Showing posts with label Aktiviti Pengajian. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Pengajian. Show all posts

Monday, October 28, 2024

Belajar hafal Quran: Cara yang sama, bahan belajar yang berbeza

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/7/22


30 tahun dulu, saya hafal Quran dengan cara ulang dengar BACAAN EMAK yang mak record dalam kaset dalam radio. Dah hafal lancar, baru tasmik dengan mak.


10 tahun dulu, Abd Rahman dan Abdullah hafal Quran dengan ulang dengar bacaan daripada pen Al Quran. Dah hafal,tasmik dengan mama.


Sekarang Ahmad Zaid hafal Quran dengan ulang dengar bacaan guba apps Al Quran Android dalam handphone. Dah hafal, baru tasmik dengan mama.





Teknik yang sama, dengan bahan bantu belajar yang berbeza mengikut PEREDARAN ZAMAN.


Dengan mama anak-anak belajar hafal Quran, dengan baba anak-anak belajar ilmu kehidupan, kemasyarakatan, ilmu bela lembu kambing dan banyak lagi.

Thursday, October 19, 2023

Cabaran ibu bekerjaya menjaga hafazan Al-Quran

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 15/10/2021



Ustazah Thuwaibatul Aslamiyyah, guru tasmik online saya menggandingkan saya dengan anak muridnya, untuk tasmik tambahan 1 juz sehari. Kami bergilir-gilir tasmik setiap hari.


Kak Izz, seorang ibu dengan 4 anak kecil (2,4,6,10), berkerja di Brunei sbg guru tahfiz (satu-satunya tahfiz yg ada di Brunei).



Walaupun sibuk kerja dan urus keluarga, tetap cari masa untuk tasmik 2 juz sehari (1 juz dgn Ustazah, 1 juz dgn kawan). Terpaksa berhenti tasmik sat untuk uruskan anak-anak menangis atau bergaduh itu perkara biasa dan kami saling faham situasi diri masing-masing.


Kecintaan dan kesedaran yang Allah campakkan dalam hati itulah yang mendorong usaha tasmik hafazan setiap hari. Setiap kali melihat usaha ini, terbit doa moga anak-anak dan anak murid (penyambung ilmu Al Quran ini) dapat lakukan lebih baik dari kami. Amin.

Friday, September 30, 2022

Mendidik Ahmad Zaid di Masjid

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 8/4/2021


Seperti abang-abangnya juga dahulu, kini Ahmad Zaid yang berusia 6 tahun pula sering kami bawa ke masjid.


Oleh kerana abang-abang yang sudah Sekolah Menengah sibuk dengan kerja sekolah dan hafazan Al-Quran malam hari di Maahad, jadi kami hanya membawa Ahmad Zaid sahaja ke masjid.


Alhamdulillah sejak dari kecil, kami bawa anak-anak ke masjid.


Terlalu banyak faedah dan manfaat yang boleh didapati dengan membiasakan mereka dengan masjid:


1. Keberkatan Ilahi di rumahNya

2. Hidup dalam suasana yang Soleh.

3. Suasana ilmu, semangat mencari ilmu.

4. Bergaul dengan orang ramai, seperti entri jawapan Ahmad Zaid kepada makcik-makcik yang bertanyakan umurnya.


Begitulah sedikit sebanyak manfaat membiasakan anak-anak ke masjid yang dapat saya rasakan.


Ia lebih dirasai ketika mereka kanak-kanak, kerana apabila anak-anak meningkat remaja, mereka makin sibuk dengan urusan menuntut ilmu. Hanya dapat membawa mereka ke masjid ketika cuti sekolah sahaja. Hari-hari lain, mereka sibuk dengan Hafazan dan kerja sekolah.


Alhamdulillah ala kulli hal.

Tuesday, June 16, 2020

Bagai sekelip mata

بسم الله الرحمن الرحيم

Anak yang dulunya ditangguk dengan 2 tapak tangan, sekarang makin tinggi dari mama.

