Monday, September 26, 2011

kanak2 dan hobi melukis

Bismilahirrahmanirrahim...

Secara amnya, kanak2 sgt suka dgn kertas, pen dan pensil warna dari usia kecil lagi...Dan apabila mereka menjangkau 4,5,6 dan selanjutnya, minat mereka utk melukis dan menulis bertambah lg..itu yg menjadikan kdg2 kanak2 suka menconteng dinding, lantai, cadar dan lain2..

Begitu juga dgn Abdul Rahman n Abdullah yg mula suka melukis..Lebih2 lg Abdul Rahman...setiap hari mesti dia akan buka almari n ambil kertas A4...apa2pun saya ttp pesan jgn membazir kertas, guna dgn berhemah!

Pintu bilik yg menjadi tempat melekat lukisan sementara sblm beli manila kad baru
Dulu ada buat tempat utk lekat hasil kerja tangan anak2 (lihat sini), tp dah penuh...nampaknya kena buat baru plak...


lukisan kucing Abg Abbudey yg adik lekat di pintu... (pandai plak adik lekat lurus melintang)


Lukisan abstrak adik yg dilekat di pintu bilik
(Rasanya tiap2 hari dia tya: Mama adik lukis cantik x??)

watak kartun dlm Bob the builder yg warna oleh adik.
(setiap dia akan berdiri dpn pintu dan meneliti hasil kerja tangannya..ini menunjukkan rasa penghargaan kanak2 terhadap hasil kerja mereka.)

lukisan Abg Abbudey


tajuk lukisan: Haiwan kesukaan Abbudey

tajuk lukisan: cita2 Abg Abbudey
(cuba teka apa cita2 Abbudey?)

Dan adakalanya Abg Abbudey meminta utk memberi idea apa yg hendak dilukis dan ditunjukkan gambar dlm komputer utk ditiru lukisannya
Link
Pernah juga terbaca ttg aktivti "copy me" ini di sini:
http://activitymom.blogspot.com/2011/08/copy-me-drawing-version.html

Abg Abbudey yg tekun meniru lukisan dr komputer


Beberapa perbezaan lukisan ABg ABbudey dan gambar dr komputer..
Apa pendapat anda??

anak ayam


kapal

roket


ayam


KESIMPULANNYA..BIARKAN ANAK2 ANDA BERSERONOK DGN HOBI MEREKA DAN SERTAILAH MEREKA UTK MENGASAH BAKAT MEREKA!!!!



              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Monday, September 19, 2011

Kartun bahasa Arab

Saya pernah menulis di sini bhw saya tidak membenarkan anak2 menonton televisyen termasuk kartun2 kerana maksiat yg banyak dlm TV..ALHAMDULILLAH km masih dpt mengurangkan budaya menonton TV dlm keluarga km..

Saya sering perhatikan bhw KANAK2 SELALU MENIRU PERKATAAN YG TIDAK BAIK  apabila kerap menonton kartun, lebih2 dlm bahasa melayu...

Antara perkataan2 buruk yg selalu disebut2 dlm kartun ialah : 'TAK GUNA', 'BODOH' dan mcm2 lagi...

Jadi, jgnlah kita yg menjadi PUNCA dan penyebab anak2 bercakap tidak baik dgn membiarkan mereka menonton kartun2 w/pun ada mesej yg baik dlm kartun tersebut..

Kerana dr pengalaman sy, kanak2 cukup senang untuk meniru akhlak yg buruk, tetapi utk membuang perangai yg buruk itu AMAT SUSAH!

Jadi, mencegah itu lbih baik dr membaik pulih.. Drpada mereka mendapat perkataan yg tidak elok ketika menonton kartun ,biarlah mereka tidak menontonnya.

Sebagai alternatif lain dari menonton kartun, Abdullah n Abbudey sll melakukan aktivti lain sprti bermain, mmbaca buku....(buku n permainan pn byk di rumah..)

SATU LG ALTERNATIF UTK MENGELAKKAN MEREKA MENONTON KARTUN YG MENGANDUNGI PERKATAAN YG TIDAK BAIK, saya gantikan dgn kartun2 berbahasa ARAB...seprti kartun2 di bawah ini:




Dlm memilih video2 kartun b'bahasa arab saya tekankan supaya kartun ini dalam bahasa arab fushah (baku) dan bukan bahasa arab ammi (pasar), supaya mereka dia dgn bahasa arab dan mudah utk mereka menguasai bahasa arab pada masa hadapan.



Kegemaran Abdullah sbb ada watak 'gorila' di akhirnya


Jadi, di samping mereka seronok menonton kartun, kita juga dpt membiasakan mereka dgn bahasa al-quran.. malahan, Abdullah n Abbudey juga akan bertanya makna perkataan2 yg menarik perhatian mereka dan mereka tidak faham.

ia juga dapat menambahkan vocab bahasa arab yg telah mereka pelajari dan mereka dapat mengingati semula perkataan bahasa arab yg pernah mereka belajar.

