Wednesday, January 31, 2024

Pernah terluka?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 8/12/2021


Pernah sedih? Pernah terluka? Pernah putus asa? Pernah kecewa? Pernah risau? Pernah sakit?


Dunia ini bukan tempatnya untuk bahagia berpanjangan.



((Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:)) al-Baqarah 155


Yang kaya boleh jadi miskin, yang sihat aktif boleh jadi sakit, yang pandai boleh jadi tak pandai, yang gemuk boleh jadi kurus (tibeh😅).


Buka mata. Bukan kita seorang sahaja yang diuji.


Di syurga nantilah tempat bahagia abadi. Tanpa duka.


Berdoalah dan usahalah untuk KE SANA

Monday, January 29, 2024

KENANGAN BERNIAGA

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/12/2021


Kalau makan kacang kuda sambal mesti teringat kenangan dulu pernah masak kacang kuda sambal ni untuk jual di kantin sekolah. 


Pek dalam plastik kecil-kecil, jual sebungkus RM1. 


Pernah juga menjual ikan keli (bela dalam kolam kanvas + tong hitam belakang rumah, rumah taman) kepada rakan guru, muallimah-muallimah di SMAI Islah Sungai Petani ketika mula-mula bekerja masa baru balik dari Syria tahun 2007.



Di Tahfiz Mutmainnah juga pernah jual ikan talapia yang dibela di halaman rumah kami juga (rumah taman juga).


Begitulah kehidupan. Susah senang menjadi kenangan hidup.

Saturday, January 27, 2024

TAK TAHU.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/12/2021


Walaupun mampu ajar semua anak-anak mengaji dari kecil hingga khatam, tapi ada subjek yang tak boleh nak bantu mereka, terutamanya bila masuk sekolah menengah.


Alasan paling win: 

"Mama sekolah menengah dulu tak belajar topik ni lagi."😅


Ketika PDPR hari tu, pesan selalu kat anak-anak:


 "Kalau tak faham, mesti tanya ustazah sampai faham. Kalau tidak, minggu depan masuk topik baru tak faham juga. Makin bertimbun-timbun yang tak faham."



Alhamdulillah guru-guru sangat membantu anak-anak sampai faham. Tak cukup text, send voice/ video jalan kerja kalau masih tak faham. Sampai faham.


Allah rahmati dan ganjari semua guru dengan ganjaran yang berlipat ganda. Amin

Thursday, January 25, 2024

Moga jadi inspirasi

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/12/2021


"Saya pun mula hafaz Al-Quran, sama hafaz Al-Quran dengan anak-anak. Anak-anak tasmik dengan ustazah di Maahad, saya tasmik online." 


Begitulah perkongsian cerita seorang kenalan sebagai respon kepada status tentang kelas Al Quran online.


Kita selaku ibu ayah selalu berazam, biarlah kebaikan yang kita lakukan, menjadi inspirasi dan dicontohi anak-anak. Perangai tak elok jangan pula diikuti.


Dulu masa mengaji di Syria, abah turut ambil personal tuisyen dengan ustaz Arab. 


"Abah dah tua pun belajar, korang kena belajar sungguh-sungguh."



Ketika tasmik online, saya akan buka pintu bilik supaya anak-anak dengar dan tahu kita SAMA-SAMA BERJUANG menjaga hafazan. Selalu juga tasmik online dalam kereta ketika perjalanan jauh. 


Allah ampuni dan rahmati ibu bapa kita selamanya. Amin

Tuesday, January 23, 2024

Bekal makanan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/12/2021


Saya suka lihat pelajar-pelajar bawa bekal dari rumah. Setiap hari berbeza. Nampak meriah. Special.


🧕🏻: Anta bawa bekal apa hari ni?


👦🏻: Mak Ana masak nasi goreng


👦🏽: Ana bawa nasi gulai.


👦🏾: Ana bawa roti telur.


Minggu lepas Ahmad minta nak bawa bekal pi sekolah. Menu yang Ahmad minta ialah putu mayom😅




Selagi belum jemu lagi😅

Sunday, January 21, 2024

Kelebihan diri masing-masing


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/10/2021


Lihatlah pada mereka di sekeliling kita. Masing-masing ada NILAI DIRI yang mengatasi orang lain.


