 2014

Abdullah main puzzle Quranic Opposites

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaALLAH kali ini saya ingin berkongsi pengalaman keseronokkkan Abdullah bermain puzzle Quranic Opposites

saya pernah bercerita tentang produk ilmiah yang menarik ini di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2014/05/learning-roots-quranic-oposites.html
Abdullah meneliti dan membaca kepingan-kepingan puzzle ini

membaca




mencari pasangan puzzle yang sesuai
melihat memerhati memikir dan membuat pilihan yang tepat,
InsyaALLAH

Mengambil kepingan puzzle yang sepadan



Kepingan2 puzzle yang Abdullah telah selesaikan dan susun rapi
Kanak-kanak yang suka menyusun sangat enjoy dengan aktiviti bersama puzzle Quranic Opposites ini , InsyaALLAH

Antara faedah yang boleh didapati dari permainan puzzle Quranic Opposites ini:

1- Mengajar anak membaca bahasa arab dan bahasa Inggeris

2- Memperkenalkan dengan perkataan-perkataan yang terdapat di dalam Al-Quran

3- Memperkenalkan perkataan berlawanan

4- Keseronokkan menyusun, mecari dan mencantumkan puzzle

5- Melatih minda mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah.


jumpa 1 lagi pasangan perkataan yang berlawanan


Keseronokkan bila dapat menyelesaikan semua kepingan puzzle
ALhamdulillah
=D
Oh, lupa saya nak ceritakan, puzzle ini ada bahan yang berkualiti, jadi InsyaALLAH ia akan tahan lama walaupun dimain berulang-ulang kali, InsyaALLAH

Warna dan gambar yang menarik cukup untuk menarik minat kanak-kanak bermain sambil belajar . =D


InsyaALLAH jika berkesempatan, saya akan menyiarkan video keseronokkan Abdullah bermain puzzle Quranic Opposites ini, InsyaALLAH

Thursday, May 29, 2014

DISIPLIN Cuti Sekolah

بسم الله الرحمن الرحيم


Setiap kali masuk musim cuti sekolah, terasa mahu buat entri tentang pengisian masa yang berfaedah ketika musim cuti sekolah, dengan harapan moga kita dapat memanfaatkan masa yang akan disoal di hari kiamat dengan sebaiknya



Ya, disiplin bukan hanya di sekolah sahaja.

Ibu bapa perlu tunjukkan kepada anak-anak contoh displin yang baik

+ ajar anak jangan tinggalkan solat 5 waktu
ajak solat berjemaah bersama2


kalau boleh baca berjemaah selepas maghrib masa cuti sekolah ini amatlah baik

anak-anak jadi tak tentu arah bila tiada aktiviti nak dibuat, last2 mengadap tv sahaja

beli bahan bacaan dan sentiasa perbaharui

sama2 berkongsi aktiviti masa cuti

bercerita, bermain bersama, membaca buku, pergi main di padang

dan banyak lagi

berjalan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan , menambah ilmu dan meningkatkan pengalaman.

serta menghilangkan stresss....


Perkongsian si FB Dr.Syukri Abdullah.


Sumber:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=869797433047144&set=a.125868004106761.19590.100000506854637&type=1&theater

Moga kita semua menjadi orang yang bermanfaat dan memberi manfaat kepada dunia luar, InsyaALLAH

Tuesday, May 27, 2014

Info Buku: ALLAH Sayang Kita

بسم الله الرحمن الرحيم


Buku kali ini dipilih oleh Abang Abbudey di MPH Amanjaya Mall kerana tertarik dengan gambarnya dan juga kerana ia agak sama dengan buku Siri Anak Muslim yang pernah kami miliki. (baca di sini)

Jadi sebab dia lihat nak sama dengan buku siri anak muslim, jadi dia pun nak menambahkan koleksi buku-buku bacaannya.

