Showing posts with label Belajar Tafsir Dengan Anak2. Show all posts
Showing posts with label Belajar Tafsir Dengan Anak2. Show all posts

Tuesday, June 25, 2019

Bila Abang Abbudey ajarkan ilmu baru

بسم الله الرحمن الرحيم

"Mama, mama ingat tak ayat dalam Surah Al Qasas ni?" Abang Abbudey mula bertanya.


" Mama tau tak kenapa  pada ayat pertama yang tentang malam, Allah sebut hujung ayat 'mendengar', bila ayat selepas dia pasal siang, hujung ayat, Allah sebut 'melihat?' "



"Sebab antara hikmahnya ialah sebab malam kita boleh dengar tapi tak boleh lihat, siang pulak kita boleh lihat. Abang belajar kat maahad." Abang Abbudey memberikan jawapan.


Masya Allah..

Ilmu baru untuk mama dari anak-anak.


Moga anak-anak terus istiqamah mencintai ilmu dan menjadi ulama yang cintakan Allah dan dicintaiNya."

Amin Ya Rabb

Friday, January 27, 2017

Usaha untuk Tadabbur Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم



" Korang belajar Bahasa Arab, mesti senang faham Al-Quran."
Teringat kata-kata mak ketika kami di zaman sekolah dulu.

Belajar Bahasa Arab memudahkan untuk memahami Al-Quran jika berusaha untuk memahami dan tadabbur Al-Quran.

Sebaliknya, jika belajar Bahasa Arab, tetapi tidak berusaha untuk memahami Al-Quran, tidak boleh juga nak faham Al-Quran.

Ia perlu kepada renungan dan fokus.

Begitu juga ia tidak cukup sekadar dengan belajar Bahasa Arab untuk faham Al-Quran, ia juga perlu disusuli dengan merujuk kepada kitab-kitab tafsir yang muktabar agar apa yang kita fahami itu betul dan selari dengan tafsir.

Teringat kisah ketika beberapa bulan yang lalu ketika Abdul Rahman (10 tahun) menghafaz Surah Ibrahim mukasurat 260.

Ketika sedang hantar hafazan, bila membaca ayat:

رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ


"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.


Abdul Rahman bertanya:
"Kenapa mula ayat tu ربنا dengan lafaz jamak, perkataan selepasnya إني dengan lafaz mufrad?"


............................
Errrr........... mama dah beratus kali hafal ayat tu, tapi tak pernah terlintas pun soalan tu.


Allah.....


Kenapa mula dengan lafaz 'kami' dan perkataan selepasnya perkataan 'saya'.?

JAWAPAN:

1- DHOMIR Kami digunakan dalam perkataan ربنا kerana menunjukkan Tuhan kepada Nabi Ibarahim dan zuriatnya

2- Dhomir mufrad , ana ,digunakan dalam إني kerana perintah adalah kepada Nabi Ibrahim seorang.

rujuk:
التفسير الكبير
تفسير أبي السعود
نظم الدرر في تناسب الآيات والسور

Semoga Allah kurniakan kita hati yang mampu tadabbur ayat-ayatNya. AMIN YA RABB...

Tuesday, October 18, 2016

Perasaan Terhadap Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap manusia diciptakan oleh Allah dengan kelebihan yang tersendiri. Kelebihan itu sangat bersinar jika dihargai dan digilap. Cubalah untuk menghargai kelebihan yang ada pada diri orang lain dan ia pasti akan memberi manfaat kepada orang ramai.

Saya sering membaca post Facebook Puan Husna Haron dan sangat tertarik dengan post-post yang dikongsikan berkaitan pengalaman dan perasaan beliau terhadap Al-Quran.

Antaranya ialah post yang ini:


Adakala beberapa post yang ditulis amat berkesan di hati.

Sungguh.

Perasaan yang dituliskan di dalam post di atas sama dengan perasaan yang dialami apabila kita berkomunikasi dan tadabbur Al-Quran.

Seperti yang pernah saya tulis di sini:

Kerana itulah Rasulullah Sallallahu Alaihi wasallam menyeru kita supaya berkomunikasi dengan Al-Quran dan tadabbur maknanya.

