Sunday, March 31, 2013

Jalan2 di KL (siri 1)

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuti yang lepas, kami sempat meluangkan masa beberapa hari di Kuala Lumpur.

Dua malam kami tinggal di De Palma Ampang,

Bagi saya, saya puas hati tinggal di De Palma Ampang.
Bilik yang bersih, keluasan yg ok, layanan yg bolehlah tahan (sebab depa suruh check in pukul 3 petang, ramai orang dok marah tunggu nak check in), 
dekat dengan Shopping Complex Ampang Point dan banyak restoren yang berdekatan.

Ada Tafsir Al-Quran yang disedia dalam bilik hotel
Jadi tak lupalah untuk ulang Al-Quran anak2.
Malam itu pun baba keluar bagi kuliah di Kelana Jaya,
jadi anak2 ulang Al-Quran, buat homework
dan habiskan masa dalam bilik....
Abang Abbudey siapkan homework Matematik.
Adik turut buat juga bukunya tapi bukan homework.
nasib baik tak lupa nak bawa buku juga utk adik
  
mengulang Surah AL-Fath


Amalan Nabi  SAW ketika makan
disediakan atas meja makan
di restoren hotel

Doa sebelum makan
dan selepas makan (di sebelah belakangnya)
bagus kan?
Mengingatkan kalau terlupa nak baca =P

adab ketika makan
Kami turut pergi berjalan ke Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

Tapi sayangnya rama-ramanya sikit sangat....sedih sangat
Tak semeriah Taman Rama-Rama Penang yang amat banyak rama-ramanya

harga tiket masuk taman rama2
Kuala Lumpur





                                  LAGI TEMPAT MENARIK YANG PATUT DILAWATI

bersambung......................

Saturday, March 30, 2013

Info Buku: Kisah2 perjuangan Nabiku Muhammad SAW

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku ini kami telah beli dah baca
dari tahun lepas lagi

Terbitan:
Darul Mughni Islami

Edaran:
http://www.edukidbooks.com/edukid.html

boleh dibeli secara online di sini:
http://www.edukidbooks.com/store/index.php?route=product%2Fproduct&path=37&product_id=108

saiz tulisan dan dwi warna yang mesra kanak2

harganya



Walaubagaimanapun kisah di dalam buku ini tidak disertakan sumber dan rujukan, jadi ibu bapa perlulah menjelaskan dan menerangkan kepada anak2 tentang kesahihan kisah tersebut.

Buku ini amat bagus menambah info
tentang Rasulullah SAW kepada anak2
yang telah diulas pada enty yg lepas

Mari kita bersama2 memperkenalkan Rasulullah SAW dan menjadikan baginda sebagai idola
اللهم صلّ وسلّم وبارك على سيّدنا محمد صلّى الله عليه وسلّم

Friday, March 29, 2013

Bedtime story yang sangat best

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi jika saya mampu dan berpeluang untuk bercerita kepada anak2. Tak kisahlah sebelum tidur ataupun tidak kerana ada ketikanya anak2 amat penat dan tidak sempat untuk bercerita dah pun tenggelam dalam mimpi.

Ini adalah buku yang saya pilih untuk kali ini. Kami sudah mula baca pada bulan lepas.

Buku ini baba dapat semasa forum bulan lepas.
Pihak penganjur beri sebagai kenangan.
Harganya di pasaran:
RM 65.
Buku yang bagus untuk diceritakan kepada anak.

Terbitan:
http://mustread.com.my/v1/

boleh beli secara online di sini:
http://www.epayasia.my/default.aspx?portalname=www.epayasia.my/mustread&pageid=2440&product_id=67500C15-5FC0-4FC1-A787-ED4483AB9103&cat_id=FBA5E5F4-04C8-4C57-8B2A-A27C1B2D6B1E

Bagi saya buku ini sangat menarik dan banyak info yang boleh diceritakan kepada anak2.

