Showing posts with label Mushkilah anda-jawapan kami. Show all posts
Showing posts with label Mushkilah anda-jawapan kami. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

Macammana ajar anak hafaz quran?

Kebelakangan ini saya sering ditanya cara apa yg saya pakai utk anak2 mudah hafal al-quran di usia kecil...

Saya pernah terangkan sebahagian daripadanya di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2010/01/petikan-buku-tiga-langkah-mudah-didik.html

Dan InsyaAllah saya akan ulas sedikit lagi...




Adik Abdullah membaca hafalannya dr Surah Ar-Rahman dr ayat 1-19.


Ya..sebenarnya saya hanya guna cara yang sgt simple dan mudah (tidak perlu kepada kerja yg banyak dan sikap rajin....!)

saya hanya PERDENGARKAN QURAN kepada anak2 sahaja...

Takkkan dengan memperdengarkan bacaan al-quran kepada anak sahaja, mereka boleh menghafal...

Anda mungkin tidak percaya jika anda tidak mencubanya.Tetapi saya telah menjalankan ujikaji kepada dua2 anak lelaki saya..dan ia berhasil!!...kedua2 nya dapat menghafal al-quran seawal usia 1 tahun!!!

Saya telah memperdengarkan anak2 bacaaan al-quran melalui komputer (sampai rosak speaker laptop) setiap masa, ketika mereka tidur, bermain, dan lain2 ...Dengan syarat, jgn on tv (adab dgn al-quran , dan jangan byk menyembang..)... Itu ketika mereka di rumah..

Skrg km byk menghabiskan masa di dalam kereta..pagi2 setengah jam dlm kereta utk perjalanan ke sekolah dan ptg setengah jam lg dalam perjalanan balik ke rumah....Masa ini juga saya isi dengan memperdengarkan anak2 bacaan al-quran melalui usb dan dipasang di radio...

BUKTI PALING KUKUH BAHAWA ANAK2 BOLEH MENGHAFAL DR PROSES MENDENGAR SAHAJA adalah seperti anda membiarkan anak2 menonton kartun..contohnya kartun Doraemon yg ditayangkan di TV seminggu sekali.... x sampai beberapa bulan, anda akan lihat anak anda akan menyanyi lagu yg dimainkan di permulaan dan akhir kartun Doraemon itu walaupun ia dalam Bahasa Jepun!!!..dan itulah realiti anak2 dari dulu hingga sekarang...

Itu baru kartun doraemon yg ditayangkan seminggu sekali sahaja, anak2 boleh menyanyikannya semula....bagaimana jika mendengar bacaan al-quran setiap hari??!!

Anak anda akan menghafalnya dan membacanya sendiri TANPA PAKSAAN, ROTAN DAN KERAHAN!!!




Abang Abbudey dengan hafalan terbarunya dr Surah Al-Maarij ayat 1-24


Dan saya juga mula memperdengarkan mereka bacaan al-quran sebelum kelahiran mereka hingga ke hari ini dan INsyaALlah akan berterusan....

Untuk mendengar bacaan mereka sebelum2 ini, anda boleh lihat di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/search/label/mendidik%20anak%20dgn%20al-quran


Dan tujuan saya mempamerkan bacaan mereka adalah untuk MEMBERITAHU KEPADA MASYARAKAT TTG KEPENTINGAN DIDIKAN ISLAM DARI USIA KECIL DAN UNTUK MEMBUKTIKAN BAHAWA ANAK2 BOLEH MENGHAFAL AL-QURAN SEAWAL USIA 1 TAHUN!

Jika saya menyorokkan bacaan mereka, bagaimana dunia dapat menyedari perkara ini...

DAn jika saya katakan bahawa anak saya berusia 2 tahun boleh menghafal quran tanpa sebarang bukti, ada sesiapakah yg ingin percaya??!! semua kenyataan perlu kepada bukti...rakaman2 inilah buktinya...

jadi , konklusinya..terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak dengan keberkesanan kaedah ini, asalkan anda sudah mencubanya dahulu......

SELAMAT MENCUBA DAN SAYA DOAKAN SEMOGA ANDA BERJAYA!!!

p/s: Saya amat berbesar hati utk mendengar sbrg kemusykilan dan soalan dr anda ttg cara yg guna ini....INsyaAllah saya akan jawab sebaik mungkin...

