Saturday, January 31, 2015

Info Buku: Siri Boleh Gobi Bantu:T Seronoknya Membantu Kawan

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini kita berkenalan pula dengana Siri buku BOLEH GOBI BANTU

Terdapat 4 buku dalam siri ini



Terdapat teks dalam Bahasa Inggeris juga

Teks Bahasa Malaysia dalam dua warna memudahkan kanak-kanak
untuk membaca


penuh warna yang menarik


Terdapat jugak info yang berguna




harga buku ini

Tuesday, January 27, 2015

Info Buku: Siri Dr.Bubbles: Dr.Bubbles dan Baim

بسم الله الرحمن الرحيم

Info Buku kali ini adalah untuk menyempurnakan siri Buku Dr.Bubble sebanyak 4 buku yang telah dibeli untuk anak-anak.

Info buku siri Dr.Bubble yang lain telah ditulis pada entri-entri yang lepas







ia adalah berpandukan kisah benar

kesian Baim



permulaan buku yang agak sedih


Watak Baim dalam buku ini adalah watak yang benar

Monday, January 26, 2015

Ketagihan

بسم الله الرحمن الرحيم

Teringat pada pertengahan tahun lepas, terfikir dan melihat anak-anak kurang membaca buku.

Dari saat itu, timbul azam bahawa anak-anak perlu dididik dan disemai supaya suka membaca.

Bermulalah kempen membeli bahan bacaan anak-anak.

Dimulakan dengan bahan bacaan yang menarik minat anak-anak untuk membaca seperti komik upin ipin, boboiboy dan lain-lain.

Dalam fikiran:
Anak-anak baru nak dipupuk supaya minat membaca, jadi perlu tanam dalam hati dan minda mereka bahawa buku ini menyeronokkan.

Begitulah perkiraan psikologi saya.

Kalau awal-awal, dah beri buku tebal dengan tulisan halus-halus, agak-agak anak-anak nampak buku tu seronok tak?

Tapi, makin lama, perlahan-lahan ditukar genre buku komik kepada lebih islamik, lebih menitikkan bab akidah dan akhlak tapi masih buku kanak-kanak.

Dan ditambah dengan buku-buku Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.



Dan hasilnya: anak-anak kini ketagihan buku dan sangat gembira bila posmen menghantar buku yang dioder, Alhamdulillah.

Jika ke kedai, wajib masuk ke kedai buku. Sekurang-kurangnya beli sebuah buku seorang.

Moga bertambah ilmu dan dapat beramal dan memberi manfaat kepada Ummat Islam.
Amin Ya Rabb

Sunday, January 25, 2015

Info Buku: Siri Dr.Bubbles: Dr.Bubbles dan Anak Kucing

بسم الله الرحمن الرحيم

kali ini jom tengok Siri Buku Dr.Bubbles: Dr.Bubbles Dan Anak Kucing.








Buku yang menarik minat anak-anak untuk membacanya. Dr. Bubbles yang suka menolong =)

Saturday, January 24, 2015

Selangkah ke hadapan

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika sebelum ini, jika Abdullah ingin mencatat nota kuliah, perlu ada bantuan dari mama, mama perlu beri idea (poin kuliah) dan Abdullah akan mencatatnya. 

Tapi bila satu hari mama tak boleh pergi masjid, Abang Abbudeylah yang tolong Abdullah untuk mencatat nota kuliah baba.

Bagi saya ia adalah selangkah lebih baik dari dulu:
1- Anak-anak belajar mengawal tingkah laku di masjid tanpa teguran dan pantauan mama. (baba sedang beri kuliah)

2- Abang Abbudey belajar menjadi guru kepada adiknya (walaupun hanya beri ikut tulisan dalam buku catatannya.)

3- Abdullah belajar untuk bekerjasama dengan abang, tanpa kehadiran mama. 



tulisan Abang Abbudey di diari catatan kuliahnya

tarikh kejadian: 22/1/2015


buku catatan kuliah Abdullah
Moga terus istiqamah, lebih baik dan sentiasa memberi manfaat dan teladan kepada orang lain.

Thursday, January 22, 2015

Info Buku: Siri Dr.Bubbles: Dr.Bubbles dan Wak Kerusi

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku kali ini ada siri Buku Dr.Bubbles yang diminati anak-anak

Buku ini juga adalah dipilih oleh anak2 untuk menyempurnakan siri buku Dr.Bubbles yang mereka miliki

tiga buku ditambah dengan siri Dr.Bubbles dan Dr.Dinasour yang
pernah ditulis infonya
DI SINI
muka belakang 3 siri Dr.Bubbles ini
Kisah benar yang menarik

Tajuk yang menarik
membuatkan anak-anak tertanya-tanya siapa dia
Wak Kerusi itu?


muka belakang 


lukisan yang comel dan berwarna warni


harganya



Buku yang mempunyai jalan cerita yang menarik, memupuk nilai-nilai yang murni dengan lukisan yang comel

Monday, January 19, 2015

Info Buku: Akhlak Anak Muslim , Siri 3

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara tektik cerdik syarikat buku ialah menerbitkan buku secara bersiri.

