Monday, January 31, 2022

Kenapa susah-susah betulkan tajwid??

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 4/2/2021



 "Ustazah, kenapa nak kena susah-susah baiki tajwid? Kenapa tak kita fokus pada tafsir tadabbur Al Quran saja?" Soalan yang pernah saya terima.


Analoginya begini:

Kalau kita belajar Bahasa Inggeris, perkataan 'Because' kita baca (bi-cau-se). Kan pelik?😅


Itu baru bahasa ciptaan manusia.




Betapa mulia kalam Allah, pastinya kita perlu usaha untuk menyebutnya sebaik mungkin dengan tajwid dan makhrajnya, sebagaimana ia diturunkan kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.


Pembelajaran Al Quran adalah perjalanan SEUMUR HIDUP kita. 


Belajar membaca di samping memahami, tadabbur dan mengamalkannya. 


Al Quran: teman baik kita dunia dan akhirat.💕💕

Friday, January 28, 2022

Teruskan membaca

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 4/2/2021


Ketika di Kuliah, seorang sahabat bertanya kepada Sheikh Bassam: 



"Walaupun banyakmembaca buku, tapi banyak lupa apa yang dibaca."


Sehingga hari ini, saya mendengar soalan ini, tapi dari individu yang berbeza.


Seingat saya jawapan S.Bassam ialah: 


1.Teruskan membaca walaupun kamu rasa kamu lupa apa yang kamu baca.


2. Contohnya: jika sebuah buku, kamu dapat ingat 2% info, insyaallah jika 10 buah buku, makin banyak yang kamu ingat.


3. Kita tak wajib untuk bersetuju dengan buku yang kita baca (Melainkan Al Quran dan hadis). Pertimbangkan dengan bijaksana berbekalkan ilmu dan pengalaman yang ada. Mohon penjelasan dari yang lebih mahir. 


Begitulah faedah membaca.

Tuesday, January 25, 2022

Tidak ideal

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/2/2021


Dunia bukanlah tempat yang ideal. 


Adakalanya kita sakit, kecewa, sedih, penat, sempit hati, resah gelisah, takut, bingung.....


Namun janganlah dilupakan kita juga selalu sihat, riang, gembira, bahagia, optimis, ceria....



Kerana di sinilah ujian menentukan kita hamba yang bersyukur atau kufur.


Yang ideal itu hanyalah di syurga nanti. Tempat kembali kita. Yang kekal abadi.

Saturday, January 22, 2022

Sembang tentang kematian

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/1/2021


Sembang Ahmad Zaid dalam bulan ini masih berkisar tentang KEMATIAN. Kami sangkakan di rumah sahaja, rupanya di nurseri pun itulah topik yang meniti di bibirnya, seperti yang dilaporkan oleh Mama cik.



Terdahulu, begini kisahnya:

 👶🏻: Baba, bila kita nak meninggal? ( Ini soalan harian Ahmad untuk baba selain soalan : "Baba sayang Ahmad tak?)


👶🏻: Mama, kalau kita dah meninggal, macam mana kita nak main game?



“Orang yang paling cerdik adalah mereka yang banyak mengingati mati, dan banyak membuat persiapan untuk menghadapi mati. Mereka itulah orang-orang yang cerdik.” (Direkodkan oleh Imam Ibnu Majah, dalam Sunan Ibnu Majah, kitab Al-Zuhd, bab Zikr Al-Maut Wa Isti’dad Lahu, no hadith 4259, daripada Ibnu Umar, status hadith hasan)

Wednesday, January 19, 2022

Bersembang?

 بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 29/1/2021


Secara manusiawinya, kita suka untuk berkongsi pengalaman, cerita dan ilmu. Satu kepuasan bila dapat berkongsi idea.


Saya pernah menjadi suri rumah hampir 2 tahun selepas kelahiran Abdullah. Setiap hari ternanti-nantikan suami balik kerja untuk bersembang. Bukan tak bersembang dengan anak-anak, tapi minda kita lebih terbuka bila bersembang dengan orang dewasa. Tapi tak bermaksud bersembang sampai mengabaikan tanggungjawab.😅



Teringat kisah Ummu Salamah R.A ketika peristiwa perjanjian Hudaibiyah. Rasulullah s.a.w mengikut saranan beliau. Baginda keluar tanpa berbicara lalu menyembelih haiwan korbannya serta mencukur rambutnya. Para sahabat melihat tindakan baginda bangkit dan menyembelih haiwan korban serta mencukur rambut mereka.

Sunday, January 16, 2022

Ramai pula yang screenshot 😅

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/1/2021


Bila saya share status Whatsapp ini, ramai kenalan yang respon.




Beginilah respon mereka.






