Tuesday, October 28, 2014

Pengalaman anak-anak menyertai Pertandingan Amal Islami HESA 2014

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah pada 25 September yang lalu , anak-anak berkesempatan menyertai Pertandingan Amal Islami HESA 


Anak-anak belajar erti bersungguh dan erti pertandingan, ada menang dan ada kalah.


Bersyukur jika menang.

Redho dan terus berusaha, tidak berputus asa jika gagal.

Abang Abbudey masuk bahagian Hafazan


Abdullah pula berusaha untuk acara nasyid bersama rakan-rakannya


Alhamdulillah pengalaman yang berharga untuk anak2

Saturday, October 25, 2014

Membantu anak menghafaz Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah beberapa bulan Abang Abbudey berhenti menghafaz hafazan baru (RUJUK CERITA DI SINI) , untuk menguatkan ingatan terhadap hafazan lama, Ustaz halaqahnya memberi green light untuk mula menghafaz semula hafazan baru setelah hafazan lamanya sudah agak kukuh.

Maka Abdul Rahman mula menghafaz Surah baru iaitu Surah Al-Qasas (RUJUK SINI)

Untuk mempermudahkan Abang Abbudey menghafaz ayat-ayat yang panjang2 dan Surah-surah yang panjang, seperti biasa semnejak kecil, saya akan sentiasa memasang audio untuk dia mendengar Surah tersebut.

Bila dah biasa dengar, InsyaALLAH langkah untuk menghafaz akan menjadi lebih mudah , InsyaALLAH


Kali ini saya senang untuk download mp3 Surah Al-Qasas dan Surah An-Naml yang bakal dihafal selepas habis Surah AL-Qasas ke dalam HP






Dengan ini mudah untuk sentiasa memperdengarkan Abang Abbudey menghafaz Surah2 baru, INsyaALLAH

ALLAH jadikan anak-anak ini antara hamalatul Al-Quran, menghafaz , mengajar dan mengamalkan AL-Quran, Amin Ya rabb

Tuesday, October 21, 2014

Percutian Kali Kedua Di Tok Aman Bali, Kelantan

بسم الله الرحمن الرحيم

Kami pernah datang ke Tok Aman Bali pada penghujung Tahun 2012 , (RUJUK SINI). Tapi tahun ini Abang Abbudey buat permintaan untuk datang ke sini lagi kerana teringatkan keseronokkan berada di sini.



Jadi pada pertengahan Bulan September yang lalu kami datang ke Tok Aman Beach Resort sekali lagi.

Tempat yang tenang
Tiada maksiat mata (InsyaALLAH)
Banyak aktiviti untuk kanak2
Menyeronokan

Abdullah bermain di play room



kami request bilik yang dekat dengan s/pool dan tingakat bawah ketika booking
Tiada halangan untuk memakai t-shirt dan seluar panjang ketika berenang




pemandangan yg menenangkan , MasyaALLAH

Basikal KMX yang digemari anak2

menembak paint ball


Anak2 tak pernah jemu bagi makan kepada binatang





Alhamdulillah percutian yang menyeronokkan. Mengeratkan lagi hubungan bersama anak-anak InsyaALLAH. Amin Ya Rabb

Saturday, October 18, 2014

Belian Buku Bulan Oktober 2014

بسم الله الرحمن الرحيم

Berikut adalah hasil belian bahan bacaan untuk anak2 untuk Bulan Oktober 2014

Buku pilihan ABdullah.
Buku ini sangat menarik


Bila lihat mukasurat ini terus Abdullah terkejut dan kata:
"Kita pun pernah pi sini, PUSAT SAINS NEGARA,  KL ."
RUJUK CERITA DI SINI

harga dan muka belakang

Buku ini pun pilihan Abdullah

Abdullah sangat suka dengan buku bertemakan haiwan







Ini buku pilihan Abang Abbudey
Buku ini sangat bagus,
Bertemakan Islamik
Menegur sifat mazmumah dalam diri anak2

Sangat bagus buku ini, MasyaALLAH





MasyaALLAH
Sangat suka melihat naka-anak membaca

ALLAH suburkan minat membaca dan cintakan ilmu dalam hati kita semua. Amin

Wednesday, October 15, 2014

WW: Mahabbah bersama Ustaz Azhar Idrus

بسم الله الرحمن الرحيم

Ustaz Azhar Idrus ziarah ke rumah Pak Ndak pada 18/9/2014 yang lepas.

Alhamdulillah peluang keemasan bersama para ulama dan solihin. Moga mendapat keberkatan bersama mereka.








kemeja berkolar bermotifkan Gaza.
ALLAH bantulah saudara seagama kita

Saturday, October 11, 2014

Kebahagiaan membaca

بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat kembali menulis semula untuk blog cinta-rasul ini, InsyaALLAH..

Banyak perkongsian yang akan cuba disampaikan lagi InsyaALLAH selepas  hampir 2 bulan bercuti menulis.


ALhamdulillah antara nikmat kebahagiaan yang sangat suka ialah melihat anak-anak tekun membaca. Satu suasana yang sangat seronok ALhamdulillah.

Kerana itu jugalah saya menyarankan kepada pembaca blog ini supaya memperuntukkan sebahagian duit bulanan kita untuk membeli bahan bacaan untuk anak2. Kalau rm50 sebulan pun cukup untuk membeli bahan bacaan bulanan untuk anak-anak.

Sangat suka mendengar Abdullah membaca buku dengan suara yang kuat

Apabila Abdullah membaca buku, kami semua akan tumpang mendengar.

Abang Abbudey sedang leka mendengar Abdullah membaca buku.

Jika masa kecil, kita yang membaca buku untuk anak2, sekarang anak2 pula membaca buku, dan kita menjadi pendengarnya


tidak sabar untuk membaca buku yang dipilih

Bahagikanlah juga bahan bacaan kepada santai,  ilmiah, dan juga islamik untuk anak-anak.

Menjadi kebahagiaan juga apabila bersama anak2 memilih bahan bacaan di kedai buku setiap bulan.



Minat membaca perlu dipupuk dari anak kecil lagi. Jika buku di rumah sudah banyak, boleh sahaja dipanjangkan pahala dengan sedekah ke perpustakaan sekolah atau mana sahaja. Selagi orang membacanya dan mendapat ilmu dari buku yang kita sedekahkan selagi itulah kita mendapat pahala. Mudah sahaja kan?
Abang mendengar adik membaca.

Anak-anak akan terus teruja  membaca buku yang dibeli dalam kereta sebelum sampai ke rumah


Moga anak-anak terus istiqamah pada minat membaca dan ALLAH kurniakan ilmu yang bermanfaat untuk kita semua. Amin,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...