Abdulah yg baru nk masuk 3 tahun tu pun dah mula tya: "mafhum tu makna apa?" "jaiezah tu apa?" thoriq tu apa?"...


Malahan, anak2 juga tidak akan 'tertengok' IKLAN2 YG HARAM yg sll ada dlm TV!



 Saya dapat menghindarkan anak2 dr meniru perkataan tidak baik n anak2 pula dpt menambah baikkan bahasa arab mereka...bagus kan?

ini video kartun bahasa arab yg saya jumpa, anda ada cadangan video lain yg lebih baik??

SAMA2LAH KITA BERUSAHA UNTUK MENGISLAHKAN DIRI DAN KELUARGA KITA SETERUSNYA MASYARAKAT.

Tuesday, September 13, 2011

Sekitar Majlis Jamuan Aidilfitri Tahfiz Mutmainnah 2011


Alhamdulillah, pada Hari Sabtu lepas (10/9/2011), Tahfiz Mutmainnah telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri untuk mengeratkan silaturrahim antara warga TM dengan para waris, jiran2 berdekatan dan warga Kampung Matang Berangan, Pinang Tunggal.

Ucapan Aluan dari Pengerusi TM, Ustaz Shahril Long



Antara kuih raya yg ada

Lagi hidangan istimewa utk para tetamu

Para pelajar tahfiz turut membantu menghidangkan juadah kepada tetamu


Bihun Sup special yg mendapat sambutan hangat sampai licin seperiuk besar di belakang sana tu.
Baru masak dan masih berasap lg.
"Daging ori" kata ust. Sharil



Membantu menghidangkan kuih raya.
 

Kaunter Bihun Sup dan Satay.



Antara tetamu Muslimin yg hadir.

Tetamu muslimat yg hadir ke majlis kali ini



Kaunter bihun sup n satay diserbu!




Para tetamu menjamu selera

Antara Tetamu muslimat yg hadir

Ucapan Jazakumullahu khairan kathira kepada semua yg daapt hadir ke majlis ini. Semoga majlis ini turut menjadi pemberat neraca timbangan pahala bagi semua yg berusaha untuk menjayakannya...Amin

Monday, September 12, 2011

Buku Kisah 25 rasul.

Alhamdulillah...beberapa minggu lepas dapat membeli siri buku 25 rasul utk anak2.
Oleh krn anak2 masih belum memiliki siri buku kisah 25 rasul, jadi ini adalah sedikit tambahan bahan bacaan mereka di rumah dan juga hadiah sempena hari raya Aidilfitri.

dlm kotak hadiah.
kata: hadiah kepada anak2 krn berakhlak mulia dan berperangai baik sewaktu berziarah  ke rumah saudara n rakan2 pada hari raya. :-)


SET BUKU INI ADALAH ANTARA YG TERBAIK SETELAH DIBUAT PERBANDINGAN DI KEDAI BUKU KERANA DICETAK DLM BENTUK BUKU2 KECIL. JADI SETIAP MALAM AKAN MEMBACA BUKU YG BERLAINAN DR SIRI 25 RASUL... SGT MENARIK MINAT KANAK2



24 buah buku yg terdapat dlm siri ini ialah: (copy dr blog usrah fatihah)

1.Nabi Adam AS Bapa Manusia


2. Nabi Ibrahim AS Kebal Dijilat Api

3. Nabi Ishak AS dan Nabi Yaakub A.S yang Luar Biasa

4. Nabi Musa AS dan Rahmat Tuhan

5. Nabi Syuib AS dan Kaum Madyan

6. Nabi Zulkarnain AS Membina Tembok Besi

7. Nabi Ayub A.S Dengan Kesabarannya

8. Nabi Idris AS dan Nabi Ayub AS

9. Nabi Ismail AS Rela Disembelih

10. Nabi Nuh AS dan Bahteranya

11. Nabi Yunus AS ditelan Ikan Nun

12. Nabi Zulkifli AS Berpegang Teguh Pada Janji

13. Nabi Harun AS Pendakwah Terbilang

14. Nabi Ilyas AS dan Nabi Ilyasa' Yang Penyabar

15. Nabi Lut AS dan Kaumnya

16. Nabi Soleh AS dengan Unta Ajaibnya

17. Nabi Yusuf AS Gemilang Takwanya

18. Nasihat Luqman AS kepada Anaknya

19. Nabi Hud AS dan Ribut Taufan

20. Nabi Isa AS dan Mukjizatnya

21. Nabi Musa AS Berguru dengan Nabi Khidir AS

22. Nabi Sulaiman AS Raja yang Adil

23. Nabi Zakaria AS yang Doanya Diterima Tuhan

24. Rasulullah SAW dengan Suraqah bin Malik








Apa2pun, seperti yg pernah saya katakan, dalam membeli buku n membacakan buku cerita kepada anak2 ada maklumat yg kurang dlm buku, maklumat yg tidak sahih, yg tiada sandaran n masdar. Jadi kita sebagai ibu bapalah yg perlu menambahkan info yg kurang, memperbetulkan info2 yg salah...
semua gambar di atas diambil dr blog usrah fatihah dgn izin dr pemilik blog.
(ni kes malas nak tgkp gamabr sendiri n upload)
TERIMA KASIH KPD TUAN BLOG USRAH FATIHAH

