بسم الله الرحمن الرحيم
Beberapa hari lalu, saya bawa Abdullah ke kedai buku Hassani di Sungai Petani untuk menghabiskan BB1M yang masih berbaki lagi.
Tiba2, Abdullah berminat dengan buku di bawah ini:
Perkara yang pertama yang menarik perhatian saya ialah tulisan cina pada tajuk buku itu.
Saya katakan kepada Abdullah:
"Ini buku cina, mama tak faham." (padahal saya tak tengok lagi isi kandungan buku tersebut.)
Abdullah kata:
"Tapi adik suka buku ni."
Barulah saya lihat isi dalam buku ini dan setuju untuk beli.
Rupa2nya ia adalah buku aktiviti kegemaran Abdullah.
Koyakkan dan lekatkan.
Alhamdulillah, Abdullah sangat sukakan buku aktiviti ini dan berusaha untuk membuatnya dengan penuh minat.
|
harga: RM 5.90 untuk 30 mukasurat yang berwarna.
sangat berbaloi |
|
4 siri menarik yg boleh dimiliki |
Jom kita lihat gambar aktiviti yang dah dibuat oleh Abdullah.
=)
|
Selesai dilekatkan |
|
Juga sudah selesai |
|
terdapat juga aktiviti melukis dalam buku ini dan Abdullah sedaya upaya meniru lukisan dalam buku ini.
Ini adalah gambar kipas |
|
100% lukisan Abdullah |
|
gambar2 yang menarik |
|
gambar2 utk dikoyakkan dan dilekatkan pada mukasurat sebelah kiri |
|
terbitan (haha..gambarnya x jelas) |
|
Abdullah memicit gam |
|
melekatkannya |
|
lagi lukisan Abdullah.... =) |
*** Saya pernah terfikir bahawa Abdullah tak perlukan lagi buku2 aktiviti seperti ini kerana dia sudah masuk ke alam tadika (PASTI) dan saya fikir mungkin dia jemu dengan aktiviti seperti ini. Nampaknya sangkaan saya silap kerana dia amat sukakan buku2 aktiviti seperti ini, hingga tidur lewat malam sebab asyik menyiapkan buku seperti ini. Dan dia juga yang memilih dan meluahkan rasa hati bahawa dia sukakan buku2 aktiviti seperti ini
Apa2pun, bagi saya aktiviti buku seperti ini baik untuk tanamkan rasa cintakan buku dalam diri anak2.
=)