Sunday, April 29, 2018

Pesan abah dan Pak Wa

بسم الله الرحمن الرحيم

Kata-kata seringkali meninggalkan bekas dalam hati.

Ada beberapa pesanan yang berbekas dalam hati.

Antaranya, sentiasa teringat pesan abah dan Pak Wa (abah kepada abah).

Seringkali Arwah Pak Wa berpesan kepada cucunya (Abdullah dan Abdul Rahman):

" Selalu doakan Arwah Moyang (mak kepada abah) masuk syurga ya?"

Rumah kampung yang bannyak kenangan


Begitu juga abah. Abbudey selalu bercerita:

"Pak Wa (Panggilan Abbudey kepada abah) selalu bagi RM 50 suruh masukkan dalam tabung masjid, pastu pak wa selalu pesan suruh doakan Moyang masuk syurga."

Sungguh.

Ia meninggalkan kesan di dalam hati.

Semoga kita semua tergolong bersama penghuni syurga Al-Firdaus.

Amiin...

Friday, April 27, 2018

Info buku: Seminggu Di Syurga.

بسم الله الرحمن الرحيم


Bagi yang sudah biasa membaca dan mengumpul karya-karya Prof Kamil Ibrahim dan Puan Roza Roslan pasti puas hati dengan hasil karya mereka.

Saya gambarkan hasil karya mereka dengan beberapa ciri:
1. Pasti mengingatkan kepada Allah dan ibadah.

2. Jalan cerita yang menusuk kalbu.

3. Terlalu banyak nasihat dan teguran buat pembaca.

4. Doa-doa yang terasa keikhlasannya.

Begitulah juga aromanya dengan karya terbaru dari Ablah Ibtisam yang berjudul Seminggu Di Syurga.


Membaca tentang kebahagiaan sahaja pun dapat membahagiakan diri. Alhamdulillah.

Beginilah cara untuk berehat sebentar dari kesibukan tugasan seminggu, menjana kembali semangat dan motivasi dengan membaca karya-karya yang bermutu, mengingatkan kepada matlamat utama hidup kita adalah menuju Al Firdaus.

Semoga keluarga ini diberkati Allah, dihindarkan dari fitnah dan terus menulis memberi manfaat kepada masyarakat.

Amin.

Insyaallah Allah rezekikan kita untuk baca dan tadabbur Surah Al Kahfi hari ini.

Thursday, April 26, 2018

Generasi Pelapis

بسم الله الرحمن الرحيم


Ketika menonton video amanah Dekan Kuliah Dakwah Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro kepada graduan, antara perkara yang amat ditekankan ialah generasi pelapis.


Ya. Generasi yang bakal menyambung perjuangan kita.

Kita tidak akan kekal. Kita pasti akan mati. Kerana itulah dalam lubuk hati, sangat mengharapkan ada generasi seterusnya yang dapat menyambung usaha dakwah dengan penuh keikhlasan.

Amat merasai sedalamnya hasrat Sheikh Bassam dalam ucapan beliau.

Seperti mana beliau, kami juga mengharapkan ada generasi pelapis yang menyambung perjuangan kita. Membawa panji Islam, dakwah dan ilmu.





"Dah lebih 10 tahun kita mengajar, tak adalah lagi ke anak murid yang boleh jadi pelapis?" Membuka soalan berkongsi pandangan dengan suami.

"InsyaALLAH ada. Kita kena optimis. Kita dah usaha, insyaALLAH pasti ada hasilnya" Jawapan yang bernas

Mungkin dalam 100 anak murid yang kita ada, sukar untuk mendapatkan bilangan yang banyak yang benar-benar ingin fokus dan mendalam dalam bidang agama.

Begitu juga, jauh di lubuk hati, terkilan dan sedih apabila ada pelajar yang mahu berhenti dan tidak menyambung pengajian di universiti dalam bidang agama.

Tidak benar sebenarnya dakwaan bahawa pelajar sekolah agama dan tahfiz pasti akan disalurkan menjadi ustaz dan imam sahaja.


Realitinya dalam 100 orang pelajar , nak dapatkan 10 seorang pelajar yang akhirnya benar-benar menekuni bidang agama dan menjadi generasi pelapis yang benar-benar berkualiti amat sukar. Namun sangkaan baik pada ALLAH, insyaALLAH pasti ada generasi pelapis yang akan meneruskan usaha mendidik ummah dan mendidik anak-anak Islam. Amin Ya Rabb.