Saya tidaklah baca sebijik2 perkataan dari buku ini, tapi saya gunakan teknik bercerita.

Bab yang paling menyentuh hati apabila kami sampai ke bab keperibadian Rasulullah SAW.

Amat menyentuh hati bila membaca bab ini. Betapa mulianya dan hebatnya Rasulullah SAW.

Bab Akhlak Rasulullah SAW yang amat menyentuh hati
dan mencambahkan rindu kami kepada
Rasulullah SAW.
اللهم صل وسلّم وبارك عليه وعلى آله



Rasulullah SAW sukakan bau wangi

Hadis:
Apabila salah seorang kamu diberikan minyak wangi, maka dia tidak boleh menolak
kerana bau wangi itu adalah dari syurga
HR Tirmizi

Selepas baca bab di atas, terus anak2 ambik minyak wangi dari
dalam almari dan terus pakai.

Betapa mereka excited nak mencontohi akhlak
mulia Rasulullah SAW
اللهم صل وسلّم وبارك عليه وعلى آله
Bahagian yang amat meruntun hati
اللهم صل وسلّم وبارك عليه وعلى آله

Dan betapa anak2 excited untuk mencontohi Rasulullah SAW pada setiap kisahnya.

Contohnya: 

Apabila saya bercerita bahawa Rasulullah SAW sukakan madu. Anak2 akan kata:
"Adik pun suka madu."



Bila saya cerita Rasulullah SAW sangat pemurah dan dermawan terutamanya pada Bulan Ramadan, Abang Abbudey kata:
"Mama, Abang pun bagi sedekah kat kawan abang kat sekolah hari itu."


Dan dalam bercerita ini, ada juga masa2 yang terhibur dengan soalan anak2.

Contohnya apabila saya bercerita tentang tanda kenabian Rasulullah SAW di belakang badan baginda, Abang Abbudey pun tunjuk tanda tompok gelap sedikit di bawah lengannya:
"Inilah tanda kenabian abang, adik pun nabi juga, dia tunjuk tanda hitam di pergelangan tangan adik."

Haha..

Saya jelaskan:

" Ini bukan tanda kenabian sayang, ini tanda lahir. Lepas Rasulullah SAW wafat, takde dah Nabi lepas Nabi Muhammad SAW."

Antara beberapa faktor yang menyebabkan saya menyukai buku ini ialah:

1- Disertakan sumber rujukannya dan rekod hadis2 di dalam buku ini (seperti dalam gambar2 di atas).

 Ini penting bagi memastikan kesahihan kisah dan hadis Rasulullah SAW.




2- Gambar2 yang menarik. Dapat mengenalkan dan menambah info kepada anak2

3- Mukasurat buku ini yang berkualiti dan licin

4- Buku ini juga berkulit tebal, jadi ia akan mudah dijaga

ALLAH semai rasa kasih dan rindu kami kepada Rasulullah SAW , dan cinta kami untuk mengikuti sunnah baginda SAW.

Moga kita semua mendapat syafaat baginda SAW di akhirat sana.

Amin.


p/s: Jangan lupa baca surah Al-Kahf ya? Banyak kelebihannya =)

Thursday, March 28, 2013

Kisah tentang Daun

بسم الله الرحمن الرحيم

Anda nampak tak daun kecil dari rumah jiran sebelah yang menjulur di tembok
hijau rumah kami?

Dekat sikit

Kenalkah anda daun apa ni?
Inilah daun limau purut.

Kami selalu petik daun ini untuk sedapkan tomyam.

Makcik jiran sebelah kata: Ambil jelah, tak payah habaq (minta izin)  pun.

Tapi, kalau terjumpa makcik sebelah rumah akan kata juga:
"Makcik, hari tu kami petik sikit daun tu ye?"

Alhamdulillah berkat jiran yang baik.

Budaya seperti ini susah nak jumpa sekarang di bandar2 sebagaimana
susah nak jumpa pokok limau purut.

