Sunday, December 30, 2012

Buku MUHASABAH tulisan Prof. Muhd Kamil Ibrahim

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku yang saya ingin kongsikan ini sebenarnya telah menjadi buku best seller dan tentu ramai yang sudah memilikinya. Ramai juga yang memuji tulisan Prof. Kamil dan sarankan buku ini.

ALhamdulillah, saya juga sempat habiskan baca buku ini beberapa bulan yang lepas.

dua buah buku yg dibeli online

Buku Bersyukur Saat Diuji adalah sambungan dari Buku Travelog Haji, Mengubah Sempandan Iman.

Gaya ayat dalam buku ini mudah dan santai. Ayatnya tidak bombastik. Mudah difaham dan berkesan dihati.

Pada mula saya baca komen orang tentang bagusnya buku ini, saya menidakkannya kerana saya tidak baca lagi buku ini.

Tetapi selepas membacanya, saya turut bersetuju bahawa buku ini sangat bagus untuk di baca.

belekang buku

harganya
Saya juga setuju dengan kata orang ramai bahawa buku tulisan Prof.Kamil selalunya ditulis ikhlas dari hatinya, kerana itulah ia mudah memberi kesan dalam hati pembaca.

Buku Bersyukur Saat Diuji menceritakan kisah ujian2 yang dilanda oleh Prof.Kamil sekeluarga dari ujian Banjir besar, ujian kesihatan, ujian kematian, ujian fitnah dan bermacam lagi.

Dan bagaimana beliau menghadapi ujian2 tersebut dengan mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.


kata2 dari pembaca yang saya nafikan sebelum membaca buku ini dan
saya tarik balik penafian saya setelah membacanya. 


Buku Travelog Haji pula berkisar tentang cerita sebelum, ketika dan selepas Prof. Kamil,isteri, adik dan kakaknya menunaikan haji.

Jika anda telah memiliki buku Bersyukur Saat Diuji, tidak sempurna jika anda tidak beli buku Travelog Haji kerana buku ini ibarat kepingan cerita yang tidak dijelaskan dalam buku Bersyukur Saat Diuji.






Tidak hairanlah ramai yang menitiskan air mata saat membaca kedua buku ini. Kisah2 dan monolog doa penulis di dalam buku ini amat menyayat hati.

Bahkan banyak nasihat, pedoman dan pesanan yang disampaikan dalam KEDUA2 buku ini, antara yang terpenting ialah:

1- KEPENTINGAN SOLAT MALAM
2- KEPENTINGAN PUASA SUNAT
3- BERDOA KEPADA ALLAH SEPANJANG MASA
4- BERZIKIR DAN MENGINNGATI ALLAH PADA WAKTU SENANG DAN SUSAH
5- YAKIN DENGAN ALLAH.

Walaupun buku ini sangat santai, tetapi ia memberi BANYAK nasihat tentang penyucian hati dan jiwa, juga ingat supaya mendekatkan diri kepada ALLAH sepanjang masa.

Sangat kagum dengan dua buah buku ini.
Pastikan anda juga dapat membacanya.
Assalamualaikum.


Friday, December 28, 2012

Mereka lakukan apa yang pernah kita lakukan

بسم الله الرحمن الرحيم

1) Abang Abbudey pernah bertanya kepada saya apakah 'benda' 4 segi yang orang selalu lukis atas rumah tu?

Sebenarnya saya dahulu pun selalu tertanya apakah benda itu. Bila kita nampak orang lukis, kita pun ikut lukis juga...

Itu sebenarnya ialah corong asap. Begitu jugalah yang dijelaskan kepada saya ketika kecil dahulu. Oleh kerana di Malaysia, kita tidak mempunyai musim sejuk, jadi rasanya mana ada rumah yang ada corong asap kan?

Bila datang syria, barulah saya faham 100% apa sebenarnya fungsi benda 4 segi atas bumbung rumah tu. Perkara yang kecil tapi menjadi pertanyaan kanak2


lukisan draf Abang Abbudey yang bertanya tentang corong asap itu
(dalam bulatan merah halus tu)


2) Di dalam video ini, rakaman Abdullah yang sedang 'main pondok2' dalam rumah. Menyusun semua bantal yang ada dan buat khemah di sekelilingnya. Kemudian tidur bersama permainan kesayangan. 
Perkara yang selalu juga kita lakukan ketika kecil, dan kini anak2 kita pula lakukannya. Keseronokkan yang hanya kanak2 sahaja yang mengetahuinya.




Kesimpulannya, kebanyakkan tabiat kanak-kanak sama seperti kanak-kanak lain. Kegemaran mereka sama, kitalah yang perlu jelaskan mana yang baik dan mana yang buruk.

Thursday, December 27, 2012

Aktiviti: Tenggelam atau Timbul?

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebenarnya aktiviti ini terdapat dalam buku Matematik yang dibelikan untuk Abdullah. Jadi seperti biasa kalau dia tak faham, dia akan bertanya bagaimana untuk membuat aktiviti tersebut.

