Saturday, July 30, 2016

Perlu ke Master & Ph.D?

بسم الله الرحمن الرحيم


Pagi ini terbaca satu catatan dalam Facebook yang dirasakan banyak benarnya:

Ia boleh dibaca lanjut DI SINI

Perlu ke Master &Ph.D?
========
Ustaz perlu ker master dan Ph.D? Soal pelajar.
Pensyarah: Perlu.
Boleh jadi sehebat imam Syafie ke? Soalnya lagi.
Pensyarah: Belum tentu.
Imam-imam mazhab tak masuk U pun? Tesis pun tak dak?
Pensyarah: Syafie telah masuk universiti "Imam Malik bin Anas"di Madinah. Tesisnya amat banyak "al-Umm" , "al-Risalah" banyak lagi. Telah di nilai para ulama sezaman dan selepasnya.
Erk. Peningla. Kadang-kadang saya tengok orang yang ada phD pun cakap macam tak tahu apa. Sesat pun ada!
Pensyarah: Itu biasa. Mereka juga manusia.
Ada masa lupa. Mungkin mereka tidak pandai bercakap.
Atau gugup sehingga poin terlupa.
Mungkin juga mereka tidak mahu berkongsi. Takut dituduh sesat.
Jangan terpedaya dan anggap mereka berilmu bila mereka pandai bercakap.
Mereka mungkin pandai "menggoreng". Itu ramai diluar sana.
Betul juga. Tapi Ijazah pun dah cukup rasanya Dr? Balas pelajar.
Pensyarah: Ijazah seumpama "bayi" baru merangkak.
Erk teruknya? Pelajar menggaru kepala.
Pensyarah: Saya terlibat dalam menggubal silibus sijil,diploma dan ijazah.
Sedikit pengalaman ini saya faham ijazah itu baru berada diluar pintu lautan ilmu.
Itupun ramai pelajar ijazah main-main.
Buat tugasan "copy n paste",ponteng, tidur masa kuliah, tidak membaca buku rujukan yang ada dalam silibus.
1001 isu pelajar ijazah ni.
Belum matang agaknya.
Hormon belum stabil.
Itu belum dikira yang aktif berpesatuan. Mereka ni meeting pandai la kot?.
Ilmu silat pun ada tahap tali pinggang kan?
Jadi Master Phd apa pulak?
Cuma saya terbaca tesis ada jugak kesalahan dan penuh nota kaki? Soal Pelajar.
"Baru mula menunjuk minat"
Pensyarah: Tesis bukan al-Quran. Selepas viva dan penjilidan pun mesti jumpa kesilapan. Itu hasil kerja manusia.
Masa pelajar tu buat dia pun masih belajar.
Orang sedang berenang dalam laut.
Sekali sekala lemas.
Terminum air laut. Di gigit tapak sulaiman.
Muka dipalit minyak kapal.
Ada perasaan nak cepat habis.
Dan macam-macam ujian ketika menghabiskan phD.
Pengalaman saya pun begitu.
Tahap tekanan amat tinggi.
Tu sebab ramai yang jadi gemuk masa phD.
Stress je makan, makan je petanda stress.
Nota kaki itu petunjuk mereka telah banyak membaca dan merujuk dalam bidang mereka.
Mereka yang buat master dan phD telah menginfaqkan masa gembira dan rehat mereka untuk membaca dan memahami karya-karya besar.
Akhirnya mereka belajar menilai. Menganalisis fakta.
Mereka belajar baca teks bagi habis. Fahamkan maksud. Bukan potong-potong maklumat untuk sokong "geng" aku daa.
Mereka telah terjun dan pernah kelemasan.
Mereka telah membayar amat mahal untuk masuk berenang dilaut itu.
Bagaimana pula yang tak buat master dan phD? Soal pensyarah.
Karya siapa yang mereka baca.
Epestimologi ilmu mana yang mereka ikut?
Falsafah ilmu faham tak?
Siapa yang telah menilai hasil ilmiah mereka?
Betul jugak ye Dr. Balas pelajar.
Pensyarah: Ya betul.
Tidak perlu ulas benda yang kita tak tahu. Jika belum pernah belayar dilautan duduk diam-diam.
Kenal lautan itu apa itu.
Jika ilmu di universiti kita kutuk. Mahu percaya kepada siapa lagi?