SEKIAN kisah dari saya..
hahaha...

Tuesday, March 26, 2013

Craft: Bunga Foam Sticks

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah aktiviti yang saya buat bersama Abdullah.

Kita buat kraf menggunakan foam sticks.

Mula2, buat bulatan menggunakan foam sticks

Abdullah mencantumkan foam sticks

Saya tolong steplerkan sbb dia tidak berani dan tak  kuat
nak tekan stepler.

Lagipun agak bahaya juga.

siap 5 gegelung
lekatkan gegelung tadi pada cotton ball

letakkan sedikit gan UHU untuk dilekatkan pada cotton ball

Steplerkan gegelung yang sudah dilekatkan pada cotton ball
pada batang bunga yang diperbuat
dari foam sticks

Alhamdulillah
siap

=)

Menarik juga meggunakan foam sticks ini, banyak idea craft yg bleh dibuat =)

              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Monday, March 25, 2013

Kraf: Ulat Foam Sticks

بسم الله الرحمن الرحيم

Lagi idea membuat kraf menggunakan foam sticks.

Kali ini kami buat ulat pula...


Mula2: Bentukkan foam sticks seperti nombor 8

Bila dah siap, camtumkan foam sticks menggunakan gam,
kemudian letakkan cotton ball dalam kepala ulat tu

Cotton ball dilekatkan dalam kepala ulat

Lekatkan mata ulat menggunakan beads
Kami beli beads ini lama dah, pernah tulis di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/01/aktiviti-menarik-dgn-manik.html

dan di sini:

http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/02/bermain-beads-manik-lg.html

ALhamdulillah.
Siap!
Ulat...
eeeeeiiiiii


Saturday, March 23, 2013

Petua dan Tips untuk 1st time nak bawa anak ke masjid (Part 1)


بسم الله الرحمن الرحيم

Pada tahun lepas, saya pernah menulis tentang tips2 untuk membawa anak2 ke masjid. seperti di sini:


Pelbagai tips berguna yang telah saya kongsikan dalam entri tersebut bagi ibu bapa yang ingin membawa anak2 ke masjid.

Apa2pun bagi mereka yang tidak pernah membawa anak2 ke masjid, mungkin ada rasa cuak dan takut jika anak2 dijeling oleh pakcik dan makcik yang garang.

Jadi, tips utama bagi yang belum pernah membawa anak ke masjid ialah:

PASTIKAN KEADAAN MASJID TERSEBUT SEBELUM BAWA ANAK2 KE SANA.

Mungkin ramai yang berpendapat banyak masjid yang bersifat tidak mesra kanak2. 
Bagi saya, kita perlu bijak mencari alasan kukuh untuk berdegil membawa anak2 ke masjid dengan cara memastikan keadaan masjid dahulu sebelum membawa anak2 ke sana.
 (nampak sangat seperti seorang yang degil kan? haha)


Apa maksudnya pastikan keadaan masjid tersebut?

Maksudnya anda (atau minta suami) pastikan beberapa aspek di bawah:
1- Keluasan masjid
2- Bilangan jemaah
3- Keselesaan Masjid
4- Aktiviti Masjid
5- Jarak tandas 

PERTAMA:

Pastikan keluasan masjid  kerana masjid yang besar akan mengurangkan bunyi jika anak-anak bising. Dan anda juga boleh cari port lain (seperti di luar masjid) jika anak2 bising.

Kebanyakan masjid mempunyai kawasan luar masjid juga agak selesa, sudah ada kipas. Jadi apa salahnya duduk di luar jika anak2 meragam kan?

Bukanlah nak cari masjid yang besar macam Masjid Negara, tapi cukuplah sekadar kalau anak kita buat bising, tak berapa mengganggu jemaah lain

KEDUA:

Pilihlah masjid yang bilangan jemaahnya kurang. 
Kenapa?
Supaya anda tidak stress jika dijeling. haha
Bilangan jemaah yang sedikit membuatkan anda lebih berkeyakinan untuk membawa anak2 ke masjid. Anak anda juga akan selesa bergerak tanpa ada orang yang memarahinya


Biasanya kaum muslimat agak kurang pergi ke masjid, kadang2 takde pun kaum muslimat di masjid.