Masih tular lagi pemikiran dalam minda masyarakat bahawa kerja mendidik ummah, menjadi ustaz ustazah adalah kerja yang 'tidak cool' dan 'tidak popular' hingga mengakibatkan ibu bapa dan pelajar memilih bidang lain.

Ia tidak salah, insyaALLAH bidang yang dipilih juga ada kebaikannya kepada masyarakat dan bukan juga untuk mengatakan bahawa bidang yang lain tiada kaitan dalam agama. Namun sedikit kesedihan yang timbul untuk melihat benih-benih itu tumbuh menjadi generasi pelapis yang berkualiti, dicintai ALLAH dan RasulNya.

Usaha mendidik ini bukanlah usaha individu. Ia perlu kepada kekuatan ramai dan banyak pihak untuk kita membentuk masyarakat yang bertaqwa.


Input-input lain tentang video pesanan Sheikh Bassam ini ada ditulis di dalam entri di sini:
https://cinta-rasul.blogspot.com/2018/04/menekuni-video-amanah-dekan-kuliah.html

InsyaALLAH, ALLAH hadirkan generasi pelapis menyambung usaha dakwah dan tarbiah ummah, mahir dalam segenap bidang agama, bertaqwa dan ikhlas kerana ALLAH.

Amin

Monday, April 23, 2018

Info Buku: Pesan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Kepada Kita

بسم الله الرحمن الرحيم


Beberapa hari lepas, baru terperasan bahawa buku yang kami susun ini belum dikongsikan bersama di dalam blog ini.


Buku kecil ini diterbitkan sebagai cenderahati kenang-kenangan dari Majlis Perasmian Maahad Al Iman Li Ulumil Quran pada Bulan September tahun lalu.

Entri tentang majlis ini ada dikongsikan dalam entri di sini:



Buku ini sekecil 1/4 saiz kertas A4





Isi kandungan buku ini





Semoga buku kecil ini bermanfaat buat pemiliknya InsyaALLAH

Friday, April 20, 2018

Muhasabah diri dalam mendidik anak-anak dan percubaan pertama membaca buku Bahasa Arab tanpa baris.

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah...

Adakalanya, berulangkali ia berlaku. Muhasabah diri kembali. Adakah cukup kuat usaha diri ini dalam mendidik dan mentarbiah anak-anak?

Lalu doa dipanjatkan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala moga sentiasa memberi kesedaran dan peluang untuk mendidik dan mentarbiah anak-anak dengan maksimum.

Allah....

Rasa banyak lagi yang perlu dilakukan bersama anak-anak.

Kebetulan beberapa hari lepas, tiada bahan bacaan Bahasa Melayu yang baru di rumah. Saya salurkan keinginan untuk mengecapi detik indah membaca buku dengan mengambil buku cerita Bahasa Arab yang pernah kami beli 11 tahun lalu.

Buku cerita dongeng tentang kanak-kanak dalam Bahasa Arab.
Buku yang dibeli dan pernah dibaca 11 tahun lalu


Kandungan dalam buku ini tidak berbaris


Kebetulan Abdullah membelek-belek buku tersebut.

"Cuba adik baca, Mama nak dengar."

Maka, beginilah bacaan Abdullah.



Saya terfikir dan berdoa.
" Ya Allah harap sangat dapat ajar anak-anak baca buku Bahasa Arab tanpa baris setiap hari."

Tak perlu banyak.

Paling-paling sehari satu perenggan pun cukup.

Yang penting konsisten.

Ya Allah. Sungguh-sungguh saya berharap dapat mentarbiah dan mengajar anak-anak semaksimum mungkin.

Banyak lagi ilmu yang belum dikongsikan dengan anak-anak.

Kepada Allah jualah kami bergantung harap agar dapat mendidik anak-anak ke jalan kebaikan.


Teringat kembali, kenangan hampir 10 tahun lalu, pada ketika terjaga dari tidur, saya melayari internet dan menemui blog yang mengubah cara pemikiran dan kehidupan saya. Blog yang benar-benar memberikan kesedaran kepada saya untuk bersungguh-sungguh mendidik dan mentarbiah anak-anak.


Melihat kerajinan Kak Mahani mendidik anak-anaknya membuatkan air mata jatuh menginsafi diri. Terasa sangat lekanya diri. Banyak masa yang dibazirkan dari mendidik anak-anak.

