Tuesday, January 26, 2010

jangan tak tahu dan tak ambil tahu

Dalam mengharungi hidup di atas bumi Allah ini, kita akan melalui byk peringkat masa...Semuanya berubah dengan begitu cepat dan kita tidak dapat lari dari mengikut arus peradaran masa...

Antara salah satu arus peredaran masa yang terlalu pesat dan cepat ialah teknologi..Klu nak bandingkan zaman anak2 sekarang dan zaman kanak2 kita mmg amat berbeza...terutama dgn komputer, internet dan gamenya.

Sebut pasal internet, mengingatkan aku ketika di Syria, setiap tahun kami di kuliah dakwah akan diberi tugasan membuat halaqah bahas. Dan proses membuat bahas tidak lari dari membuatkan kami terpaksa bertapa di dalam maktabah.



Ini sgt berbeza dgn suasana membuat bahas di malaysia, di mana aku terpaksa bertapa di hadapan laptop. Byk bhn yg blh di dapati dr internet...termasuklah terjemahan menggunakan google..

Bagi aku, menggunakan GOOGLE TRANSLATE amat memudahkan kerja dan kdg2 boleh menyebabkan otak berkarat krn malas utk memikir...tapi semua itu tidak dipedulikan bila mengejar masa....

Tp, w/pun mggunakan terjemahan google, tp ia taklah 100% tepat...pengatahuan dlm kaedah n nahu bahasa arab sgt penting...jd x bolehlah pelajar skolah yg diberi kerja rumah insya' mngarang dlm bahasa melayu n terjemahkan guna google. Krn ia mgkin mengakibatkan anda mendapat 0%.



Apa2pun, seperti kata2 Al-Kindi yg termaktub dlm ktb falsafah دراسات في فلسفة الاسلامية للسيد محمد عقيل بن علي المهدلي(yg telah dibaca shingga tergaru2 kpala): Jgnlah kita menafikan sesuatu perkara yg baik tu walau dr manapun asal dan unsurnya... (paham x? klu x tak paham, sila tya ustaz falsafah.)

((الحكمة ضالة المؤمن، اينما وجدها التقطها))

Tuesday, January 19, 2010

Hairan tak?


HAIRAN KAN....ramai orang yg cepat melenting bila tahu ada org yg mngata dia, tp bila dia mengata org lain, x pikir pulak hati ord lain.



HAIRAN KAN....Ramai org yg rasa resah gelisah nak sedekah $5 @ $10. Tp klu beli jajan (makanan ringan) $50 pun takpe..

HAIRAN KAN... ramai org suka mengungkit2 kebaikan yg dilakukannya terhadap seseorang bila bergaduh dengan org tersebut, ttp dia x igt pula kebaikkan yg pernah dilakukan oleh org itu kepada dia (yg mungkin lebih byk)



hairan..hairan...

Semuanya menjadi hairan bila berlandaskan hawa nafsu dan tidak BERTAQWA!!!!

Tuesday, January 12, 2010

عودة إلى مقعد الكلية.

الحمدلله، أخيراً قبلنا (أنا وزوجتي) لالتحاق بكلية أصول الدين في الدراسات العليا بالجامعة الانسانية في ألور ستار.

إن الدراسة في مكان جديد في اليوم الأول تجعلني أتذكر يوم عندما كنت في مقعد كلية الدعوة الاسلامية بمجمع الشيخ أحمد كفتارو. وخاصة المادة التي أخذنا هي الفلسفة وعلوم القرآن ومقارنة الأديان.

ولمرة أخرى، بدأ عهد الدراسة ومطالعة الكتب بجد . وأدعو الله أن يجعلنا من المتفوقين في الدنيا والآخرة ويرزقنا من حيث لا يحتسب.



KEMBALI BERGELAR PELAJAR!

Alhamdulillah. Segala pujian dan syukur dipanjatkan kepada Ilahi apabila urusan permohonan untuk menyambung pengajian M.A Di Kolej Universiti Insaniah berjaya.

Maka, pada hari sabtu yang lepas, dengan penuh semangat dan sedikit rasa cemas, aku dan isteri aku kembali duduk mendengar syarahan sheikh, walaupun dalam suasana yang agak berbeza.