Jadi minta suami pastikan ramai tak muslimat di kawasan muslimat di dalam masjid, jika tidak, anda boleh mula membawa anak2 ke masjid sebagai langkah permulaan. Tiada mata yang akan menjeling dan membulat kepada anak2 anda.

OK, InsyaALLAH akan bersambung di entri akan datang.
Banyak faedah membawa anak ke Masjid dan kita perlu bijak mengatur strategi untuk membawa anak2 ke masjid supaya mereka mendapat faedah tersebut. Rugi kalau anak-anak tidak memilikinya.

Friday, March 22, 2013

Craft menggunakan foam sticks

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika membeli barang craft ini, saya sangkakan ia adalah batang ais krim yang berwarna warni, rupanya ia diperbuatkan dari foam. Masa pegang tu rasa cam keras je, rupa2nya  ia bukan diperbuat dari kayu, tapi dari foam.

Inilah barang yg saya sangkakan batang ais krim yang berwarna warni ..
Maaf. harganya tak perasanlah..huhu

Jadi, saya tiada idea nak buat apa dengan foam stick  ini.
Tapi takde masalah, sebab anak2nya saya ada banyak idea apa yang boleh dibuat dengan foam sticks ini.
Antaranya:


dahan untuk ulat bulu seperti dalam entri di sini:
http://www.cinta-rasul.blogspot.com/2013/03/craft-ulat-bulu.html

 key chain tanda nama Abdul Rahman

pepatung
yang warna biru tu, Adik Abdullah buat

tanda nama untuk pencil Abang Abbudey

tanda nama untuk pembaris Abang Abbudey



InsyaALLAH selepas ini akan banyak lagi idea2 kreatif dari anak2 menggunakan foam sticks ini. =)

              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Thursday, March 21, 2013

Craft: Ulat Bulu

بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila membaca Majalah Aulad, antara ruangan kegemaran anak2 ialah kraf. Biasa mereka akan minta untuk membuat kraf yang dipamerkan di dalam majalah tersebut.

Kraf kali ini adalah berpandukan Majalah Aulad keluaran Mac 2013.


Di dalam majalah ini mereka menggunakan sepit kayu,
rumah kami takde sepit kayu,
jadi boleh modified ikut kesesuaian dan barangan yang idea.
Itu juga dinamakan kreatif
=)

Dalam majalah ini, mereka tulis Ulat beluncas,
tapi bagi kami, ia lebih menyerupai ulat bulu...
hehe

Eksperimen anak2 dengan ulat beluncas pernah ditulis di sini
beberapa tahun yang lahu:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2010/08/mendalami-kitaran-hidup-seekor-farasyah.html
dan di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/08/ulat-beluncas.html
cara membuatnya
Kraf yang simple
tak sampai 5 minit dah siap
=)

Bahan2 yang digunakan untuk kraf kali ini:
1- Gam Uhu
2-Pom pom
3- Googly eyes

* Harga untuk barang2 ini lupa dah.
InsyaALLAH lain kali akan ambil perhatian
=P


Abdullah menggunakan foam sticks ini

melekatkan pom2 di atas foam sticks

meletakkan sedikit gam uhu di atas googly eyes

melekatkan mata ulat bulu


Alhamdulillah siap!
seekor ulat bulu atas foam sticks
dan seekor lagi hiasan atas pensil untuk Abang Abbudey
=)


Ulat bulu di atas pensil =)


Oh, bagi siapa yang ingin mengetahui tentang faedah aktiviti kraf bersama anak2, saya pernah menulis tentangnya di sini dahulu (antara top 10 entri yang popular dalam blog ini):
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...