بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah...cepat sungguh rasanya Ramadhan berlalu kali ini dan terasa sibuk sungguh dalam Bulan Ramadan kali ini(bukan sibut buat kuih raya ye?)...
Pelbagai cerita yang berlaku dalam Ramadhan kali ini...Dan sebenarnya sebelum entry ini ditulis, saya meminta izin dan kepastian beberapa kali daripada suami samada entry ini boleh ditulis atau tidak kerana ia berkaitan dengan orang lain. Takut2 ada hati yg kurang senang dengan entry kali ini
(buat suspen je...)
Ramadan kali ini adalah ramadan pertama utk Abdul Rahman berpuasa... Alhamdulillah ia berlalu dengan mudah. Tidak sesukar yang dijangkakan...ALhamdulillah...
Alhamdulillah juga Ramadan kali ini, sekali lagi Sheikh Mahir Al-Munajjid datang ke Malaysia. Kali ini dengan ahli keluarganya sekali dan kebanyakkan masanya dihabiskan di sekitar Kedah, di Alor Setar, di Sungai Petani dan juga Baling.
Maklumat lanjut dapatkan di sini: http://majalahhaluan.wordpress.com/2012/03/11/mh-edisi-12012-bicara-al-quran-sumber-motivasi-bersama-dr-maher-hasan-munajjid/ |
Banyak pengalaman dan perkongsian fikrah yang kami dapat sepanjang kedatangan keluarga ini pada kali ini.
Banyak topik yang dikongsikan termasuklah perbezaan budaya dalam mendidik anak2 di Malaysia dan di Syria dan masing2 ada kelebihannya.
Abdullah (4 tahun) membaca buku bersama Alyaa' ( 2 tahun) |
Kerana itulah mengembara dapat membuka minda, menambah ilmu dan pengalaman kita terhadap banyak perkara.... Dan kami mempunyai cita2 utk terus mengembara di merata negara untuk lebih mengenali budaya dan menambah ilmu pengetahun. Ada rezeki, InsyaALLAH tercapailah cita2 itu.
Alyaa' (2 tahun) dan anak2 Sheikh Mahir yang lain memperdengarkan hafazan al-qurannya ketika kami berbuka puasa di homestay penginapan mereka |
Muhammad AL-Fatih (Anak sulung Sheikh Mahir) 7 tahun. |
muhammad alfatih |
Aisyah (anak ke2 Sheikh Mahir) bersama2 sepupu2 Abbudey di airport Penang |
InsyaALLAH semoga berjumpa lagi |
Ma'as Salaamah Alyaa' yang comel (MasyaALLAH! mcm anak patung!) |
meriahnyalah nak hantar orang naik kapal terbang |
Aisyah (6 tahun) mengajar adiknya Alyaa' (2 tahun) menghafal Surah Al-Kauthar.
(begini jugalah cara mengajar Abdul Rahman dan Abdullah menghafal AL-quran)
Saya dan Riemah (Isteri kepada Sheikh Mahir) sempat bertukar idea dan fikrah bagaimana kaedah dan cara untuk kanak2 cepat menghafal AL-Quran. Riemah turut merakam video hafazan AL-quran Abdullah dan Abdul Rahman untuk dipertontonkan dalam kelas2 qurannya di Syria nanti. Satu pertukaran idea yg banyak faedahnya bagi saya.
p/s: kualiti gambar kurang memuaskan adalah dr hp saya.
Malu nak tangkap gambar, lepas tu minta gambar kat orang ... =P
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI BUAT SEMUA PEMBACA BLOG INI. SEMOGA ALLAH MENERIMA AMALAN RAMADAN KITA DAN MEMBERKATI KITA SEMUA |