_______________________________________

Bila baca petikan ini banyak yang saya rasai:

1- Ketika di kuliah di Syria, Para sheikh selalu mengatakan Ijazah degree yang dapat di sini hanyalah kunci sahaja kepada pintu ilmu.

2- Orang yang ada PhD belum tentu lagi alim, banyak lagi yang tidak diketahuinya. 

3- Orang yang ada PhD juga adalah manusia biasa. Mereka juga melakukan kesalahan.

4- Banyak masa suka-suka dan kegembiraan yang dikorbankan untun mendalami ilmu itu. Banyak masa dan fokus yang perlu diberikan

Moga ada keberkatannya.
Amon Ya Rabb.

Sunday, July 24, 2016

Belajar menerima hakikat & Berlapang dada

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam meniti kehidupan, kita selalu mengejar kesempurnaan hingga terlupa dan tidak boleh menerima beberapa hakikat:

1- Manusia ini tidak sempurna. Mereka ada kekurangan, tetapi mereka juga punya kelebihan

2- Manusia itu pasti akan melakukan kesalahan, tapi sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat dan menyesal dengan kesilapan  yang dilakukannya.

Begitulah dengan kita mendidik anak-anak.

Kita selalu sahaja ingin anak kita menjadi sempurna.

Tiada ibu bapa yang marah dan cemburu jika anak-anak lebih hebat dari diri mereka. Malah mereka akan gembira jika anak-anak lebih hebat dari diri mereka.

Kita juga sebagai ibu bapa, payah untuk kita terima hakikat bahawa anak-anak kita adalah manusia biasa yang melakukan kesilapan. Kecewa hati dan luluh hati jika melihat anak-anak tersilap langkahnya. Tetapi itulah yang terpaksa ditelan walaupun pahit, 

Kesalahan itu pasti ada, namun perbaikilah ia dengan taubat dan amal soleh.

Ya ALLAH, Jauhkanlah kami dari fitnah dunia, janganlah Engkau uji kami dengan apa yang kami tidak mamu untuk hadapinya dan jadikanlah kami orang yang berlapang dada dan redho dengan ketentuanMu. 

Jadikanlah kami orang yang cemerlang di dunia dan akhirat.


Amin Ya Rabb

Friday, July 22, 2016

Sebuah Harapan

بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila anak-anak sudah meningkat umur mereka hampiri ambang remaja, banyak perkara yang dirisaukan bila melihat masalah remaja sekarang.

Risau sangat rasanya bagaimanalah keadaan anak-anak kita bila remaja dan dewasa nanti.

Tetapi kerisauan itu hanya menambahkan penat seharian sahaja.

Saya cuba ubati kerisauan kepada perkara yang akan mendatang untuk dengan sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi.

Mudah-mudahan AL-Quran yang kami sematkan cintanya dalam hati anak-anak semenjak sebelum kelahiran mereka lagi dapat memelihara mereka di dunia dan akhirat.

Moga kesucian Al-Quran dapat menghalang mereka dari terjebak ke kancah maksiat dan tersasar landasannya.

Semoga ALLAH sentiasa memelihara kita dan zuriat kita dan sinarilah hati kami semua dengan Cahaya Ketaqwaan.

Selamatkanlah kami di dunia dan akhirat.

Jadikanlah kami orang yang cemerlang dunia dan akhirat

Tuesday, July 19, 2016

Info Buku: Cerita Korea Kami

بسم الله الرحمن الرحيم


Apabila membaca buku tulisan orang kita kenali, kita akan rasa lebih tersentuh dan tertarik dengan buku tersebut.

Begitulah dengan buku 'Cerita Korea Kami'.

Antara penulisnya yang saya kenali ialah Ummu Hani Abu Hassan.

Kak Ummu yang saya kenali hampir 10 tahun lalu dari bengkel penulisannya di Rumah PPMS, Damascus , Syria.

Sejak itu semangat untuk menulis membuak-buak dan sering mendapat inspirasi untuk menulis dari hasil karya dan buku-buku tulisan Kak Ummu dan juga nasihat dan tunjuk ajar dari Kak Ummu sendiri.


