Monday, December 30, 2019

Kesukaan Ahmad Zaid pada ketika ini

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri kali ini ditulis pada 17/8/2019

Ini adalah kegemaran Ahmad Zaid pada usia menghampiri 4 tahun.



Sambung-sambungkan titik.

Doakan Ahmad Zaid menjadi anak Soleh dan pintar, mampu menghafaz Al-Quran pada usia kecil lebih hebat dari abang-abangnya, insyaallah

Thursday, December 26, 2019

Bebola daging korban 1440H

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri kali ini ditulis pada 17/8/2019


Ini adalah resepi yang sering dibuat ketika raya korban.

Jika mendapat daging,inilah resepi yang sering kami buat.

Menyediakan bahan-bahan

Kesemua bahan ini dikisar sedikit-sedikit dan dicampurkan kesemuanya dengan garam.

Daging yang sudah dikisar dibulat-bulatkan

Hasil selepas dibulatkan

Daging seterusnya boleh disimpan atau direbus atau dibakar.

Seringkali bila makan daging banyak, gigi akan sakit. Mungkin kerana gigi pun tak kuat dah atas faktor peningkatan usia.

Jadi resepi seperti ini dapat mengurangkan risiko sakit gigi kerana daging yang sudah dikisar menjadi lembut dan mudah dimakan.




Merebus bebola daging bersama potongan daging lain.

Enaknya pada rasa daun ketumbar dan bawang putih yang dikisar bersama daging.



Sedap juga jika dibakar dan dijadikan sate.


Alhamdulillah.

Insyaallah berkat korban dan diterima Allah.

Sunday, December 22, 2019

Kek coklat berhantu lagi

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 17/8/2019

Entri ini sekadar berkongsi photo beberapa kali membuat kek coklat berhantu.

Seringkali bila lama tidak membuat kek, akan lupa resepi dan rasa sukar untuk membuat semula. Padahal sebelum ini mudah saja membuatnya.

Kek kali ini adalah yang sering dibuat pada tahun 2019.

Ia agak mudah. Tak perlu menggunakan oven. Boleh kukus sahaja.

Lapisan coklat,keju dan kek coklat basah. Alhamdulilah disukai ramai

Selepas dihias sebelum dimasukkan dalam peti ais

Selepas kek dikukus

Disaluti keju

Baba cadangkan agar tidak meletakkan coklat dengan banyak kerana akan menenggelamkan rasa keju.

Bekalan untuk makan dalam kereta 



Wednesday, December 18, 2019

Sambutan Hari AidilAdha 1440H

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 17/8/2019


Alhamdulillah... Hari raya Aidiladha kali ini agak berlainan dari tahun-tahun sebelumnya kerana tahun ini maahad membuat korban sebanyak 5 ekor lembu.

Jadi ibadah korban lebih dihayati dan agak sibuk pada tahun ini.

Hari raya pertama menyaksikan korban di Sekolah An Naim


Hari raya kedua seawal jam 8 sudah mula urusan korban.

Korban di sekitar maahad



Anak-anak turut belajar bergotong royong dan membantu

Hidangan yang enak dari daging korban yang berkat insyaallah

Sehari sebelum hari raya haji, ribut melanda negeri sekitar Kedah dan Penang.


Khemah-khemah yang didirikan untuk tujuan korban juga dilanda ribut.


Alhamdulillah kerja yang cepat untuk menyelesaikan urusan khemah yang rosak dan mendirikan semula khemah pada pagi hari raya.

Abdullah agak kesukaran untuk membantu melapah daging kerana kidal.

Agak kekok memegang pisau dengan tangan kiri.

Alhamdulillah, banyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi oleh anak-anak dari hari raya ini.

Sekurang-kurangnya tidaklah hanya duduk di rumah dan menonton tv sahaja di hari raya haji.


Semua pengalaman ini insyaallah berguna untuk anak-anak.

Saturday, December 14, 2019

Jalan-jalan ke Museum Of Illusions, Kuala Lumpur dan Pavillion

بسم الله الرحمن الرحيم

*Entri ini ditulis pada 17/8/2019


Percutian selama 3 hari di Kuala Lumpur selepas hari raya haji keempat.

Oleh kerana baba ada urusan di luar, jadi kami jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur bersama Mak Teh Dijah dan Maryam.

Seperti biasa, hotel yang serasi dengan kami ialah De Palma Ampang, kerana ada kemudahan surau di hotel tersebut serta mudah untuk membeli makanan di kedai-kedai sekitar hotel.

Zaid dan Maryam

Oleh kerana Mak Teh Dijah mempunyai tiket percuma ke Museum Of Illusions Kuala Lumpur kerana memenangi pertandingan online, jadi inilah tempat tujuan kami.

Jika tidak kerana tiket percuma, tiketnya agak mahal juga.




Pintu masuk ke muzium selepas eskalator.


Beberapa keping gambar yang sempat dirakam.


Menguji minda




Selepas itu kami berjalan kaki ke Pavilion

Comel pula belon ni. Siap dengan lampu liplap.

Satu belon berharga RM15


Pavillion sangat besar dan perlu menjaga mata di sana. Banyak pelancong asing di sana. 






Belon yang berjaya dibawa pulang ke rumah dengan selamat.


Tuesday, December 10, 2019

Percutian ke Pattani (Siri akhir)

بسم الله الرحمن الرحيم

Sambungan dari entri yang lepas..


Selesai sarapan kami bergerak ke Daerah Sai buri.

Dalam perjalanan kami melalui bendang garam.

Mereka proses air laut dan keringkan untuk mendapatkan garam kasar.



Kemudian berhenti di gerai tepi jalan untuk membeli garam kasar hasil dari bendang garam tersebut.




Nira kelapa laut




Sampai di Daerah Sai Buri, kami ke pondok Baba Awi.

Baba Awi ialah abang kepada rakan kami ketika di Syria. 

Beliau juga mempunyai pondok yang diberi nama Mujamma' Nur Jinan Pawa


Pondok Baba Awi sedang mengadakan kenduri majlis pecah tanah masjid bagi pondok mereka.


Masyaallah...

Mereka terus bersemangat untuk mengembangkan Islam walaupun di bawah tekanan dan kesusahan.


Menu kenduri ialah nasi kerabu Pattani



Makcik-makcik yang menjual sejenis kuih seperti Gedung Chaq.

Seperti otak-otak di balut daun kelapa tetapi isinya ialah ubi yang dicampur dengan gula Melaka.








Selepas dari kenduri kami membeli belah di Plaza Nora dan terus ke Danok untuk kembali pulang ke Malaysia


Makan petang sebelum bertolak pulang ke Malaysia



Ramai orang beratur di gerai ini.

Menjual roti canai tetapi dicampur dengan susu manis, coklat,pisang atau telur mengikut permintaan pelanggan.


Cenderahati yang dibeli di Nora Plaza





Alhamdulillah satu percutian yang menarik, menginsafkan, memberi semangat dan banyak input.

Alhamdulillah.

Insyaallah semoga ada peluang untuk berjalan lagi ke negeri orang dan dapat mengutip banyak manfaat.

Insyaallah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...