Showing posts with label Tingkatkan Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Tingkatkan Ibadah. Show all posts

Wednesday, November 20, 2019

Mengapa inginkan anak khatam Al-Quran di usia kecil?

بسم الله الرحمن الرحيم

** Entri ini ditulis pada 1/6/2019

Apa yang saya rasakan tentang pandangan mengapa ingin anak khatam hafazan Al-Quran di usia kecil:

1. Menghafaz Al-Quran akan memaksa anak-anak menjaga Al Quran sepanjang hidup mereka. Membaca Al-Quran membuatkan mereka sentiasa dekat dengan Allah. Kita tidak selamanya dapat menjaga anak-anak, moga keberkatan Al Quran dan penjagaan Allah mengiringi mereka dunia dan akhirat.

2. Kebanyakan Ulamak dan salafussoleh itu adalah penghafaz Al-Quran. Siapakah lagi ikutan kita jika bukan mereka?

3. Apa sahaja bidang yang bakal diceburi oleh anak-anak, Al Quran pasti  akan membantu dan memberi petunjuk kepada mereka.

Semoga kita menjadi insan yang memuliakan Al Quran dan dimuliakannya, mencintai dan dicintai Allah Subhanahu wata'ala.

Amin

Saturday, November 16, 2019

Abdullah: Berbaki hafazan 5 juz setengah

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 1/6/2019


Alhamdulillah hari ini Abdullah masuk hafazan juz 10. Berbaki 5 juz setengah lagi untuk khatam hafazan Al-Quran. Doakannya dapat khatam hafazan tahun ini insya-Allah.

Dikongsikan dalam status Whatsapp peribadi video hafazan Al-Quran Abdullah di juz 10



Mama khatam hafazan tahun 1999 (diusia 14), abang Abbudey khatam hafazan diusia 12 (2018). Insyaallah Abdullah tahun ni (11 tahun).

Baba selalu kata: Ahmad Zaid lagi hebat, insya-Allah Ahmad khatam hafazan usia 8 tahun. Amin... Berkat doa baba selalu, Allah perkenankan, insyaallah.


Tuesday, November 12, 2019

Wasiat bagi penerima ijazah sanad Al Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 1/6/2019



Ini adalah terjemahan sanad Al Quran (hafazan) yang diterima daripada Sheikh Muhyiddin Alkurdi pada tahun 2003 dulu. Abah bawak pi terjemah di ITN.

Moga semua pemilik ijazah ini dapat mengamalkan semua wasiat yang terkandung dalam ijazah ini 
(والله المستعان),

 Mendoakan sheikh pada setiap bacaan Alquran, insyaallah.

Friday, August 16, 2019

Kata-kata yang baik

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 30/4/2019

Ketika saya membaca post ini di Facebook, saya terfikir dalam kembali yakin bahawa kata-kata yang baik itu adalah penawar bagi hati kita dan orang lain.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2674311759259918&id=245964752094643


Ya Allah.....

Mudahnya untuk menggembirakan orang lain, memberi sedikit penawar kepada kedukaan orang lain.

Dengan kata-kata.

Tanpa perlu mengeluarkan modal material.

Moga kata-kata menjadi inspirasi, penawar, penaik semangat kepada orang lain.

Yang penting semua itu pasti ada ganjaran di sisi Allah.

Mudahnya membuat pahala




Monday, August 12, 2019

Merebut pahala

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 28/4/2019.


Antara perkara yang membuatkan saya rasa takjub apabila pergi ke masjid ialah ada insan yang sudi untuk kalihkan dan susun kasut-kasut jemaah masjid.

Ia membuatkan hati rasa tenang dan selesa apabila melihat kasut yang tersusun elok. Malahan juga memudahkan urusan orang lain.





Perkara ini kami bualkan dalam kereta bersama anak-anak selepas pulang dari kuliah baba di masjid.

Abdul Rahman: Abang tau sapa yang susun kasut tu. Tadi abang nampak masa abang pi toilet. Pak guard yang susun kasut tu waktu semua orang solat maghrib. Pak Guard tu tak solat maghrib!

Baba: Bukanlah. Pak Guard tu dia kena jaga time semua orang solat. Kan selalu jadi orang masuk curi barang jemaah masa jemaah tengah solat. Pak Guard tu solat lepas tu.