Antara kelebihan buku ini ialah:

1- Berwarna penuh

2- Banyak gambar-gambar yang menarik

3- Menceritakan tentang cabaran merantau, hidup di negara orang, keluar dari zon selesa untuk terus mencari kejayaan

4- Mendedahkan tentang tanggungjawab dan tugasan dakwah dalam ruang lingkup yang lebih besar termasuk di Korea

5- Banyak kisah menarik, suka duka dan cabaran hidup mereka di Korea.

6- Banyak info yang berguna tentang Korea



Bagi saya buku ini bukan hanya sekadar menceritakan kisah-kisah mereka di Korea, ia juga banyak menerapkan nilai Tauhid, keimanan, bersyukur, muhasabah, tawakal, Taqwa, cintakan Allah dan banyak lagi.





Adakalanya perkara yang kita anggap biasa, boleh jadi ia menyentuh hati dan memberi kesedaran dalam diri orang lain. Moga ada ganjarannya di sisi ALLAH.
Amin





Selamat membaca
Semoga ia memberi faedah kepada anda

Saturday, July 16, 2016

MasyaAllah atas nikmat Aidilfitri

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah

Betapa bersyukurnya apabila dapat merasa nikmat mengeratkan silaurrahim, saling menziarahi dan kegembiraan anak-anak pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu

Moga Ibadah Ramadhan kita diterima ALLAH dan diberkati.
Amin

Bahagia dengan nikmat kehadiran Aidilfitri


Cuti hari raya dirasakan amat singkat dan cepatnya masa berlalu.

Dapat berjumpa sanak saudara dan rakan-rakan mengeratkan silaturrahim memberikan rasa syukur yang mendalam terhadap Ilahi.

Alhamdulillah.

Terlupa seketika dengan tekanan urusan kerja, tesis dan penerbitan buku.

Namun semua tanggungjawab dan perjuangan itu perlu diteruskan selepas cuti.

Rehat, cuti dan kegembiraan Aidilfitri dapat memberikan dan mengecas semula tenaga dan kegembiraan untuk kita terus berjuang dan melunaskan tugasan-tugasan yang belum diselesaikan dan terus berkekalan sepanjang hayat ini.

Rehat yang abadi itu hanya di syurga nanti.

Alhamdulillah.

Syukur kepada Allah atas nikmat Aidilfitri

Thursday, July 14, 2016

Kenangan Budaya hidupkan AL-Quran di rumah

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika zaman belajar dari sekolah rendah dan seterusnya, rumah kami setiap malam pasti akan dihiasi dengan alunan hafazan Al-Quran dari kami dan adik beradik yang menghafaz ayat-ayat baharu untuk dihantar kepada guru pada esok hari. Begitu juga bacaan hafazan lama.

Setiap malam juga masing-masing akan menantikan giliran dan berebut-rebut untuk meminta mak mendengarkan bacaan samda lancar ataupun tidak

Zaman itu telah lama ditinggalkan.

Kini kami adik beradik sudah berumah tangga.

Namun budaya menghidupkan AL-Quran terus mekar di rumah.

Hati tersentuh apabila mendengar anak-anak membaca AL-Quran dan mengulang ayat-ayat AL-Quran saban malam.

Seringkali hati terdetik bahawa ini adalah detik yang pasti akan dirindui bila anak-anak sudah dewasa nanti. Itulah yang saya suarakan kepada suami.

Suasana anak-anak bersungguh-sungguh menghafal Al-Quran dan mengulang AL-Quran adalah satu anugerah nikmat Allah yang sangat besar bagi diri saya.

Ada rasa sayu di dalam hati.

Lebih-lebih lagi bila anak-anak ini berebut menjadi imam Solat di rumah.

"Mama, biar abang jadi imam, barulah dapat pahala solat berjemaah."

Selamat hari Raya Aidilfitri
dari
keluarga
cinta-rasul.blogspot


Ya ALLAH sinarilah hati-hati kami sekeluarga dengan Nur Iman. Kurniakanlah kami istiqamah dalam amalan kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa. Amin.


Semoga catatan dalam blog ini dapat memebri inspirasi kepada keluarga lain di luar dan seterusnya membentuk masyarakat yang bertaqwa. 

Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...