Sejak dari malam itu tekad saya untuk mencontohi Kak Mahani dalam 2 perkara:
1. Dalam mendidik anak-anak secara lebih konsisten.

2. Menulis blog secara konsisten. Kerana penulisan blog dapat memberi kesedaran dan kesan positif kepada pembacanya.

Saya pernah tulis tentang ini di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.my/2012/12/percutian-separa-mengejut-ke-kelantan_14.html


http://cinta-rasul.blogspot.my/2013/12/facebook-ibu2-yang-rajin-dan.html

Allah... Semoga Allah beri kita peluang untuk sentiasa memberikan ilmu yang terbaik untuk anak-anak.

Banyak perkara yang ingin dilakukan bersama anak-anak.

Insyaallah. Allah berilah peluang dan petunjuk sentiasa kepada kita untuk sentiasa mentarbiah dan mendidik anak-anak dengan baik.

Istiqamah dengan mengajar anak-anak membaca buku Bahasa Arab tanpa baris setiap hari.


Amin Ya Rabb

Tuesday, April 17, 2018

Kemahiran berkomunikasi di khalayak ramai

بسم الله الرحمن الرحيم

Satu ketika dulu, ketika zaman U, amat tertarik dan kagum dengan kebolehan rakan-rakan sepengajian yang mampu mengatur tutur, mempunyai keberanian dan kemahiran mengatur ayat di khalayak ramai.

Kelihatan MasyaALLAH, "WOW!", hebatnya, terernya orang yang dikurniakan ALLAH kemahiran begitu...

Teringinnya nak jadi orang yang bijak berbicara di khalayak.

Bercakap di hadapan ramai dan dapat mengatur idea dengan kata-kata yang bernas dan tersusun juga adalah satu cara utama untuk menyampaikan dakwah.


Kata-kata yang mampu menambat hati dan mempengaruhi pemikiran orang. 


إن من البيان لسحرا

“Sesungguhnya sebagian dari bayan (penjelasan dengan kata-kata yang indah) adalah sihir (memukau orang)”
.


Sekadar bercakap sahaja tidak boleh, malah idea dan kata-kata perlu disusun indah dan bernas.

Kerana itu juga amat mengkagumi Sheikh Rotib An Nabulsi yang sentiasa tersusun kata-kata pada setiap percakapannya.

Namun, apabila tiba masanya terpaksa untuk berbicara di khalayak ramai, timbul rasa ragu-ragu dan kurang keyakinan diri.

Platform untuk menulis lebih selesa digunakan berbanding berkata-kata kerana lebih mudah menyusun ayat dan idea.

Apabila berkata-kata, terasa bagai idea menderu-deru dalam fikiran hingga menyebabkan percakapan menjadi laju.

Perasan gementar juga perlu dikawal sebaik mungkin pada masa awal percakapan.

Malahan juga jika kita tersalah cakap, semua orang akan perasan (Malunya....!), berbanding jika tersalah tulis, boleh lagi dipadam dan diubah.




Kata-kata mampu menaikkan semangat orang.

Kata-kata juga mampu menjatuhkan semangat orang.

Kata-kata mampu membuatkan orang lain sedih atau gembira, marah, suka, dan macam-macam lagi.


Begitulah bertuahnya jika mahir berkomunikasi

Friday, April 13, 2018

Menghitung detik-detik indah, Ya Rabb

بسم الله الرحمن الرحيم

**Tulisan ini ditulis semoga ia menjadi kenangan indah pada masa hadapan.


Dalam hari-hari ini, Abang Abbudey bersungguh-sungguh menghafaz Al-Quran.

Masanya digunakan untuk mendengar audio Al-Quran supaya mudah dia menghafaz hafazan baru.

Abdullah pun terikut dengan Abang Abbudey.

Saya sangat merasakan cepatnya masa berlalu. Abang Abbudey yang dahulu pelat-pelat menghafaz Al-Quran, kini menghitung detik ingin khatam hafazan.

Entri dan video Abbudey hafaz Surah An-Nas ketika usia 2 tahun dahulu pernah ditulis di sini:

Allah.....
10 tahun sudah berlalu...

10 tahun ini Allah berikan kami nikmat masa untuk sama-sama melalui detik usaha, susah payah anak-anak menghafaz Al-Quran

"Mama, abang tinggal 5 surah lagi nak khatam. 5 juzuk je lagi..."

"Mama, lagi 1 muka lagi abang nak habis Surah Al-Maiedah."