Ini seperti yang terdapat di dalam hadith Rasululullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

عَنْ أَبي هُرَيْرَةَ يَرْوِيهِ يَقُولُ مَنْ قَرَأَ (وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ) فَقَرَأَ (أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ) فَلْيَقُلْ: بَلَى وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِينَ.
) سنن الترمذى)

Diriwayatkan Abu Hurairah berkata:
Sesiapa yang membaca surat At Tiin kemudian membaca: (( alaisallahu biahkamil hakimin)) yang bermaksud: “Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?" (QS. Attin 8), hendaklah dia menjawab: “balaa wa ana 'alaa dzalika minasy syaahidiin”  (benar, dan aku termasuk orang-orang yang bersaksi atas hal itu). (H.R. At-Tirmidzi)

Hadith ini adalah salah satu contoh tentang galakkan Rasululullah Sallallahu Alaihi Wasallam agar kita berkomunikasi dengan ayat Alquran semasa membacanya.


Saya juga kagum dengan usaha Puan Husna Haron yang tidak jemu dan tidak henti-henti menyeru orang agar tadabbur Al-Quran. Berkongsi cerita dan pengalaman bersama Al-Quran sehingga menjadikan orang ingin membuka tafsir dan berkomunikasi dengan Al-Quran.

Satu usaha yang baik.

Merasakan diri sangat dekat dengan Alquran dalam setiap ketika.

MasyaALLAH.

Semoga usaha ini dapat menjadikan dunia ini lebih indah, lebih aman dan menjadikan kita lebih dekat dengan Allah dan diredhaiNya.


Monday, October 10, 2016

Indahnya Motivasi Dari Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Ulangan hafazan Al-Quran hari ini adalah pada Juz 11 dan 12.

Dikurniakan peluang untuk mengulangnya pada pagi hari adalah satu peluang dan anugerah yang besar.

Dapat bangun pagi dengan rasa segar dan Ahmad Zaid pula sedang tidur elok. Alhamdulillah.

Sehari-hari yang dilalui dengan penuh tanda tanya dan pengharapan agar Allah memberikan kami jalan yang terbaik untuk memajukan diri sendiri, anak-anak, keluarga dan masyarakat. Dalam perjalanan menuju redha Allah.

Motivasi dari ulangan hafazan pada pagi itu ibarat orang yang sangat dahaga di tengah panas selepas berjalan jauh yang diberikan air sejuk.

MasyaALLAH! Sangat nyaman! 

Itulah kesimpulan yang dapat dirumuskan dari bacaan ayat pagi itu









Apabila sudah menghafaz Al-Quran 30 juz, mestilah dijaga hafazan dengan mengulangnya setiap hari sepanjang hayat.

Ia bukanlah satu bebanan, bahkan satu anugerah.

Tidakkah kita berbangga dan rasa terpilih dapat bersama Al-Quran sepanjang hayat kita?

"HIDUP DAN MATIKU BERSAMA AL-QURAN"

Satu perbezaan besar apabila sekadar mengulang hafazan untuk tidak lupa dan mengulang AL-Quran dengan faham dan tadabbur serta menghayati ayat-ayatnya.

Inilah seruan yang diviralkan pada zaman sekarang.

Alhamdulillah. Ia adalah satu seruan yang bagus.

Agar masyarakat menghafaz Al-Quran dan juga turut memahaminya.

Satu rahmat dan kasih sayang Allah yang besar apabila anak-anak dengan sendirinya bertanya tentang info lebih lanjut dari tafsir Al-Quran yang mereka baca ketika mengulang hafazan. 
Alhamdulillah.

Moga mereka akan terus dalam menghafaz AL-Quran dan memahaminya.
Perkenanlah Ya Rabb!

Satu tips yang saya dapat untuk memahami isi kandung ayat Al-Quran setiap kali kita baca ialah:

Cuba untuk khatam Al-Quran dan membaca tafsirnya sekali.

