بسم الله الرحمن الرحيم
Berhari2 menatap, membelek, mengkaji dan membaca tafsir2 Surah Yusuf membuatkan saya bagai menyaksikan sendiri plot2 dalam Surah Yusuf di hadapan mata sendiri.
Imiginasi gambaran peristiwa dalam Surah Yusuf sentiasa berputar2 dalam minda. Bagi saya ini adalah kerana terlalu banyak memikirkan dan meneliti tafsir Surah Yusuf.
Sebagai seorang ibu, kisah yang paling menusuk jiwa saya dalam Surah Yusuf dan membuatkan saya terfikir2 tentangnya di mana sahaja ialah hubungan keibubapaan antara Nabi Yaa'kub Alaihissalam dan anak2nya. Peristiwa ini membuatkan emosi kesedihan menghiris hati hingga menitiskan air mata. Makin ditulis bahas tentang bab ini, makin pilu hati ini.
Kebetulan lagi sekarang ini, sedang menulis bab Kaedah Penyucian Diri Berkenaan Anak-anak Di dalam Surah Yusuf atau dalam Bahasa Arabnya:
منهج سورة يوسف في
تهذيب شهوات الإنسان تجاه الولد.
Kedua ialah: Seorang Nabi dan hamba ALLAH yang soleh juga diuji dengan anak2 yang ingkar dan derhaka, yang sanggup merancang untuk membunuh adik mereka sendiri
Ketiga: Konflik dan cemburu buta antara adik beradik dan tuduhan bahawa ayah mereka pilih kasih dan hanya sayangkan adik kecil mereka sahaja.
Perisitwa2 dalam Surah Yusuf ini memang banyak sangkut pautnya dengan kehidupan kita seharian.
InsyaALLAH jika ada masa nanti, akan diulas lagi lebih lanjut.
YA ALLAH janganlah Engkau uji kami dengan ujian yang tak mampu kami harungi. Limpahkanlah Rahmat dan kasih sayangMu dalam keluarga kami.
Amin.
P/S: JOM BACA SURAH AL-KAHF PULA....