Untuk pembelian scr online boleh layari link di bawah:

http://usrahfatihah.blogspot.com/2010/10/siri-kisah-25-rasul.html
http://www.edukidbooks.com/store/index.php?route=product%2Fproduct&product_id=60


SELAMAT BERKONGSI SIRAH PARA ANBIYA' DGN ANAK2 N SEMOGA MEREKA BEROLEH PEDOMAN DAN TELADAN DR KISAH2 YG MULIA INI!

Tuesday, September 6, 2011

Kebaikan bermain puzzle

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah skrg km baru temui minat terbaru Abdullah..iaitu bermain jigsaw puzzle..klu tgok Abdullah bermain puzzle mmg khusyuk...

Dan alhmdulillah juga dgn bermain permainan seumpama ini dpt mengisi masa mereka dr menonton tv..



Abdullah menyiapkan puzzlenya


Saya pernah senaraikan bhw puzzle adalah antara permainan yg membuatkan kanak2 ralit di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/02/antara-aktiviti-yg-boleh-buat-anak2.html


ANTARA KELEBIHAN KANAK2 BERMAIN PUZZLE :

1- mengaktif, meransang otak, embentuk skil pemikiran secara logik serta mengenal objek, dan warna.


2- Melatih koordinasi mata dan tangan dan meransang motor halus kanak2 kerana mereka akan berusaha untuk memadankan kepingan puzzle ke tempat yg betul serta menggunakan kekuatan jari mereka untuk mengambil kepingan2 kecil puzzle.

3-melatih pemikiran logik


Abdullah menyelesaikan puzzle kurang dari 2 minit sambil mengulang al-quran (surah ar-rahman n yasin)


4- melatih kesabaran dan ketabahan kanak2 ketika menyelesaikan puzzle

5- meningkat pengetahuan ttg bentuk n ruang dgn meneliti kepingan dan bentuk2 puzzle.



DUA JENIS PUZZLE YG DIBELI:
12 kepingan puzzle: agak mudah utk adik Abdullah (dpt siapkan dlm masa kurg 2 minit)

40 kepingan puzzle: agak susah dan mengambil masa agak lama utk disiapkan
(terdapat di pasaran yg 68+ kepingan, tapi belum diperlukan lagi sbb payah sgt..step by step la dulu.)



7- meningkatkan kemahiran bermasyarakat dan merupakan peluang yang baik untuk ibu bapa untuk berbual dengan kanak2 dan berkongsi menyelesaikan masalah bersama2.

9- Melatih kanak2 berfikir dan menyelesaikan masalah. Malah jigsaw paling mudah akan memerlukan mereka untuk berfikir tentang apa yang perlu mereka lakukan untuk sempurnakan puzzle tersebut

Abbudey n ABdullah leka dgn puzzle

9-Puzzle juga boleh digunakan sebagai alat bantuan pendidikan untuk mengenal nombor, warna, huruf , dll.


Koleksi puzzle yg ada

Maklumat lanjut ttg kebaikan puzzle, boleh layari web di bawah:

http://earlyeducation.fotopages.com/?entry=1042878

http://carolfinch.suite101.com/the-benefits-of-jigsaw-puzzles-a147474

Saam2lah kita mengisi masa lapang bersama anak2 dgn aktiviti yg berkualiti...



Kali ni menyiapkan puzzle sambil melagukan nasyid KUMPULAN DHUHA "nazhabu ila hadiqatil hayawanat..'
(senangnya hati....)

Saturday, September 3, 2011

SELAMAT AIDILFITRI dan bahan2 pendidikan Islam untuk kanak2 percuma

ALHAMDULILLAH...KAMI DR BLOG CINTA-RASUL MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. SEMOGA KITA SEMUA TERUS MENJADI HAMBA ALLAH YG BERTAQWA


INSYAALLAH SAMA2 KITA SEMARAKKAN KEGEMBIRAAN SYAWAL DGN BERPUASA ENAM!


Alhamdulillah...baru2 ni ada terjumpa bahan2 menarik utk pendidikan Islam bersama kanak2...
sila layari:
http://www.ummannuman.com/freebies.html


ttg waktu solat

e-book ttg aktiviti solat



puzzle berbentuk agama


hadith colouring book!
colouring book berbentuk islam

MARILAH SAMA2 KITA TERAPKAN NILAI2 ISLAM DALAM HIDUP DAN PENGAJARAN BERSAMA ANAK2 AGAR KITA DAPAT MEMBENTUK MUSLIM YG SEJATI!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...