Dan sebenarnya juga sebelum menjawab soalan dalam buku ini, kami dah mencuba eksperimen ini menggunakan baldi dan peralatan yang diperlukan untuk menguji samada benda tersebut (seperti kunci, belon, paku, hammer, daun) timbul atau tenggelam, tapi apakan daya video yang dirakam ketika menguji benda2 tersebut tenggelam atau timbul tak tersave.

Jadi, dalam video di bawah ini, Abdullah mengingati semula benda yang dieksperimenkan (timbul/ tenggelam) sebentar tadi untuk menulis jawapannya.




Wednesday, December 26, 2012

Jom Kongsi....

بسم الله الرحمن الرحيم


**ENTRI YANG DAH LAMA TERPERAP DALAM DRAFT...
(dari masa adik kecik lagi)




Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi pendapat apa yang boleh ibu bapa lakukan supaya anak2 duduk diam lama dan tidak menganggu ibu melakukan kerja rumah. Menonton TV tak boleh masuk list ye?

Antaranya pernah saya senaraikan di sini dulu...

Dan di sini satu lagi aktiviti yang boleh buat anak duduk diam lama2 ialah bila ada pen, colour, kertas, majalah, gam, gunting dan seletep.

Seronok menggunting
(Gunting yg kecik dan selamat utk budak2, tapi tak selamat utk rambut mereka jika mereka menggunting rambut)

Tekun yang amat

Abang mula menekap dan melukis

TIPS: Supaya kertas2 yg digunting anak2 tidak bersepah satu rumah, pastikan anda sediakan bakul sampah yg bersih

Belajar membuat kerja dengan cermat dan tidak bersepah
(menerapkan sikap menjaga kebersihan)





Jom kongsikan aktiviti apa yg boleh buat anak anda duduk diam lama2???

              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Monday, December 24, 2012

Perkembangan petani berkepala rumput

بسم الله الرحمن الرحيم

** JUGA ENTRI YANG DAH LAMA TERPERAP DALAM DRAFT...

Pada entry dulu2, saya pernah menulis tentang benda ini di sini ketika baru membelinya.

'Petani berkepala rumput' adalah nama yg diberikan oleh Ummu Muhammad pada entry tersebut.

rambutnya yg sikit selepas beberapa hari pulang ke rumah



selepas beberapa minggu rambutnya mula naik banyak




Sunday, December 23, 2012

Buku kraf yang SANGAT BEST bagi anak2

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya pernah berkongsi sedikit tentang buku kraf ini di sini:

Buku kraf ini memang memberikan byk idea untuk kanak2 membuat kraf. 

Jom lihat:

inilah bukunya

Antara aktivitinya:

melekatkan bola kapas di atas badan biri2

melekat bola kapas pada baju orang eskimo

mengenal warna

mereka awan

Bobby menyorok dalam semak samun.. (daunnya yg ditampal dah tercabut2)


melukis corak zirafah

ada juga ruangan origami dalam buku ini
origami ini adalah Abdullah yg buat (dgn bantuan mama) dan  lukis sendiri 

lagi origami yang Abdullah buat




mengenal bentuk dalam bahasa arab

Buku ini saya beli di kedai buku HASANI Sungai Petani (Tempat selalu borong buku untuk anak2) dengan harga $6.90.

              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Saturday, December 22, 2012

Membuat Durian Crepe Bersama anak2

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekarang ni kan di mana2 saja orang dok tengah sebut2 pasal Durian Crepe (DC) yang harganya kalau di Kedah ni yang biasanya 6 ketul = $10 ... Dan ada di tempat2 lain lagi mahal, 4/3 ketul = $10.

Sebelum ni pernah juga membeli Durian Crepe dari kawan.Cuti2 ni belajar pula buat sendiri. 

Resepi guna resepi di sini,
 (tapi kami buat separuh adunan dari resepi tu, sebab banyak sangat kalau bancuh semua adunan)


Gambar di bawah ini adalah kali ke-3 kami membuat Durian Crepe.

Kali pertama, baru belajar, buat sorang2. 

Kali ke-2 dengan Abang ABbudey dan adik, Meriah sangat, sampai jadi lempeng terus! (tak sempat langsung nak tangkap gambar, sebab meriah yang amat..fuh!)

Kali ke-3, dengan Abang Abbudey sorang (yang baru balik dari Solat Subuh di Masjid dengan baba), adik masih tidur lagi.



NASIHAT PERTAMA SEBELUM MASAK:
BASUH TANGAN BERSIH2 DULU.
kacau adunan

tapis adunan

pembantu yang sangat bagus.
(alhamdulillah)

Lagi2 adik, sangat minat basuh pinggan mangkuk
PERHATIAN: PASTIKAN TIADA ALAT2 YANG TAJAM DAN BAHAYA

Adunan nampak sikit, tapi dapat 23 keping

Mula memasak


kulit yang dah siap
dapat 23 kulit


Abang Abbudey tolong meng'crepe'


Dia kata macam lipat baju

Siap, untuk bagi kat orang lain sama


Tertidur kepenatan

Tak adalah susah mana pun buat crepe ni, cuma makan masa lama je nak buatnya..Buat dengan anak2 amatlah meriahnya.  =)

Menyusun Jadual Harian

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara soalan yang banyak saya terima ialah: Bagaimana membahagikan masa saya.