Tuesday, January 13, 2009

HUKUM PEREMPUAN MEMAKAI SELUAR DAN BAJU BERWARNA-WARNI







Sebelum kita pergi lebih jauh dalam membincangkan hukum ini mari kita lihat sebuah hadis nabi S.A.W. yang menyebut:

(( المرأة عورة ، وإنها إذا خرجت من بيتها استشرفها الشيطان))
رواه الطبراني في الاوسط عن ابن عمر بإسناد صحيح ، ورواه ابن خزيمة في صحيحه أيضا

Maksudnya : Perempuan adalah aurat, dan sesungguhnya apabila dia keluar dari rumahnya syaitan akan sentiasa memerhati dan mengekorinya.

Hadis soheh ini jelas menyebut bahawa perempuan adalah aurat. Tapi harus difahami bahawa bukan semua keadaan perempuan itu aurat.

Perempuan menjadi aurat sekiranya mengangkat suara di hadapan bukan mahramnya.

Perempuan menjadi aurat jika tabarruj yakni berhias sehingga menarik perhatian orang ramai walaupun menutup aurat dengan sempurna.

Perempuan menjadi aurat jika berwangi-wangian di luar rumahnya.

Perempuan menjadi aurat sekiranya mendedahkan auratnya.
Dan perempuan menjadi aurat jika memakai pakaian yang tidak syari`e.

Islam melarang wanita memakai seluar samada ketat atau longgar tanpa pakaian labuh hingga ke kaki seperti jubah dan yang seumpamanya kerana beberapa perkara :

1- Kerana menyerupai lelaki.
Sabda nabi S.A.W :

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( لعن الله المتشبهين من الرجال بالنساء، والمتشبهات من النساء بالرجال)) رواه البخاري

Maksudnya: Allah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.




الكبرى : إسناده صحيح ، وهو من حديث أبي هريرة رضي الله عنه



Maksudnya: Rasulullah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki.

Oleh kerana asal seluar adalah pakaian lelaki dan dipakai oleh semua lelaki maka tidak diharuskan bagi perempuan untuk memakainya.

2- Seluar membentuk anggota wanita. Dan setiap pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan wanita adalah haram dipakai di hadapan bukan mahram.

Sabda Nabi S.A.W :
عن أبي هريرة رضي الله عنه (( صنفان من أهل النار لم أرهما بعد : قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس ، ونساء كاسيات عاريات ، مميلات مائلات ، رؤوسهن كأسنمة البخت المائلة ، لا يدخلن الجنة ، ولا يجدن ريحها ، وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا)) رواه أحمد ومسلم.

Maksudnya: Dua golongan di kalangan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat. Pertama, satu golongan yang sentiasa memegang cemeti untuk memukul-mukul manusia. Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang, menarik dan menggoda, kepala (rambut) mereka seperti bonggol unta (kerana disanggul atau seumpamanya), mereka sekali-kali tidak akan masuk ke syurga malah tidak dapat mencium baunya sedikitpun walaupun bau syurga itu sudah dapat dicium dari jarak yang begitu jauh.

3- Meniru gaya wanita-wanita bukan islam.

Sabda Nabi S.A.W :

عن ابن عمر رضي الله عنهما عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :(( من تشبه بقوم فليس منهم )) رواه أبو داود

Dalam penegasan dalil-dalil yang dinyatakan di atas kita mengulangi bahawa boleh bagi wanita memakai seluar tetapi dengan syarat-syaratnya.

1- Jika dipakai dengan pakaian yang labuh dan longgar.
2- Jika dipakai di hadapan mahram.
3- Kerana darurat seperti dalam keadaan perang atau bencana untuk mudah lari dan menyelamatkan diri.


Pemakaian baju yang berwarna pula tidak ada hukum yang tetap berkenaan dengannya. Tetapi islam telah menggariskan dan meletakkan satu kaedah, iaitu sekiranya pakaian yang dipakai oleh seorang wanita itu boleh menarik perhatian lelaki-lelaki yang bukan mahram seperti terlalu terang warnanya atau corak-corak yang keterlaluan atau berenda-renda atau labuci-labuci yang berselirat dan bergemerlipan maka hukumnya tidak boleh. Dan hukum ini juga kembali kepada adat sesuatu tempat tersebut. Satu contoh saya berikan. Kalau perempuan di Malaysia kebanyakannya atau hampir kesemuanya memakai baju kurung berwarna warni sehingga pemakaian itu menjadi biasa. Tapi jika dipakai di Negara lain (Negara Arab khususnya) ia adalah sesuatu yang menarik perhatian dan menjadi tumpuan orang, maka ia tidak digalakkan (kalau boleh elak lebih baik).

والله أعلم
Sumber : Sebahagian dari Fatwa Sheikh Muhammad Asy-Syanqithi dan Sheikh Wahbah Az-Zuhaili.