Masa yang berlalu bagai sekelip mata كلمح البصر

Tak putus² iringan doa agar membesar menjadi insan cemerlang dunia akhirat, teladan baik untuk adik.

Thursday, May 28, 2020

Menyusun jadual harian anak-anak sepanjang PKP 2020

بسم الله الرحمن الرحيم

Kemunculan wabak covid 19 telah mengubah banyak rutin harian kita.

Rumah kini menjadi medan untuk kita berjuang. Medan menuntut ilmu bersama keluarga.

Hampir 3 bulan PKP ini, banyak usaha dan peningkatan yang dilakukan di dalam keluarga. Jika ada yang baik, moga-moga dapat diteladani oleh masyarakat.


Suasana di dalam rumah adalah milik kita. Kitalah yang mencorakkan sebagaimana yang kita mahu. Tanpa campur tangan orang lain, insyaallah.

Antara hikmah yang diperolehi dari PKP ini ialah:



Insyaallah akan diulas satu persatu

Sepanjang PKP ini hampir setiap masa kita akan bersama ahli keluarga. Jadi kebahagiaan perlu disemai sesama kita. Kurangkanlah bersengketa dan memarahi anak-anak. Insyaallah keluarga yang bahagia sepanjang hayat.

Aktiviti bermanfaat lain tidak dapat dijalankan jika kebahagiaan ahli keluarga tidak diutamakan.




Walaupun ia adalah rutin harian sejak dahulu, dalam PKP ini juga tak ditinggalkan.

Murajaah hafazan Al-Quran anak-anak antara 10 hingga 20 mukasurat setiap hari.

Peraturan dalam rumah ini:
Jika belum tasmik hafazan, jangan buka TV. Anak-anak diberi peluang untuk menonton kartun dalam tempoh PKP ini. Kebiasaannya bila hari persekolahan, tv tidak diusik langsung.

Game?

Pernah kami beli PS2. Anak-anak main ketika musim cuti sahaja. Selepas itu disimpan. Lama-kelamaan dilupakan hingga tak ingat simpan di mana?😅

Handphone? Media sosial?

Anak-anak tidak diberikan handphone dan media sosial. Jika mereka ingin selesaikan kerja sekolah online, boleh pinjam handphone mama baba.

Jadi apa yang mereka lakukan seharian?

Anak-anak banyak bermain sesama mereka. Tanggungjawab harian jangan dilupakan. Kemas katil sendiri selepas bangkit tidur, memastikan tandas kucing bersih, sidai dan kutip baju.......dan lain-lain lagi tanggungjawab harian.

Banyak sahaja aktiviti lain yang boleh anak-anak lakukan walaupun tanpa diberikan game dan handphone.


Jika di luar waktu PKP, kaum lelaki akan berjemaah di masjid, sepanjang PKP ini, antara nikmat Allah yang paling dirasai ialah solat jemaah seisi keluarga di awal waktu.

Hampir saja waktu solat, saling mengingatkan antara ahli keluarga agar terus berwuduk dan solat berjemaah.

Moga hati-hati kita juga terpaut kukuh dengan solat berjemaah. Jangan pula tinggal satu rumah, tapi solat asing-asing. Siapa lagi jika bukan kita yang mengamalkan solat berjemaah dalam keluarga kita.


Ini juga adalah satu impian yang ingin dicorakkan suasana rumah dengan budaya ilmu, mendalami semangat mencintai ilmu.


Alhamdulillah dari fasa pertama PKP dapat mengadakan kelas hadis Riyadussolihin bersama anak-anak setiap kali selepas Solat Maghrib berjemaah.







Alhamdulillah. Kembali menghidupkan suasana ilmu di dalam rumah sepanjang PKP ini. Alhamdulillah ia adalah budaya ilmu yang pernah kami semaikan satu ketika dahulu di dalam rumah.



