بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 27/4/2021
Rezeki kita semua tidak sama.
Selalu sahaja, apa yang mudah untuk orang lain perolehi, tak mudah pula bagi kita. Rezeki, jodoh, anak, kejayaan, pengajian dan macam2 lagi.
Semua itu menuntut kita berjuang walau ada ketikanya bagai tersiat hati ditikam rasa putus asa.
Pada kesenangan yang kita lihat dalam diri orang lain, ada keperitan perjuangan yang disembunyikan.
Hari ini sertai ujian yang dah 3 kali gagal. Sedihnya bukan kepalang bila rakan-rakan lain sudah berjaya, tapi kita masih gagal😭.
Perjuangan hampir 10 tahun ini yang sering disulami dengan kegagalan.
Saya ingat saya masuk kursus bidang ini, pada hari tersebut berita kehilangan MH 370 pada tahun 2014 dan kematian jiran terdekat kami. Jiran ini jugalah yang sering memberi semangat kepada saya untuk mengambil kursus ini.
Sebelum ini jarang sekali saya gagal. Dalam peperiksaan Alhamdulillah sentiasa cemerlang.
Kesedihan dikongsikan dengan rakan terdekat.
Mungkinlah ini ujian supaya hati ini merasai perasaan orang lain yang mengalami kegagalan berulang kali.
Ketika di Kuliah dulu, selalu lihat rakan-rakan yang ulang peperiksaan dan ulang tahun. Pasti lebih perit dari kegagalan saya ini.
Suami ajar suruh baca ayat:
( وَأَلۡقَیۡتُ عَلَیۡكَ مَحَبَّةࣰ مِّنِّی وَلِتُصۡنَعَ عَلَىٰ عَیۡنِیۤ)
[Surah Ta-Ha 39]
dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu
Supaya penilai kesian.😭😭😭
Terdengar cerita seorang calon kepada cikgu tentang rakannya yang menangis kerana gagal peperiksaan tersebut.
Cikgu kata:
" Dia tak biasa gagal kot. Tu sedih sangat. Biasa je gagal ni. Tengok Aishah, biasa je repeat exam."
Cikgu tak tahu betapa sedihnya dan stressnya saya menghadapi kegagalan berulang kali ini.
Akhirnya, hingga pak guard pun ucapkan tahniah. Mungkin kerana dilihat sering ke sini berulang kali. Perasaan seperti mentari bersinar ceria di hari yang indah.
Kawan kata: nasib baik kejayaan saya dalam bidang tak hilang seperti hilangnya MH 370.
Kata adik saya😅😅😅
Alhamdulillah.🤲🏻