2 perkara yang saya ambil perhatian:


1. Rupa-rupanya ramai orang yang suka screenshot status orang lain.😅


Risau pula saya kalau-kalau ada berkongsi status yang merapu 😅.


2. Alhamdulillah walaupun sedikit ilmu yang kita kongsikan, ia bernilai di sisi orang lain yang mungkin kita tidak tahu.


Selalu saya ulang-ulangkan doa saya:

Semoga dapat terus memberi manfaat kepada orang lain dengan ikhlas insya Allah. Amin

Thursday, January 13, 2022

Azan yang dirindu

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/1/2021


 https://youtu.be/TZvpNi-xUXA

Antara perkara yang dirindu di sesuatu tempat ialah suara azan di situ.

Kenangan azan di Masjid Universiti kami, dengan bacaan selawat di hujung azan.



_______________________________



SELAWAT DAHULU SEBELUM SAMBUNG DENGAN DOA AZAN...


Ingin berkongsi sebuah hadith:


عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما أنه سمع النبي صلى الله عليه وسلم يقول : ( إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ، ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ، ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِي الْوَسِيلَةَ ، فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لا تَنْبَغِي إِلا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ ، فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ ) رواه مسلم 


Abdullah bin 'Amru bin al-'As berkata beliau pernah mendengar nabi bersabda; "Apabila kamu mendengar (laungan azan daripada) tukang azan maka ucaplah seperti ucapannya, KEMUDIAN BACALAH SELAWAT KE ATASKU, kerana sesiapa yang berselawat padaku sekali, maka Allah akan berselawat (melimpahkan rahmat-Nya) padanya sebanyak 10 kali. Kemudian (sesudah selawat itu) mohonlah pada Allah agar menganugerahkan padaku kedudukan yang tinggi. Maka sesungguhnya ia adalah kedudukan (tinggi) dalam syurga yang tidak diperolehi melainkan kepada seorang hamba Allah (sahaja), Dan aku berharap agar orang itu adalah aku (lafaz ini menggambarkan sifat rendah diri baginda). Maka sesiapa yang mendoakan agar aku memperolehi kedudukan (itu) maka wajiblah ke atasnya syafaat (ku pada hari kiamat kelak) (Sahih Muslim).


Jom... mulakan selawat kepada baginda SAW terlebih dahulu sebelum melanjutkan bacaan doa selepas azan.


Abdullah Bukhari  


28 Januari 2018

Monday, January 10, 2022

Sekarang!

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/1/2021


Adakalanya timbul rasa malu untuk bercakap/ menulis tentang sesuatu perkara.


Tapi timbul pula suara hati yang kuat yang berkata:


"Kalau bukan sekarang nak tulis/ cakap , boleh jamin ke esok² ada peluang nak tulis/ cakap?"









Kita tidak tahu adakah detik selepas ini masih menjadi milik kita? Lakukan kebaikan/ sebarkan ilmu SEKARANG!


Antara sebab saya tak lupa untuk baca Surah Al Mulk sebelum tidur, kerana ada sahabat yang share Surah Al Mulk dalam medsoc setiap malam.


Rebutlah segala PELUANG yang ada untuk sebarkan ilmu/ kebaikan. Bukan kerana kita SEMPURNA/BAJET BAIK, tetapi kerana ia adalah saham ganjaran yang BERPANJANGAN walau selepas ketiadaan kita.


Sebab itulah selalu sebut: 


 PERKONGSIAN kita = membentuk masyarakat.

Friday, January 7, 2022

Selera vs Usia.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/1/2021


Telur Pindang: Masa kecik jangankan makan, bau pun tak mau.



Masuk pertengahan 30 boleh pulak tiba-tiba datang rasa suka telur pindang.


_____________________________


🧕🏻: Adik, kalau tak nak makan, jangan kupas telur pindang tu. Biasanya orang muda² tak suka telur pindang ni.


👦🏻: Jadi mama dah tualah.


Hmmm.. takkan nak mengaku muda lagi 🤨.

Tuesday, January 4, 2022

MENDENGAR AL QURAN

بسم الله الرحمن الرحيم 

Entri ini ditulis pada 27/1/2021

Sejak kelahiran anak pertama 15 tahun lalu, saya sering bercakap/tulis tentang amalan sentiasa menperdengarkan anak Audio Al Quran dalam usaha mereka menghafaznya (sampai malu rasanya nak ulang cakap benda yang sama😅)



Saya percaya suara/bunyi dapat menyerap dalam diri manusia.


 Banyak dengar lagu Ultraman, itulah yang anak hafal. Begitulah jika banyak mendengar Al Quran. Insyaallah ia mempermudahkan usaha menghafaz Al-Quran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...