InsyaALLAH pada entri ini saya akan cuba jawab.

Di bawah ini, saya mengkategorikan pekerjaan harian saya kepada 3 bahagian.

1- Masa yang khusus untuk manfaat diri saya sendiri ialah seperti membaca & menulis bahas. Biasanya dapat dilakukan pada masa2 rehat, dan masa2 lebih

2- Masa yg saya peruntuk untuk keluarga: Seperti mengemas rumah, hal2 baju & makanan, mengajar anak2 & aktiviti bersama anak2

3- Masa yg saya peruntuk masyarakat dengan mengajar di sekolah,  menjawab masalah yg diemelkan & berkongsi ilmu dalam blog



PEMBAHAGIAN MASA PADA HARI KERJA.


Untuk masyarakat lebih banyak kerana lebih masa di sekolah.
Keluarga pula ke-2 paling banyak. Mengajar anak lebih saya pentingkan dari saya baca buku.

Dan untuk diri sendiri sangat sikit, kadang2 tiada langsung pada hari yang amat sibuk dan letih

Pembahagian masa ketika cuti sekolah.
Keluarga dan anak2 menjadi keutamaan.
Untuk diri dan masyarakat sama rata

Saya percaya semua kita punya jadual harian yg tersendiri yang berbeza2 kerana perbezaan kerjaya, bilangan anak, umur anak dan lain2.

Orang yang kerja  8pg - 5ptg berlainan dgn orang yg bekerja 8pg - 1 ptg.
Org yang punya anak 5 orang punya jadual harian yang lain dengan orang yg beranak 1.
dan orang yang mempunyai anak2 selang setahun juga berbeza kesibukkannya berbanding orang yang anaknya jarak jauh2.

Dan orang lain tak dapat nak membantu kita mengurus masa kita kecuali KITA SENDIRI YANG MENDISIPLIN MASA KITA..



 MOGA ALLAH MEMBERKATI MASA KITA. AMIN.

Moga ada ruang untuk kita menyediakan amal yang akan menjadi saham yang berpanjangan apabila kita mati nanti.

Thursday, December 20, 2012

Website untuk mengajar anak membaca Bahasa Inggeris

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru2 ni saya terjumpa sebuah website yang BAGUS untuk mengajar anak2 membaca dalam Bahasa Inggeris.


saya pernah menulis tentang kelebihan website ini untuk bahagian Matematik, kali ini InsyaALLAH saya akan kongsikan betapa menariknya bahagian membaca dalam website ini


Antara kelebihan website ini ialah:

1- gambar yang menarik, anak2 pasti tertarik dengan animasi yang comel dan bergerak2
2- tulisan yang besar
3- ayat yang pendek dan mudah
4- sebutan perkataan (kalau kita ragu2 tentang bunyi perkataan tersebut, boleh klik dan komputer akan bacakan.


tulisan yg besar dan jelas dan gambar yang comel

klik untuk tahu bunyinya

Menarik kan?

Jom tengok anak2 belajar membaca bersama website ini:



(Perkataan (THE) kena betulkan lagi bunyinya..Bunyinya bukan (de) yang biasa kita orang melayu bunyikan (kami pun sama), tapi (tza)...hehe)

JOM MEMBACA BERSAMA ANAK2 DI SAMPING MENJIMATKAN KERTAS!  >.<

Anda tahu website yang menarik untuk mengajar anak2 membaca Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris?  Sudi2lah kongsikan di bahagian komen ya.  =)

Menggunakan teaching tool yang lama

بسم الله الرحمن الرحيم

**ENTRI YANG DAH LAMA TERPERAP DALAM DRAFT...
(dari masa adik kecik lagi dan Abang Abbudey belum sekolah PASTI lagi...rasanya adik baru setahun lebih kot usianya ketika itu)



Aktiviti kali pernah disiarkan di sini....Dan kali ini mereka menjumpainya dan menggunakannya semula...lebih2 lagi Abg Abbudey yang sudah lebih mahir menggunakannya seiring dengan peningkatan usianya...


Adik membelek teaching tools yang lama2

Abg ralit mengira


Abbudey n Abdullah mengira

Tuesday, December 18, 2012

lagi latihan tambahan membaca!

بسم الله الرحمن الرحيم

**ENTRI YANG DAH LAMA TERPERAP DALAM DRAFT...
(dari masa adik kecik lagi)


BAHAN2NYA:

PERKATAAN UNTUK DIGUNTING N DILEKATKAN PADA GAMBAR YG BERSESUAIAN DI BAWAH:
V
V


KEMAHIRAN MENGGUNAKAN GUNTING

ADIK TEKUN MELIHAT ABANG MENGGUNAKAN GAM




ADIK YG NAK LAKUKAN AKTIVITI SERUPA
RALIT MENGGUNAKAN GAM


SIAP!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...