Pagi-pagi lagi kami telah disajikan dengan subjek Falsafah dan kemudian Ulum Quran dan Muqaranah Adyan.



Mulai saat ini, kini kami kembali semula ke zaman belajar dan mengulangkaji kitab dengan bersungguh2.

Aku berdoa semoga Allah menjadikan kami orang2 yang cemerlang di dunia dan akhirat dan menganugerah REZEKI yang ‘tidak terhingga.’

Thursday, January 7, 2010

PETIKAN BUKU: TIGA LANGKAH MUDAH DIDIK ANAK MENGHAFAL AL-QURAN

LANGKAH PERTAMA: PERDENGARKAN.


Setelah jiwa kita disegarkan dan dimotivasikan dengan ganjaran-ganjaran istimewa yang telah Allah janjikan bagi orang yang membaca dan menghafal al-quran, tentu sekali rasa berkobar-kobar untuk mengetahui langkah pertama untuk merealisasikan impian murni kita.


Biasanya langkah pertama itu adalah langkah yang terpenting dalam apa jua bidang, tanpa langkah pertama, tidak mungkin kita akan sampai ke destinasi tujuan kita.

Penulis meletakkan langkah pertama dalam menjadikan anak seorang penghafal al-quran ialah dengan menggunakan pancaindera telinga yang dianugerahkan Allah dengan sebaik-baiknya.

Secara normalnya, manusia dianugerahkan Allah lima pancaindera untuk hidup di atas mukabumi ini. Telinga adalah salah satu daripadanya dan ia juga merupakan pancaindera yang paling awal berfungsi berbanding yang lain.


Jika kita lihat pada kajian yang mengatakan bahawa bayi itu dapat mendengar walaupun dia masih di dalam perut ibunya. Begitu juga apabila si bayi lahir ke dunia, telinga lebih dulu berfungsi berbanding mata yang agak lambat dan mengambil masa untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah. Begitulah Maha Kuasa dan berhikmahnya penciptaan Allah.


Kerana itulah, ada teori yang menggalakkan ibu bapa memperdengarkan bayi yang di dalam kandungan itu dengan muzik yang lembut-lembut. Ada juga yang menyarankan supaya si ibu selalu berbual dan berkomunikasi dengan anak yang di dalam kandungannya agar dapat mengeratkan hubungan.


Di sini penulis ingin, meng’islamik’kan sedikit saranan berikut agar bayi yang lahir itu akan menjadi muslim yang sejati yang berbangga dengan Islamnya. Ibu yang mengandung itu digalakkan banyak mendengar dan memperdengarkan bacaan al-quran kepada bayi yang di dalam perutnya di samping memperbanyakkan juga bacaan al-quran.


Dari sini, ibu bapa bukan sahaja dapat memperkenalkan dan membiasakan bayinya mendengar bacaan al-quran, malahan juga dia dan menjadikan dirinya contoh teladan kepada anaknya yang bakal melihat ibunya sering membaca al-quran dan seterusnya mencontohinya.


Langkah pertama ini mestilah dilakukan sekerap mungkin dan setiap hari. Ia juga perlu dilakukan berterusan walaupun sesudah bayi itu lahir ke dunia. Lebih-lebih lagi apabila bayi itu lahir ke dunia dan dia terus diperdengarkan dengan bacaan al-quran dia akan membesar dalam suasana yang al-quran yang mulia.


Janganlah ada alasan untuk sering memperdengarkan bacaan ayat-ayat al-quran kepada anak kerana banyak jalan dan inisiatif yang boleh digunakan pada masakini. Kalaupun si ibu tidak boleh membaca al-quran kepada anaknya, dia boleh membuka radio, memasang kaset, komputer yang mengumandangkan bacaan al-quran atau apa sahaja alat untuk memperdengarkan bacaan al-quran kepada anaknya.

Perdengarkanlah ayat al-quran sekerap mungkin walaupun anak itu sedang bermain kerana pada hakikatnya telinganya dapat menangkap bunyi-bunyi yang ada disekelilingnya. Oleh sebab itulah, tanpa kita sedar terkadang kita tidak perasan bagaimana anak-anak boleh menghafal lagu-lagu seperti lagu iklan yang sering bermain di televisyen. Ini kerana peti televisyen itu sentiasa terpasang. Walaupun anak itu sedang bermain, tetapi otaknya dapat menghafal apa yang terpasang di dalam televisyen itu jika sering diulang-ulang.