InsyaALLAH kita akan ingat maksud ayat tersebut ketika mengulangnya pada masa akan datang.

Peluang untuk menyambung PhD dalam bidang tafsir dan Ilmu Al-Quran (Mohon doa agar dapat diselesaikan semua urusan ini dengan baik dan sempurna. ) juga menyedarkan tentang 2 perkara:

1- Luasnya maksud ayat AL-Quran

2- Rujuklah tafsir-tafsir untuk mendapat makna terperinci pada satu-satu ayat  (Anda akan temui jawapannya InsyaALLAH)


Allah permudahkanlah urusan kami untuk terus membina GENERASI AL-QURAN, MEMAHAMI AL-QURAN, BERAMAL DENGAN AL-QURAN DAN BERAKHLAK DENGAN AKHLAK AL-QURAN


Jadikanlah usaha-usaha ini ikhlas kerana Allah dan pemudah jalan menuju redha Allah dan hindarilah usaha kami ini dari fitnah dunia. 

KeranaMu Tuhan yang Maha Berkuasa


Dijemput hadir ke jelajah forum 5 beradik di Masjid Padang Temusu. Sungai Petani. Kedah
Untuk Maklumat lanjut, Sila hubungi 013 420 2206 (Ustaz Amri Mohd Nason )

Monday, June 16, 2014

Proses dalam memahami dan mentadabbur Al-Quran untuk anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam kolum ini, saya menceritakan tentang proses saya mengajar anak-anak tentang tafsir Al-Quran agar mereka dapat memahami dan mudah untuk mengamalkan Al-QUran.

Rujuk di sini:


Pada entri kali ini, INsyaALLAH saya akan menulis tentang usaha-usaha lain dalam mengajar anak (termasuk anak di SRI TM) dalam memahami dan tadabbur Al-Quran

Antara subjek teras di SRI TM ialah tafsir.

Bagi saya ia kerana anak-anak ini menghafaz Al-Quran dan mereka perlu memahami apa yang mereka hafaz.

Ramai yang menyangka apabila sebut tafsir, tentu berat dan susah. Tapi sampai bila kita nak dimomokkan dengan pemikiran:
Pelajaran agama = susah
pelajaran selain agama = senang

InsyaALLAH kita cuba buka minda dan usaha, InsyaALLAH ALLAH akan permudahkan segala urusan untuk mendalami ilmuNya.



Buku tafsir darjah 1 dan 2



darjah 1
Tafsir Surah AlFatihah, Annas, Alfalaq dan Al-Ihklas


Darjah 2
Al Masad, An NAsr, AL-Kafirun dan Al-Kauthar

anak-anak ini diminta tulis dan hafaz tafsir Al-QUran
Latihan dalam kitab tafsir








Saya cuba untuk memudahkan pembelajaran tafsir untuk anak-anak, doa saya InsyaALLAH ia berhasil.

Selain dari itu, antara usaha lagi ialah memasukkan unsur-usnur dan ayat-ayat Al-Quran dalam pelajaran dirasah fanniyyah (seni)

Rujuk sini:



http://sekolahrendahtahfizmutmainnah.blogspot.com/2014/03/dirasah-fanniyyah-kraf-bulan-mac-2014.html

dan sini

http://sekolahrendahtahfizmutmainnah.blogspot.com/2014/02/aktiviti-dirasah-fanniyyah-2014-minggu.html


Kata-kata peringatan dari tok guru sentiasa menggusarkan hati saban hari:



 

Peringatan dalam buku ini:
Pernah diulas di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2014/06/info-buku-mauizhah-nikmat-taman-syurga.html

ALLAH berkatilah kita semua  di dunia dan akhirat dengan usaha kita untuk memartabatkan Al-Quran dalam hati anak-anak dan masyarakat. Amin

Tuesday, May 13, 2014

Info Buku: Buku kisah-kisah dalam Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم 

Selepas dari angin semangat yang melanda (BACA DI SINI) tempohari, saya merancang untuk memulakan semula pengajian bersama anak-anak di rumah.

'Tebuk' sudah dimulakan dan pengajian Sirah dan Tafsir juga sudah dimulakan.