Begitulah betapa terujanya Abang Abbudey menceritakan tentang prestasi hafazannya.

Anak sulung selalu diharapkan menjadi contoh terbaik untuk adik-adik,
membantu mentarbiah dan menjaga adik-adik.

Setiap hari Abang Abbudey akan hafaz 1 mukasurat hafazan baru. Begitu bersemangat untuk cepat khatam Al-Quran.

Begitu jugalah perasaan saya ketika hampir masa untuk khatam berpuluh tahun lalu.

Tak sabar rasanya nak khatam hafazan Al-Quran.

"Mama, mama khatam Al-Quran dulu umur berapa?" Abdullah pula bertanya.

"Umur 14 kot... Mukasurat akhir mama hafal 581. Surah Al-Mursalat..."

Kenangan saya menghafaz Al-Quran berpuluh tahun lalu pernah ditulis dalam entri di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.my/2015/04/senaskhah-al-quran-peneman-menghafaz.html


Setiap hari (macam Abang Abbudey juga) saya akan hafaz semuka hafazan baru.

Dan masih saya ingat, hari saya khatam Al-Quran (anak pertama dalam keluarga yang khatam hafaz Al-Quran) , mak abah buat kenduri di tahfiz panggil pakwa, makwa dan saudara mara di kampung. 

"Ibu ayah sering teruja untuk semua perkara untuk anak pertama." Kongsi rakan kerja di sekolah.

Allah peliharanya dan  mudahkan urusannya dan adik-adik

Mungkin perasaan mak dan abah juga seperti kami. Sangat teruja bila anak pertama hampir khatam Al-Quran.

Semoga ALLAH mudahkan semua usaha kita ke arah kebaikan.

Amin...


Ketika Abang Abbudey berusia 3 tahun

Wednesday, April 11, 2018

Syurga buku berbayar

بسم الله الرحمن الرحيم


Setelah lebih sebulan berjinak-jinak dengan membelek dan membeli bahan bacaan elektronik (ebook) rasanya makin jatuh cinta kepada buku versi ebook ini.

Alhamdulillah seronok sangat!

Sebabnya ialah:

1- Boleh membelek banyak buku, membaca beberapa mukasurat. Jika suka, boleh beli, jika tidak, tak perlu beli

2- Bila-bila masa pun boleh belek-belek buku dan beli buku. Tengah-tengah malam kalau tidak boleh tidur pun, boleh cari buku baharu.

3- Tak perlu bersusah payah bersiap, keluar rumah, naik kereta, pergi ke kedai, atau tunggu posmen pos buku yang dioder. Hanya klik beli dan bayar, terus dapat baca buku yang kita suka.

4-Kebanyakan ebook lebih murah dari buku sebenar.

MasyaALLAH sukanya.


Malahan anak-anak juga sudah berjinak-jinak membeli e-book yang mereka inginkan.
 (tapi masih dikawal dibeli oleh ibu bapa supaya tidak terlihat buku-buku yang tidak senonoh)

Adakala buku secara fizikal sudah habis stok, tapi boleh didapati dalam bentuk ebook.



Kekurangannya ialah kadangkala banyak buku baru yang terbit tiada dalam bentuk ebook.

Sayang sekali!

Semoga dunia ebook ini lebih meriah dengan buku-buku yang bermanfaat dan berkualiti.

InsyaALLAH hobi yang baik dan diredhai ALLAH.

Amin.

Sunday, April 8, 2018

Lembaran Amanah dan Wasiat buat Penuntut Ilmu Syariah

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah lembaran wasiat dan amanah yang diberikan kepada setiap graduan Kuliah Dakwah Islamiyyah, Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro pada pertemuan terakhir.

Video dan ulasan tentang pertemuan ini ada ditulis di sini:
https://cinta-rasul.blogspot.com/2017/12/menekuni-video-amanah-dekan-kuliah.html


https://cinta-rasul.blogspot.com/2017/12/menempuhi-tahun-baharu-lemau-vs-semangat.html


https://cinta-rasul.blogspot.com/2018/03/guru-sentiasa-memberi-inspirasi.html



Inilah lembarannya:

Terjemahan kepada lembaran tersebut:






Allah bantulah kami untuk menunaikan dan mengamalkan amanah-amanah ini.

Amin

Thursday, April 5, 2018

Menekuni Video Amanah Dekan Kuliah Dakwah 2007

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah berjaya juga akhirnya untuk menyiapkan entri ini.