Ada kawan yang cekap bekerja, kawan yang pandai berkomunikasi, orang lain yang pemurah, pandai berniaga dan ada yang lembut tutur katanya (tanpa berpura-pura).



Perbezaan KELEBIHAN DIRI masing-masing inilah adalah untuk kita saling melengkapi, memperbaiki diri dan mempelajari antara satu sama lain.


(إن من البيان لسحرا)


“Sesungguhnya pada sebahagian tutur kata itu sungguhlah dapat memukau dan mempengaruhi (orang lain). HR ABU DAUD & IBNU MAJAH

Saturday, January 20, 2024

Ulasan buku: Parent, thanks. Penulis: Bonda Nor, Ammar Kamilin

 بسم الله الرحمن الرحيم


Himpunan kisah-kisah dalam mendidik anak-anak yang sangat dekat dengan kehidupan kita seharian.



Bab ketagih gajet, anak-anak memberontak, bab pendidikan anak-anak di sekolah, mendidik anak-anak solat, baca Al Quran setiap hari, gerak anak untuk Subuh, bila anak remaja, berada di luar rumah dengan rakan-rakan, hubungan anak-anak dengan jantina berlawanan, gangguan misteri dan banyak lagi.



Ya. Mendidik anak-anak memang PENAT. Dari kecil tak berhenti-henti suruh, ingatkan, pesan, bagitahu. Tapi ia adalah AMANAH. Amanah menjadi IBU BAPA.



Akhirnya inilah yang kita harapkan. BERKELUARGA bukan setakat di dunia, tapi hingga ke syurga. Amin.

Friday, January 19, 2024

DEJA VU

 بسم الله الرحمن الرحيم


Kelmarin ustazah kelas tasmi' Al Quran online ada cerita: ramai yang tarik diri dari kelas sekarang sebab dah mula kerja. Sibuk. Dulu masa PKP ramai yang daftar. Lani tinggal 4 orang saja.


Tiba-tiba rasa seperti Deja Vu.



Ya. Ketika Perang di Iraq tahun 2003, ramai pelajar Malaysia yang balik ke tanahair beberapa bulan. Tinggal beberapa orang saja meneruskan pengajian di Syria. Alhamdulillah semuanya selamat.


Kali kedua ialah ketika kelas Master di INSANIAH, A.Setar. Ketika daftar master ramai. Dua tiga tahun selepas itu, ramai juga yang daftar untuk berhenti.


Perjuangan menuntut ilmu TIDAK MUDAH. Berdoalah sentiasa Allah berikan HATI CEKAL DAN TABAH UNTUK ISTIQAMAH MENUNTUT ILMU.


Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah SWT.

Wednesday, January 17, 2024

DUIT BELANJA.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/12/2021


👦🏻: Mama nak rm4. Ahmad nak beli nasi, air, kismis, pastu nak masukkan duit dalam tabung Maahad, kawan-kawan semua masukkan. 



🧕🏻: Dulu masa mama sekolah di Az Zafirah, Tmn Melawati, KL, makwa bagi duit belanja tiap² hari 50¢ je. Makwa selalu cerita, zaman makwa kecik, duit belanja p sekolah mak 10¢ je..


Zaman berubah....

_____________________

🧕🏻: Ahmad, kenapa beli kismis, tak makan?


👦🏻: Ahmad beli untuk baba.


😑

Monday, January 15, 2024

ANEKA COKLAT.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 2/12/2021


Ketika terlihat iklan coklat ini, terus teringat kenangan ketika zaman kanak-kanak.



Setiap bulan abah akan ke Brunei. 2 minggu Malaysia dan 2 minggu di Brunei kerana abah ada klinik homeopati di sana.


Sangat seronok bila abah balik Malaysia. Mesti ada buah tangan seperti coklat ini.


Oleh kerana inti coklat ini pelbagai, jadi mak akan potong-potong supaya semua dapat rasa. Adik beradik 8 orang, mesti akan berebut kalau tak bahagi betul-betul.


Makanan paling sedap itu ialah bila sikit dan kena berebut😅. Terasa sedap betul ketika itu. Nikmat! Kalau banyak dan makan sorang-sorang hilang sedapnya. SERIUS.😅

Saturday, January 13, 2024

TEPU?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 2/12/2021


Saya memilih kedua buah buku ini untuk bacaan minggu ini.



Buku berbentuk fakta boleh menyebabkan otak tepu dengan informasi yang sarat. Tapi ia PENTING untuk dibaca.