Anak2 sangat minat untuk menyempurnakan siri buku yang mereka miliki.

Sebagai contoh, buku Siri AKHLAK ANAK MUSLIM

Saya pernah menulis tentang SIRI 1 AKHLAK ANAK MUSLIM, di sini dan

InsyaALLAH kali ini anda boleh lihat dan baca tentang siri 3 buku Akhlak Anak Muslim ini



anak2 sanngat tertarik dengan lukisan buku ini yang sangat comel
isu kali ini
Anis tak mahu mengaji
Anas tak mahu mandi


muka be
lakang buku ini dan harganya:
RM31.90

terdapat hadis dalam buku ini

terdapat juga doa 

Anas dan Anis dan ibu mereka yang comel 


memaparkan nilai-nilai murni dan islamik yang boleh dicontohi
oleh anak2

terdapat juga kamus cilik dalam buku ini

Menarik kan buku ini!

Saturday, January 17, 2015

Kedai buku online yang sangat mesra pelanggan

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah lama tak beli buku secara online. Kalau tahun lepas rasanya lebih kerap membeli buku secara online.

Kalau pandai tengok sale atau tawaran istimewa adakalanya, membeli buku secara online lebih untung dari pergi ke kedai dan membeli buku di sana.

Beberapa bulan yang lepas ,saya membeli buku secara online di beberapa kedai online.

Saya puji beberapa syarikat buku besar online yang memberi layanan yang cukup bagus kepada pelanggan walaupun hanya berurusan secara maya sahaja.

Sebagai contohnya kedai buku MPH ONLINE (klik untuk layari)



pada asalnya buku yang dipesan tak ada dalam stok, maka mereka pos dahulu buku yang ada dalam stok
dan tangguhkan penghantaran buku yang tiada dalam stok tersebut

Tetapi saya ubah fikiran untuk menukar dengan buku lain


Dan mereka bersetuju untuk menukar buku yang tiada dalam stok itu dengan buku lain yang saya pilih.

Urusan yang dimudahkan dan dilayan dengan baik.

Kan bagus macam tu, menjaga customer.

Lihat juga jumlah diskaun yang diperolehi dari pembelian buku secara online
di MPH Online

Untung kan?


Dan saya juga pernah membeli buku secara online di kedai buku online PTS atau
lebih dikenali dengan Bookcafe (klik untuk layari)


lihat juga bilangan diskaun
Alhamdulillah

Biar kita berhabisan untuk membeli buku untuk menambah ilmu dan memupuk hobi membaca dalam diri anak-anak.  InsyaALLAH

Friday, January 16, 2015

Perjuangan

بسم الله الرحمن الرحيم


Suatu masa dahulu, di alam universiti, antara perkara yang sering difikirkan ialah:

"Bagaimana saya boleh mengubah dunia dari fasad yang berleluasa?" 

Maklumlah zaman tu zaman tarbiyah, duduk pulak kuliah dakwah...


Sekarang ini selepas hampir lebih 10 tahun, Allah pilih untuk menjadi guru besar sekolah rendah tahfiz.

Adakah ini jawapan kepada permintaan ingin mengubah dunia?!

Mendidik anak kecil dengan Al-Quran.

Bukan hanya menghafaz.

Tapi memahami, mengamalkan, menanam akhlak-akhlak mulia.

Masa untuk mencurah ilmu-ilmu yang dituntut sepanjang 30 tahun ini.

Bukan tugas mudah.

hasilnya bukan boleh peroleh sehari dua, bukan juga seminggu dua, bukan juga setahun dua, tapi perlu MASA YANG PAAAAAANJANG!




Bila terlebih tegas, sering hadir rasa menyesal. Berpanjangan.

Bila tidak boleh mengawal, rasa tidak berjaya.

Perlu lebih banyak belajar.

Lebih banyak kasih sayang.

Lebih banyak usaha.

Lebih banyak mencuba.

Lebih banyak bergantung, berharap dan memohon dari ALLAH.

Inginkan kesempurnaan, namun kesempurnaan hanya milik ALLAH. Tapi tidak mahu ia jadikan alasan untuk melakukan kerja dengan tidak smepurna

PERMUDAHKANLAH YA ALLAH!

**Sudah banyak impian dan cita-cita yang ALLAH tunaikan walau kita sering lalai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...