Namun tidaklah rasa cukup di situ sahaja. Impian dalam hati agar anak-anak dapat lebih memahami, mentadabbur dan mengamalkan Al Quran telah mereka hafal.

Insyaallah sama-sama kita usaha bersama.

Sungguh PKP ini punya banyak sisi positif dan nikmat anugerah Allah.

Alhamdulillah


Wednesday, April 29, 2020

Ziarah ke Muzium Al Amoudi, Mekag

بسم الله الرحمن الرحيم

Entry ini ditulis pada 13/12/2019

Antara pengalaman baru di Mekah berbanding 20 tahun lalu, malah ia juga adalah pengalaman baru bagi jemaah yang mengerjakan umrah tahun ini ialah ziarah ke Muzium Al Amoudi.

Selain ziarah ke Jabal Nur, Padang Arafah, Jaaranah, Hudaibiyah, kami ke Muzium Al Amoudi pada hari ketiga di Mekah.

https://m.facebook.com/pages/Museum-Alamoudi/295767047528620


Muzium ini adalah muzium persendirian yang baru dibuka.

Dengan bayaran masuk 3 riyal untuk seorang, ia adalah muzium yang menarik dan mesra pelanggan.











Muzium ini mempamerkan cara hidup orang arab pada zaman dahulu.

Dengan pameran rumah dan barangan antik arab.




Alhamdulillah ia adalah pengalaman baru yang menarik.

Para jemaah juga gembira dengan ziarah ke muzium ini.

Friday, February 23, 2018

Percutian ke Morak Villa Resort, Tumpat dan Pengkalan Kubor, Kelantan

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah percutian kami pada penghujung bulan 11/2017 yang lalu.

Kami hanya berada di sini untuk sehari sahaja. Keluarga-keluarga yang lain sehingga 3 hari.

Ia bukanlah sekadar percutian, namun untuk memenuhi jemputan untuk mengadakan kuliah di masjid-masjid sekitar kelantan.

Kami menyewa di Morak Villa Resort di Tumpat di Kelantan.

Rumah yang mempunyai 5 bilik.

Setiap bilik ada bilik air, kipas, air cond, peti ais, almari dan peralatan hotel yang standard.

Susah untuk cari homestay yang setiap bilik ada bilik air, tak perlu berkongsi bilik air.

Namun dapur tidak dibenarkan untuk digunakan oleh penginap rumah tersebut. Hanya untuk penjaga villa dan staf sahaja.

Sarapan juga disediakan dan dibeli oleh penjaga rumah.

Sebarang masalah boleh dirujuk kepada penjaga villa tersebut.

Butiran tentang Villa dan reviu lain tentang villa ini boleh dilihat di sini:


Ruang tamu di villa

Terdapat kolam renang kecil di luar rumah bertentangan dengan ruang tamu.

Anak-anak cukup seronok dapat bermain bersama sepupu-sepupu mereka.


Sarapan pagi termasuk nasi berlauk dihidangkan di ruang tamu

Secara keseluruhan, villa ini OK sahaja, cuma beberapa barang perlu diselenggarakan dengan lebih baik seperti air cond yang rosak dan air menitik dari air cond, tekanan air yang rendah di dalam bilik air. Bilik air yang kotor dan berdaki.

Parking kereta juga di luar kawasan rumah, di luar gate yang tertutup. Agak merunsingkan juga.


Berikut adalah komen yang dicatatkan dalam Agoda.com:

"1- Rumah mempunyai 5 bilik. Setiap bilik ada bilik air, kipas, air cond, peti ais, almari dan peralatan hotel yang biasa. Susah untuk cari homestay yang setiap bilik ada bilik air, tak perlu berkongsi bilik air.

2- Sarapan juga disediakan.

3- Sebarang masalah boleh dirujuk kepada penjaga villa tersebut. Layanan yang baik.