Bila rasa tepu, beralih pula ke buku yang lebih santai dan berbentuk cerita. Otak rasa lebih ringan dan santai.


Begitulah selang-selikan baca hingga ke helaian terakhir.


Inilah cara saya untuk tingkatkan motivasi membaca setiap hari walaupun sedikit.

ULASAN EBOOK: KENAPA SAYA GAGAL?. KHAIRUL HAKIMIN MUHAMMAD

بسم الله الرحمن الرحيم 


 GAGAL!

Perkataan yang amat menyakitkan.



Walaupun saya bukanlah dalam bidang perniagaan (tak ada bakat langsung ke arah itu), tapi ebook ini memberikan banyak manfaat tentang PENGURUSAN, PERANCANGAN, belajar dari pengalaman perit orang lain dan semangat untuk bangkit semula selepas GAGAL. 




Harga ebook serendah RM1 (sementara promo rasanya)

122 mukasurat sahaja, tapi banyak manfaat yang boleh diambil, insyaallah.

Friday, January 12, 2024

ULASAN BUKU: THE RUNNING MAN , MUHAMAD ASRI MAT LAZIN

 بسم الله الرحمن الرحيم


Baca buku travelog, jalan-jalan memang best.


Tapi kali ini bukan travelog biasa, tapi kembara 10 masjid di Negara Matahari Terbit. Antaranya masjid-masjid yang berada di Narita, Tokyo dan Osaka.



Jepun masih memerlukan dakwah Islam. Kebanyakan imam dan bilal masjid-masjid di sana adalah orang dari negara luar seperti Sri Lanka, Indonesia dan Pakistan. Jepun menantikan kemunculan imam-imam muda tempatan suatu hari nanti, insyaallah.

Thursday, January 11, 2024

REVIU BUKU: SETELAH HUJAN KERING. UMMU HANI ABU HASSAN.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Membaca novel ini mengingatkan saya kepada syair Imam Asy Syafie:


سَافِرْ تَجِـدْ عِوَضـاً عَمَّـنْ تُفَارِقُـهُ ***** وَانْصَبْ فَإِنَّ َلذِيذَ اْلعَيْشِ فِي النَّصـَبِ


“Mengembaralah, kamu akan mendapati pengganti orang-orang yang engkau tinggalkan ** Curahkan segala kesungguhan, kerana lazatnya kehidupan akan terasa selepas kepayahan.”


Kekuatan novel ini adalah pada ayat-ayat yang indah. Di dalam novel ini Kak membawakan kisah/ masalah siswa-siswi yang melanjutkan pengajian di Korea. Tapi hakikatnya ia tidak hanya berlaku di Korea sahaja. Antaranya:



1. Hubungan kekeluargaan dan kasih sayang sesama saudara.


2. Perjuangan untuk hidup di zaman yang menuntut banyak pengorbanan.








3. Kekuatan hati nurani seorang muslim/muslimah berada di negara bukan Islam, membina tembok ketaqwaan menghadapi ujian.


4. Kasih ibu ayah yang berkorban jiwa raga untuk masa depan anak.


Walaupun buku ini adalah sebuah novel, tetapi kesusahan dan kepayahan hidup yang dikisahkan adalah realiti yang berlaku di zaman kita. 


Di sebalik kesulitan itu mengingatkan saya kepada Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ


Maksudnya: “Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”

Riwayat Muslim (7692)

Nasyid lama

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 2/12/2021


Ketika bertugas pagi kelmarin, bila melihat kehijauan kawasan ini, tiba-tiba terngiang-ngiang dalam fikiran nasyid zaman 80an/ 90an.



.

.

.

.

.

.

Di pondok kecil........

😅

Tuesday, January 9, 2024

TAKUT BERUCAP

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 1/12/2021



Hakikatnya perasaan takut berucap dapat dikesan oleh audiens jika tingkahlaku individu yang berucap TERLALU ZAHIR ketakutannya, antaranya ialah:


Berucap terlalu cepat, suara yang perlahan, bernafas kuat dan laju, pandangan mata yang hanya menunduk dan statik, tidak memandang audiens. Itulah antara tingkahlaku yang membuatkan rasa takut itu jelas kelihatan di mata audiens.