Untuk mengajar anak-anak tafsir dan cerita nabi-nabi, saya mulakan dengan kitab ini.
Kisah-kisah dalam Al-Quran

Sebelum ini kami sudah tamat membaca kitab Sirah Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang ini:
pernah tulis di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/03/bedtime-story-yang-sangat-best.html

Kemudian kami meneruskan pengajian sejarah Khulafa' Ar-Rasyidin dengan menggunakan kitab ini:
pernah tulis di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/09/buku-cerita-baru-bersama-anak2.html

pengajian buku ini sudah tamat pada bab Khalifah pertama: Abu Bakar As Siddik

kemudian terhenti sebab busy kononnya
Buku-buku ini saya jadikan rujukan ketika bercerita kepada anak-anak tentang kisah-kisah di dalamnya

Antara kisah yang ada dalam buku ini:

dimulakan dengan kisah Nabi Adam, Nuh, Hud , Solih , Ibrahim dan banyak lagi






kisah-kisahnya akan disertakan dengan dalil dari ayat-ayat Al-Quran,
jadi terus boleh baca ayat dan tafsirkan serta kaitkan dengan kisah yang dibaca.

Ia jadi pengajian sirah + tafsir sekali.

kisah buku ini

hadiah cabutan bertuah 10 tahun lalu. Di Syria

sebenarnya sangat jarang jadi bertuah menerima cabutan bertuah...





Alhamdulillah dapat dimanfaatkan bersama anak-anak. Alhamdulillah...

Saya selalu tanya kepada anak-anak selepas bercerita:

"Sebab itu kita kena paham apa yang kita baca dan hafal Al-Quran.. Kalau tak, kita tak faham apa yang ALLAH cerita kat kita dalam AL-Quran, apa yang ALLAH suruh kita , apa yang ALLAH larang kita dalam Al-Quran.

Sebab tu kita kena belajar untuk faham.

Anak-anak sangat suka apabila mendengar kita bercerita dengan mereka. Mereka yang mendengarnya lebih menjiwai dari kita yang bercerita.

ALLAH jadikan kita semua orang hafal, faham dan amalkan AL-Quran. amin


Friday, February 14, 2014

Pengajian tafsir dengan anak-anak di rumah: Tafsir Surah Al-Kahf (Kisah Zulkarnain)


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah anak-anak dapat selesaikan tafsir dan  kisah2 dalam Surah Al-Kahf yg diceritakan kepada mereka. Serentak juga habisnya Abang ABbudey menghafal Surah Al-KAhf.

InsyaALLAH lepas ini Abang ABbudey nak hafaz Surah Toha pula..... Dia jadi bermotivasi nak menghafaz Surah Toha apabila melihat sepupu yang sebaya dengannya menghafaz Surah Toha.... ALhamdulillah satu persaingan yang baik InsyaALLAH... 

Lepas ini boleh pula kita belajar kisah Nabi Musa, Nabi Adam dan lain2 lagi dalam Surah Toha pula InsyaALLAH...

Masih banyak lagi ilmu tajwid dan tafsir yang perlu kami sama2 belajar.

ALLAH berikan rasa cinta untuk mempelajari dan mengajarkan ilmu-ilmuNya ...

Amin...


Saksikan Abang Abbudey (masih 7 tahun....hehe...) dan Abdullah (masih 5 tahun) menceritakan tafsiran Surah Al-KAhf, tentang Kisah Zulkarnain...

Sila komen jika terdapat sebarang salah silap.



Nota:
Hari ni hari jumaat, jangan lupa:
1- Surah AL-Kahfi,
2- Banyakkan Selawat
3- Banyakkan doa (doakan saya & keluarga juga)

=)



p/s: ini adalah auto published entry yang dah lama ditulis dan disimpan dlm draft, tapi sekarang Abang Abbudey sudah habis Surah Al-Kahf, Toha (di rumah)dan Zumar (di tahfiz). Sedang hafaz Surah Sod(di tahfiz) dan Surah Maryam (di rumah)

Saturday, February 8, 2014

Pengajian anak-anak di rumah: Tafsir Surah Al-Kahf: Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah pengajian tafsir di rumah kami diteruskan bila Abang Abbudey dah mula menghafal ayat Surah Al-Kahfi tetang pertemuan dan persabahatan Nabi Musa dan Nabi Khidir.