Begitulah. Jika ada salah faham yang berlaku dalam pemikiran anak-anak , segeralah betulkannya.

Setiap amalan walaupun kecil, pasti ada ganjaran di sisi Allah.

Semoga Allah memberkati beliau dan kita semua insyaAllah

Saturday, July 27, 2019

Syukur kerana penat???

*** Entri ini ditulis pada 26/4/2019.

بسم الله الرحمن الرحيم

Sungguh minggu ini terasa penat sangat.

Ramai kawan-kawan sekerja pun merasakan begitu. Mungkin kerana cuaca yang panas membahang.

Seperti biasa, antara saat yang seronok bila pulang ke rumah pada hari Khamis. Rasa seronok sangat kerana akan bercuti selama 2 hari.

2 hari yang tenang untuk kita kumpul semula tenaga dan pemikiran yang positif untuk disalurkan kepada anak-anak pelajar.

Adakalanya terasa serabut secara automatik apabila tiba-tiba teringatkan tesis yang belum siap.

Saat-saat penat, membuat diri sering memotivasikan diri sendiri dengan kata-kata yang juga dikongsikan dalam status, moga-moga orang lain juga mendapat semangat dan motivasi.





Moga penat kita tidak sia-sia dan dipandang Allah subhanahu wata'ala.

Sunday, June 2, 2019

Di penghujung Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم


Di penghujung Ramadhan ini, di kala orang ramai berkongsi pengalaman tentang kuih raya, balik raya, baju raya dan segalanya tentang raya, marilah kita jadi orang yang asing (غرباء) berkongsi tentang cinta kita kepada kepada Allah, kepada ibadah di Bulan Ramadhan.


Teringat ketika di Syria, makin Ramadhan ke penghujungnya, makin lama mereka qiamullail di masjid. Moga Malaysia juga akan subur dengan semangat cintakan ibadah di penghujung Ramadhan juga.

Marilah kita semarakkan ibadah pada hari-hari yang berbaki ini.











Thursday, May 16, 2019

Syahdu Ramadhan membawa kita dekat dengan Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Masyaallah...


Syahdu Ramadhan memang sangat unik. Yang tidak dirasakan pada masa-masa yang lain.


Membuatkan kita merasai kasih sayang Allah subhanahu wata'ala.

Lalu saya kongsikan rasa hati dalam status Whatsapp, moga-moga ia memberi manfaat kepada orang lain.

















Alhamdulillah...

Ramai yang reply Whatsapp dan mengatakan mendapat inspirasi dan manfaat daripada status-status ini.

Allah jadikanlah kita hamba yang ikhlas dan dapat memberikan banyak manfaat kepada orang lain.

Amin..

Tuesday, May 14, 2019

Kasih sayang Allah pada Bulan Ramadhan ini

بسم الله الرحمن الرحيم


Berita gembira pada 7 Ramadhan.

Keadaan rumah yang agak bersepah membuatkan rasa ragu-ragu samada ingin pergi terawih atau terawih di rumah dan boleh kemas rumah dulu.

Akhirnya saya pujuk hati dan berfikir:

"Ya Allah, aku luangkan masaku untuk bermunajat di malam RamadhanMu di rumahMu bersama mereka yang kasihkanMu, berilah aku kekuatan dan masa untuk membersihkan rumah, permudahkanlah segala urusanku Ya Rabb."


Ya Allah, sungguh Allah itu Maha Penyayang....

Allah berikan saya masa dan kekuatan untuk kemas rumah selepas subuh esoknya.


Bukan itu sahaja,malah Allah berikan 2 kegembiraan yang sangat besar dalam hidup saya.

Abang Abbudey kata:
" Mama, abang dah khatam Al-Quran sekali dah untuk Bulan Ramadhan ni."

Sebak dan sangat saya rasakan kasih sayang Allah bila anak seusia 13 tahun dah khatam Al-Quran pada Ramadhan ketujuh.

Mama dengan baba pun belum khatam lagi untuk Ramadhan kali ini.



Kegembiraan kedua yang membuatkan hati merasakan kasih sayang Allah kepada diri yang hina ini adalah apabila Ahmad Zaid (4 tahun) tiba-tiba menghafaz Surah Al-Mulk ketika pulang dari masjid.