Semoga dapat manfaat yang boleh didapati dari entri ini.

Mengambil masa agak lama untuk mencari masa lapang menekuni dan menghayati semula video Amanah dan Wasiat Dr.Bassam Ajek, Dekan Kuliah Dakwah Islamiyyah, Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro, tempat kami menuntut ilmu dahulu.



Video yang ditonton dengan perasaan sayu dan memberi semangat baru dalam diri ketika terasa lemau dan tidak bersemangat.

Pernah ditulis dalam entri di sini:
https://cinta-rasul.blogspot.com/2017/12/menempuhi-tahun-baharu-lemau-vs-semangat.html


https://cinta-rasul.blogspot.com/2018/03/guru-sentiasa-memberi-inspirasi.html

Antara isi penting dalam amanah dan wasiat yang disampaikan oleh Sheikh Bassam Ajek ialah:










Disampaikan juga isi-isi dalam video ini kepada anak-anak:
"Sheikh mama pesan kita semua akan mati, sebab tu abang adik kena belajar rajin-rajin, rajin ibadah, akhlak baik, nanti mama baba semua mati, adik dengan abanglah yang kena sambung kerja dakwah. Kita di zaman ni kena sediakan ganerasi yang soleh. Kita saja tak cukup nak dakwah semua orang untuk semua ganerasi. Kita kena kembangkan usaha dakwah kita."


"Kena banyak zikir, baca AL-Quran dan ingat ALLAH." Tambah mama lagi

Ini juga adalah warkah wasiat dan amanah kepada Graduan Kuliah Dakwah Islamiah yang disertakan kepada pada graduan:
InsyaALLAH akan cuba diterjemahkan pada masa akan datang


Ayat- ayat Al-Quran yang dijadikan dalil oleh Sheikh sangat memberi kesan dalam hati.







Sungguh pertemuan ini melekat di hati

Sungguhpun membaca nota ini tidak sama rasanya dengan mendengar dan menghayati sendiri amanah yang disampaikan oleh sheikh, namun semoga ia dapat membantu orang lain untuk memahami video tersebut dan mengambil manfaat darinya.


Monday, April 2, 2018

Masa Boleh Mengubah Prinsip

بسم الله الرحمن الرحيم


"Dulu masa kau jaga aku kat Syria dulu, kau tak bagi pun aku masuk dapur. Sampai kawan-kawan kau kata, kalau tak masuk dapur, macammana nak pandai buat kerja-kerja rumah?." Kata Dijah apabila melihat Abdul Rahman dan Abdullah membuat kerja-kerja dapur dan memasak.

Mak Teh Dijah menemani kami di rumah pada penghujung tahun lalu.

"Anak-anak kau, kau bagi je diorang buat kerja-kerja dapur." Tambah Mak Teh Dijah lagi.


Ke Kedai bersama Mak Teh Dijah dan Mumu


Antara hidangan yang sempat anak-anak buat ketika Mak Teh Dijah di rumah ialah:

Japanese Cotton Cheese Cake

Puding Krim Karamel

Jelly

Tat Telur

Ada tulis entri tentang ini di sini:

Japanese Cotton Cheese Cake yang anak-anak buat sendiri

Puding Krim Karamel bersama resepi yang anak-anak salin

Menggoreng keropok

"Yelah... manusia boleh je berubah prinsip. Aku dah dapat pengajaran dari pengalaman dulu. Kalau tak ajar masuk dapur dari kecik, nanti dah besar tak pandai buat kerja-kerja rumah. Sebab tu anak-anak aku, aku bagi buat kerja-kerja rumah dari kecik."

Begitulah jawapannya.

Memang ketika remaja dahulu, ketika berusia dalam 18 tahun menjadi kakak menjaga adik darjah 3 bersekolah di Syria. Kami tinggal di rumah sewa dengan siswi-siswi Malaysia yang turut belajar di Syria.



Kenangan di Syria

Dijah dengan uniform sekolah di Syria

Kenangan main salji dengan adik beradik di Bludan, Syria

Begitulah.

Masa dan pengalaman boleh sahaja mengubah prinsip dan pendirian kita terhadap sesuatu.

Mungkin pada masa lampau kita fikirkan bahawa prinsip kita itu sudah 100% betul, namun apabila makin meningkat usia, pasti boleh sahaja kita berubah prinsip.

Semoga ALLAH sentiasa menunjukkan kepada kita pendirian yang benar.

Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...