(Dari petikan buku: "3 langkah mudah didik anak menghafal al-quran" oleh Amri Mohd Nason dan Aishah Hashimee yang bakal diterbitkan InsyaALlah.)

Saturday, January 2, 2010

MENJEJAKI ISLAM DI BUMI KENYALANG

Suasana Islam di Sarawk tidaklah semeriah di Kedah. Amatlah sukar untuk melihat orang perempuan bertudung dan orang lelaki berkopiah di jalanan, apatah lagi yg bertudung labuh.
Begitu juga gerejanya lebih byk dari masjid yg jrg2 sgt kelihatan. Malahan, masjidnya juga kecil.
Sebuah masjid berdekatan dengan waterfront
Tetapi alhamdulillah sepanjang kami di sana kami dapat bersama2 menunaikan ibadah bersama masyarakat di sana termasuklah bersolat jamaah w.pun hya di rumah. Kami juga sempat bersolat jumaat di sebuah masjid berdekatan dengan kediaman kami di sana berimamkan seorang ustaz yg juga berasal dr Kedah tetapi menetap di Sarawak. Namun aku dapat rasakan untuk menjalankan dakwah Islam di bumi kenyalang ini adalah satu cabaran yg amat susah. Klupun ada ustaz yg sudi menyampaikan kuliah di masjid2, blum tentu ada pendengarnya....

KECILNYA DUNIA INI
Siapa sangka semasa percutian kami di Sarawak, secara tidak langsung aku mengetahui anak Hj.Yusuf yang sentiasa membawa kami ke sana ke mari dengan Unsernya itu adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Islah. Iwan (yg aku tidak tahu nama sebenarnya) baru shj selesai SPM tahun lepas setahu aku sempat bersekolah di Islah dalam ting.2 seatu masa dahulu.

Iwan (berbaju belang) menolong memunggahkan bagasi dari van
Selepas itu keluarlah nama Mlmh Che Mahani, mlm n mlmh2 yg lain, Al-Munzir, Irfan dan bekas sahabat2nya di sana.

UJIAN MUSAFIR BERSAMA ANAK KECIL

Alia n Abdullah
Membawa anak kecil dalam perjalanan yg jauh sebenarnya bukanlah satu perkara yg mudah. Kena byk bersabar dan adakalanya menyebabkan ibu bapa hlg sabar apabila keletihan.
Abdullah dengan perangai berguling2 kerana merajuk dan marah
Begitulah keadaan aku ketika di Sarawak. Biasalah budak2, bila panas dan keletihan tentu akan meragam hgga memeningkan ibu bapa.

Abbudey yg gian untk membawa bot
Lebih2 lg Abdullah yg baru brusia setahun. Namun semuanya memberi pengalaman musafir kepada kami. Kalau takda kesusahan, tiadalah kesenangan.

Aksi menyalin pampers di water front.....huhuhu
Tetapi, terasa kelakar dan seronok melihat Abbudey keseronokkan apabila dapat menaiki kapal terbang dan berjalan2 di Sarawak.
Abbudey yg merenung bumbung kapal terbang
Loghat Abbudey bertanya itu dan ini, bernasyid dan rancak bercakap.
Manahan Abdullah dari terjun ke dalam sungai
Begitulah sedikit sebanyak pengalaman aku sekeluarga selama seminggu di Sarawak.

Pakcik yep n Abbudey
Memang benar perjalanan dan pengembaraan byk memberi pengalaman dan mendewasakan kita. Melihat kehidupan dan budaya masyarakat lain byk memberi kematangan minda. Itulah kelebihan org yg mengembara ke tempat lain.

                                  LAGI TEMPAT MENARIK YANG PATUT DILAWATI

Abbudey yg kepenatan dan cemuih menunggu kapal terbang x sampai2 lg ke Airport Penang....
Kerana itu jugalah, aku memasang impian untuk terus mengembara termasuklah ke Eropah dan negara Barat, melihat ciptaan Allah, menekuni makhluknya yg bernama manusia, mengetahui budaya masyarakat lain. Semua itu menambah ilmu dan menajamkan pemikiran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...