4- Swimming pool yang menyeronokkan  dan mudah dipantau.

5- Kawasan luar rumah yang baik.

6- Penjaga rumah dan tuan rumah yang jujur dan menjawab semua soalan. Call kami untuk pulangkan HP yang tertinggal ketika check out.

7- Dapur tidak dibenarkan untuk digunakan oleh penginap rumah tersebut. Hanya untuk penjaga villa dan staf sahaja.

8- Beberapa barang perlu diselenggarakan dengan lebih baik seperti air cond yang rosak dan air menitik dari air cond, tekanan air yang rendah di dalam bilik air. Bilik air yang kotor dan berdaki. Setelah diberitahu, mereka bersihkan

9- Parking kereta juga di luar kawasan rumah, di luar gate yang tertutup. Agak merunsingkan."

Satu-satu tempat yang sempat kami lawati ialah Pengkalan Kubor.

Inilah kali pertama kami datang ke sini.

Tempatnya agak menarik juga.

Selain membeli belah, ia juga terdapat tempat-tempat yang cantik untuk bergambar di sana.

Lukisan dinding yang menarik di sana.

Ais krim










Membeli Akok dalam perjalanan pulang.

Kami keluar dari Pengkalan Kubor jam 11.00 pagi dan sampai di
rumah jam 4.00 petang.

Alhamdulillah





Antara kuliah-kuliah yang diadakan di masjid-masjid sekitar Kelantan.








Alhamdulillah percutian yang mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping majlis ilmu yang diadakan.

Sunday, November 19, 2017

Kemahiran menyalin dalam Bahasa Arab.

بسم الله الرحمن الرحيم 

Sebenarnya saya juga agak terkejut apabila melihat catatan kuliah Abdullah dan Abdul Rahman yang ditulis dalam Bahasa Arab ketika menghadiri Kuliah Sheikh Dr. Ratib An Nabulsi seperti yang ditulis di dalam entri di sini:

Saya sangkakan mereka tulis dalam Bahasa Melayu mengikut terjemahan yang diterjemahkan oleh penterjemah dalam kuliah tersebut.

Mereka menyalin nota kuliah tersebut sendiri dalam Bahasa Arab tanpa memohon bantuan kepada orang lain dan tidak meniru sama sendiri.

Catatan kuliah Abdullah

Catatan kuliah Abdul Rahman

Mereka cukup marah dan berkelahi kalau ada di antara mereka yang meniru nota kuliah masing-masing.

Dapat menyalin semula apa yang disampaikan dalam Bahasa Arab bukanlah mudah.



Ia adalah satu kemahiran yang baik.

Teringat saya ketika awal-awal sampai ke Syria.

Bertemu dengan Sheikh Ratib An Nabulsi selepas kuliah.

Moga ada keberkatannya


Walaupun sudah mempelajari Bahasa Arab sejak dari zaman tadika berterusan, namun apabila mendengar orang arab berbicara, sukar untuk fahami apa yang mereka katakan.

Ia juga adalah satu kesukaran untuk menyalin nota kuliah yang disampaikan oleh pensyarah ketika di awal kedatangan ke Syria.




Inilah kuliah yang dihadiri oleh kami sekeluarga


Kerana itulah, agak terkejut apabila melihat Abdullah dan Abdul Rahman mampu menyalin semula nota kuliah yang disampaikan oleh Sheikh Ratib An Nabulsi dalam Bahasa Arab, walaupun terdapat beberapa kesalahan ejaan.

Teruskan menuntut ilmu dan semoga terus maju.

Amin.

Wednesday, November 15, 2017

Alhamdulillah... Antara impian yang tercapai.

بسم الله الرحمن الرحيم


"Sheikh. Perkenalkan, anak ini dulu lahir di Syria." Seorang pemuda yang mengenali keluarga kami memperkenalkan Abdul Rahman kepada Sheikh Ratib An Nabulsi.