Kesempatan ini juga saya gunakan untuk menceritakan tafsiran ayat2 tesebut.

Alhamdulillah...beberapa minggu yang lepas, selesai cerita sekali kepada anak2.

Kali ini ALhamdulillah mereka pula menceritakan semula tafsir dan kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir.




ALLAH semaikanlah rasa cintakan kalamullah dan ilmu dalam hati kita semua dan moga kita semua dapat mengamalkan ilmu yang ada. amin.

Tuesday, January 21, 2014

Belajar Kisah Ashabul Kahfi dengan Abdul Rahman Bin Amri

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada entri kali ini, InsyaALLAH saya akan berkongsi video Abang Abbudey yang menceritakan tentang cerita Ashabul Kahf dari Surah AL-Kahf



Ralat: Pada minit 0:36, sepatutnya 'tahun' bukan 'hari' tak perasan.... 


Jika ada sebarang salah dan silap, sila tegur ya?

Bahan-bahan yang saya gunakan untuk mengajar tafsir Surah Al-Kahfi kepada anak2 saya pernah kongsikan di SINI


ALLAH permudahkan urusan kita semua dalam mendidik anak2 menjadi orang yang bertaqwa. Amin.

Sunday, January 19, 2014

Mengajar Tafsir Surah AL-Kahf kepada anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekarang ini Abang Abbudey sedang menghafaz Surah Al-Kahf (rujuk sini), satu hari saya tanya Abang Abbudey: " Abang Abbudey tahu tak cerita tentang Surah Al-Kahf.

Abang Abbudey terus jawab:
"TAK."

Jadi, terus terdetik dalam hati saya baik juga saya ceritakan kepada Abang Abbudey dan Adik Abdullah tentang Surah Al-Kahf.Sambil dia menghafal Surah Al-Kahf, dia akan faham tafsirnya juga..
Saya ajar dengan cara bercerita dan juga minta mereka membaca slide dan poster2 (bahan) dalam laptop.

 Lagipun ketika itu cuti sekolah, jadi banyak masa untuk mengajar anak-anak.

Kalau tak sempat sangat, sebelum tidur pun boleh ceritakan tentang kisah2 yang terdapat dalam Surah Al-Kahf.

Selain dari merujuk tafsir Al-Quran, di sini beberapa bahan yang saya kongsi dengan anak2.
Saya tunjuk kepada mereka dan mereka akan sama-sama baca di laptop

rujuk  DI SINI..

Terdapat 5 ujian (fitnah yang disebut dalam Surah AL-Kahf)

1- UJIAN AGAMA (AKIDAH)
Pada ayat 9 -31
Kisah pemuda2 Ashabul Kahfi

2- UJIAN HARTA
ayat 32 -46
Kisah dua pemilik taman (ladang

3- PENNGERAK FITNAH IBLIS
ayat 47- 59

4- UJIAN ILMUayat 60 - 83
Kisah Nabi Musa dan Khidir

5- UJIAN KUASA (PEMERINTAH)ayat 83 - 98
Kisah Zul Qarnain

sumber: Google Image

sumber : Google Image

sumber: Google Image



Banyak juga idea yang boleh didapati dari video di bawah ini:




Ibrah Daripada Surah al-Kahf from Ustaz Hasrizal Jamil ini juga mungkin boleh memberi idea untuk mengajar anak2 memahami Surah AL-Kahf


ALLAH bukakan hati kita semua untuk mudah mentadabbur AL-Quran dan mengamalkannya . Amin

Sunday, January 5, 2014

Perubahan plan mengajar anak2 di rumah

بسم الله الرحمن الرحيم

Sesuai dengan perkembangan usia anak2, silibus pengajian di rumah ini pun dah banyak berubah.
Abang Abbudey dah masuk darjah 2 dan adik Abdullah pula dah masuk darjah 1 (walaupun umur baru 5 tahun)

Jika dulu belajar ABC, alif ba ta, baca iqra', belajar Bacalah Anakku... sekarang ini bahan ilmu untuk mereka lebih advance sedikit.