Dan semuanya saya pernah lalui. Haha..😅

Sunday, January 7, 2024

BILA MASA AHMAD HAFAL AL QURAN?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 1/12/2021


Setiap hari lepas balik sekolah, akan pesan kepada Ahmad: "Mandi dulu, nanti panas badan, demam."


Lepas itu, Ahmad akan keluar main. Pukul 6 balik rumah untuk uruskan kucing-kucing (bersihkan sangkar, tukar makanan dan air kucing)



Habis tu bila masa Ahmad hafaz Al-Quran?


Lepas solat Maghrib, makan dan mula hafaz Al-Quran. Sekali sekala mama akan hanyut ke alam mimpi sambil ajar Ahmad, tapi Ahmad tetap bermata bulat dan ghenyih. Banyak energinya.😅


Ahmad mesti selesai hafaz sebelum jam 9 malam kerana mama pula ada kelas Al-Quran dengan ustazah.


Begitulah perjalanan harian Ahmad. Masa hafaz Al-Quran sikit ja, main tu yang banyak😅. Alam kanak-kanak, begitulah.

Friday, January 5, 2024

REVIU BUKU: GURU AINI

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/11/2021



Ia tentang cita-cita, semangat, usaha, cabaran yang menjerat putus asa, pelajar yang terinspirasi dengan guru.



Guru genius yang mencari pelajar genius matematik nun jauh di pedalaman. Agar menjadi bukti orang miskin juga mampu menjadi tokoh matematik. Memerangi fenomena math anxiety. Walau ditawarkan pelbagai kerjaya mewah, tetap tekadnya menjadi guru matematik.







Pelajar miskin, tidak cerdik yang ingin menjadi genius matematik sebagai jalan untuk menjadi doktor demi mengubati penyakit misteri ayahnya.


Buku yang sarat dengan nilai. Penulisan yang sangat bersemangat. Adakalanya lucu.

Wednesday, January 3, 2024

HAFAZAN IBARAT MENANAM POKOK DI BATAS.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/11/2021


Pokok yang lama ditanam perlu dijaga, dibaja, disiram agar terus membesar dengan sihat dan elok.


Walaupun anak pokok baru ditanam, jika dibiarkan pokok lama tanpa perhatian, akhirnya dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran😔.


Pokok lama mati tanpa hasil, pokok baru pula masih muda, belum ada hasilnya.



Begitulah hafazan Al-Quran. Yang lama perlu diberi perhatian walau bertambah hafazan baru.



Ya. Usaha yang kuat seiring doa agar dipermudahkan Allah.

Monday, January 1, 2024

KENAPA DAH 4 BULAN, BARU ULANG SAMPAI JUZ 13?


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/11/2021


Ini kerana setiap juz baru yang diulang, akan diulang semula juz yang sebelumnya.


Contoh:

Ahad: Juz 12. Isnin: Juz 11. Selasa Juz 10.....hinggalah Juz 1. 


Bila masuk pula juz 13, ulang balik juz belakang. Seperti dalam jadual ini.



Target saya ialah ulangan hafazan dengan 0% kesalahan. Ia mudah untuk juz 5 hingga 1. Makin banyak hafazan, ia perlu lebih usaha dan fokus.


Adakalanya berlaku kesalahan yang pelik. Contoh pernah lupa langsung ayat ke2 Surah Al Imran. Langsung tak ingat.😅


Hafazan Al-Quran itu kurniaan Allah. Bila-bila masa Allah boleh tarik semula ingatan hafazan kita jika tidak ditunaikan haknya. Berusaha dan berdoalah agar ia tersemat kukuh dalam hati.

Masihi @ Hijri?

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Saya tak ingat bila masa saya mula ambil berat tentang tarikh Hijri selain Bulan Ramadhan dan Syawal.


Cuma pernah terlintas dalam hati kalau kita tak ambil berat tentang tarikh Hijri, siapa lagi yang kita harapkan untuk tahu tarikh Hijri? 


Sejak dari itu, saya wajibkan diri warga sekolah rendah untuk tulis tarikh Hijri SETIAP HARI. Alhamdulillah usaha ini berterusan bertahun-tahun. 



Jazakumullahu Khairan Kathira atas kerjasama guru-guru. Allah jualah yang memberikan ganjaran.


Moga usaha kecil ini membuatkan kita mengambil berat tentang tarikh Hijri di samping tarikh masihi yang kita gunakan setiap hari. Insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...