"Anak yang lahir di Syam insyaAllah anak-anak yang berkat." Sheikh Ratib mendoakan dengan penuh optimis.

Seterusnya beliau terus berdoa untuk anak-anak.

Bertemu dengan Sheikh Ratib An Nabulsi
Antara doa dan cita-cita saya adalah agar ramai sheikh terkemuka di Syria yang kami menuntut ilmu bersama mereka datang ke Malaysia, seperti yang pernah ditulis dalam entri ini pada tahun lalu:
http://cinta-rasul.blogspot.my/2016/08/mengutip-hikmah-dr-rotib-nabulsi.html


Banyak yang pernah ditulis tentang Sheikh Ratib An Nabulsi di dalam blog ini, seperti di sini:


11 tahun yang lalu, kami sering berjalan kaki, membawa Abdul Rahman yang masih bayi ke Masjid Annabulsi untuk mendengar kuliah Maghrib Sheikh Ratib.

Ia penuh dengan input ilmu,bahasa yang tersusun rapi, penuh berhikmah, penuh ingatan kepada Allah dan RasulNya dan keinsafan.

Alhamdulillah.. Kelmarin anak-anak juga sempat mendengar dan menyalin isi kuliah Sheikh Ratib An Nabulsi.

Walaupun terdapat beberapa kesalahan ejaan dalam Bahasa Arab, namun ia adalah satu usaha yang dipuji kerana mereka mampu untuk menyalin semula apa yang disampaikan oleh sheikh di dalam kuliah.

Inilah antaranya:

Catatan Abdullah

Catatan Abdul Rahman


Rakaman video kuliah yang kami hadiri:



Beberapa hari sebelum itu, baba menjadi penterjemah untuk kuliah Sheikh Ratib An Nabulsi. Boleh tonton di sini:


Semoga ada manfaat dan keberkatannya.


Lagi Kuliah Sheikh Ratib An Nabulsi di Malaysia:










Friday, January 20, 2017

Info Buku: Buku cerita Bahasa Arab yang menarik untuk kanak-kanak

بسم الله الرحمن الرحيم


Sebenarnnya AMAT sukar untuk mendapatkan buku cerita kartun berbahasa Arab  yang menarik untuk kanak-kanak.

Hinggakan saya banyak bertanya di booth-booth Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun lepas tentang buku kartun berbahasa Arab untuk kanak-kanak, tapi hampa. Tiada langsung!

InsyaALLAH kali ini saya ingin berkongsi info tentang buku cerita kartun Bahasa Arab yang sesuai untuk kanak-kanak.

Buku ini telah dibeli di kedai buku di Sungai Petani pada tahun lepas. Baru tahun ini teringat nak berkongsi infonya.

Koleksi buku yang kami ada.

Yang telah dibeli pada tahun lepas


Buku-buku ini diterbitkan oleh Syarikat Alasfiyaa 
(Klik untuk PM mereka untuk pembelian)

antara koleksi buku yang menarik  yang boleh di dapati

Isi kandungannya
Berwarna sepenuhnya
Lukisan yang comel
Contoh isi kandungan di dalam buku-buku ini:



Tullisan yang jelas.

Berbaris.

Mudah untuk dibaca oleh kanak-kanak.

Lukisan kartun yang menarik.

Berwarna penuh








Harga buku yang murah

Jangan risau.

terdapat kamus mini di dalam buku yang boleh
memberi makna pada ayat yang anda tidak faham


Contoh isi kandungan kamus mini

Dalam video di bawah ini Abdullah (9 tahun) membaca salah satu buku ini yang bertajuk (Anjing dan bayang-bayang)




Alhamdulillah.

Satu bahan yang baik untuk melatih anak-anak berbahasa Arab

Saya harap selepas ini akan banyak lagi buku-buku yang menarik berbahasa Arab untuk kanak-kanak dapat diperolehi di pasaran, InsyaALLAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...