Tuesday, January 6, 2009

Lagi mengenai Puasa Asyura'



Ashura adalah hari kesepuluh bulan Muharam. Setiap tahun pada hari tersebut orang-orang Yahudi berpuasa sebagai tanda berterima kasih kepada Tuhan Yang Maha Kuasa yang telah menyelamatkan Nabi Musa daripada Firaun dan kaumnya yang kufur.

أخرج البخاري: فعن ابن عباس رضي الله عنهما قال قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينة فرأى اليهود تصوم يوم عاشوراء فقال ما هذا قالوا هذا يوم صالح هذا يوم نجّى الله بني إسرائيل من عدوهم فصامه موسى قال فأنا أحق بموسى منكم فصامه وأمر بصيامه.

Daripada Ibnu Abbas Radiallahunhu berkata: Nabi SallahuAlaihi Wasallam datang ke Madinah dan baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura’ (iaitu hari ke10 Muharram), kata Nabi SallahuAlaihi Wasallam: ((Apakah ini? Mereka mengatakan bahawa hari ini adalah hari kebaikan kerana Allah telah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka, lalu Nabi Musa berpuasa (untuk meraikannya). Kemudian baginda bersabda: (( Aku lebih berhak kepada Nabi Musa daripada kamu semua, maka baginda berpuasa dan menyuruh (para sahabat) berpuasa.))


Antara kelebihan dan fadilat yang terkandung dalam Hari Asyura’ ialah:


عن أبي قتادة رضي الله عنه قال: سُئل النبي صلى الله عليه وسلم عن صيام يوم عاشوراء، فقال: إني أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله . رواه مسلم

Daripada Abu Qatadah RadiallahuAnhu berkata: Nabi SallahuAlaihiWasallam ditanya tentang puasa hari Asyura’. Maka baginda menjawab: Aku berharap supaya Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya.)) HR Muslim

Pada hari ini Nabi Musa telah berpuasa, Nabi Muhammad SAllahuAlaihiWasallam dan para sahabat juga turut berpuasa, apakah kita tidak ingin mengikut sunnah dan jejak langkah baginda serta para sahabat? Malahan juga banyak kitab-kitab fekah yang telah bersetuju atas sunatnya puasa pada hari asyura’, Lebih dari itu, Allah telah menjanjikan ganjaran yang besar bagi orang yang berpuasa pada hari tersebut.

Selain dari itu, Rasululah Sallahu Alaihi Wasallam turut berhasrat untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram sebagai tanda untuk menyalahi dan tidak mencontohi orang Yahudi, akan tetapi baginda Sallahu Alaihi Wasallam tidak sempat untuk menunaikannya dan wafat pada tahun sebelum itu.

عن ابن عباس قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (( لئن بقيت إلى قابل لأصومن اليوم التاسع.)) رواه ابن ماجة

Daripada Ibnu Abbas Radiallahu Anhuma berkata: Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda: Kalaulah aku masih hidup sehingga tahun depan, nescaya aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan Muharram.)) HR Ibnu Majah.

Apa yang menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita ialah hari Asyura dijadikan sebagai hari untuk makan dan mengacau bubur sora. Entah siapa yang memulakan perkara tersebut sehingga ia seolah-olah satu sunnah yang mesti dilakukan. Saya berpendapat, tidak salah untuk kacau bubur apa sekalipun tetapi biarlah pada hari yang lain dan jangan disangka bahawa ia adalah sunnah dan mesti dilakukan pada hari tersebut. Tergamakkah kita melepaskan peluang supaya dihapuskan dosa-dosa yang dilakukan selama setahun hanya kerana sesuap bubur yang tidaklah begitu istimewa. Renung-renungkanlah.

Monday, January 5, 2009

PERSOALAN TENTANG JUBAH

بسم الله الحمن الرحيم



Jubah asalnya ialah pakaian yang dipakai oleh kebiasaan orang arab, namun apabila Nabi Muhammad (SallahuAlaihi Wasallam) memakainya dan kita memakainya kerana ingin mencontohi nabi, maka sudah tentu ada pahala bagi orang yang ingin mengikuti apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad (SallahuAlaihi Wasallam).


Dan bagi wanita pula, adalah dituntut untuk memakai jubah kerana ia merupakan pakaian yang luas, tidak ketat dan menutup aurat.



Di sini saya juga ingin meminta maaf kepada yang bertanya kerana lambat menjawab soalan yang ditujukan kerana kekangan masa. InsyaAllah masalah hukum musik akan diulas pada catatan akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...