Wednesday, August 28, 2013

Nasyid terbaru yang diminati anak2: Mishari Rashid Al Afasy - Rahman Ya Rahman

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini InsyaALLAH saya ingin berkongsi nasyid yg menjadi kegemaran Abang ABbudey dan Abdullah kini.

Nasyid Rahman Rahman ini dialunkan oleh Qari yang sangat terkenal, Sheikh Mishari Rashid Al Affasy.



Kelebihan nasyid ini bukan hanya pada alunannya amat merdu, malahan maksudnya juga amat baik dan saya amat sukakan makna nasyid ini:


Jom kita hayati maksud nasyid ini:
رحمن يا رحمن 
Wahai (Allah) Yang Maha Pengasih.


ساعدني يا رحمن
Bantulah saya Wahai Yang Maha Pengasih

اشرح صدري قرآن
Teranglah hatiku dengan Al-Quran


أملأ قلبي قرآن
Penuhi hatiku dengan AL-Quran


واسقي حياتي قرآن
Sirami hidupku dengan AL-Quran

لله لله يهفو أملي لله
Kepada ALLAH, Kepada ALLAH, Harapanku kepada ALLAH


ولحفظِ كتابِ الله
Dan untuk menghafaz kitab ALLAH


من أولِ باسم ِ الله
Dari awal Bismillah


للختم وللرضوان
hingga khatam dan untuk keredhaan ALLAH

يا نور يا نور
Wahai cahaya (AL-Quran), 

يا مــُـحكم يا تنزيل
Wahai Muhkam, Wahai Tanzil (Al-Quran yang diturunkan)
(Al-Muhkam dan Tanzil antara nama2 Al-Quran)


لمحمد عن جبريل

Kepada (Nabi) Muhammad (Sallahu Alaihi Wa sallam) Melalui Jibril.

من رب العرش دليل
Daripada pencipta Arasy sebagai dalil

للعالم والإنسان
Kepada Alam dan Insan

تكبير تكبير
Takbir takbir (kerana hebatnya)

للحافظِ وهو صغير
Untuk orang yang menghafaz AL-Quran ketika kecil

وضـّاء العين قرير
Menjadi cahaya mata yang terang bersinar dan menggembirakan

يحملُ فجراً ليــُـنير
membawa kebahagiaan untuk menerangi 

بتلاوته الأكوان
Alam dengan bacaan Al-Qurannya

الله الله اللهم اجمعنا
Allah, Wahai ALLAH, kumpulkanlah kami

بكتابك و انفعنا 
bersama kitabMu dan manfaatkanlah kami (dengan kitabMu)
واجعله لنا حصنا
Jadikanlah ia sebagai pelindung kami

وهدى أبدا وأمان 
sentiasa menjadi pentunjuk

Lirik Bahasa Arab copy dari sini: http://forum.alquma-a.com/t706505.html

Sangat menarikkan maknanya. MasyaALLAH.
Ia ibarat doa. Jadi saya dapat rasakan makin kerap anak2 mengalunkan nasyid ini, makin banyak mereka berdoa kepada ALLAH. Moga ALLAH perkenankan doa anak2 yg masih suci ini.

Begitulah bagusnya nasyid arab. Maknanya amat menusuk kalbu dan memberi faedah kepada kita. InsyaALLAH.

ALLAH berkati kita semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...