Ya Allah... Terkejut saya.

Sebab saya tak pernah ajar.

Saya tahu, tentu pengasuh di neseri yang ajar.

Terus saya wassap mama (pengasuh).







Perkongsian dalam status



Perkongsian dalam status


Ya Allah... sungguh Engkau tunjukkan kasih sayangMu kepada hambaMu di Bulan Ramadhan yang mulia ini. Kasihanilah kami dan masukkanlah kami bersama-sama orang yang kami kasihi ke dalam FirdausMu bersama para anbiya dan solihin tanpa dihisab.

Ya Rabb.

Wednesday, February 27, 2019

Mengambil manfaat dari orang lain

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya sering berkata kepada diri sendiri:
"Semua orang punya keistimewaan yang tersendiri. Kita pasti akan dapat ambil banyak manfaat dari orang lain."

Setiap kali berjumpa dengan orang lain, saya merasakan pasti ada sifat mahmudah darinya yang boleh kita contohi.

Di situlah antara hikmahnya  kita berkenalan dengan ramai orang.




Begitulah kisahnya dengan peristiwa yang berlaku pada bulan 11 tahun lalu...

Ketika Sheikh Dr.Muthi' Al-Hafiz datang menziarahi Maahad Al Iman Li Ulumil Quran.

Sheikh dan rombongan datang bersama dengan isteri sheikh juga.

 
Sheikh Muthi' Al -Hafiz - berpakaian putih
(Semoga ALLAH panjangkan usianya dan kita dapat mengambil banyak manfaat dari beliau)

Bersama pelajar lelaki di Maahad

Antara perkara positif yang saya dapat dari isteri sheikh ialah:

1- Sangat humble dan merendah diri.

Beliau mahu duduk di atas lantai bersama pelajar walaupun kami telah sediakan kerusi buatnya.

2- Anisah (panggilan untuk 'puan/cik' di Syria) juga sangat meraikan kanak-kanak.

Dalam beg tangan anisah penuh dengan biskut (pek kecil) dan mainan-mainan kecil.

Setiap kali anisah nampak kanak-kanak, pasti anisah akan hulur pek kecil biskut atau mainan kepada kanak-kanak. Setiap hari.

MasyaALLAH!

Ahmad Zaid juga menerima permainan kereta kecil dari anisah.


Ahmad Zaid datang bersalam dengan sheikh

3- Anisah sangat merendah diri.

Anisah langsung tidak benarkan kami ambilkan kasutnya.

Dia ambil sendiri dan pegang kasutnya.


4- Ketika anisah bersalam dengan para pelajar perempuan Maahad, Anisah mencium setiap tangan mereka.

MasyaALLAH.

Isteri Sheikh bersalaman dengan pelajar perempuan Maahad Al Iman


5- Ketika sheikh membacakan hadis ini:


Daripada Muaz bin Jabal Radiallahu Anhu  bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengambil tangannya suatu hari kemudian berkata: "Wahai Mu'az, aku mengasihi kamu." Kemudian baginda bersabda: "Saya menasihatkan kamu: Janganlah kamu tinggalkan (doa ini)setiapkali selepas solat: ((Ya ALLAH, bantulah aku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan memperbaiki ibadah untukMu.))

Dalam hati saya, saya berkira-kira untuk berkata (saya duduk di sebelah anisah)  kepada anisah:
أحبك (Saya suka kamu), tapi saya malu dan bimbang pula dikatakan berpura-pura...
 (hahaha... overthinking dahsyat nau)

Namun, belum apa-apa lagi, anisah sudah berkata kepada saya:
أحبك (Saya suka kamu).

Terus saya jawab:
أحبك الله الذي أحببتني له
"Semoga ALLAH sayang kepadamu yang sayangkan saya keranaNya."



Malu pula rasa kerana berfikir macam-macam.

MasyaALLAH...

Begitulah, betapa banyak manfaat yang sifat mahmudah yang boleh kita pelajari dari orang lain.

Semoga diri kita sentiasa disemai dengan sifat mulia dan mencontohi Nabi Sallallahu Alaihi wasallam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...