gambar yang comel menarik minat anak-anak mencapai dan membelinya

muka belakang

keluaran ana muslim sdn bhd
buku2 terbitan syarikat ini selalu comel2 dan menarik minat anak2 untuk membelinya

harganya

Antara yang saya suka dengan buku ini ialah kerana banyak unsur-unsur Islam yang diajar dalam buku ini termasukkan perkataan-perkataan zikir yang baik seperti di bawah ini:

astagfirullah


assalamualaikum

waalaikumussalam



Alhamdulillah
terdapat juga glosari

Saya dapat agak tentu lepas ini anak-anak akan berminat untuk membeli lagi buku lain dalam siri ini.

ALhamdulillah satu lagi bahan bacaan yang penuh dengan unsur Islam yang bagus untuk anak-anak.

ALhamdulillah

=)

Sunday, May 25, 2014

Info Buku: Siri Mata: Selamat Hari Jadi Cik Dino & Sang Jerung Yang Angkuh

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah buku-buku cerita comel yang dipilih oleh Abdullah di MPH Amanjaya Mall

Buku ini sangat comel dengan adanya googly eyes. Amat menarik minat anak-anak untuk membacanya.

Lebih-lebih lagi dengan gambarnya yang menarik dan berwarna warni


Abdullah pilih 2 tajuk ini

muka belakang

harganya:
rm12 - sekupang

isi kandungan yang comel

perkataan dwi warna memudah pembaca cilik untuk membaca




tulisannya juga agak besar memudahkan anak-anak membaca dengan jelas






Abdullah begitu tekun membaca buku-buku pilihannya.

ALhamdulillah dia kelihatan begitu seronok dengan kemahiran membacanya

ALhamdulillah nikmat ilmu yang ALLAH kurniakan

Friday, May 23, 2014

LEGO Kapal Perang 381 pcs

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah hadiah sempena Abang ABbudey habis Surah Ruum pada bulan lepas.

Lego (bukan jenama Lego) kapal perang yang mempunyai


Tapi kali ini kerana besar sangat, terpaksa meminta pertolongan baba untuk menyiapkan Lego ini. Abbudey mampu membuat separuh darinya.

              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

hasil yang dah siap..
mengambil masa 3 hari juga untuk siapkan
Yang penting kesungguhan dan fokus untuk menjayakan sesuatu






Moga ia menjadi perkara yang bermanfaat kepada anak2, Amin

Jom Khatamkan Surah Al-Kahf

Wednesday, May 21, 2014

HADIAH YANG PALING BERHARGA

بسم الله الرحمن الرحيم







Monday, May 19, 2014

Learning Roots: Quranic Oposites

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara barang saya kirim pada kawan saya(pernah diceritakan di sini) yang masih belum saya cerita ialah Quranic Opposites Puzzle.

Mendengar sahaja namanya sudah membuatkan kita tertanya-tanya apakah barangannya kan?

Inilah barangannya:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kotak yang comel dan menarik

jangan dilangkah dan diletak merata ye kerana mengandungi ayat al-Quran

menerangkan isi barang dalam kotak ini

meletakkan rujukan surah untuk perkataan yang terdapat dalam puzzle

terdapat 48 keping puzzle untuk perkataan yang berlawanan.

Puzzle ini sangat comel dan seronok anak-anak bermain dengannya.
Dapat menerangkan juga perbezaan dan pasangan-pasangan makhluk ALLAH yang ALLAH sebutkan dalam Al-Quran

Contoh:
Syurga - Neraka
Senang - Susah
Pagi - Malam


Belajar mendalami Al-Quran dengan santai. Menerapkan ilmu-ilmu Al-Quran dalam kehidupan seharian kita.

InsyaALLAH saya akan menceritakan bagaimana seronoknya anak-anak bermain dengan puzzle ini pada masa hadapan INsyaALLAH.

Boleh beli dari rakan saya di sini: https://www.facebook.com/byummwaliyya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...