ALLAH permudahkan urusan kami untuk menuntut ilmu dan menjadi penegak agama ALLAH. amin3


1- AL-QURAN
Perjuangan menghafaz ayat2 Al-Quran diteruskan hingga khatam. kemudian nanti kita boleh mendalami tafsir, mentadabbur dan mengamalkannya InsyaALLAH


2- HADIS
Kitab hadis yang kami guna untuk hafaz, terjemah dan syarah ialah ini:
pernah tulis di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/09/pengajian-hadis-sohih-bukhari-untuk.html

3- IBADAH
Untuk ibadah: penekanan dibuat supaya tidak main2 dalam solat. 

Abang Abbudey sangat2 teringin untuk menjadi imam solat kepada mama, baba dan adik. Syaratnya: solat mesti elok, elok bacaannya dan tidak main2. InsyaALLAH boleh.

Abang ABbudey dah berjaya puasa penuh 2 tahun dah, InsyaALLAH lepas ni kena latih adik pula bila dia dah bersedia.

Kemudian anak2 juga akan suka untuk menunaikan solat2 sunat jika melihat kita melakukannya.


4- SIRAH
Alhamdulillah, anak2 sudah habis mendengar cerita tentang sirah nabi sekali tahun lepas. InsyaALLAH boleh ulang lagi supaya lebih ingat.

Untuk sirah nabi tahun lepas kami guna kitab ini:
sudah tulis infonya di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/03/bedtime-story-yang-sangat-best.html
Sekarang ini anak2 sudah mula mendengar cerita para sahabat dimulakan dengan khulafa' ar-rasyidin.

sudah tulis infonya di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/09/buku-cerita-baru-bersama-anak2.html

5- TAFSIR
Walaupun saya pernah mula mengajar tafsir AL-Quran kepada anak2 secara santai di sini:

Tapi nampaknya nak kena lebih sistemetik, istiqamah dan konsisten.

Mesti mula dari Surah Fatihah... An- Nas.... beserta dengan cerita sebab2 turun Surah tersebut

Sumber untuk mengajar boleh diambil dari kitab2 tafsir, InsyaALLAH...kena ulangkaji.

ALLAH permudahkanlah Ya rabb

6- AKHLAK
Kata pensyarah di kuliaha dakwah dulu:
"Akhlak bukanlah pelajaran atas kertas, tetapi akhlak ialah realiti dalam kehidupan."

Tepat sekali!

Anak2 akan belajar akhlak ketika bermain, di luar rumah , dengan orang tua dan lain2 lagi.....

Mereka tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dalam akhlak dan kesalahan itu perlu diperbaiki dan ditegur.

7- DOA
Sejak dari baby lagi, anak2 diajar dengan doa dengan cara kita membacakan kepada mereka...... setiap kali masuk tandas dan keluar, masuk masjid dan keluar, pakai baju, makan dan habis makan, baca al-quran dan lain2.

saya pernah tulis tentang ini di sini:




Jadi sekarnag ini ialah masa untuk memastikan mereka mengamalkannya agar hidup diberkati ALLAH dan sentiasa ingat ALLAH ada bersama kita.

6- BAHAN BACAAN
Untuk bahan bacaan pula, kami mengulangkaji dan menambah bacaan yang ada di rumah ini.
Fokus kepada 3 bahasa: BM, BI dan BA
Melayu, Inggeris dan Arab.

Antara bahan bacaan yang ada di rumah kami seperti ini:


7- LAIN2
Untuk yang lain2 ialah belajar memasak, buat kerja rumah dan lain2


ALLAH permudahkanlah segala urusan kami

Friday, August 30, 2013

Perbaharui semangat dan niat mendidik anak2

بسم الله الرحمن الرحيم

Manusia memang banyak lupanya. Adakalanya kita mempunyai semangat dan impian yang tinggi, tapi akibat kesibukan dan hal2 yang mendatang, menyebabkan kita lupa dengan target dan plan kita.

Saya sendiri banyak merancang untuk pembelajaran anak2 di rumah dari segi Al-Qurannya, hadis (pernah ditulis di sini), Sirah (di sini)  tafsir (di sini) Bahasa Arab (di sini) , tapi selalu juga yang terlupa. Allah ampunilah kelemahan diri kami ini.

Alhamdulillah, dalam bab AL-Quran dan Bahasa Arab, saya boleh kategorikan kepada hampir berjaya dan perlukan lebih istiqamah kerana anak2 boleh berinteraksi sedikit sebanyak dalam Bahasa Arab dan juga hampir 5 juz AL-Quran yang mereka telah hafal.

Dan hampir setiap hari anak2 akan mengulang Al-Quran, sama sikit ataupun banyak.

Tapi dalam bab hadis, Sirah, Akidah, cerita para sahabat, rasa banyak lagi kekurangan.

ALLAH bantulah dan berilah kekuatan kepada kita semua dalam melengkapkan diri anak2 dengan AGAMA.

Doa saya juga moga ALLAH sentiasa memberi kita semangat, tenaga dan kekuatan yang tinggi untuk mewakafkan diri dan anak2 demi Agama Islam.

Baru ini juga, saya ada mendengar ucapan motivasi peningkat semangat dari Dr. Aidh Al-Qarni (pengarang kitab yang amat popular di dunia. Antara kitabnya yang paling popular ialah La Tahzan.)




Antara kata Dr.Aidh Al-Qarni dalam video ini  yang saya semat dan fikir dalam2:
1- Memberi perhatian terhadap hafazan Al-Quran
2- Memberi perhatian terhadap tafsir dan hadis.
3- Kepentingan zikir.

Bagi saya, iktibar yang saya dapat dari peperangan dan kacau bilau yang berlaku di negara Islam di sisi kita, kita perlulah menggunakan nikmat keamanan dan ketenangan yang ada sekarang untuk lebih meningkatkan ketaqwaan, ilmu dan ibadah kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala...

Demikianlah, moga video2 motivasi seperti ini dapat meningkatkan semangat kita dalam mendidik anak dengan Islam. Amin3.


Sunday, March 31, 2013

Jalan2 di KL (siri 1)

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuti yang lepas, kami sempat meluangkan masa beberapa hari di Kuala Lumpur.

Dua malam kami tinggal di De Palma Ampang,

Bagi saya, saya puas hati tinggal di De Palma Ampang.
Bilik yang bersih, keluasan yg ok, layanan yg bolehlah tahan (sebab depa suruh check in pukul 3 petang, ramai orang dok marah tunggu nak check in), 
dekat dengan Shopping Complex Ampang Point dan banyak restoren yang berdekatan.

Ada Tafsir Al-Quran yang disedia dalam bilik hotel
Jadi tak lupalah untuk ulang Al-Quran anak2.
Malam itu pun baba keluar bagi kuliah di Kelana Jaya,
jadi anak2 ulang Al-Quran, buat homework
dan habiskan masa dalam bilik....
Abang Abbudey siapkan homework Matematik.
Adik turut buat juga bukunya tapi bukan homework.
nasib baik tak lupa nak bawa buku juga utk adik
  
mengulang Surah AL-Fath


Amalan Nabi  SAW ketika makan
disediakan atas meja makan
di restoren hotel

Doa sebelum makan
dan selepas makan (di sebelah belakangnya)
bagus kan?
Mengingatkan kalau terlupa nak baca =P

adab ketika makan
Kami turut pergi berjalan ke Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

Tapi sayangnya rama-ramanya sikit sangat....sedih sangat
Tak semeriah Taman Rama-Rama Penang yang amat banyak rama-ramanya

harga tiket masuk taman rama2
Kuala Lumpur





                                  LAGI TEMPAT MENARIK YANG PATUT DILAWATI

bersambung......................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...